KOLEKSI KARISMATISK IKEA X ZANDRA RHODES BAKAL TIBA DI MALAYSIA


IKEA Malaysia bakal menampilkan warna yang menonjol dan glamor dengan koleksi terhad KARISMATISK baharu bagi menyemarakkan suasana rumah anda! Diilhamkan menerusi gandingan pereka fesyen British yang ikonik, Zandra Rhodes dengan pereka bentuk dari IKEA, Paulin Machado, koleksi berani dan bergaya ini boleh didapati di semua gedung IKEA Malaysia bermula 21 Oktober 2021. Koleksi ini benar-benar menyerlahkan ciri keunikan dalam diri anda, dengan setiap produk menzahirkan personaliti dan karisma tersendiri.


Rangkaian koleksi ini bukan sahaja eksklusif tetapi juga mampu dimiliki semua untuk menonjolkan ciri keunikan masing-masing. Dengan elemen cetakan yang berani dan warna yang terang, koleksi terhad ini pastinya mencuri perhatian, seakan-akan jeritan lantang “Lihatlah saya!” Sama seperti Zandra sendiri, KARISMATISK mengangkat ekspresi kendiri dengan semangat takkan gentar. Koleksi ini bukan sahaja menyatukan fungsi dengan harga yang mampu dimiliki, paling menarik, ia turut mencerminkan personaliti anda yang asli!


Hasil karya ini menampilkan lebih 20 produk ekspresif* pada harga RM4.90 hingga RM499. Tidak kira kusyen, fabrik, piring lilin, cermin, kotak boleh lipat, pasu, mahupun beg multifungsi yang merupakan versi berani beg FRAKTA Zandra yang tersendiri, KARISMATISK sangat ideal untuk mereka yang berjiwa bebas dan tidak gentar meluahkan pendirian fesyen mereka menerusi pelbagai spektrum reka bentuk dan warna. Menerusi kerjasama dengan Zandra Rhodes, IKEA menghasilkan semua produk ekspresif ini berdasarkan lima dimensi reka bentuk demokratik, iaitu bentuk, fungsi, kualiti, kelestarian, serta harga yang berpatutan.


Sebagai pencetus revolusi dalam dunia fesyen dan tekstil selama lebih lima dekad, Zandra Rhodes menerajui segala bentuk ciri keindividuan. Beliau telah meraih banyak anugerah atas sumbangan berharganya dalam industri fesyen dan menggayakan ramai personaliti tersohor, daripada Diana Puteri Wales, Diana Ross, Kylie Minogue, Debbie Harry, hinggalah Paris Hilton dan Freddie Mercury, sekali gus menempa nama sebagai ikon fesyen dalam kelas tersendiri.


Koleksi terhad KARISMATISK mewakili satu seruan untuk menyuntik keyakinan dan daya tarikan ke dalam rumah anda serta menzahirkan personaliti sebenar anda. KARISMATISK boleh didapati di semua gedung IKEA di seluruh negara serta dalam talian mulai 21 Oktober 2021. Untuk maklumat lanjut tentang koleksi ini, layari: IKEA.my.

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI