Gema takbir Raya sayup-sayup kedengaran menyelubungi kawasan kejiranan, menandakan berakhirnya bulan Ramadhan dan menjelmanya Syawal, yang juga dikenali sebagai Hari Raya Aidilfitri. Bagi umat Islam di seluruh Malaysia, perayaan ini bakal menyaksikan sanak saudara dan sahabat handai berkumpul sambil menikmati pelbagai juadah Hari Raya, dan yang utama, meraikannya dengan semangat bermaaf-maafan. Sebagaimana sambutan perayaan lain, pasti ada banyak peluang menarik untuk beramah mesra dengan ahli keluarga dan rakan-rakan anda. Ada kalanya soalan-soalan yang dikongsi kurang enak, walaupun dituturkan dengan niat yang baik. Dari kerjaya profesional sehinggalah ke perancangan peribadi anda, LinkedIn , rangkaian profesional terbesar di dunia, berkongsi beberapa tip untuk anda menghadapi soalan-soalan wajib Raya, agar dapat mengilhamkan perbualan yang lebih bermakna. Soalan wajib dari saudara-mara di waktu Raya: 1.”Adakah kamu sudah bekerja? / Apakah pekerjaan kamu?” Saudara-mara...