PROGRAM 'TRASH RIGHT' DIPERLUASKAN LAGI KE ENAM SEKOLAH LAGI PADA 2024



Tahun ini, Mondelēz International terus mengembangkan program kitar semula Trash Right bagi membudayakan pelupusan plastik yang bertanggungjawab, dan memupuk persaingan sihat dalam kalangan para sekolah yang mengambil bahagian. Susulan kejayaan program perintis pada tahun lepas, kali ini, enam sekolah di Lembah Klang akan bekerjasama untuk menyemai tabiat kitar semula sepanjang hayat yang proaktif dalam kalangan murid berumur 10 hingga 12 tahun melalui amalan kelestarian yang praktikal.

Satu peraduan antara kelas dan sekolah akan berlangsung selama enam bulan, dengan sasaran untuk mengumpul lebih 10 tan metrik sisa plastik. Malah, program tahun ini akan berusaha mencapai kejayaan lebih hebat daripada tahun lalu yang berjaya mengumpul 1.33 tan metrik sisa dalam tempoh tiga bulan. Ia akan terus mencetuskan impak positif yang ketara kepada alam sekitar dan masyarakat sebagai sebahagian daripada pelan kelestarian jangka panjangnya.

Program ini berfokus untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan ekonomi kitaran dan mendidik para murid tentang kaedah pengasingan dan kitar semula sisa yang betul. Enam sekolah yang mengambil bahagian ialah:
  • SK Seksyen 20
  • SK Seksyen 17
  • SK Padang Jawa
  • SK Taman Dato Harun 2
  • SK Bandar Utama Damansara 4
  • SK Tropicana
Bagi memulakan inisiatif ini secara rasmi dan menggalakkan penyertaan murid, satu bengkel telah dianjurkan untuk mendidik para murid dan guru tentang amalan pengasingan plastik yang cekap. Satu paparan penjejak kemajuan akan menggalakkan persaingan sihat dalam kalangan sekolah dan murid, dengan mendorong mereka untuk mengitar semula plastik secara aktif dalam tempoh enam bulan.

Menyedari kepentingan tanggungjawab bersama dalam mewujudkan ekonomi kitaran, warga kerja Mondelēz International telah menyumbangkan masa untuk menganjurkan bengkel di setiap sekolah dan berinteraksi dengan para murid. Sepanjang tempoh kempen, sisa plastik akan dikutip dari setiap sekolah selang minggu.

Selain itu, Mondelēz International juga berpadu tenaga dengan PINTAR Foundation, Trash4Cash dan Lotus’s untuk meningkatkan kesedaran tentang pelbagai kategori plastik dan amalan kitar semula yang betul, serta membudayakan pelupusan sisa yang bertanggungjawab dalam masyarakat.

Program Trash Right adalah sebahagian daripada projek impak sosial Mondelēz International di Asia Tenggara, yang juga merupakan hasil kerjasama terbarunya dengan Trash4Cash bagi menangani sisa plastik multi-lapisan yang sukar dikitar semula secara mekanikal dalam jangka pendek. Sisa plastik daripada program Trash Right akan digunakan sebagai bahan mentah dalam projek ‘eco-board’ untuk menghasilkan papan eko yang mempunyai banyak kegunaan, termasuk pembuatan perabot. Ia merupakan pengganti yang baik untuk kayu.

Mondelēz International merancang untuk mengumumkan sekolah pemenang dari daerah tersebut pada hujung tahun 2024, serta mendedahkan strategi untuk menjana kelestarian jangka panjang dan kejayaan berterusan bagi semua sekolah yang mengambil bahagian. Rancangan masa depannya termasuk melebarkan sayap program Trash Right ke lebih sekolah setiap tahun.

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

ASTRO ORIGINALS ‘PROJECT; EXIT’ MENGUPAS ISU KESIHATAN MENTAL & KONFLIK KELUARGA MENERUSI KISAH PERSAHABATAN YANG PENUH EMOSI

IQIYI SAJIKAN DRAMA BERSIRI ‘SATU HARI NANTI’ GANDINGAN BELLA ASTILLAH, EZAIDI AZIZ & EYKA FARHANA

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA