GSC LANCAR PANGGUNG LED ONYX BERSAMA SAMSUNG

 

Dalam usahanya untuk terus mencipta pengalaman pawagam yang tidak mudah dilupakan pelanggan, Golden Screen Cinemas (GSC) hari ini melancarkan skrin panggung wayang pertama negara, Onyx.




Dikuasakan oleh inovasi Samsung Electronics, Onyx direka bentuk untuk mengubah pengalaman pawagam tradisional – dengan paparan teater LED futuristik yang memberikan ketajaman visual-ultra definisi tinggi dan bunyi unggul di Dewan 11 GSC Mid Valley Megamall, dengan lebar 33.8 kaki dan 16.4 kaki skrin LED Pawagam Onyx menghidupkan kandungan dengan mempamerkan lebih terperinci dan warna dalam 4K canggih.



Ia adalah Digital Cinema Initiatives (DCI)-compliant High Dynamic Range (HDR) yang pertama di dunia, yang boleh mencapai paras kecerahan puncak 146fL, membolehkan skrin untuk menangkap walaupun putih yang paling jernih dan hitam yang paling mendalam dengan nisbah kontras hampir tiada batasan. 



Menggabungkan pengalaman tontonan generasi akan datang ialah teknologi audio bertaraf dunia dari Makmal Audio Samsung dan JBL oleh HARMAN Professional Solutions.



Dengan mengintegrasikan kuasa pembesar suara di sekeling skrin, Onyx dapat menghasilkan “sweet-spot” audio yang diperluas ke seluruh kawasan tempat duduk pawagam, jadi penonton boleh menikmati bunyi yang lebih berkesan dan mendalam.



Di samping itu, dewan ini mempunyai tempat duduk eco-leather mewah supaya anda menonton filem dengan keselesaan maksima dari awal hingga akhir filem. 

Untuk menempah tiket ke panggung Onyx, sila klik https://www.gsc.com.my/

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI