RAJA RAKSASA KEMBALI! GODZILLA MINUS ZERO BAKAL TIBA DI MALAYSIA NOVEMBER INI
- Get link
- X
- Other Apps
Selepas kejayaan fenomenal Godzilla Minus One yang memukau penonton seluruh dunia dengan kesan visual menakjubkan, drama manusia yang menyentuh hati dan penceritaan semula legenda raksasa paling ikonik, jangkaan terhadap sekuelnya kini berada di tahap tertinggi. Filem terdahulu bukan sahaja dipuji sebagai antara karya paling emosional dalam francais, malah mencipta sejarah apabila memenangi Anugerah Kesan Visual Terbaik di Anugerah Akademi ke-96.
Pengarah pemenang Oscar, Takashi Yamazaki, kembali mengemudi sebagai pengarah, penulis skrip dan ketua kesan visual, sekali lagi membawa visi sinematiknya yang unik untuk bab baharu Raja Raksasa ini.
Berlatar tahun 1949, dua tahun selepas kemusnahan dahsyat dalam Godzilla Minus One, kisah kali ini mengikuti keluarga Shikishima ketika Jepun berusaha membina semula kehidupan. Namun, ketika kedamaian seakan hampir tercapai, ancaman baharu yang lebih menggerunkan mula muncul.
Barisan pelakon hebat kembali termasuk Ryunosuke Kamiki dan Minami Hamabe sebagai Koichi Shikishima dan Noriko Shikishima, bersama Hidetaka Yoshioka, Yuki Yamada, Kuranosuke Sasaki, Sakura Ando dan Miou Tanaka. Pelakon legenda Min Tanaka turut menyertai sebagai Kanji Murakami, seorang ahli biologi yang dihantui trauma perang.
Menggabungkan kisah manusia yang penuh emosi, skala kemusnahan spektakular dan kemunculan semula raksasa paling ikonik dalam sejarah pawagam, Godzilla Minus Zero menjanjikan pengalaman layar perak yang tidak akan dilupakan – buat peminat lama mahupun generasi baharu.
Lebih istimewa, filem ini dirakam sepenuhnya menggunakan kamera digital berdefinisi tinggi yang disahkan IMAX®, menjadikannya produksi Godzilla Jepun pertama yang difilemkan khas untuk IMAX®. Penonton boleh merasai pengalaman sebenar seperti yang dihasilkan pengarah dengan menonton tayangan IMAX® bermula 4 November 2026.
“Tiada kali ketiga. Segalanya berakhir di sini.” Godzilla Minus Zero membuka tirai di pawagam Malaysia pada 5 November 2026.
Ikuti perkembangan terkini, kemas kini eksklusif dan aktiviti menarik melalui laman rasmi GSC Movies serta saluran media sosial, bersama rakan radio rasmi ERA, SINAR, MY, HITZ, RAAGA, MELODY, MIX, LITE dan GOXUAN.
%20(copy3)%20(1)%20(Custom).jpg)
Comments
Post a Comment