“POWER RANGERS LIVE IN GENTING 2016” PENUH DEBARAN


Anak-anak anda boleh bertemu dengan idola adiwira dengan lima Power Rangers di Resorts World Genting di mana persembahan “Power Rangers Live in Genting 2016” akan dilangsungkan pada 28 Mei sehingga 28 Jun 2016.


Persembahan khas sedang berlangsung di Genting International Showroom setiap hari pada jam 4petang dan 9malam.

Sesi bergambar akan diandakan sebelum dan selepas setiap persembahan. Jadi jangan lepaskan peluang ini untuk bertemu dan mengambil gambar dengan mereka!

Terdapat banyak barangan rasmi seperti kemeja-T, mainan, figura aksi dan sebagainya turut dijual.


Produksi jutaan ringgit ini adalah persembahan secara langsung pertama Power Rangers di Asia Tenggara dan yang pertama di dunia untuk menampilkan Dino Charge.


Persembahan satu jam akan menampilkan barisan pelakon dan krew antarabangsa, iaitu 25 orang dari Jepun berganding dengan 15 orang tempatan. 


Plot persembahan berdasarkan siri televisyen yang amat popular, The Mighty Morphin Power Rangers, dan Dino Charge. Adiwira Rangers adalah lima pahlawan yang dipilih oleh Energems untuk mempertahankan Bumi dari serangan kuasa jahat. Mereka terpaksa bertarung dengan si penjahat seperti Fury, Poisandra dan kuncu-kuncu mereka.


Tiket-tiket “Power Rangers Live in Genting 2016” boleh didapati di Genting International Showroom dengan harga RM108 (VIP), RM88 (PS1) dan RM68 (PS2). Diskaun 20% akan diberikan kepada pemegang kad Genting Rewards sehingga 26 Mei dan 10% bermula 27 Mei.


Sesi bertemu peminat Power Rangers dijadualkan pada jam 12 tengahari dan 7.30 petang di pentas Time Square, Power Rangers Activation Booth di Universal Walk, lobi Genting Grand dan sekitar Genting International Show Room.


Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.rwgenting.com/

Comments

Popular posts from this blog

LAGU 'BEGHAOK RAYA' MEMERIAHKAN LAGI SUASANA HARI RAYA TAHUN INI