PAVILION REIT RAIKAN DEEPAVALI DENGAN WARISAN BUDAYA, SENI DAN GANJARAN ISTIMEWA
Sempena sambutan Deepavali 2026, Pavilion REIT menghidupkan semangat Pesta Cahaya menerusi pelbagai dekorasi budaya, persembahan seni, aktiviti interaktif dan ganjaran eksklusif di Pavilion Kuala Lumpur, Pavilion Bukit Jalil dan Intermark Mall.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Runcit Pavilion Kuala Lumpur, Dato’ Joyce Yap, sambutan tahun ini bertujuan membawa masyarakat lebih dekat dengan kekayaan budaya India menerusi seni tekstil, barang kemas, kolam dan rekaan saree yang diinspirasikan semula oleh pereka tempatan.
Pavilion Kuala Lumpur Angkat Keagungan Diraja India
Bertemakan “Journey of Radiance”, Pavilion Kuala Lumpur menampilkan dekorasi berinspirasikan istana diraja India dari 22 Oktober hingga 9 November 2026. Pengunjung disambut dengan laluan seremonial yang dihiasi gajah, burung merak dan bunga marigold, selain elemen seni bina Rajasthan serta laluan rangoli berwarna-warni.
Antara tarikan utama termasuk stesen seni henna, pameran saree tradisional, aksesori kraf tangan serta pertunjukan fesyen Fashion in Motion: Reimagined Saree Runway yang menampilkan 30 pereka dari Malaysian Official Designers' Association (MODA) mempersembahkan interpretasi moden terhadap saree klasik.
Pengunjung turut berpeluang menikmati persembahan tarian budaya India seperti Kathak, Odissi, Kathakali, Peacock Dance dan Rajasthani Pot Dance pada tarikh terpilih sepanjang kempen.
Bagi menambah kemeriahan, pemegang kad Maybank yang berbelanja di pusat beli-belah tersebut boleh menebus hadiah eksklusif seperti kotak barang kemas dan pinggan hidangan kristal, tertakluk kepada perbelanjaan minimum.
Pavilion Bukit Jalil Fokus Kebersamaan Dan Kreativiti
Di Pavilion Bukit Jalil, kempen “Joyful Lights – Together, Here” menampilkan instalasi The Saree of 1,080 Blessings hasil ciptaan pelajar UCSI, selain paparan gajah LED dan karya seni kolam oleh pelajar City University Malaysia.
Pelbagai persembahan tarian India moden dan klasik turut berlangsung sepanjang musim perayaan. Pengunjung juga boleh menyertai bengkel menghias diya serta menikmati ganjaran membeli-belah termasuk baucar membeli-belah, hadiah eksklusif dan peluang memenangi pelbagai hadiah menarik.
Intermark Mall Tampil Dengan Kaleidoscope of Light
Sementara itu, Intermark Mall meraikan Deepavali menerusi kempen “Kaleidoscope of Light” dari 21 Oktober hingga 11 November 2026. Pengunjung boleh meneroka Deepavali Marketplace yang menawarkan pelbagai pilihan fesyen dan hadiah perayaan.
Pusat beli-belah itu turut bekerjasama dengan artis kolam terkenal Siran’s Arts untuk mengetengahkan keindahan seni kolam tradisional. Mereka yang berbelanja minimum RM180 pula berpeluang menebus Deepavali Blind Box eksklusif selagi stok masih ada.
Sempena Deepavali, Pavilion Damansara Heights menganjurkan kempen “Deepavali in Bloom” dari 23 Oktober hingga 15 November 2026, menampilkan hiasan perayaan floral dan kolam gergasi yang diinspirasikan daripada seni rangoli, bunga berwarna-warni dan motif burung merak. Pengunjung boleh menikmati pelbagai aktiviti termasuk lukisan inai dan face painting percuma, pasar pop-up Deepavali, serta membeli juadah bermusim dan hadiah kraf tangan.
Dari 6 hingga 8 November, Astro Home of Kids turut menghidupkan suasana dengan kemunculan watak popular seperti Didi & Friends, Cocomelon dan PAW Patrol. Pembeli yang berbelanja RM300 atau RM500 dalam satu resit layak menebus hadiah eksklusif sementara stok masih ada.
Menerusi pelbagai aktiviti dan pengalaman yang disusun, Pavilion REIT terus menunjukkan komitmennya dalam meraikan kepelbagaian budaya Malaysia sambil mencipta pengalaman membeli-belah yang lebih bermakna sepanjang musim Deepavali.
Untuk maklumat lanjut, sila ikuti
● Pavilion Kuala Lumpur, https://www.pavilion-kl.com/
● Pavilion Bukit Jalil, www.pavilion-bukitjalil.com
● Intermark Mall, https://www.intermark-mall.com/
.jpg)
.jpeg)
.jpg)
Comments
Post a Comment