Posts

Showing posts from October, 2021

PENYANYI SABAH, EYLIA GUNTABID MENJUARAI STARVOICES INDONESIA 7

Image
  Eylia Guntabid, penyanyi dari Sabah muncul Juara dalam pertandingan Starvoices ke 7 anjuran Starvoices Indonesia. Pertandingan yang berlangsung secara dalam talian ini memperlihatkan Eylia bersaing dengan 46 peserta yang terpilih dari 1140 penyertaan yang diterima pemganjur. Pertandingan ini berjalan selama 3 bulan bagi merebut kejuaraan.

GO SHOP LANCAR KEMPEN ULANG TAHUN KE-7 “HAPPY TOGETHER”

Image
Datin Fouziah Gous, Dato Aaron Aziz, Linda Onn, Raianna Go Shop, peneraju perniagaan beli-belah dari rumah dan e-dagang popular Malaysia hari ini melancarkan kempen sambutan ulangtahunnya yang ketujuh menerusi “Happy Together Live Party” yang akan berlangsung pada hujung minggu ini (30 & 31 Oktober). 

SOCAR-2-YOU TAWAR PROMOSI ISTIMEWA UNTUK PERCUTIAN ANDA

Image
Adakah anda merindui perasaan apabila angin bertiup di wajah sambil menikmati pemanduan ke lokasi jauh untuk meneroka tempat-tempat baharu? Anda tidak perlu menunggu lama untuk kembali mengembara! Kini tiba masanya untuk menempah sebuah kereta SOCAR dan mula mengemas pakaian memandangkan pengembaraan merentasi sempadan telahpun dibenarkan di seluruh negara [1] .

'DENDAM PENUNGGU' MENGGANAS DI TONTON CINEMA NOVEMBER INI

Image
tonton CINEMA, sebuah platform penstriman filem oleh Media Prima Berhad yang menawarkan pelbagai filem menarik untuk tontonan anda semua. Tonton sudah diperkenalkan kepada orang ramai sejak 11 tahun yang lalu, bermula dengan ‘catch up TV’, kini tonton CINEMA menawarkan kebebasan pelayar dalam memilih kandungan untuk ditonton tanpa sebarang komitmen bulanan. Bermula dengan bayaran serendah RM1.90, anda dapat menonton filem-filem menarik di tonton CINEMA.

5 PETUA GAYA HIDUP WAJIB DIAMALKAN WANITA 30-AN!

Image
  Usia 30-an melambangkan satu dekad bermakna lagi penting. Setiap keputusan anda sepanjang tempoh ini mampu memberi kesan berpanjangan terhadap kesihatan masa depan anda. Ketika anda sibuk mengimbangi tuntutan kerja dengan kehidupan peribadi, mungkin anda merasai badan lebih cepat letih, kekuatan otot mula merosot, atau tubuh tidak lagi fleksibel berbanding di usia 20-an.

DADI CINEMA AKAN DIBUKA DI PAVILION KL & DA MEN USJ

Image
Rangkaian pawagam terkemuka China, Dadi Cinema bakal beroperasi mulai 1 November 2021 di Malaysia dengan pembukaan dua cawangan pertamanya di Pavilion Kuala Lumpur dan Da Men USJ. 

KEMPEN #SEDIAPAYUNGKEWANGAN PIDM TARIK LEBIH 200,000 PESERTA

Image
  Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) telah mengakhiri kempen #SediaPayungKewangan sempena Bulan Literasi Kewangan 2021 dengan sebuah acara yang menampilkan atlet Olimpik Malaysia Cheah Liek Hou dan Farah Ann Abdul Hadi. 

VESPA KINI TERSEDIA SECARA EKSKLUSIF DI DREAMSHOP

Image
Dreamshop.com.my, platform e-dagang yang menempatkan lebih dari satu bilion produk hari ini mengumumkan kerjasama istimewa bersama dengan jenama skuter Itali ikonik, Vespa. Buat pertama kali di Malaysia, pelanggan boleh membeli Vespa secara atas talian menerusi pelan pembayaran mudah 0%, dengan penawaran tambahan tertentu, di www.dreamshop.com.my . Kerjasama ini menandakan ketibaan Vespa dalam ruangan e-dagang, memberikan kemudahan dan nilai membeli belah tambahan buat pelanggan dalam talian.

YUKA ZAN SUMBANG PELITUP MUKA BERNILAI RM91,000

Image
Shills Beauty, pengedar rasmi bagi Yuka Zan telah meneruskan kempen tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) dengan menyampaikan sumbangan 130,000 keping pelitup muka gred perubatan bernilai RM91,000 kepada badan kebajikan dan NGO terpilih di tengah-tengah pandemik Covid-19.

GUARDIAN DERMA 10,000 PEK #GUARDIANCARE BERNILAI RM400,000

Image
Untuk meraikan ulang tahunnya yang ke-54 selepas dua tahun berdepan dengan ujian berikutan ancaman wabak, Guardian Malaysia hari ini melancarkan inisiatif #guardiancare untuk memberi tumpuan kepada penjagaan kesihatan para pelanggan dan masyarakat.

MEDICOS PERKENAL PELITUP MUKA MERAH JAMBU EDISI KHAS

Image
  “Hope is Just Around The Corner” merupakan mesej utama yang ingin disampaikan oleh MEDICOS kepada semua wanita di Malaysia. Bagi tahun kedua Kempen Kesedaran Barah Payudara, MEDICOS ingin menyebarkan harapan kepada semua pesakit barah payudara dan penjaga mereka, supaya terus berdialog, bercerita dan berkongsi pengalaman bagi membantu perjuangan melawan penyakit ini.

PANDUAN MENGURUSKAN KESIHATAN JANTUNG SEWAKTU PANDEMIK

Image
Berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), rakyat Malaysia terpaksa ‘berkurung’ di rumah bagi membendung wabak COVID-19, sekaligus memburukkan lagi pelbagai masalah kesihatan yang serius. Penjagaan kesihatan jantung anda adalah mustahak, lebih-lebih lagi sewaktu wabak bermaharajalela. Dalam pada itu, individu dengan penyakit dan masalah jantung sedia ada, nampaknya lebih berisiko mengalami gejala atau komplikasi parah sekiranya dijangkiti COVID-19. Menurut Persekutuan Jantung Sedunia1, hal ini kerana sistem imun penghidap penyakit jantung biasanya lebih lemah, menjadikan mereka lebih terdedah kepada komplikasi virus yang parah. Semakin banyak kajian menunjukkan, ramai bekas pesakit COVID-19 mengalami kerosakan jantung walaupun tiada sejarah penyakit jantung atau tidak dimasukkan ke hospital. Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati kolesterol tinggi, yang merupakan faktor risiko utama penyakit jantung, menjejaskan 8 ju

GAYA BOLLYWOOD PILIHAN HABIB DALAM MERAIKAN DEEPAVALI 2021

Image
Berlainan agama dan budaya bukanlah penghalang untuk meraikan setiap perayaan yang disambut di Malaysia termasuklah Perayaan Deepavali. Sebagai sebuah jenama barangan kemas tempatan, HABIB menyedari bahawa perhiasan barangan kemas menjadi salah satu keperluan dalam meraikan Pesta Cahaya yang bakal menjelang ini. Oleh itu, sambutan pada tahun ini disambut meriah dengan mengetengahkan warna-warna terang bersempena kempen yang bertemakan Gaya Bollywood di seluruh bilik pameran HABIB bermula 22 Oktober sehingga 7 November ini.

ANLENE SERU WARGA MALAYSIA AGAR PROAKTIF DALAM MENJAGA TULANG

Image
Dalam tinjauan terbaru yang dijalankan di kalangan warga Malaysia berusia 40 hingga 59 tahun, didapati bahawa 95% daripada responden berasa bimbang akan kesihatan tulang mereka dan bagaimana ianya mungkin boleh mempengaruhi kekuatan dan pergerakan mereka apabila usia mereka meningkat. Tiga faktor penyumbang utama yang membimbangkan mereka adalah kurang bersenam, pendedahan kepada cahaya matahari yang tidak mencukupi (untuk penghasilan vitamin D dalam badan bagi membantu penyerapan kalsium) dan mengelak daripada mengambil produk tenusu (yang merupakan sumber kalsium harian).

JOM TEBUS BAUCAR PELANCONGAN SELANGOR 2.0 DI SHOPEE 22 OKT INI!

Image
  Kerajaan Negeri Selangor meneruskan pemberian subsidi Baucar Pelancongan Negeri Selangor dengan edisi kedua tahun ini setelah edisi pertama yang diedarkan pada umum pada Januari lalu menerima sambutan yang hangat dari orang ramai. Baucar Pelancongan Negeri Selangor 2.0 merupakan salah satu insentif yang terkandung dalam Pakej Kita Selangor 2.0 yang telah diumumkan oleh Y.A.B. Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor pada 9 Jun 2021 yang memperuntukkan sebanyak RM 2.55 juta kepada industri pelancongan Negeri Selangor.

PERSATUAN PEREKA BUMIPUTRA MALAYSIA LANCAR MY GAYA MONTH

Image
Pn. Rasta Rashid - Presiden Persatuan Pereka Bumiputra Malaysia Malaysian Bumiputra Designer Association (MBDA) hari ini secara rasmi melancarkan MY Gaya Month dengan matlamat untuk mempromosikan barangan Malaysia menerusi produk-produk fesyen, gaya hidup dan teknologi; sekali gus melahirkan usahawan-usahawan baharu. 

COOLBLOG MEMBUKA CAWANGAN KE-263 DI AMPANG POINT

Image
Coolblog, jenama pencuci mulut dan minuman halal tempatan, membuka cawangan ke-263 di pusat membeli-belah Ampang Point hari ini. Pembukaan ini adalah cawangan ke-16 yang dibuka pada tahun 2021 dengan 16 lagi buah cawangan tambahan yang akan dibuka pada akhir tahun ini. Ketua Pegawai Eksekutif Coolblog, Sueli Lew, berkata, "Coolblog komited untuk menyediakan minuman pencuci mulut yang berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan di kawasan berdekatan anda. Penampilan dan nuansa baru yang ditampilkan adalah sebahagian daripada inisiatif penyegaran jenama Coolblog untuk meningkatkan keterlihatan jenama, cawangan Ampang Point direka secara ergonomik untuk meningkatkan pengalaman dan kepuasan pelanggan, menjadikan setiap kunjungan ke Coolblog adalah pengalaman yang menyeronokkan." Majlis perasmian di Ampang Point telah disempurnakan oleh Y.A.M. Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz, Pengerusi, Coolblog Dessert Sdn. Bhd semalam. Turut hadir ialah Datuk Dr. Radzali Hassan, Penge

PEMPENGARUH DIGALAKKAN UNTUK AMALKAN KAWALSEDIA KENDIRI

Image
  Peranan warga pempengaruh media sosial (atau lebih dikenali sebagai influencer) dalam membentuk pendapat umum semakin ketara – terutamanya dari aspek tingkah laku pengguna. Ini adalah selari dengan capaian mereka yang luas serta hubungan langsung yang dibina dengan pengikut mereka. Hasil tinjauan sebuah kaji selidik oleh Statista dan Rakuten Insight pada Oktober tahun lepas yang meliputi 8,182 orang warganegara Malaysia, 59% daripada jumlah responden didorong untuk membeli sesuatu produk kerana ianya disokong oleh pempengaruh.

ENERGIZER LANCAR JENAMA PRODUK PENJAGAAN KERETA ARMOR ALL®

Image
  Energizer Malaysia hari ini meluaskan portfolio jenamanya di Malaysia dengan pelancaran rasmi Armor All® – jenama terkemuka produk penjagaan kereta berkualiti tinggi. Sinonim dengan pengeluaran inovasi dan teknologi baharu di dunia, selain pelbagai jenis produk terbaik yang dihasilkan, Energizer Holdings – syarikat induk Energizer Malaysia, telah memperoleh jenama Armor All® pada tahun 2018. Saban tahun, Energizer Malaysia terus meningkatkan pertumbuhannya sebagai sebuah syarikat terkemuka dengan mengukuhkan portfolio jenama untuk pengguna di negara ini, termasuklah menambah Armor All®, jenama penjagaan kereta terkenal di dunia dalam senarai jenamanya di Malaysia hari ini.

GOH V SHEM DILANTIK DUTA BAHARU VANILLA MILLE CREPE

Image
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad bersama Timbalan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), En. Suhardi Alias menghadiri majlis menandatangani Memoradum Persefahaman (MoU) duta baharu Vanilla Mille Crepe, pemenang pingat perak Sukan Olimpik, Goh V Shem, untuk mempromosikan gaya hidup sihat melalui siri kek berkhasiat terbaharu yang dinamakan ’Plant-Based Booster Series’.

PAVILION KUALA LUMPUR LANCAR APLIKASI MUDAH ALIH BAHARU

Image
Pavilion Kuala Lumpur, destinasi membeli-belah utama di Malaysia telah melancarkan Aplikasi Mudah Alih pelbagai fungsi PAVILION KL MOBILE APP dengan navigasi mall interaktif, notifikasi kemas kini terbaharu dan ganjaran yang eksklusif kepada pengguna aplikasi tersebut untuk meningkatkan lagi pengalaman membeli-belah dengan menyediakan semua maklumat yang diperlukan di hujung jari.

KOLEKSI KARISMATISK IKEA X ZANDRA RHODES BAKAL TIBA DI MALAYSIA

Image
IKEA Malaysia bakal menampilkan warna yang menonjol dan glamor dengan koleksi terhad KARISMATISK baharu bagi menyemarakkan suasana rumah anda! Diilhamkan menerusi gandingan pereka fesyen British yang ikonik, Zandra Rhodes dengan pereka bentuk dari IKEA, Paulin Machado, koleksi berani dan bergaya ini boleh didapati di semua gedung IKEA Malaysia bermula 21 Oktober 2021. Koleksi ini benar-benar menyerlahkan ciri keunikan dalam diri anda, dengan setiap produk menzahirkan personaliti dan karisma tersendiri.

RAKAM IMEJ ULTRA JELAS 108MP DENGAN HONOR 50

Image
  Telefon pintar hari ini menjadi alat peranti kamera wajib bagi setiap individu dan tidak dapat dibayangkan jika hidup tanpa memilikinya. Sebagai satu alat yang menghidupkan kerja seharian, kami mengembangkan keupayaannya untuk menghasilkan rakaman yang melengkapkan kehidupan seharian. Permintaan tinggi terhadap penciptaan konten maya menuntut hanya gajet pintar dengan keupayaan pelbagai dan sensitif terhadap kehendak pengguna sahaja yang mampu memenuhi kehendak itu.

8 HOTEL MESRA ALAM YANG HARUS ANDA KUNJUNGI DI MALAYSIA

Image
  Dengan peningkatan kesedaran terhadap kepentingan penjagaan alam sekitar ekoran perubahan iklim dan pencemaran alam, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan jika pelancong-pelancong tempatan lebih cenderung untuk memilih pelancongan yang mampan terutamanya apabila perjalanan rentas negeri telah dibenarkan.

8 SNEK KEREPEK PEDAS DARI 7-ELEVEN YANG HARUS ANDA CUBA

Image
  Gemarkan snek pedas? Jom ke 7-Eleven Malaysia untuk mendapatkan rangkaian snek kerepek berperisa pedas di seluruh negara.

GARDENIA-MIASA KETENGAHKAN ISU KESEJAHTERAAN MINDA DI RUMAH

Image
Puan Hazlinah Harun, Pengurus Besar, Hal Ehwal Korporat dan Perhubungan Awam Gardenia KL Sempena dengan Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia yang disambut setiap tahun pada 10 September, Gardenia Bakeries KL Sdn Bhd (Gardenia KL), dengan kerjasama Persatuan Kesedaran dan Sokongan Penyakit Mental (MIASA), ingin memastikan bahawa perbincangan tentang kesihatan mental diteruskan, terutamanya dalam kalangan ahli keluarga di rumah. 

LEXIS HOTEL GROUP ANJURKAN “10 OUT OF 10 THE PERFECT SALE”

Image
  Panggilan untuk semua pelancong percutian yang lengkap divaksin! Lexis Hotel Group teruja menyambut tetamu yang lengkap divaksin, yang merindui percutian idaman dan ingin mencari tempat penginapan yang sempurna, di hotel-hotel dan resort Lexis di Port Dickson dan Pulau Penang, dengan jualan e-baucar eksklusif “10 OUT OF 10 The Perfect Sale”.“Setelah berbulan-bulan pergerakan sekatan, kami terangsang untuk menyambut tetamu yang lengkap divaksin ke hotel-hotel dan resort kami, kerana rentas negeri dibenarkan.

ASTRO MEMBAWAKAN KOLEKSI 25 FILEM IKONIK JAMES BOND

Image
  Sempena tayangan pawagam filem terbaharu James Bond 007, ‘No Time To Die’, Astro dan MGM berbesar hati mempersembahkan kepada peminat-peminat James Bond, koleksi 25 filem ikonik James Bond menerusi saluran sementara 007, di Saluran 407, Astro GO dan On Demand dari 15 Oktober hingga 7 November 2021.

JOM! DAPATKAN PIZA HAND-CRAFTED PIZZA HUT SECARA PERCUMA!

Image
Ekoran kejayaan pelancaran Hand-Crafted San Francisco Style Pizza, Pizza Hut sekali lagi tampil memberi penghargaan dan kepelbagaian kepada rakyat Malaysia dengan satu lagi kempen istimewa. Untuk semua penggemar piza yang sudah jemu dengan menu pizza yang hambar, mereka kini boleh menikmati menu Hand-Crafted dari Pizza Hut dengan hanya menukarnya menggunakan kupon atau baucar diskaun yang mereka perolehi dari mana-mana restoran atau jenama piza.

SURIA KLCC & MESRA MALL LANCAR KEMPEN ‘THE GOLDEN TICKET’

Image
Kumpulan Syarikat Suria KLCC membuka tirai kempen ‘The Golden Ticket’ dengan menyediakan baucar yang mencecah nilai hampir RM450,000 kepada para pelanggan yang berkunjung ke pusat beli-belah di bawah naungan kumpulan tersebut bagi tempoh suku akhir tahun 2021.

LEE ZII JIA DILANTIK DUTA JENAMA LG PURICARE™ OLEH LG ELECTRONICS

Image
Pengeluar dan pemenang anugerah dalam kelengkapan rumah, LG Electronics (LG) telah melantik pemain badminton ternama, Lee Zii Jia, sebagai duta jenama untuk produk inovatif berjenama, LG PuriCare™. Kerjasama dengan Lee Zii Jia memaparkan komitmen LG dalam membolehkan gaya hidup sihat untuk masyarakat Malaysia dan usaha berterusannya dalam menyediakan produk terkini yang bersih, pantas dan tepat untuk komuniti.

MK GROUP BAWAKAN KONSERT STAY STRONG MALAYSIA BERSAMA DOLLA

Image
  MK Group dengan bangganya mempersembahkan kumpulan pop wanita terhangat di Malaysia, DOLLA dalam KONSERT STAY STRONG MALAYSIA, sebuah konsert amal maya yang dijadualkan pada Sabtu, 8.00 malam, 30 Oktober 2021, di ruang tamu anda atau di mana sahaja anda berada!

KOPI SEMPURNA DENGAN COSTA SMART CAFÉ BARU

Image
Sempena Hari Kopi Antarabangsa hari ini, Costa Coffee secara rasmi melancarkan kejayaan terbaru teknologi canggih, Costa Smart Café. Ini adalah hasil usaha Costa Coffee untuk sentiasa meningkatkan kenikmatan cita rasa kopi, lebih-lebih lagi melalui mesin layan diri Costa Coffee yang unggul. Pelancaran ini juga serasi dengan pencapaian harijadi Costa Coffee ke-50 tahun ini.

CHOCO MUNCHIES LANCAR EDISI TERHAD MERAH JAMBU

Image
Choco Munchies membawa kembali perisa Choco Berries edisi terhad mereka pada bulan Oktober untuk memperingati Bulan Kesedaran Kanser Payudara dan memberikan sokongan kepada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia/ National Cancer Society Malaysia.

NIKMATI K-DRAMA TERHEBAT DI ASTRO PADA OKTOBER INI

Image
Jirisan Pelanggan Astro boleh menikmati tayangan perdana K-drama terhebat termasuk aksi, misteri seram, romantik dan drama keluarga pada Oktober ini, di Astro menerusi tvN (Saluran 395 HD), Oh!K (Saluran 394 HD), KBS World (Saluran 392 HD). Peminat K-drama juga boleh strim episod-episod yang disediakan di On Demand dan Astro GO.

DETTOL MENCARI PAHLAWAN-PAHLAWAN COVID-19 MALAYSIA

Image
  Tidak diragukan lagi bahawa pandemik Covid-19 telah meragut nyawa, merosakkan ekonomi, dan menghancurkan komuniti di seluruh dunia. Namun begitu, dalam sebarang krisis yang buruk, kekuatan kemanusiaan diperkuat dan diperkukuhkan melalui individu-individu yang muncul sebagai sinar harapan dan inspirasi.

JOOX LANCAR “ARTIST ROOM” DAN “SUPERSTAR FANS PICK”

Image
  JOOX, platform muzik dan hiburan yang paling berdedikasi di Asia, akan membuat perjumpaan di dunia maya dengan rakan-rakan peminat muzik menjadi lebih menarik dan menyeronokkan daripada sebelumnya! Fitur “ROOMS” yang telah di lancarkan beberapa bulan lepas dimana ianya bertujuan untuk meningkatkan interaktif sosial peminat muzik di rantau ini terutamanya di Malaysia telah menjadi semakin popular. Oleh kerana itu JOOX dengan bangganya akan membawa peminat muzik di seluruh Asia untuk lebih dekat dengan idola yang paling mereka sayangi dan digemari melalui fitur terbaharu “Artist Room”, dimana pada masa yang sama memberi lebih banyak peluang kepada peminat untuk menyokong artis kegemaran mereka dengan pelancaran fitur “Superstar Fans Pick”.

ISTANA BUDAYA & OTM BAKAL ANJUR KONSERT PERCUMA RENTAK KITA

Image
Siti Nordiana Konsert pertama Istana Budaya bagi tahun 2021 ini bakal menghimpunkan seleksi lagulagu Melayu, etnik, kreatif dan nusantara yang malar segar dalam 4 fragmen selama 2 jam. 

PENULEN UDARA SK MAGIC SINGKIR 99.99% VIRUS COVID-19 DI RUMAH

Image
Dalam usaha melindungi rakyat Malaysia daripada Covid-19 secara berterusan, jenama kelengkapan rumah terkemuka dari Korea Selatan, SK magic, mengumumkan pelancaran penulen udara terbaharunya, All Clean Virus Fit, sekali gus mengembangkan rangkaian produk SK magic yang berteknologi canggih.

MASYA MASYITAH LANCAR SINGLE VERSI MELAYU BERJUDUL ‘REMUK’

Image
Penyanyi wanita cantik molek yang berasal dari Kulim, Kedah, dan merupakan Juara Yippi Star Quest 2020, Siti Nurmasyitah Mohd. Yusoff atau lebih mesra dengan sapaan Masya Masyitah tampil dengan single terbaharu berjudul ‘Remuk’ yang merupakan versi Bahasa Melayu buat single terdahulunya dalam Bahasa Mandarin iaitu ‘Jiu Meng Xin Su’.

RASAI KEJUTAN #CRUNCHYKAWKAW WALL’S OVALTINE CRUNCHY CHOC

Image
Berikutan sambutan yang memberangsangkan daripada para penggemar manisan untuk aiskrim Wall’s Ovaltine Crunchy Pop, Wall’s Malaysia kini ingin mencetus semula pengalaman #CrunchyKawKaw dengan memperkenalkan aiskrim Wall’s Ovaltine Crunchy Choc yang baharu.

JALINKAN KEMESRAAN & RAIKAN HARI TEH TARIK BERSAMA LIPTON!

Image
Teh Tarik dianggap sebagai sebahagian daripada budaya negara kita. Sama ada semasa perjumpaan keluarga, mahupun ketika berjumpa kawan-kawan di kedai mamak untuk bersimbang, atau bersama kenalan baharu - setiap hubungan semakin dieratkan sambil menikmati secawan Teh Tarik. Namun, penguatkuasaan kawalan pergerakan yang berlanjutan di seluruh negara telah mengganggu sesi mengeteh rakyat Malaysia, memisahkan kita bukan sahaja daripada menikmati keenakan teh susu berkrim yang enak tetapi juga masa yang diluangkan bersama yang tersayang. Di bawah kempen ‘Sekuat Rasa Teh, Seerat Ikatan Kasih’ yang diadakan mulai 15 September ini, Lipton menjemput rakyat Malaysia untuk meraikan Hari Teh Tarik dengan mengembalikan semula hubungan erat yang telah dibina dengan perkongsian mesej-mesej unik di laman www.liptontehtarikday.com . Diinspirasikan oleh rakyat Malaysia yang dieratkan demi cinta mereka terhadap teh tarik, sejak tahun 2017 jenama teh terkemuka dunia meraikan Hari Teh Tarik dengan tumpuan u

JY (JUST YOU) LANCAR KOLEKSI EKSKLUSIF MONOGRAM PINKTOBER

Image
  Jenama fesyen JY (Just You) telah memperkenalkan koleksi Monogram Pinktober yang terbaru yang terdiri daripada selendang, tudung bawal dan twillies di SOGO Kuala Lumpur sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara Oktober ini.

IKEA MALAYSIA TAWAR MENU ENAK BERASASKAN TUMBUHAN!

Image
  Nikmati hidangan yang berasaskan tumbuhan yang menyelerakan lagi berkhasiat! IKEA Malaysia kini menawarkan pilihan makanan berasaskan tumbuhan yang lazat dan berpatutan kepada semua! Menampilkan Burger Berasaskan Tumbuhan, Schnitzel Berasaskan Tumbuhan, Jejari Ikan Berasaskan Tumbuhan, Pasta Tomato Bebola Sayuran, Wrap Bebola Sayuran serta Kroisan Telur Masak Hancur dengan hidangan sampingan berasaskan tumbuhan dan salad, IKEA bakal mencetuskan satu hala tuju baharu ke arah kehidupan harian yang lebih baik dan lestari.

DAGING LEMBU DAN KAMBING AUSTRALIA HALAL DAN VERSATIL

Image
Soto Daging Bekalan daging lembu dan kambing dari Australia sudah lama terkenal dengan sumber yang halal, berkualiti dan dipercayai. Daging halal tersebut telah dimport ke lebih 100 negara termasuk Timur Tengah, Indonesia dan Malaysia.