ANUGERAH SKRIN 2018 MEMPERTARUHKAN 30 KATEGORI
Anugerah paling berprestij,
Anugerah Skrin semakin hampir ke kemuncaknya! Anugerah Skrin 2018 (ASK 2018) bakal berlangsung pada 2 November
(Jumaat), 9.00 malam hingga 11.30 malam
di Dewan Merdeka, Pusat
Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.
Anugerah Skrin
yang sudah memasuki edisi ke-22 ini dianjurkan untuk memberikan pengiktirafan
kepada para penggiat seni tanah air yang telah bekerja keras untuk menghasilkan
sebuah drama dan filem. Pengiktirafan ini diharap dapat menyumbang kepada
perkembangan industri seni yang lebih baik dengan penghasilan karya yang lebih
bermutu dan berkualiti.
Secara keseluruhan, ASK 2018
mempertaruhkan 30 kategori yang merangkumi 14 kategori drama, 7 kategori filem,
9 kategori bukan drama dan teknikal. Malam Anugerah ASK 2018 bakal menyaksikan
24 kategori dipertandingkan, manakala pemenang enam lagi kategori Kategori
Bukan Drama akan diraikan di satu slot istimewa menerusi siaran langsung Melodi ASK 2018 pada 28 Oktober (Ahad) bermula jam 12.00
tengah hari hingga 1.30 tengah hari.
Selain Rangkaian Televisyen Media
Prima iaitu TV3, ntv7, TV9 dan 8TV, ASK 2018 turut disertai oleh rakan penyiar
lain seperti ASTRO
AEC, Bernama, RTM dan TV Al-Hijrah.
Buat julung kalinya juga, ASK 2018
memperkenalkan tiga kategori baharu di bawah kategori drama iaitu Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa
Cina), Pelakon Lelaki Terbaik Drama
Rantaian dan Pelakon Wanita Terbaik
Drama Rantaian.
Bagi kategori Drama Rantaian
Terbaik (Kategori Bahasa Cina), kriteria yang akan dinilai termasuklah tema,
mesej dan pengolahan cerita yang baik, mempunyai keistimewaan tersendiri serta
memaparkan nilai-nilai murni dan pengajaran. Manakala, untuk Pelakon
Lelaki dan Wanita Terbaik Drama Rantaian, kriteria yang akan dinilai adalah
dari aspek penghayatan, lontaran vokal skrip, penampilan dan kesan lakonan
dalam drama. Keseluruhan persembahan lakonan juga harus memberi impak kepada
penonton. Hanya seorang pemenang sahaja akan dipilih tidak kira sama ada mereka
berlakon dalam drama rantaian bahasa Melayu atau bahasa Cina.
Edisi ke-22 ini turut menampilkan
kelainan di mana, ASK 2018 tidak menampilkan hos utama bagi mengendalikan malam
anugerah ASK 2018. Sebaliknya, 12 penyampai anugerah dibarisi oleh Datuk Rosyam Nor, Nora Danish, Awal Ashaari,
Ayda Jebat, Zahirah MacWilson, Elly Mazlein, Sherry Al-Hadad, Izzue Islam, Sharnaaz
Ahmad, Naz Habibur Rahman dan Shuk
Sahar akan dipertanggungjawabkan untuk mengemudi acara penuh prestij ini.
Acara karpet merah akan diacarakan
oleh Aaron Al-Fateh dan Ain Edruce, bersiaran secara langsung menerusi Pop TV
pada pukul 8.30 malam sehingga 9.00 malam di ntv7. Selain itu, kemeriahan acara
karpet merah turut disiarkan secara langsung di laman sosial Facebook ntv7
Malaysia.
Malam penuh gemilang ini akan turut
dimeriahkan dengan persembahan hebat daripada Wany Hasrita, Ernie Zakri &
Shiha (tribute Allahyarham Pak Ngah),
Jaclyn Victor & Elvira (persembahan Koir), Altimet ft. Amelia Henderson,
Raja Shahiran & Shawn Lee (nyanyian Rap),
Andrew Lee (silap mata), Alpha Movement (Tarian & Aksi Parkour) dan
tidak ketinggalan juga persembahan daripada kumpulan OAG.
Calon – calon bagi Drama Terbaik
dalam ASK 2018 ialah 4K, Abang Kandung, Aku
Nazmi, Cucu Atuk, Dosa Perempuan, Fatonah
Azali, Kasih Seorang Ayah, Luyak, Nisaa,
Pendosa Ingin Ke Syurga, Qalbu dan Tulus Cinta.
Drama Rantaian Terbaik
(Kategori Bahasa Melayu) yang tercalon pula adalah Andainya
Takdir 2, Isteri Untuk Diiktiraf, Nafas, Nur, Raisha dan
Teratai Kemboja. Bagi Drama Rantaian
Terbaik Kategori Bahasa Cina, drama-drama
yang tercalon ialah Green Wall, Growth
Behind The Sun, Persona 2, The Men In Black School, dan The Memoir Of Majie.
Manakala, pencalonan bagi kategori Drama
Komedi Terbaik pula ialah Aku Dia Lagu, Mak
Cun 4, Mat Rukun, Suamiku Mat Piun dan
Shah & Zam.
Bagi kategori Filem Terbaik pula,
antara filem yang tercalon ialah Abang Long Fadil 2, Bisik Pada Langit, Blok
404, Bukan Cinta Malaikat, Buskers, Dukun, Hijabsta Ballet, Kau Takdirku, Kau
Yang Satu, KL Special Force, KL Wangan #Bikingempak, Peransang Rentap, Pinjamkan
Hatiku, Pulang, Rempit Sampai Langit dan
Tombiruo: Penunggu Rimba.

ASK 2018 disokong oleh radio Hot FM & Kool FM sebagai rakan radio turut boleh ditonton secara langsung menerusi Youtube @TV3Malaysia Official. Kru penerbitan Anugerah Skrin 2018 diketuai oleh Tengku Sahilawati selaku Penerbit Eksekutif dan Zaini Saidi sebagai penerbit. Layari laman web rasmi ASK 2018 iaitu www.xtra.com/ask2018 untuk sebarang informasi terkini. Rancakkan perbualan ASK2018 di laman sosial anda dengan hashtag #ask2018!.
Comments
Post a Comment