‘JAUH’ SINGLE BAHASA MALAYSIA PERTAMA PUREVIBRACION



Sepuluh tahun sudah berlalu sejak kelahiran album pertama Purevibracion bertajuk ‘Love and Peace’. Dalam tempoh itu, kumpulan ini telah melalui beberapa perubahan terutamanya anggota kumpulan. Ditubuhkan pada tahun 2000 atas dasar cinta terhadap muzik yang dibawakan oleh Bob Marley, Purevibracion kini dianggotai oleh 7 orang ahli utama dan boleh dikatakan sebagai di antara pelopor muzik genre Roots reggae di Malaysia. 

Menggabungkan pelbagai pengaruh kreatif dan muzik kesemua ahli kumpulan, Purevibracion tidak tergesa-gesa dalam menghasilkan single ‘Jauh’ dan juga album kedua mereka yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. “Kami semua memberikan komitmen yang penuh dalam proses penulisan lagu namun kami juga mengambil masa yang diperlukan agar proses ini berjalan secara organik. Satu faktor yang masih sama adalah mesej yang kami bawa. Ia tetap menerapkan perasaan cinta, kasih sayang, keamanan dan semangat patriotisme. Dengan segala kekalutan yang berlaku di dalam dunia masa kini, kami sekali lagi terpanggil untuk membincangkan isu-isu global seperti alam sekitar, perang dan kemiskinan. Kami harap ini akan sedikit sebanyak membuka mata pihak-pihak yang tertentu tentang peri pentingnya kita menjaga dunia ini” kata Jeffrey Little, sebagai ketua kumpulan Purevibracion. 

‘Jauh’ adalah single Bahasa Malaysia pertama pernah dirakamkan oleh Purevibracion sejak ia ditubuhkan dua puluh tahun lalu. Diinspirasikan dari melodi lagu pop reggae, Jeffrey yang juga bertindak sebagai penerbit dan penggubah ‘Jauh’ menyatakan bahawa ia adalah ‘satu surat cinta buat para peminat kami yang sudah lama tertunggu-tunggu untuk sebuah lagu dalam Bahasa Malaysia dari kami’. 

Pada tahun, Purevibracion mengeluarkan sebuah single di YouTube bertajuk ‘Irieman’. Ianya bertujuan untuk menunjukkan personaliti yang berlainan dan lebih santai bagi kumpulan ini. Dalam pada itu, ia juga membawa mesej diskriminasi yang sering dilalui oleh mereka yang berimej ‘dreadlock’. ‘Irieman’ akan disusun semula dan versi baru ini bakal dimuatkan di dalam album yang sudahpun 3 tahun di dalam pembikinan. Muzik video bagi single ‘Jauh’ pula telahpun difilemkan pada penghujung tahun 2019 oleh pengarah baru bernama Skyzo. 


‘Jauh’, kini boleh dimuat turun di platform digital seperti Apple Music and Spotify. Diterbitkan oleh Jeffrey Little dan diedarkan di bawah label Laguna Music Sdn Bhd, ianya akan juga diedarkan dalam bentuk CD fizikal dengan lagu tambahan yang bakal mengejutkan pendengar. 

YouTube:




Spotify: 

Apple Music: 

Ikuti perkembangan Purevibracion dengan mengikuti akaun FB dan Instagram dengan nama yang sama. 

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!