Sarini Zainal percaya bahawa kecantikan bukan sekadar rupa. Pada tahun 2011, beliau meninggalkan pekerjaannya sebagai jurutera kimia untuk menubuhkan Pastels Group, sebuah syarikat pengedaran produk kecantikan Korea. Tetapi apabila barisan jenama kecantikan Korea tersebut menubuhkan ibu pejabat di Malaysia dan menawarkan harga yang lebih kompetitif, Sarini memutuskan untuk melancarkan jenamanya tersendiri, maka lahirnya The Pastels Shop pada tahun 2019. Khas untuk Malaysia The Pastels Shop kini menawarkan pelbagai pilihan produk penjagaan kulit, termasuk pembersih, toner, serum, pelembap, dan juga mask muka. Apa yang membezakan jenama ini daripada yang lain adalah formulasi produknya yang direka khusus untuk pengguna Malaysia. “Bersaing dalam pasaran tepu yang dikuasai jenama antarabangsa adalah sangat mencabar. Untuk membezakan jenama kami daripada yang lain, kami memilih untuk menekankan identiti tempatan kami. The Pastels Shop menawarkan kosmetik mesra wuduk dan juga produk penjaga...