CARA PENYEDIAAN KOPI SERBA BAHARU NESPRESSO VERTUO KINI TIBA DI PASARAN MALAYSIA
Nespresso, perintis kopi yang terkenal dengan espresso berkualiti tinggi, memperkenalkan sistem pembuatan kopi Vertuo baharu di Malaysia, yang dipacu oleh mesin kopi Nespresso Vertuo Next yang serba canggih. Dikuasakan oleh teknologi Centrifusion™ yang inovatif dan sistem identifikasi kapsul, Nespresso Vertuo menawarkan 37 campuran kopi dan asal tunggal dalam 6 saiz cawan yang berbeza buat penggemar kopi menikmati detik-detik kopi yang telah diubahsuai.
Nespresso Vertuo Next dilengkapi dengan satu sentuhan butang yang ringkas dan sistem identifikasi kapsul. Kod bar unik pada setiap kapsul melaraskan aliran dan isipadu air, suhu, masa infusi dan putaran kapsul untuk menciptakan pengalaman kopi yang terbaik dan menghasilkan kopi yang sempurna buat anda pada setiap masa.
Floriane Novello, Pegawai Eksekutif Perniagaan di Nespresso Malaysia, berkongsi, “Dengan memperkenalkan sistem Vertuo di Malaysia, kami memperluaskan pilihan kopi di rumah buat penggemar kopi, dan menyampaikan momen kopi yang diubahsuai semula dengan kualiti yang luar biasa dan seragam daripada setiap cawan Nespresso. Selain teknologi pembuatan yang inventif, penggemar-penggemar kopi akan dapat menikmati saiz-saiz baharu untuk pengalaman rasa Nespresso yang lebih meluas.”
MENIKMATI VARIASI VERTUO
Pengunjung kafe tidak lagi perlu berpuas hati dengan satu gaya, walaupun di rumah. Nespresso Vertuo Next memberi mereka kopi gaya kafe yang dibuat di rumah, dengan kualiti yang sama yang membuatkan Nespresso dikenali. Ia membolehkan penggemar kopi mencipta 37 cawan kopi yang luar biasa dalam 6 saiz hidangan – Carafe Pour-Over Style (535ml), Alto (414ml), Mug (230ml), Gran Lungo (150ml), Double Espresso (80ml) dan Espresso (40ml) – semuanya dilengkapkan dengan krim krema khas Nespresso.
Kapsul bersaiz berbeza disesuaikan dengan variasi saiz cawan kopi. Setiap satu diadun dan dipanggang dengan teliti untuk memberikan pengalaman kopi yang berkualiti. Jika penggemar kopi ingin menarik perhatian rakan-rakan mereka ketika sarapan tengah hari atau jika mereka mencari minuman espresso yang pantas sepanjang hari, Vertuo Next menawarkan kepelbagaian untuk setiap citarasa dan saat.
Dari espresso yang pekat dan berbadan penuh hingga ke long black yang berperisa buah-buahan dan berbadan ringan, Nespresso Vertuo Next mempunyai semuanya. Sistem terbaru ini membawa 37 kapsul kopi yang beraroma dan berperisa – dalam koleksi Espresso, Long Black, Barista Creations dan Craft Brew – untuk memastikan terdapat cawan kopi yang sempurna untuk setiap citarasa.
Cara terbaik untuk menghargai kopi adalah dengan meminumnya dari cawan kaca untuk menikmati krema yang pekat dan lembut. Peminum kopi yang berpengalaman dapat meningkatkan lagi pengalaman kopi yang telah mereka ubah suai dengan menambah aksesori kopi bergaya Nespresso Vertuo ke koleksi mereka. Mulai dari cawan kopi kaca tahan panas dan sejuk untuk resipi kopi, kepada sudu yang mengacau aroma segar, setiap koleksi menambah sentuhan yang sofistikated sambil menggabungkan deria rasa, bau, dan penglihatan untuk meningkatkan momen kopi Nespresso Vertuo anda.
Sempena pelancaran sistem Nespresso Vertuo, Nespresso Malaysia akan mengadakan acara pelancaran di Mid Valley Megamall dari 15 hingga 21 Mei, di mana pengunjung dapat menikmati momen kopi Vertuo yang tiada tandingan, ujirasa yang percuma, serta lokasi yang Instagramable.
Sistem Nespresso Vertuo yang baru tersedia di semua butik Nespresso Malaysia di seluruh negara. Cari butik Nespresso sekarang di Pencari Kedai Nespresso | Nespresso Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di www.nespresso.com.my, atau ikuti halaman media sosial kami di Instagram @nespresso.my, dan Facebook @Nespresso.MY. Garis Panggilan Khidmat Pelanggan kami yang bebas tol di 1800 80 7001 juga beroperasi setiap hari dari 08:00 hingga 22:00.
Comments
Post a Comment