Posts

Showing posts from May, 2023

NUSAFEST BAWAKAN RENDY PANDUGO KE MALAYSIA

Image
See You Someday adalah sebuah album mini dengan album lagu yang dirilis Rendy Pandugo pada tahun 2021. See You Someday adalah sebuah simbolik yang diambil daripada perkataan yang diungkapkan komposer dan pemuzik berbakat besar, Rendy, dalam setiap akhir pertemuan membuat persembahan.

GUARDIAN FUN RUN 2023 KINI KEMBALI DENGAN LEBIH BESAR DAN LEBIH MERIAH

Image
Acara menarik kegemaran ramai Guardian Malaysia yang berorientasikan keluarga, Guardian Fun Run kini kembali untuk edisi keduanya dan dijangka bakal menerima sambutan yang menggalakkan.

KERIANGAN ULANG TAHUN TV3 KE-39 KJH 2023 MEMBUKA TIRAI DI SHAH ALAM UNTUK TIGA HARI!

Image
Acara padang paling lama di Malaysia, KARNIVAL JOM HEBOH (KJH) kembali dengan tarikan baharu! Lokasi pertama untuk edisi tahun 2023 menjadi lebih bermakna apabila Karnival Jom Heboh Selangor Generasi Muda turut meraikan sambutan ulang tahun TV3 yang ke-39!

MARIGOLD HL MILK MELANTIK ERNIE ZAKRI SEBAGAI DUTA JENAMA BAGI KEMPEN ‘SUPERMILK™ ’

Image
Susu MARIGOLD HL hari ini telah mengumumkan usaha samanya dengan penyanyi tanah air, Ernie Zakri dalam memupuk rakyat Malaysia mengenai kepentingan gaya hidup aktif dengan menerapkan pengambilan susu dalam rutin harian mereka. Ernie Zakri akan bersama-sama menjayakan sebuah kempen pendidikan ‘SuperMilk™’ bagi menonjolkan kelebihan susu sebagai sumber diet yang seimbang lagi berkhasiat untuk kesihatan yang menyeluruh.

QSR BRANDS MENAWARKAN COMBO MEAL RAHMAH KFC DAN PIZZA HUT

Image
Yang Berhormat Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) hari ini telah menghadiri dan merasmikan Pelancaran Menu RAHMAH KFC dan Pizza Hut di Restoran KFC dan Pizza Hut, Jalan Wangsa Delima, Kuala Lumpur. 

CARA PENYEDIAAN KOPI SERBA BAHARU NESPRESSO VERTUO KINI TIBA DI PASARAN MALAYSIA

Image
Nespresso, perintis kopi yang terkenal dengan espresso berkualiti tinggi, memperkenalkan sistem pembuatan kopi Vertuo baharu di Malaysia, yang dipacu oleh mesin kopi Nespresso Vertuo Next yang serba canggih. Dikuasakan oleh teknologi Centrifusion™ yang inovatif dan sistem identifikasi kapsul, Nespresso Vertuo menawarkan 37 campuran kopi dan asal tunggal dalam 6 saiz cawan yang berbeza buat penggemar kopi menikmati detik-detik kopi yang telah diubahsuai.

RONAN KEATING CONCERT - LIVE IN MALAYSIA DI ARENA OF STARS, RWG 19 OGOS 2023

Image
Penyanyi pop Ireland, Ronan Keating yang popular menerusi lagu “When You Say Nothing At All”, bersedia menghiburkan peminat di Malaysia setelah tiga tahun tidak mengadakan persembahan di sini. 

KANAK-KANAK DARI SEKOLAH PELANGI KASIH DIRAIKAN DENGAN KASIH SAYANG OLEH SUU BALM MALAYSIA DAN KIDZANIA KUALA LUMPUR

Image
Ia umpama impian menjadi kenyataan untuk 30 orang kanak-kanak dari Sekolah Pelangi Kasih apabila mereka dapat meluangkan masa seharian menyertai permainan lakon peranan di KidZania Kuala Lumpur. Kanak-kanak tersebut yang berumur antara 9 dan 16 tahun berasa teruja kerana berpeluang untuk mencuba pelbagai profesion dunia sebenar di KidZania; daripada pekerjaan tradisional seperti menjadi ahli bomba, doktor perubatan, anggota polis atau krew kabin, sehinggalah kerjaya era baharu seperti juruanimasi, jurutera robotik, pakar kulit, pengendali F&B terkini yang membolehkan mereka mencuba untuk menyediakan teh boba yang sangat digemari ramai.

REHABILITASI ROBOTIK DI HOSPITAL REGEN REHAB BERTUJUAN MENGEMBALIKAN MOBILITI KEPADA PESAKIT NEUROLOGI

Image
Hospital ReGen Rehab (“ReGen Rehab”), hospital rehabilitasi swasta pertama di Malaysia yang dilesenkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, menerajui dalam menyediakan rawatan pemulihan khusus untuk pesakit dan individu yang sedang pulih daripada keadaan neurologi, termasuk strok dan kecederaan saraf tunjang. Memetakan hala tuju dalam penjagaan pemulihan, ReGen Rehab memperkenalkan Inisiatif Jangkauan Komunitinya sempena pelancaran program rehabilitasi robotiknya. Majlis pelancaran tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato' Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.

JIMAT SEHINGGA 50% DENGAN PROMOSI ‘LIVE SMART & HEALTHY’ GUARDIAN

Image
Dalam era varian baharu Covid ini, keperluan untuk menjaga kesihatan diri dan hidup dengan bijak menjadi lebih penting. Menyedari hakikat ini, Guardian kini mengadakan promosi ‘Live Smart and Healthy’ untuk bulan Mei.

GINSENG MERAH KOREA JENAMA HONG SAM WON KINI DI eSHOPLIVE SECARA EKSKLUSIF

Image
Dalam usaha untuk menggalakkan gaya hidup yang lebih sihat dan bertenaga, eShoplive Asia, platform penyiaran langsung terbesar di Malaysia, telah memperluas pasaran globalnya dan menubuhkan ekosistem penyiaran langsung yang komprehensif di rantau Asia-Pasifik. 

FILEM 'ANWAR: THE UNTOLD STORY' RAIH KUTIPAN RM1 JUTA PADA HARI PERTAMA TAYANGAN

Image
Anwar: The Untold Story yang memaparkan kisah jatuh bangun perjuangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencipta sejarah menjadi filem biopik pertama mencatat kutipan RM1 juta pada hari pertama tayangan, semalam. Berlatarkan tempoh antara 1993 dan 1998 ketika memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, filem biopik berdurasi 108 minit itu ditayangkan di lebih 1,000 skrin membabitkan 120 pawagam di seluruh Malaysia. DMY Creation selaku pengedar rasmi filem Anwar: The Untold Story mengesahkan, kutipan RM1 juta diperoleh pada hari pertama tayangan biarpun bersaing dengan filem antarabangsa, Fast X. Mohamed Yusoff (kanan) bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Dato' Seri Dr Wan Azizah   Pengerusi DMY Creation, Datuk Mohamed Yusoff berkata, pihaknya tidak menyangka kebanyakan pawagam di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak penuh pada hari pertama tayangan. “Kami bersyukur filem terbitan Yusrych Global Sdn Bhd ini meraih sambutan luar biasa. “Lebi

KECERIAAN COKLAT ANDA LEBIH ONZ DENGAN MUNCHY’S CREAM-O BISKUT CIP COKLAT

Image
  Perhatian kepada semua penggemar coklat – kini ada biskut cip coklat baharu di pasaran! Nikmati keceriaan coklat anda dengan Munchy’s Cream-O Biskut Cip Coklat, satu gigitan sahaja dan anda kini lebih ONZ! Apabila kehidupan anda menjadi agak jemu dan membosankan, kembalikan senyuman wajahmu dengan biskut cip coklat lazat ini.

GOOD VIRTUES CO. BEKERJASAMA DENGAN UITM UNTUK MEMBIMBING GENERASI PEMIMPIN PERNIAGAAN MASA DEPAN

Image
Jenama penjagaan peribadi halal terkemuka, Good Virtues Co., bersama Universiti Teknologi Mara (UiTM) memuktamadkan Do Good Challenge dengan mengumumkan pemenang hadiah utama* bernilai RM30,000 dalam satu majlis pertandingan peringkat finale yang diadakan semalam.

FWD TAKAFUL MERANGKA SEMULA KESIHATAN MENTAL DENGAN PROGRAM SOKONGAN FWD MIND STRENGTH

Image
FWD Takaful Berhad (“FWD Takaful”) memperkenalkan pendekatan baharu dalam ruang kesihatan mental dengan pelancaran Program Sokongan FWD Mind Strength – penyelesaian digital kesihatan pertama di pasaran yang direka untuk membolehkan rakyat Malaysia memperkukuhkan minda mereka secara proaktif, peribadi, dan positif.

'IBLIS DALAM DARAH' BAKAL MERASUK DI PAWAGAM MALAYSIA MULAI 18 MEI INI

Image
Filem genre seram terbaharu dari Indonesia, “Iblis Dalam Darah”, akan mula menghantui pawagam seluruh negara bermula Mei ini. Filem sulung arahan pengarah Yannie Sukarya ini mengisahkan tentang iblis yang boleh merasuk manusia melalui saluran darah dan menyesatkan mereka untuk melakukan perbuatan yang tidak rasional.

EVOLUSI BAHARU BAKAL TERCETUS DI PENTAS ‘MIC ON SELEBRITI’ AWESOME TV

Image
Bagi mengukuhkan kedudukan sebagai pembekal kandungan hiburan utama di Malaysia, saluran stesen televisyen swasta percuma (free-to-air) Awesome TV melakar inisiatif baharu menerusi penganjuran pertandingan ‘Mic On Selebriti’ yang menggabungkan elemen nyanyian dan komedi bagi merebut gelaran juara sekaligus memenangi hadiah bernilai sehingga RM250,000.

STEMEY MELANCARKAN PRODUK PENJAGAAN RAMBUT ‘STEM CELL’ TUMBUHAN DR SYS

Image
Berikutan kejayaan syarikat STEMEY pada tahun pertama operasinya, syarikat pemasaran langsung milik tempatan melancarkan produk kedua, Dr Sys Hair Care, yang menggunakan teknologi revolusi ‘stem cell’ tumbuhan yang dipaten. Dari kiri: En. Eom (Ketua Pegawai Eksekutif STEMEY Korea), En. Edmund Chuah (Ketua Pegawai Eksekutif Global STEMEY), Pn. Erica Park (STEMEY Global Top Leader), Tuan Hj. Ahmad Khairuddin (Pegawai Khas YB Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail), En. Brian Kim (Ketua Pegawai Teknologi STEMEY) Mensasarkan peningkatan nilai industri kepada RM30 bilion pada tahun 2028, industri pemasaran langsung adalah salah satu penyumbang terbesar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia. Dengan industri pemasaran langsung yang berkembang pesat, STEMEY, yang mula beroperasi pada tahun 2021 dengan hanya satu produk sulung, telah memberi manfaat kepada lebih daripada 5,000 rakyat Malaysia melalui produknya dan sebagai sumber pendapatan. Syarikat ini jugatelah menghasilkan pen

AIRASIA SUPERAPP & FOODPANDA BERGABUNG TENAGA UNTUK KERJASAMA YANG INOVATIF

Image
airasia Superapp dan foodpanda bersama-sama mengumumkan kerjasama inovatif yang menggabungkan kekuatan kedua-dua platform untuk menawarkan nilai yang lebih baik dan kemudahan yang untuk pengguna di Asean dan seterusnya.    Tony Fernandes, CEO Capital A (ke-4 dari kanan), Jakob Angele, CEO foodpanda (ke-5 dari kanan) bersama pasukan pengurusan kedua-dua airasia Superapp dan foodpanda di majlis pengumuman kerjasama Kerjasama strategik ini membolehkan kedua-dua platform ini untuk memanfaatkan kekuatan masing-masing, yang mana perkhidmatan e-hailing airasia Superapp, airasia ride boleh didapati di aplikasi foodpanda*.  Manakala, foodpanda yang merupakan perkhidmatan penghantaran barangan runcit dan makanan atas permintaan yang terbesar di Asia tidak termasuk China akan memperkasakan perkhidmatan penghantaran makanan aplikasi pengembaraan super yang akan menghubungkan jutaan pengguna airasia Superapp kepada rangkaian meluas foodpanda yang terdiri daripada lebih 100,000 peniaga dan beribu-ri

TV1 SIAR PROGRAM “SERUAN HAJI” TERBITAN JAKIM MULAI 15 MEI INI

Image
Jenama program “Seruan Haji” sememangnya dekat di hati penonton setia RTM setiap kali tibanya musim haji. Justeru, secara eksklusif di TV1, tahun ini RTM membawakan program yang membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan urusan ibadah Haji terbitan JAKIM yang pastinya dinanti-nantikan semua.

FESTIVAL KIMCHI KOREA YANG PERTAMA DI MALAYSIA DI K PLUS FOOD MARKET, THE CURVE

Image
Festival Kimchi Korea yang julung kali dianjurkan di Malaysia telah dirasmikan oleh Menteri Pertanian, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar Korea ke-66, En. Chung Hwang-keun bersama Ketua Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), YBhg. Dato' Dr. Mohamad Zabawi bin Abdul Ghani di K PLUS Food Market. Festival Kimchi Korea tersebut dianjurkan bagi mengukuhkan platform kepada rakyat Malaysia untuk menikmati pengalaman kebudayaan Korea dan menghayati “gaya hidup rakyat Korea”.

SYSTEMA MELANCARKAN KEMPEN BE #GUMPROUD SEMPENA HARI KESIHATAN GUSI

Image
Dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran berkenaan kepentingan kesihatan gusi, Systema, salah satu jenama penjagaan mulut terkemuka di Jepun, melancarkan kempen Be #GumProud hari ini, bersempena dengan Hari Kesihatan Gusi bertujuan untuk mempromosikan kesedaran kesihatan gusi di peringkat antarabangsa. Bekerjasama dengan Persatuan Periodontologi Malaysia (MSP) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kempen ini bertujuan untuk membantu warga Malaysia memahami tentang kepentingan kesihatan gusi dan keperluan penjagaan gusi.

LÉTAPE MALAYSIA OLEH TOUR DE FRANCE KEMBALI WARNAI DESARU COAST

Image
Edisi kedua L’Etape Malaysia oleh Tour De France bakal menyemarakkan arena berbasikal tanah air pada 7-8 Julai ini. Menjanjikan cabaran lebih besar, edisi kedua ini menampilkan beberapa penambahbaikan yang tentunya menghangatkan lagi perlumbaan Tour De France di Desaru Coast.

KONSERT SOLO JOE FLIZZOW “THIS IS JOHAN LIVE IN CONCERT” DI BULAN JULAI

Image
Tidak ada khabar yang lebih Havoc apabila The President of Hip Hop Malaysia, Joe Flizzow buat pertama kali mengumumkan projek besarnya — konsert solo! Bukan sekadar lagu miliknya seperti Apa Khabar feat SonaOne hit di radio, namun ia turut dinobatkan dalam anugerah berprestij seperti Anugerah Juara Lagu ke-29 yang lalu.

KYOCHON 1991 MALAYSIA DIIKTIRAF HALAL OLEH JAKIM

Image
KyoChon 1991 Malaysia menjadi rangkaian ayam goreng Korea Antarabangsa pertama yang mendapat pengiktirafan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Dalam sidang media yang diadakan di cawangan The Gardens Mall hari ini, KyoChon 1991 Malaysia mengumumkan bahawa 15 cawangan mereka kini disahkan halal oleh JAKIM. Ini termasuk 10 cawangan di Selangor, 2 cawangan di Johor, 2 cawangan di Pulau Pinang, dan 1 cawangan di Negeri Sembilan. Cawangan-cawangan terlibat adalah di Pusat Membeli-belah 1 Utama, Sunway Pyramid, Setia City Mall, Pusat Membeli-belah IPC, IOI Mall Puchong, Central i-City, Seksyen 9 Bangi, Bandar Botanik Klang, Prima Sri Gombak, Cheras Traders Square, Johor Bahru City Square, The Mall Mid Valley Southkey, AEON Mall Nilai, Arena Curve Pulau Pinang dan Sentral Jaya Pulau Pinang.

SECRET RECIPE KONGSI PENTAS DENGAN UNIVERSAL MUSIC MALAYSIA

Image
Secret Recipe dan Universal Music Malaysia membuktikan sekali lagi bahawa anda boleh menjamu selera dengan juadah yang lazat sambil berhibur! Gabungan jenama kek dan bakat terkemuka Malaysia pasti memeriahkan hidup anda. Kerjasama ini sememangnya membawakan muzik yang menambat hati dan juga selera. Bukan sahaja ia menggabungkan dua jenama sebutan ramai yang berkongsi prinsip dan nilai jenama yang sama, tetapi turut membawakan sesuatu yang menarik dan berbeza untuk semua.

LE FRENCH FESTIVAL 2023: PANORAMA PERAYAAN SENI DAN BUDAYA SELAMA SEBULAN

Image
The Alliances Françaises de Malaisie di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang akan melancarkan Le French Festival (LeFF 2023) edisi ke-21 tidak lama lagi! Bakal berlangsung dari 25 Mei hingga 25 Jun, LeFF 2023 mengalu-alukan kedatangan para pengunjung untuk menikmati pengalaman kebudayaan yang mendalam selama sebulan, yang terdiri daripada seni persembahan, seni visual, gastronomi, muzik dan pelbagai filem Perancis kontemporari. (L-R): Mr Luca Griseri, Vice President of the Alliance Française de Penang; Ms Emmanuelle Marchand, Counsellor for Cooperation and Cultural Affairs at the Embassy of France in Malaysia; His Excellency Mr Axel Cruau, Ambassador of France to Malaysia; Ms Violaine Dupic, Director of Alliance Française of Kuala Lumpur and Ms Asma Manssouri, Cultural Officer from Alliance Française of Kuala Lumpur at the 21st edition of Le French Festival 2023 press conference.

PM TIDAK DAPAT MENAHAN SEBAK SELEPAS MENONTON TAYANGAN KHAS ‘ANWAR, THE UNTOLD STORY’

Image
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dapat menahan rasa sebak selepas menonton filem biografi ‘Anwar, The Untold Story’ semasa acara tayangan media khas dan VIP di Dadi Cinema Pavillion KL malam tadi (8Mei).

KISAH BERBEZA DENGAN INTERPRETASI SEGAR TEATER BANGSAWAN INDIE PUTERI GUNUNG LEDANG: SAKTI SITI DJAMILAH

Image
Setelah kejayaan pementasan Teater Bangsawan Indie: Raja Bersiong pada tahun 2022, Revolution Stage dan Live In My Poetry kembali dengan Teater Bangsawan Indie terbaru, dengan membawa kisah legenda ternama tanahair, Puteri Gunung Ledang. 

NIKMATI DRAMA DAN FILEM TERHEBAT KOREA DITAYANGKAN DI ASTRO PADA MEI INI

Image
Bulan Mei ini, semua peminat hiburan Korea boleh menikmati drama dan filem terhebat Korea yang ditayangkan di Astro menerusi KBS World (Saluran 392 HD), ONE (Saluran 393 HD), tvN (Saluran 395 HD), K-Plus (Saluran 396 HD) dan tvN Movies (Saluran 416 HD). Peminat juga boleh strim episod-episod pada bila-bila masa, di mana jua menerusi On Demand dan di Astro GO.