Pesta Filem Amerika Latin/ Latin American Film Festival (LAFF) kembali untuk tahun ke-17 dan rakyat Malaysia akan berpeluang menikmati kehebatan pawagam Amerika Latin dan Caribbean tanpa sebarang bayaran di Golden Screen Cinemas (GSC) Pavilion. Dianjurkan oleh Kedutaan Amerika Latin dan Caribbean/ Embassies of the Latin American and Caribbean Group (GRULAC) di Kuala Lumpur, Malaysia, Festival Filem Amerika Latin akan berlangsung dari 7 November hingga 11 November. Kaki wayang akan berpeluang menikmati beberapa filem terbaik dari Argentina, Brazil, Colombia, Cuba, Ecuador, Mexico, Peru, Uruguay dan Venezuela. Sebagai tradisi, negara tetamu akan mengambil bahagian dalam perayaan tahun ini. Tetamu tahun ini adalah India untuk menambah lebih banyak warna dan perisa untuk Festival ini. "Pawagam adalah satu peluang yang baik untuk menunjukkan contoh kepelbagaian yang luar biasa dan pelbagai ekspresi budaya Latin Amerika," kata Dubes Brazil, Carlos Martins Cegli