WARKAH - ADAPTASI KISAH BENAR MERUNTUN JIWA



Tercetusnya idea dan inspirasi pembikinan filem “Warkah” ini bermula daripada kiriman sepucuk surat oleh seorang remaja kepada Ketua Eksekutif PERKESO, YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman Bin Dato’ Aziz Mohammed. Melalui coretannya, remaja tersebut telah menzahirkan rasa syukur serta berterima kasih atas bantuan dan jasa baik PERKESO dalam membantu kehidupan keluarganya hingga dia berjaya memperoleh kejayaan dalam pelajarannya.


Diadaptasi daripada sebuah kisah benar, “Warkah” bakal menemui penonton di pawagam-pawagam seluruh negara mulai 15 Ogos depan. Filem arahan Opie Zami akan mengetengahkan pelakon cilik baharu dalam industri seni tanah air. Rayyana Rayqa, 5 tahun, memegang watak Hana, anak bongsu kepada Kamil (lakonan Namron). Lakonan Rayqa dijangka bakal meruntun jiwa sentimental penonton. Penyandang watak- watak utama ialah Namron, Syazwan Zulkifli, Isyariana, Wafiy dan Rayyana Rayqa.


Filem “Warkah” mengisarkan kehidupan sebenar seorang remaja, Ikmal (lakonan Wafiy), pelajar cemerlang yang terpaksa mengharungi pelbagai dugaan. Ketika saat menghampiri ambang peperiksaan, ayahnya Kamil (lakonan Namron) ditimpa kemalangan mengakibatkan lumpuh seluruh badan. Ikmal mula bergelut dengan cabaran kehidupan. Namun, kehadiran Cikgu Nur (lakonan Isyariana) membawa harapan baru. Ikmal dibelenggu dengan dilema antara konflik keluarga dan masa depannya. Apakah akan berlaku seterusnya? Siapakah Cikgu Nur? 

Buat julung kalinya, OST (original sound track) “Warkah” didendangkan oleh penyanyi Ariff Bahran secara live. Lagu adalah ciptaan Asfan dan lirik hasil nukilan Ahmad Fedtri Yahya. 


Di samping menghargai ‘Orang Berinsurans’, pembikinan filem ini juga secara tidak langsung dapat mengukuhkan peranan PERKESO dalam melaksanakan aktiviti memupuk kesedaran pencegahan kemalangan dan pengoperasian kepada pencarum dan rakyat Malaysia secara amnya.

Filem ini mengajak penonton supaya sentiasa tabah dan berusaha ke arah kehidupan yang lebih baik biarpun ditimpa musibah. Mencegah lebih baik daripada mengubati. Paparan amalan cara kerja yang selamat dan sihat dalam apa-apa jua keadaan dalam filem ini diharapkan dapat dipraktikkan seterusnya menjadi kebiasaan dalam kehidupan seharian para penonton.

Selain itu, filem ini turut memaparkan nilai-nilai murni yang seharusnya disemai dalam jiwa masyarakat Malaysia serta dijadikan budaya demi membentuk masyarakat yang prihatin, peka dan bersatu padu sekali gus memacu Malaysia ke arah negara maju.


BARISAN PELAKON 

Shahili Abdan @ Namron : Kamil 
Mohd Syazwan Zulkifli : Sufi 
Mohd Wafiy Ilhan Johan : Ikmal 
Puteri Rayyana Rayqa Herda Banu Prasetiawan : Hana 
Isyariana Che Azmi (Isyariana AF 2016) : Cikgu Nur 
Siti Azlina Anuar : Cikgu Mia 
Nur Lylialyne Sally Awil : Cikgu Min 
Wong Yok Kim : Mak Ong 
Lim Kung Seng : Ong 
Rosli Mad Zin : Pak Tam 
Mutalif Abu Bakar : Jalal 
Shasha Mutalif : Cikgu Taska 

NOTA PRODUKSI 

Pengarah : Opie Zami 
Penerbit : Dato' Sri Dr. Mohammed Azman bin Dato' Aziz Mohammed 
Penerbit Eksekutif PERKESO : Dr. Azlan bin Darus /Harun bin Bakar/Ismail bin Harun 
Penerbit Eksekutif : Amir bin Zainudin 
Penyunting : Mohamed Sufiandin Wahid 
Penulis Skrip : Opie Zami / Ain Fazrin 
Panel Skrip PERKESO : Ismail Harun/Harun Bakar/Mohamad Fauzi Haji Ja'afar 
Ismail Abi Hashim/Dr Edrin Nazri Abdul Rasib Mohd Sukri Hassan 
Gubahan Muzik : Opie Zami 


Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA