IZIPIZI MENYERLAH DENGAN GAYA DALAM KESIBUKAN PAGI MENERUSI KOLEKSI AW26 MORNING EXPRESS
Kesibukan waktu pagi merupakan sesuatu yang begitu dekat dengan kehidupan seharian. Jam penggera berbunyi, kopi dicapai sebelum keluar, beg disiapkan, telefon diperiksa dan entah bagaimana, masa seolah-olah tidak pernah mencukupi. Sama ada menyiapkan anak-anak ke sekolah, menghadapi perjalanan harian ke tempat kerja atau sekadar cuba keluar dari rumah tepat pada waktunya, setiap pagi hadir dengan rentaknya yang tersendiri.
Kesibukan mengejar masa inilah yang menjadi inspirasi kepada koleksi Musim Luruh Musim Sejuk 2026 daripada jenama kaca mata kelahiran Paris, IZIPIZI, iaitu Morning Express. Berteraskan idea “Rush with style”, koleksi ini mengangkat pergerakan, spontaniti dan detik-detik tidak dijangka yang menjadikan permulaan setiap hari penuh dengan kesibukan, namun tetap begitu biasa dan dekat dengan kehidupan seharian.
Bagi ibu bapa, pagi mungkin bermula dengan menghantar anak ke sekolah dan memastikan si kecil bersiap untuk memulakan hari. Bagi golongan profesional muda pula, ia mungkin bermakna mengharungi perjalanan ke tempat kerja dengan secawan kopi di tangan. Ada juga yang memilih untuk memulakan hari dengan beberapa minit yang tenang untuk membaca sebelum keluar. Rutin berbeza, destinasi berbeza, namun kesibukan harian yang sama menghubungkan setiap daripada mereka.
Direka untuk bergerak seiring dengan pelbagai detik dalam rutin seharian, Morning Express menghimpunkan rangkaian Reading, Sun dan Child daripada IZIPIZI. Koleksi Reading, yang ditawarkan pada harga RM229 hingga RM269, direka untuk detik-detik ringkas bersama buku, telefon atau bahan bacaan pagi. Sementara itu, koleksi Sun, berharga antara RM269 hingga RM299, menampilkan rekaan ringan untuk hari-hari yang dihabiskan di luar. Koleksi Child pula ditawarkan pada harga RM189, direka untuk menemani si kecil daripada waktu ke sekolah hingga ke taman. Melengkapkan koleksi ini ialah ECHO, bentuk baharu berinspirasikan panto dengan garisan lembut namun terserlah serta proporsi yang sedikit lebih besar, menawarkan siluet kontemporari dan versatil kepada rangkaian ini.
Palet warna koleksi ini diinspirasikan oleh suasana kota dan detik-detik yang mewarnai awal pagi, daripada kehangatan mendalam Dark Expresso dan rona bertenaga Blue Line kepada Morning Ray yang ceria serta Urban Steel yang lebih minimal dan bersahaja.
Kesibukan pagi mungkin tidak dapat dielakkan, namun tiada sebab untuk melaluinya tanpa sedikit gaya. Menerusi Morning Express, IZIPIZI meraikan perjalanan harian, peralihan pantas dan kejutan kecil yang menjadikan setiap pagi unik dengan caranya tersendiri.
Koleksi IZIPIZI AW26 Morning Express kini boleh didapati di Malaysia, dengan harga bermula daripada RM189. Koleksi ini boleh didapati di kiosk IZIPIZI di Pavilion Kuala Lumpur (Aras 5, Lot No. P52) dan di SEIBU TRX (Aras 2 dalam ANTE Shop).
.jpeg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Comments
Post a Comment