THE GOODDAY MILK FACTORY ANJUR SLYBEAR SCARY GOOD FEST 2026

Suasana di The Goodday Milk Factory, Petaling Jaya bertukar meriah apabila festival SlyBear Scary Good Fest 2026 berjaya menghimpunkan peminat permainan, pengumpul hobi, dan seisi keluarga selama tiga hari dari 23 hingga 25 Oktober 2026.

Anjuran Goodday Milk dengan kerjasama SlyBear Eatery Sdn. Bhd. dan Topcom Sdn. Bhd./Pulse Project Asia, festival ini mentransformasikan destinasi gaya hidup seluas lima ekar berkenaan menjadi pusat perhimpunan komuniti yang dinamik.

Antara tarikan utama termasuklah pengalaman rumah hantu dan Cursed Royal Carriage yang mendebarkan, serta kejohanan esports dengan kumpul hadiah bernilai RM2,300. Kejohanan Beyblade X yang dianjurkan bersama Warung Hobi dan WAIBBA turut menarik perhatian menerusi sesi bimbingan khas bersama Akmal (Juara G1 Malaysia 2025) dan Tito O. Bagi kanak-kanak berusia 6 hingga 16 tahun, pertandingan seni berasaskan budaya popular turut diadakan.

Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn. Bhd., Amy Gan, menyatakan bahawa gaya hidup sihat hari ini melangkaui aspek pemakanan, dan merangkumi usaha mengeratkan hubungan sesama manusia menerusi ruang seperti The Goodday Milk Factory. Manakala Pengarah Bersama SlyBear Eatery, Sid Ng, meluahkan rasa teruja atas sambutan hangat yang membolehkan acara kemasukan percuma ini dijayakan dengan berkesan.

Selain aktiviti utama, pengunjung menikmati pasar hobi yang menjual barangan koleksi dan kad permainan, permainan karnival, serta jualan makanan. Pembeli hidangan khas bersama produk Goodday Milk atau Pepsi turut menyertai aktiviti Spin & Win untuk memenangi pelbagai hadiah menarik.

Festival ini turut disokong oleh rakan kerjasama seperti Goodday Charge, Pepsi, U Mobile, Famous Amos, Warung Hobi, dan Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF).

Untuk perkembangan dan acara akan datang, ikuti laman sosial rasmi The Goodday Milk Factory di Instagram dan Facebook.

Comments

Popular posts from this blog