Posts

Showing posts from August, 2019

THE HOTTEST SHOWS COMING TO NETFLIX THIS SEPTEMBER

Image
The Politician, streaming on September 27 Payton Hobart (Ben Platt), a wealthy student from Santa Barbara, California, has known since age seven that he's going to be President of the United States. But first he'll have to navigate the most treacherous political landscape of all: Saint Sebastian High School. To get elected Student Body President, secure a spot at Harvard, and stay on his singular path to success, Payton will have to outsmart his ruthless classmates without sacrificing his own morality and carefully crafted image. Full of comedy and sly satire, Ryan Murphy's The Politician offers a rare glimpse into just what it takes to make a politician.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

Image
Pesta Sembilan Maharaja Dewa merupakan perayaan tahunan kaum Taois yang mana perayaan ini bermula pada bulan ke-sembilan dalam kalender lunar cina dan diraikan di Malaysia, Thailand dan Indonesia. Karnival ini akan berlaku di kuil sepanjang pesta 9 hari, dengan penganut yang menetap di kuil, makan makanan vegetarian dan membacakan ayat-ayat penyembahan secara berterusan. Festival ini disambut dengan meriah di negeri seperti Selangor (Ampang dan Sekinchan), Pahang (Kuantan), Kelantan (Kota Bharu), Pulau Pinang (Butterworth) dan Perak (Ipoh). 

HWGPAY: BUKAN SEKADAR PEMBAYARAN DIGITAL

Image
Dari kiri: Dato' Aaron Lim Ooi Hong, Managing Director of Ho Wah Genting Berhad, Pehin Sri Dato’ Lim Hui Boon, Group President of Ho Wah Genting Group, YB Tuan Tan Kok Wai, Special Envoy of Malaysia to the People’s Republic of China, En. Danial Mah Abdullah, Director General of Labuan Financial Services Authority (LFSA) and Mr. Gavin Lim Chun Hoo, CEO of HWGG Capital P.L.C Revolusi pembayaran aset digital kini tiba di Malaysia apabila HWGG Capital P.L.C secara rasminya melancarkan Ekosistem Blockchain HwgPay, membolehkan pengguna membuat perbelanjaan aset digital yang selamat dan boleh diharapkan. Acara yang berlangsung di Shangri-La, Kuala Lumpur ini telah diserikan dengan kehadiran YB Tuan Tan Kok Wai, Duta Khas China ke Malaysia serta En. Danial Mah Abdullah, Ketua Pengarah Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA).

RUSSIAN BALLET: THE SLEEPING BEAUTY DI KLCC

Image
YBhg Datuk Isham Ishak, Setiausaha Agung Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) mengumumkan bahawa Festival Seni Balet Antarabangsa yang pertama kali diadakan di Malaysia anjuran The Dance Company (TDC) adalah bertujuan untuk mempromosikan Malaysia di persada dunia.

"SUDAHLAH" GANDINGKAN AMEERAIS DAN DANNY MOJO

Image
“SUDAHLAH”, begitulah judul single terbaru daripada Ameerais. Projek solo Ameerias ini berunsur rock dan menampilkan gitaris handalan, Danny Mojo.

L’ORÉAL PARIS LANCAR REVITALIFT CRYSTAL MICRO-ESSENCE

Image
L’Oréal Paris hari ini memperkenalkan L’Oréal Paris Revitalift Crystal Micro-Essence yang serba baharu, revolusi penjagaan kulit yang dikuasai oleh teknologi mikro, membolehkannya menembusi sehingga 10 lapisan kulit. Menggabungkan bahan aktif yang mencerahkan dan bahan pembaikan kulit yang kuat, iaitu Centella Asiatica, pengguna akan terjamin kulit yang berseri dan nampak berkilauan umpama kristal dengan penggunaan pertama. 

FESTIVAL FILEM JEPUN BAWAKAN FILEM BERTEMAKAN MUZIK TAHUN INI

Image
Pisang, game Final Fantasy, gusti dan Bento adalah elemen aneh tetapi merupakan intipati unik dalam filem-filem keluaran Jepun dalam meraikan kepelbagaian.

FILEM-FILEM WAJIB TONTON BULAN SEPTEMBER INI

Image
Pawagam di bulan September bagai dihantui pelbagai filem-filem seram. Mungkin inikah apa yang dinanti-nantikan oleh para penonton?

JOM MAKAN DENGAN TOUCH ‘N GO eWALLET DARI RM0.10 SAHAJA!

Image
Perhatian semua rakyat Malaysia! Nikmati pengalaman gastronomi yang menakjubkan selama lima bulan untuk hanya serendah RM0.10 dengan Touch ‘n Go eWallet (eWallet). Bermula dari Ogos hingga Disember 2019, promosi menarik ini menawarkan pelbagai aneka hidangan tempatan yang pasti memikat selera pengguna. 

SAMBUTLAH HARI KEBANGSAAN DENGAN PENUH NIKMAT

Image
31 Ogos 1957 merupakan tarikh yang bersejarah apabila Bapa Kemerdekaan kita Tunku Abdul Rahman melaung "Merdeka" tujuh kali untuk mengisytiharkan kemerdekaan negara, menjadi langkah pertama untuk negara kita menuju ke arah masa depan yang lebih cerah. Pada 16 September 1963, Malaysia dibentuk dengan gabungan Sabah dan Sarawak. Kedua-dua peristiwa penting ini merupakan asas pembentukan negara kita. Sepanjang masa ini, masyarakat berbilang bangsa bersama-sama berganding bahu untuk membangunkan negara, memimpin kita sehingga ke hari ini.

OYO LAKAR KEJAYAAN DI MALAYSIA DENGAN PENAMBAHAN 10,000+ BILIK

Image
OYO Hotels and Homes, sebuah rangkaian hotel, rumah dan ruang kediaman yang dipajak dan francais ketiga terbesar di dunia mengukir kejayaan yang signifikan dengan mengembangkan sayap ke 40+ bandar di Malaysia dan menambah 10,000 kunci eksklusif kepada rangkaian hotelnya di negara ini.

ECURVE CUNGKIL BAKAT DI K-HEAT KPOP TALENT SHOW 2019

Image
eCurve telah menganjurkan festival negara Korea sempena cuti sekolah baru-baru ini demi peminat setia K-drama, K-Pop dan K-fashion di Malaysia. 

O-MI! REBUT PELUANG UNTUK MAKAN MALAM DENGAN ALVIN CHONG!

Image
Kita semua pernah mendengar istilah ‘blind dates’ – iaitu suatu idea untuk berkenalan dengan rakan baru serta mengenali seseorang yang kita tidak pernah kenal sebelum ini. Ingatkah anda sewaktu ketika dahulu yang mana berkenalan dengan rakan baru merupakan suatu yang amat mudah, hanya dengan sapaan serta teguran secara rawak? Namun, masa sememangnya sudah berubah dan di dalam era yang terdedah kepada rangkaian media sosial, berkenalan dengan rakan baru secara online mungkin memerlukan banyak kesabaran yang gigih,namun ianya amat mudah untuk dilakukan. 

MCDONALD’S MALAYSIA PERKENALKAN NASI LEMAK MCD

Image
(L-R) Melati Abdul Hai, Vice President and Chief Marketing Officer of McDonald’s Malaysia and Eugene Lee, Marketing Director of McDonald’s Malaysia introduce the Nasi Lemak McD. Sempena sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia, McDonald's Malaysia meraikan 37 tahunnya sebagai syarikat Malaysia dengan menerima pakai nama panggilannya, Mekdi. Papan tanda yang tertera Mekdi – panggilan tempatan bagi 'McD', iaitu kependekan bagi McDonald's – kini jelas terpampang di restoran McDonald's Bukit Bintang, lokasi pertama McDonald's di Malaysia yang dibuka pada tahun 1982.

CENDANA DAN DBKL LANCAR ‘PANGGUNG RAKYAT’

Image
Dalam pada rakyat Malaysia bersatu meraikan perpaduan serta menzahirkan rasa patriotisme dan cinta terhadap negara sempena bulan kemerdekaan ini, Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya (CENDANA) bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah melancarkan secara rasmi acara ‘Panggung Rakyat’ beserta beberapa program utamanya bagi tahun 2019. 

MONKI LANCAR KOLEKSI DENIM AW19 GAYA JEANIOUS

Image
Sepasang celana jeans klasik Monki akan memberikan gaya ikonik kepada anda dengan serta merta, tetapi koleksi baharu AW19 daripada jenama pakaian Sweden menawarkan lebih daripada itu.

EIFFEL JUARAI CERIA MEGASTAR MINISTAR 2019!

Image
Anak kelahiran Sabah, Eiffel Paul Pailus atau lebih dikenali sebagai ‘Eiffel’ berjaya memenangi gelaran juara di ‘Konsert Finale Ceria Megastar Ministar 2019’ pada Jumaat lalu. Vokalis berumur 13 tahun itu membawa pulang wang tunai sebanyak RM 25,000 serta sebuah trofi sebagai hadiah kemenangan.

CADBURY DAIRY MILK KINI DENGAN PERISA EDISI TERHAD DURIAN

Image
[Dari kiri} Ivan Oh - Mondelez International Head of Category Planning and Activation, Vikram Karwal - Mondelez International Associate Director of Chocolates for South East Asia, Datuk Lat, Rahul Mathur - Mondelez Malaysia Category Manager of Chocolates Cadbury, jenama konfeksi kesukaan Malaysia di bawah jenama makanan ringan terkemuka Mondelēz International sekali lagi meraikan perisa Malaysia dengan pelancaran perisa edisi terhad tempatan keduanya, Cadbury Dairy Milk Durian eksklusif untuk pasaran Malaysia.

DENDAM PONTIANAK BAKAL MENGHILAI DI PAWAGAM 12 SEP

Image
Primeworks Studios mengumumkan menjadi pengedar rasmi di Malaysia untuk filem seram 'DENDAM PONTIANAK' yang diterajui oleh Nur Fazura dan Remy Ishak yang akan berada di pawagam Malaysia mulai 12 September 2019. Kerjasama ini merupakan yang pertama antara Primeworks Studios dengan syarikat produksi filem dari Singapura, Tiger Tiger Pictures. 

DELEGASI KONGRES STATISTIK SEDUNIA ISI TANAM POKOK DI FRIM

Image
  Sempena Kongres Statistik Sedunia, Institut Statistik Antarabangsa (ISI WSC 2019) ke-62 berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, pada 18 hingga 23 Ogos 2019, sebanyak 40 anak pokok daripada pelbagai spesies ditanam oleh delegasi kongres tersebut di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di sini semalam.

MADAGASCAR THE MUSICAL AKAN GEGARKAN KUALA LUMPUR

Image
Diadaptasikan daripada filem animasi pecah panggung studio DreamWorks,  “Madagascar The Musical” akan dipersembahkan di Kuala Lumpur pada 5-8 Disember 2019! Sertai pengembaraan Sang Singa, Alex, Si Kuda Belang Marty, Zirafah Melman dan Badak Air Gloria apabila mereka cuba memboloskan diri dari Zoo Central Park, New York dan dengan tidak disangka-sangka tiba ke dunia riang ria King Julien di Madagascar.

CRISTIANO RONALDO BAKAL SERTAI SHOPEE 9.9 SUPER SHOPPING DAY

Image
Cristiano Ronaldo Ikon Bolasepak Antarabangsa dengan Chris Feng, CEO, Shopee Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, mengumumkan pakatan kerjasama dengan ikon bola sepak global, Cristiano Ronaldo sebagai duta jenama terbarunya. Cristiano Ronaldo akan bekerjasama dengan Shopee dalam pelbagai inisiatif untuk menarik dan memberi inspirasi kepada pengguna di rantau ini, bermula dengan kempen membeli-belah tahunan utama Shopee, Shopee 9.9 Super Shopping Day.

REVIU: KAMERA PENCETAK SEGERA CANON INSPIC [C]

Image
Canon Marketing Malaysia telah memperkenalkan kamera pencetak segera iNSPiC yang kompak dan bergaya, iNSPiC [C] baru-baru ini. Team FemagOnline telah diberi kesempatan untuk mencuba peranti inovatif ini – sebuah kamera pencetak segera yang bersaiz poket. Ia menggabungkan keupayaan untuk mencetak dan berkongsi foto dengan segera serta kamera digital.

TEROKAI THE LOST CITY OF GOLD DI THE CURVE!

Image
Ayuh jalani sebuah pengembaraan hebat yang cukup dinanti-nantikan bersama Dora and friends pada musim cuti sekolah yang akan datang ini di the Curve, Mutiara Damansara! 

CABARAN GUARDIAN VITAMIN C + ZINC #FIZZWITHME

Image
Lakukan cabaran Guardian Vitamin C + Zinc #FizzWithMe – Cuba hasilkan bunyi fizzingselama lebih daripada 30 saat dengan sekali nafas.

MONOLOQUE TAMPILKAN AIZAT AMDAN DALAM SINGLE TERBARU

Image
MonoloQue baru-baru ini telah melancarkan single dan video muzik bersempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16. 

KOTEX KETENGAHKAN PEMBUNGKUSAN BATIK EDISI TERHAD

Image
Jenama penjagaan wanita terkemuka di tanah air, Kotex®, kembali mencapai kemuncak baharu dalam penjagaan wanita menerusi pelancaran Batik Edisi Terhad Kotex®. Edisi tersebut bukan sahaja menggabungkan fungsi dengan fesyen, malah melambangkan satu inisiatif untuk memperkasa kaum wanita. Batik Edisi Terhad Kotex® menawarkan rekaan dengan pelbagai warna yang terang, berani, serta menampilkan motif-motif halus yang melambangkan batik Malaysia, namun telah dipermodenkan untuk wanita muda yang mengidamkan aliran fesyen terkini. Pembungkusannya menampilkan rekaan kreatif artisan-artisan dari Batik Boutique, iaitu sebuah perusahaan sosial yang bermatlamat untuk meningkatkan kemahiran golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40). Kerjasama dengan Batik Boutique merupakan satu lagi impak positif daripada pergerakan global, #SHECAN Kotex® yang bertujuan memperkasa kaum wanita untuk mencapai apa jua kejayaan yang diidamkan. “Kami telah menerapkan batik ke dalam pembungkusan Kotex

SERTAI ZAYAN HIJABSTAR UNTUK MENANGI HADIAH WANG TUNAI

Image
ZAYAN HijabStar mempelawa wanita-wanita Malaysia berumur 19 hingga 34 tahun untuk menyertai pencarian ikon HijabStar yang dianjurkan oleh ZAYAN, destinasi gaya hidup Muslim moden dan NU Ideaktiv, selaku rakan media bersama MAX Fashion, penaja utama, dalam mencari ikon HijabStar yang boleh diterjemahkan sebagai wanita berbakat dengan personaliti yang menarik dalam mengekalkan ciri-ciri seorang wanita berhijab. 

WARKAH - ADAPTASI KISAH BENAR MERUNTUN JIWA

Image
Tercetusnya idea dan inspirasi pembikinan filem “Warkah” ini bermula daripada kiriman sepucuk surat oleh seorang remaja kepada Ketua Eksekutif PERKESO, YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman Bin Dato’ Aziz Mohammed. Melalui coretannya, remaja tersebut telah menzahirkan rasa syukur serta berterima kasih atas bantuan dan jasa baik PERKESO dalam membantu kehidupan keluarganya hingga dia berjaya memperoleh kejayaan dalam pelajarannya.

TERJUNAN BASE BERSIRI DI 4 LOKASI MENARIK DI MALAYSIA

Image
Menara Kuala Lumpur telah menganjurkan ‘KL Tower International Jump Malaysia (KLTIJM)’ selama 18 tahun dengan cemerlang dan telah menarik penerjun dari seluruh dunia. Acara ini menjadi acara penting dan merupakan acara utama untuk Menara Kuala Lumpur terutamanya dan Malaysia secara umumnya.  Terdapat hanya dua menara di dunia yang menganjurkan acara terjunan BASE antarabangsa ini, iaitu Tallinn TV Tower Estonia dan Menara Kuala Lumpur Malaysia. Menara Kuala Lumpur telah menjadi penanda aras kepada penganjur acara terjunan BASE yang lain kerana kami secara tegas mengambil langkah-langkah keselamatan sebagai keutamaan kami dan tugas-tugas teknikal yang diuruskan oleh para pakar.  Tahun ini, aspek teknikal organisasi acara ini akan diuruskan oleh 'ABABIL BASE JUMP CLUB'. Kelab ini terdiri daripada ahli-ahli dari penerjun BASE tempatan yang mempunyai pengalaman dan kemahiran yang tinggi dalam menyelaraskan dan mengurus aliran teknikal acara tersebut.  Pada tah

KRON MENGEMBARA DI PAWAGAM MULAI 22 OGOS 2019

Image
Filem-filem berunsur fiksyen pengembaraan yang turut menerapkan elemen sejarah sememangnya sesuatu yang cukup menarik jika jalan ceritanya dapat diolah dengan baik. 

EZLY SYAZWAN SHAH LANCAR SINGLE SULUNG "KAU BUKAN DIA"

Image
“Kau Bukan Dia”, merupakan single pertama daripada Ezly Syazwan Shah Bin Mohd Joeelleyno atau lebih mesra sebagai Ezly Syazwan. Beliau mula menceburkan diri dalam bidang nyanyian sejak kecil lagi. Bakatnya mula diketengahkan apabila menyertai pertandingan Battle of the band (raja band), menjuarai pertandingan menyanyi peringkat sekolah dan pernah menyertai program realiti televisyen TV9 (Pop Krew).

TEBUS MATA GANJARAN MESRA UNTUK MINYAK DENGAN SETEL

Image
Setel – aplikasi penyelesaian e-pembayaran pembelian bahan api secara langsung melalui telefon mudah alih pertama di Malaysia - terus menaik taraf keselesaan pelanggan dengan memperkenalkan pilihan penebusan minyak melalui mata ganjaran Mesra.

DATUK ROSYAM NOR BINTANGI FILEM PENDEK "WARUNG KAMI"

Image
Filem pendek lakonan Datuk Rosyam Nor telah dilancarkan dengan meriah di pawagam MMCineplexes, eCurve Mutiara Damansara baru-baru ini. Dihadiri oleh tetamu kehormat dan para wakil media, malam pratonton filem pendek tersebut telah diadakan secara besar-besaran dan lengkap dengan permaidani merah, pertama kali diadakan untuk sebuah filem pendek.

RAIKAN HARI MALAYSIA DENGAN KONSERT PATRIOTIK HELLO MALAYSIA

Image
Saksikanlah “Konsert Patriotik Hello Malaysia 2019" yang akan berlangsung pada Hari Malaysia ini (16 Sept 2019) untuk mengumpul dana bagi yayasan pembangunan Kampung Orang Asli. Konsert anjuran Nurture Charity bersama dengan Eternal Entertainment dan Dreamakers Management akan mempersembahkan 19 artis tempatan terkenal, antaranya Gin Lee, Daniel Cheah, Alvin Chong, As'ad Motawh, Darling Wan Azlyn, Lim Wen Suen, Kmy Kmo & Luca Sickta, Rabbit Mac, Sheezay, Xiiao C, Han Xiiao Aii, Kif Valentine, Kate Chan, Sampson Chew dan Back2Basixx. Semarakkanlah semangat patriotik di Mega Star Arena jam 8 malam pada 16 September, bersama-sama kita mencurahkan bakti kepada negara yang tercinta.

LEGAKAN KERENGSAAN KULIT DENGAN BEDAK AGNESIA BAHARU

Image
Setelah berjaya memantapkan kedudukannya selama lebih 80 tahun, bedak Agnesia Hygiene Care kini menampilkan wajah terbaru di bawah rangkaian produk Beau Care nya dengan dua haruman menyegarkan iaitu lavender dan ros . Ia didatangkan dalam bekas 100g dan dirumus secara eksklusif bagi menghasilkan haruman yang memikat lagi menyenangkan.

PENSONIC LANCAR PERALATAN PINTAR TOUSH

Image
YB Dr. Ong Kian Ming, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, telah melancarkan Peralatan Pintar Siri Toush di Hotel W Kuala Lumpur. 

“TEA PARTY ON THE MOON” DI RESORTS WORLD GENTING

Image
Masa istimewa tahun ini kembali lagi. Inilah saat di mana seisi keluarga berkumpul sambil diterangi cahaya tanglung dan bulan, menikmati kuih bulan sambil merenung kecantikan serta keindahan malam diterangi cahaya bulan. 

IBU MENJADI SUMBER INSPIRASI PENGASAS JENAMA SERI LADY

Image
Anak derhaka, ada hati nak jadi kaya?  Tak mungkin. Begitulah pegangan pengasas jenama produk kecantikan, Puan Ju atau lebih selesa dipanggil ‘Ummy Ju’. Berusia 39 tahun, Ummy Ju membesar dengan melihat kesengsaraan, kepayahan, ketabahan serta kesabaran hidup yang ditempuhi ibunya dalam mencari rezeki untuk membesarkan mereka adik beradik. Beliau banyak belajar tentang erti ingin berusaha untuk mengubah kehidupan keluarganya terutama ibunya.

PESTA GET ACTIVE WATSON’S KEMBALI DENGAN LEBIH MERIAH

Image
Peruncit kesihatan dan kecantikan terkemuka di Asia, Watsons, sekali lagi bakal menganjurkan acara tahunan Watsons #GETACTIVE FEST 2019 pada 19 Oktober di Sunway Lagoon Surf Beach, bermula pukul 4 petang hingga 11 malam!

KEDAI KONSEP KK TAWAR LEBIH 100 PILIHAN MAKANAN SEGAR

Image
Kumpulan Syarikat KK telah membina jenama nama yang kukuh di perantaraan khalayak ramai pengguna di rumah melalui KK SUPER Mart, rangkaian kedai serbaneka 24 jam di Malaysia, dengan lebih 9,000 produk keperluan asas harian di seluruh 400 cawangan setakat ini.

TSUBURAYA UMUM PERANCANGAN GLOBAL JENAMA ULTRAMAN

Image
Dalam keputusan terbaru oleh mahkamah antarabangsa, Tsuburaya Productions Co. Ltd. (TPC) telah memenangi bidaannya sebagai pemilik Ultraman Harta Intelek Tunggal (IP), yang merangkumi semua watak adiwira Ultraman, raksasa dan watak lain yang berkaitan dengan Ultraman Universe.

SEPUTAR DI SIDANG MEDIA & MALAM GALA "LINE WALKER 2 INVISIBLE SPY"

Image
Filem perisik penuh aksi yang merupakan sekuel kepada filem Line Walker (2016) bakal menghangatkan lagi pawagam-pawagam dengan gandingan tiga pelakon hebat yang pernah memenangi anugerah Nick Cheung, Louis Koo and Francis Ng. Pengedar filem ini, Lotus Five Star dengan rakan pemasaran RAM Entertainment telah membawakan pelakon, pengarah dan penerbit filem ini untuk mempromosikan filem ini di Kuala Lumpur baru-baru ini.

SINGLE BAHASA MANDARIN JADI TARUHAN MAIZURAH

Image
Maizurah, penyanyi wanita berketurunan Melayu yang berasal dari Johor, Malaysia, mengukir sejarah apabila tampil menulis dan merakamkan sebuah lagu Mandarin bertajuk “Have You Ever Loved Me”. Lagu ini yang liriknya dihasilkan sendiri oleh Maizurah, telah mendapat sentuhan komposer dari Derby, United Kingdom, Ben Haynes. 

FAIZAL TAHIR MENGABADIKAN LUKISAN MURAL “ROJAK” DI KL

Image
Sempena keluaran album terbarunya yang berjudul “ROJAK” yang telah dilancarkan pada 2 Ogos yang lepas, Faizal Tahir telah mengabadikan lukisan mural di Kuala Lumpur yang telah ditandatangani oleh Faizal sendiri dan disaksikan oleh Penyelaras Projek Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Encik Marzuki Bin Hj. Ahmad. 

RESTORAN UTARA DI HOTEL ARMADA KINI BERWAJAH BAHARU

Image
Selepas beroperasi dengan jayanya sejak 22 tahun yang lalu, kini Utara Coffee House, Hotel Armada telah bertukar wajah dan kini dijenama semula dengan nama hanya ‘UTARA’. Restoran ini kini mempunyai penampilan yang malar segar atau timeless , dengan ruang makan yang lebih luas dan selesa. Dua lagi penambahan baru adalah ruangan dapur terbuka dan juga kafe di pintu masuk. 

PROMOSI F&B RANGKAIAN HOTEL HILTON DI BULAN OGOS

Image
Urban Kitchen, Hilton Kota Kinabalu – Seafood Buffet Urban Kitchen, Hilton Kota Kinabalu memperkenalkan hidangan makanan laut segar yang diperolehi secara lestari dari perairan Kota Kinabalu. Beraneka makanan laut seperti ikan, udang, kerang, ketam boleh dinikmati dalam pelbagai cara masakan tempatan dan antarbangsa.. Setiap Jumaat & Sabtu   |   6:30 petang - 10:30 malam RM145 nett seorang dewasa | RM73 nett kanak-kanak (6-12 tahun) Diskaun 25% untuk ahli Hilton Dining   |   Diskaun 20% untuk pemegang kad kredit bank terpilih. Untuk tempahan, sila hubungi +608 8356 000 atau emel ke BKIKK_FB@hilton.com Urban Kitchen, Hilton Kota Kinabalu – Longest Weekend High-Tea Buffet Bufet high-tea hujung minggu yang digemari ramai. Nikamti hidangan tempatan yang hebat seperti Sate, Asam Pedas, Rendang Kerabu dan banyak lagi setiap hujung minggu. Bukan itu sahaja, semua kanak-kanak boleh nikmati makanan di meja bufet mereka sendiri dan persembahan badut istim