Ketika wabak COVID-19 terus menular di seluruh Asia, platform penghantaran makanan utama, foodpanda, terus memastikan kesihatan dan langkah-langkah keselamatan tersedia untuk ridernya. foodpanda telah memperkenalkan strategi perkongsian komunikasi dan informasi kepada rider mereka untuk memastikan segala informasi dimaklumkan secara efektif sepanjang tempoh genting ini. Dalam memupuk persekitaran sekuriti, keselamatan yang telus, foodpanda telah melaksanakan langkah-langkah dan cadangan untuk mengutamakan perihal kesejahteraan rider seperti berikut: Pakai topeng muka sepanjang tempoh kerja, Basuh tangan dengan kerap dengan penggunaan air dan sabun, Guna cecair pembasmi kuman tangan / sanitizer tangan sebelum dan selepas setiap penghantaran, Kepilkan beg kertas dan tutup tudung bekas makanan dengan rapi, Pensterilan beg penghantaran atau beg haba mereka Jika mereka menunjukkan tandan-tanda kurang sihat atau sakit, mereka dikehendaki berjumpa den...