INTAI-INTAI GEDUNG BUKU BOOKXCESS PUDU JAIL @ LALAPORT BBCC


Berita baik untuk penggemar-penggemar buku semua! Kini anda ada satu lagi tempat tumpuan untuk mendapatkan buku-buku kegemaran anda dengan diskaun 50%~80% sepanjang tahun - Bookxcess Pudu Jail di Mitsui Shopping Park LaLaport.

Team Femagonline sempat meninjau gedung buku ini atas jemputan pihak BookXcess dan Mitsui Shopping Park LaLaport. Buat masa ini hanya sebahagian daripada gedung buku ini dibuka kepada orang ramai kerana ia masih dalam proses ubahsuaian.

Dua pereka telah diberikan tugas untuk menghias ruang pintu masuk utama ke BookXcess - ruang karya dua pereka tersebut dipisahkan dengan menggunakan warna - kuning dan juga kelabu. 


Corengan di dalam penjara digambarkan secara simbolik dengan seni grafiti di atas dinding gedung buku.
  

Arca yang diperbuat daripada bahan-bahan terpakai termasuk rangka pintu penjara "mengalu-alukan" kehadiran pengunjung ke BookXcess Pudu Jail


Nama BookXcess Pudu Jail memperingatkan kita semua bahawa tapak pusat membeli-belah ini dahulunya merupakan sebuah penjara iaitu Penjara Pudu. 


Anda pasti akan rambang mata dengan pilihan buku yang terdapat di sini.
 

Selain daripada buku, gedung buku ini juga akan menempatkan kedai makan Red Red Botak Head, galeri Dato' Sri Bernard Chandran, gerai aiskrim, ruang alatulis Mossery dan ruang pameran karya seni.


BookXcess adalah sebuah rangkaian gedung buku ikonik yang dapat mendekatkan semula orang ramai kepada buku-buku dan mencipta semula industri buku dengan mengutamakan nilai estetika, harga mampu-milik dan kepelbagaian.


Pelbagai arca watak kartun menceriakan suasana "suram" bekas Penjara Pudu ini.
 

Antara arca Mickey Mouse yang terdapat di BookXcess Pudu Jail




Alamat:L1-13A & 13B, Level 1, Mitsui Shopping Park LaLaport, 2, Jalan Hang Tuah, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING