FASHIONABLY MODEST ASIA 2026 KEMBALI MERAIKAN EVOLUSI FESYEN SOPAN KONTEMPORARI
Fashionably Modest Asia (FMA) 2026 kembali untuk edisi kedua dari 13 hingga 15 November 2026 di Pavilion Arena, Pavilion Damansara Heights, menghimpunkan pereka fesyen, bakat baharu, personaliti kreatif dan rakan media dalam meraikan landskap fesyen modest yang semakin berkembang.
Memasuki tahun kedua penganjuran, FMA memberi tumpuan kepada bagaimana pereka membina identiti jenama, berhubung dengan khalayak dan mentafsir fesyen sopan mengikut perspektif masing-masing. Platform ini mengetengahkan fesyen modest sebagai ekspresi gaya hidup, budaya dan kreativiti yang sentiasa berevolusi.
Antara nama yang bakal mengambil bahagian termasuk Radzuan Radziwill, Asyraf Arrif, Enya Chok, Jeffery Goh, Shaznash, SYOMSZ by Syomirizwa Gupta, Wan & Mary x Labreya, Sharifah Kirana dan ramai lagi, selain penyertaan pereka serantau dari Singapura dan Indonesia.
Media, Fesyen & Audiens Dalam Satu Platform
FMA 2026 turut memperluaskan kolaborasinya bersama media menerusi pertunjukan fesyen khas oleh Majalah WM, Mingguan Wanita, Nona dan Hijabista. Kerjasama ini membuka ruang lebih luas untuk pereka memperkenalkan koleksi mereka kepada audiens yang mengikuti dunia fesyen, kecantikan dan gaya hidup.
Gaya Di Pentas Dan Di Luar Runway
Personaliti fesyen Khainina Khalil turut menyertai FMA 2026 bagi membawa perspektif tentang bagaimana fesyen modest diterjemahkan dan digayakan dalam kehidupan sebenar, sekali gus menghubungkan inspirasi runway dengan gaya peribadi.
Sementara itu, Wardah kembali sebagai Rakan Rasmi Solekan dan Kecantikan, menghidupkan gabungan dunia kecantikan dan fesyen melalui pelbagai aktiviti serta pengalaman interaktif sepanjang acara.
Sentuhan Barang Kemas Untuk Melengkapkan Penampilan
Jenama Eternity by ELFI, di bawah ELFI Jewellery, menyertai FMA 2026 sebagai Rakan Rasmi Barang Kemas menerusi kolaborasi istimewa bersama Wan & Mary, menggabungkan reka bentuk barang kemas tempahan khas dengan estetika fesyen modest kontemporari.
Berlangsung sepanjang hujung minggu buat pertama kali, FMA 2026 menjanjikan tiga hari penuh inspirasi fesyen yang meraikan kepelbagaian interpretasi fesyen sopan moden serta menghubungkan pereka, jenama dan pengguna dalam satu platform yang dinamik.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Comments
Post a Comment