Posts

Showing posts from July, 2021

SWEET TOOTH BAKAL KEMBALI KE NETFLIX UNTUK MUSIM 2

Image
Siri fantasi kegemaran ramai, Sweet Tooth bakal kembali ke Netflix untuk musim kedua dengan lapan episod satu jam. Berdasarkan siri komik DC oleh Jeff Lemire dan diterbitkan oleh Team Downey dengan persekutuan Warner Bros. Television, Musim 1 Sweet Tooth telah mula ditayangkan pada 4 Jun 2021 di Netflix, di mana ia talah ditonton oleh 60 juta isi rumah dalam tempoh empat minggu pertama penstrimannya.

SIRI DRAMA KOMEDI SITIK TOK TAMBAT 3 JUTA PENONTON!

Image
Stesen nombor satu negara, TV3, sentiasa memberikan kandungan terbaik dan berkualiti untuk penonton setianya. Walaupun saluran ini sinonim dengan drama-drama cinta dan mendapat sambutan hangat, namun penonton turut menggemari drama yang mempunyai plot cerita yang lebih santai.

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA OGOS INI

Image
Cartoon Network mengucapkan Selamat Hari Meow kepada semua pencinta kucing pada Hari Kucing Antarabangsa ini! Disambut pada 8 Ogos setiap tahun, acara ini didedikasikan untuk meningkatkan kesedaran terhadap haiwan yang cantik ini. Ia diraikan dengan beberapa aktiviti dan program istimewa kerana Cartoon Network akan bertukar sepenuhnya kepada Cat-Toon Network – yang menjadi rumah kepada Tom dan rakan-rakan kucing akrabnya iaitu Sylvester, Gumball, Princess Unikitty, Oggy dan banyak lagi!

GALAXY A22 TERBARU TAMPIL DENGAN CIRI-CIRI 'AWESOME'!

Image
Samsung Malaysia Electronics baru sahaja menyambut ahli terbarunya yang berada di rangkaian Galaxy A - Galaxy A22. Diilhamkan oleh inovasi menarik yang telah direka oleh Samsung untuk semua orang, Galaxy A22 menawarkan kamera belakang quad yang menakjubkan, paparan Infinity-U yang memukaukan dengan kadar penyegaran 90Hz dan bateri 5.000 mAh yang besar - peranti yang sedia membuat anda melakukan sesuatu yang hebat setiap hari.

YUNG RAJA HANGATKAN LAGI DUNIA HIP-HOP ASIA DENGAN ‘SPICE BOY’

Image
Yung Raja telah dapat mencapai banyak kemajuan. Seorang artis yang menghargai imaginasi dari sesuatu yang mustahil, Yung Raja amat menghargai tradisi tetapi masih tetap mengarahkan kepalanya ke masa depan - menggabungkan lirik bahasa Tamil dan Inggeris dengan cara yang baru dan inovatif. Penyanyi rap, yang pernah membuat penampilan dalam rancangan Jimmy Fallon untuk single terbarunya, 'Mami', bekerja keras untuk memenuhi cita-cita globalnya namun masih ingin mengekalkan warisan budayanya. Single barunya ‘Spice Boy’ tidak hanya memperlihatkan dua perkara itu malah ia menunjukkan bahawa warisan inilah yang mendorongnya ke peringkat yang lebih tinggi.

PEMBERITAAN BERETIKA KES BUNUH DIRI PENTING BAGI PENCEGAHANNYA

Image
Ketika negara ini terus bertempur melawan COVID-19, pandemik ini telah memberi kesan terhadap kesihatan mental rakyat Malaysia. Di tengah-tengah kepincangan ekonomi dan sekatan pergerakan yang menyebabkan ramai terpisah dari keluarga, laporan baru-baru ini mengenai peningkatan jumlah kes bunuh diri amat membimbangkan.

KEKAL NYAMAN DENGAN NESPRESSO COCONUT FLAVOUR OVER ICE

Image
Nespresso mempelawa penggemar kopi untuk bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan sambil menikmati Barista Creations for Ice, koleksi kopi yang direka khusus untuk minuman berais. Barista Creations for Ice diberikan sentuhan istimewa dengan Coconut Flavour over Ice Edisi Terhad. Lebih mengujakan lagi, Nespresso Atelier, sebuah mesin kopi versatil dan serbaguna yang dapat menghasilkan resipi kopi yang panas dan sejuk, akan membuat penampilan sulungnya di Malaysia.

ALAMI KEJUTAN #CRUNCHYKAWKAW WALL’S OVALTINE CRUNCHY POP

Image
Wall’s dan Ovaltine telah berkerjasama untuk memperkenalkan aiskrim Wall's Ovaltine Crunchy Pop yang baru sahaja dilancarkan di Malaysia. Aiskrim baharu ini menjanjikan keseronokan luar biasa dalam setiap gigitan yang penuh kerangupan!

UNCLE KENTANG & ARTIS PRODIGEE ASIA TALENTS TURUN PADANG

Image
  Ramai orang kehilangan sumber pendapatan mereka dan mengalami masalah kekurangan bekalan makanan disebabkan pandemik Covid-19 ditambah lagi dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlarutan. Susulan itu, Prodigee Asia Talents bersama artis naungan mereka, Hao Ren, Priscilla Abby, Thomas Kok dan Daniel Wong berganding baru dan memulakan acara Food Bank- Paving the way Together (PAT)

TAWARAN BELI 1 PERCUMA 1 UNTUK MERAIKAN ‘HARI NASI LEMAK MB’

Image
Kita sudah pun berada di pertengahan tahun 2021, dan rakyat Malaysia masih lagi di dalam sesi memerangi pandemic sambil berusaha untuk membentuk imuniti berkelompok. Pelbagai situasi yang menyentuh hati dilihat dikalangan rakyat Malaysia yang bersatu hati serta saling membantu antara satu sama lain tidak kira agama, bangsa mahupun budaya dalam memastikan kesejahteraan semua terjaga.

VIU ORIGINAL KELUARGA BAHA DON KINI KEMBALI BAGI MUSIM 3

Image
Viu, peneraju perkhidmatan striming video OTT dari PCCW, membawa balik Keluarga Baha Don untuk musim ketiga. Musim 3 merupakan kesinambungan dua musim lepas siri Viu Original yang penuh dengan komedi unik tersendirinya dan watak-watak pan-Malaysia yang berkait rapat dengan situasi semasa. Keluarga Baha Don telah menjadi platform bagi memaparkan bakat komedi di Malaysia, dengan barisan pelakon yang mengagumkan sejak siri ini dimulakan pada Julai 2019.

74% RAKYAT MALAYSIA MEMAKAN SNEK UNTUK KURANGKAN TEKANAN

Image
Ketika rakyat Malaysia terus ‘berkurung’ di rumah untuk melandaikan lekuk COVID-19, tabiat pemakanan dan pengambilan snek mereka telah berubah, lebih-lebih lagi apabila perlu mengimbangi tuntutan bekerja dari rumah, pembelajaran dalam talian, masa bersama keluarga dan sebagainya. 

DOLBY VISION DAN DOLBY ATMOS KINI TERSEDIA DI APLIKASI IQIYI

Image
iQiyi, plaform peneraju penstriman hiburan Asia menampilkan Dolby Vision dan Dolby Atmos di aplikasi iQiyi versi global yang kini tersedia di 191 buah negara termasuk Malaysia.

BIG BAD WOLF KEMBALI DENGAN JUALAN 'THE BIG LITTLE BOOK SALE'

Image
  Anda sedang mencari bahan bacaan utuk anak-anak yang kebosanan di rumah? Berita baik untuk anda semua. Mulai 29 Julai sehingga 2 Ogos 2021, Big Bad Wolf Books akan menampilkan The Big Little Book Sale dengan lebih 60,000 judul buku dengan harga diskaun yang hebat dari 50% sehingga 95%.

PILIHAN KOTEX HERBAL COOL: PAD PALING NYAMAN DI PASARAN

Image
Kotex® melancarkan pilihan Kotex® Herbal Cool serba baharu dan pertama seumpamanya di pasaran. Sebagai pendorong kepada kemajuan wanita dan peneraju jenama pad sanitari, pilihan penyejukan terbaharu Kotex ini dan satu-satunya di pasaran yang direka bagi membantu wanita mengatasi cuaca panas dan membahang Malaysia, sambil mengekalkan kesegaran dan keyakinan sepanjang hari.

DRAMA KAHWIN PAKSA ‘CIK AYU MEE SANGGUL’ TIDAK KLISE

Image
  Drama bersiri ‘Cik Ayu Mee Sanggul’ merupakan sebuah naskah asal yang mengangkat genre komedi romantik terbitan syarikat produksi Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd. Berbeza dengan penceritaan kisah perkahwinan paksa yang sering disajikan sebelum ini, drama ‘Cik Ayu Mee Sanggul’ memaparkan pengorbanan seorang janda muda yang mengahwini seorang duda tanpa ikatan cinta untuk menjadi ibu tiri kepada anaknya yang masih kecil dan memerlukan perhatian seorang ibu.

KINI ANDA BOLEH MENONTON ASTRO TANPA PIRING SATELIT

Image
Sebagai usaha Astro untuk menawarkan pelanggan dengan pengalaman tontonan terhebat kepada sajian pilihan penuh variasi, dengan nilai yang lebih menarik dan kemudahan fleksibiliti dalam dunia penstriman hari ini, Astro hari ini melancarkan Ultra Plug & Play Box yang terbaharu, di mana ia menawarkan pelanggan dengan pengalaman tontonan tanpa gangguan kepada program-program tempatan dan antarabangsa, tanpa menggunakan piring satelit.

UNDI PRODUK KEGEMARAN ANDA UNTUK ANUGERAH GUARDIAN 2021

Image
Guardian Malaysia meraih reputasi yang mantap sebagai destinasi utama farmasi, kesihatan dan kecantikan runcit yang dipercayai di Malaysia kerana menyediakan pelbagai produk kesihatan dan kecantikan terbaik dalam industri kepada pelanggannya. Guardian turut terkenal sebagai pakar yang dipercayai dalam kesihatan komuniti menerusi kerja keras pasukan ahli farmasi profesionalnya yang ramai.

AVOKADO AUSTRALIA - SUNGGUH LAZAT DAN BERKHASIAT

Image
Kini masanya untuk tingkatkan aktiviti kecergasan anda dengan buah yang hijau dan lazat ini! Taste Australia – jenama kebangsaan mewakili industri hortikultur Australia – telah melancarkan kempen A Untuk Avokado Australia yang membawakan buah avokado yang sihat dan berkhasiat untuk dinikmati semua.

NIKMATI CITARASA HEBAT TEXAS CHICKEN, KINI DI FOODPANDA

Image
  foodpanda Malaysia telah mengumumkan tambahan baharu kepada senarai rakan niaga mereka melalui kerjasama dengan Texas Chicken Malaysia. Dengan pengumuman terbaharu ini, foodpanda kini dapat membawakan kenikmatan Texas kepada para pengguna dan seterusnya menambah keriangan dalam setiap pesanan.

RAMAYAN TIUP NAFAS BARU KEPADA ROCK MELAYU DENGAN ‘PUAS’

Image
Puas adalah single kedua Ramayan yang telah dipetik daripada album penuh mereka yang pertama, Di Persiaran Cakrawala, selepas single pertama mereka, Lamunan Anak Bulan, dirilis pada 1 Mei 2020, diikuti oleh pelancaran album Di Persiaran Cakrawala pada 22 Januari tahun ini. 

HAPPYFRESH BANTU RAKYAT MALAYSIA HARUNGI PANDEMIK

Image
  HappyFresh, syarikat penghantaran barangan runcit dalam talian yang terkemuka di Malaysia, mengukuhkan sokongannya terhadap rakyat Malaysia di kala mengharungi waktu yang sukar ini dengan meningkatkan usaha dalam menyediakan kemudahan buat pelanggan dan memastikan keselamatan mereka, termasuklah dengan mengambil pekerja yang diberhentikan untuk menambah pasukan penghantar barangan dan pembeli peribadi, melancarkan program sumbangan dan memperkenalkan caj penghantaran yang lebih rendah.

SUBWAY DERMA 10,000 SANDWIC SEMPENA PELANCARAN RENDANG SUB

Image
  Subway® Malaysia bakal menyumbangkan 10,000 sandwic sebagai tanda penghargaan kepada petugas barisan hadapan dan sukarelawan di pusat pemberian vaksin dan pusat kuarantin yang telah berusaha sepenuh tenaga untuk melindungi rakyat negara daripada pandemic Covid-19.

MUKARAKAT KEMBALI DENGAN SINGLE BAHARU “UNDOGEZE”

Image
  Di kala dunia berhadapan dengan masalah dan situasi genting, Lipooz, A'Chi, D'Flow, DirtyRazkal, dan DJ GeraMar atau dikenali sebagai MukaRakat akan menjadikan suku ketiga tahun 2021 menarik dan meriah. Kumpulan kebanggaan Indonesia ini kembali dengan single yang membuktikan cengkaman mereka terhadap dunia hip-hop dan juga menunjukkan kebanggaan mereka terhadap latar belakang dan identiti budaya mereka.

HERBALIFE NUTRITION ANJUR KEMPEN BULAN SARAPAN SIHAT

Image
Sempena ‘Healthy Breakfast Month’ anjurannya, Herbalife Nutrition, iaitu syarikat pemakanan global bertaraf perdana telah menjalin kolaborasi dengan Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM) untuk menyuluhi kepentingan pengambilan sarapan pagi yang sihat dan seimbang, melalui webinar yang bertajuk, ‘Getting It Right at Breakfast’. Kempen ini akan menghasilkan kandungan pendidikan bersiri menerusi pelbagai saluran bagi mendidik warga Malaysia tentang pemakanan yang sihat, terutamanya untuk sarapan pagi.

IKEA MENCETUSKAN INSPIRASI BAGI RUANG KERJA BAHARU

Image
Seiring dengan perubahan konsep ruang kerja dan budaya kerja dalam norma baharu ini, model kerja hybrid kini bakal mendefinasikan semula cara kerja di masa hadapan. Menginspirasikan para usahawan untuk mengimaginasikan dan mengolah semula ruang pejabat, IKEA telah melancarkan ‘IKEA for Business, iaitu satu tawaran niaga-ke-niaga (B2B), untuk membolehkan para usahawan menyediakan persekitaran kerja yang sangat berfungsi serta fleksibel bagi memenuhi cara kerja baharu.

DREAMSHOP TAWAR PELAN ANSURAN TANPA FAEDAH TERPANJANG

Image
  Dreamshop.com.my, platform e-dagang yang menempatkan lebih daripada satu bilion produk baru-baru ini memperkenalkan pelan ansuran 0% tanpa faedah sehingga 36 bulan dengan kerjasama sepuluh (10) buah bank dengan objektif menawarkan sokongan dan meringankan beban kewangan yang dihadapi oleh rakyat Malaysia pada masa yang mencabar ini. Syarikat ini merupakan platform e-dagang pelan ansuran tanpa faedah terpanjang dengan penglibatan jumlah bank terbanyak di Malaysia.

EXPERIAN INFORMATION SERVICES LANCAR KEMPEN 'KNOW MONEY'

Image
Bersempena dengan Bulan Kesihatan Kredit pada Julai ini, Experian Information Services (Malaysia) , melancarkan Kempen Know Money, sebuah kempen celik kewangan menyeluruh yang bertujuan untuk memperkasakan rakyat Malaysia akan kepentingan kesihatan kredit bagi pengurusan dan kawalan kewangan peribadi yang lebih berkesan, terutamanya pada waktu pengguna bersiap sedia untuk menghadapi kesan jangka masa panjang ekonomi COVID-19.

“JOOX MALAYSIA TOP MUSIC AWARDS (MID-YEAR) 2021” KEMBALI LAGI

Image
  Suara anda adalah penting dan didengari! JOOX, platform penstriman muzik dan hiburan yang paling berdedikasi di Asia, sekali lagi akan membuat peminat muzik Malaysia teruja dengan JOOX Malaysia Top Music Awards (Mid-Year) 2021! Lagu dan artis manakah yang akan menjadi pilihan peminat muzik tanah air di untuk pertengahan tahun 2021 ini? Nasib pemenang ada di tangan anda.

VIVO UMUM PEMENANG PERADUAN FOTOGRAFI VIVO VISION 2021

Image
vivo Malaysia telah mengumumkan pemenang-pemenang dalam Peraduan Fotografi vivo Vision 2021 yang dianjurkan bersama Kuala Lumpur Photography Festival (KLPF). Sebagai sebahagian daripada inisiatif Visual Creator vivo Malaysia bersempena dengan pelancaran vivo X60 Series, yang menampilkan kanta optik ZEISS optic lens, peraduan ini telah mendapat 2,850 penyertaan yang bertemakan “Alam semulajadi/Nature”, “Manusia/ People”, “Raya” and “Malam/ Night” dalam tempoh satu bulan penyertaan dibuka. Tiga pemenang dipilih dalam setiap kategori untuk memenangi hadiah bernilai sehingga RM15,000. Untuk maklumat lanjut dan melihat karya-karya pemenang Peraduan Fotografi vivo Vision 2021 sila layari  Laman Rasmi  vivo atau laman media sosial vivo Malaysia -   Facebook  dan  Instagram .

UKUR TUMBESARAN ANAK ANDA DENGAN PEDIASURE GROWTHCAM

Image
Kajian menunjukkan kanak-kanak mampu mencapai 60% pertumbuhan ketinggian mereka dalam tempoh lima tahun pertama kehidupan. Meskipun faktor genetik memainkan peranan penting, nutrisi yang betul sangat mustahak dalam merealisasikan potensi pertumbuhan sebenar kanak-kanak.

UKM & HERBALIFE ANJUR LARIAN MAYA HARI HIPERTENSI SEDUNIA

Image
Herbalife Nutrition, syarikat nutrisi global bertaraf perdana, baru-baru ini telah mengunjurkan sokongannya kepada acara Larian Maya Hari Hipertensi Sedunia yang dihoskan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sempena Hari Hipertensi Sedunia yang disambut pada bulan lalu, acara ini bermatlamat untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai hipertensi serta menggalakkan rakyat Malaysia untuk menjurusi gaya hidup yang sihat dan aktif.

FOODPANDA PERKENAL KHIDMAT LANGGANAN PANDAPRO

Image
foodpanda Malaysia kini 9 tahun! Sempena sambutan ulang tahun ke-9, foodpanda memperkenalkan beberapa ciri baharu dan memberikan hadiah eksklusif untuk memeriahkan lagi sambutan ini.

'HUJAN PASTI BERHENTI' BAWAKAN MESEJ HARAPAN DI KALA PANDEMIK

Image
Lagu ini merupakan sebuah projek khas yang melibatkan Dana Kandungan Digital (DKD) dibawah kategori dana Mikro oleh FINAS yang diberi kepada Aidilhayat Omar, Pengarah Syarikat Hayat Kreatif Sdn. Bhd. Lagu ini menggabungkan pemuisi/penulis, Umila Rahman dan kumpulan Mafidz untuk lagu ini.

CICI TERUSKAN PERJUANGAN DENGAN 'KU TAKKAN MENGALAH'

Image
Feli Stacy Paimin atau lebih mesra dengan nama pentasnya – CICI, berusia 15 tahun, merupakan seorang penyanyi yang aktif dan terlibat dalam industri hiburan & muzik tanah air sejak umur 8 tahun . Cici berasal dari Kundasang, Sabah dan bersekolah di Sekolah Seni Malaysia Sabah. Beliau membawakan genre muzik Balada , Pop & Rock.

DENGARILAH 'BISIK HATI', LAGU SINGLE SULUNG ISYARIANA

Image
  Isyariana, pemenang Artis Baharu Wanita Popular 2020 yang lalu mengorak langkah tahun ini dengan mengeluarkan single solo pertamanya iaitu “Bisik Hati”. Lagu ini telah pun dilancarkan pada 6 Jun 2021 lalu di laman YouTube miliknya sendiri, Isyariana TV. Isyariana ataupun lebih dikenali sebagai Isya mampu menarik nafas lega apabila video lirik rasmi “Bisik Hati” mendapat jumlah tontonan 10k setelah 23 hari dilancarkan. 

MICHELLE YEOH SERTAI SIRI THE WITCHER: BLOOD ORIGIN

Image
Netflix mengumumkan Michelle Yeoh bakal menyertai barisan pelakon siri The Witcher: Blood Origin. Pelakon berkaliber ini bakal memegang watak Scían, orang terakhir dalam sebuah puak elf yang mahir berpedang di dalam siri tersebut.  Tiada siapa yang dapat menandingi kemahirannya bermain pedang dan tiada siapa juga dapat merasa kehilangan sepertimana dirinya. Dia berusaha untuk mendapatkan kembali sebilah pedang yang telah dirampas daripada puaknya. Perjalanannya itu bakal mengubah kisah di Continent.

3 RESIPI DAGING AUSTRALIA YANG HARUS ANDA CUBA DI HARI RAYA HAJI

Image
Daging Kurma Dengan Kentang Australia mengeluarkan sebahagian besar daripada daging lembu dan kambing yang berkualiti tinggi di dunia. Industri daging Australia memenuhi pelbagai keperluan pelbagai pengguna di lebih daripada 100 buah negara. Tidak kira apa sahaja yang anda resepi daging yang anda idamkan, industri daging Australia dapat menawarkan produk mengikut citarasa anda.

COVID-19: HABIB LANCAR KEMPEN “THE ONE THING”

Image
  Jumlah kes positif Covid-19 direkodkan di Malaysia masih tinggi, walaupun dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Sepenuhnya (PKP 3.0) sejak 1 Jun 2021 oleh Kerajaan Malaysia. Setelah 25 hari rakyat Malaysia “berkurung” di rumah, angka kes positif harian yang direkodkan masih lagi tinggi iaitu mencecah purata 5,000 kes sehari. 

LAZADA LANCAR KEMPEN ‘SHOP MALAYSIA ONLINE’

Image
Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mengembangkan ekonomi digital demi mendorong pemulihan ekonomi Malaysia, Lazada sekali lagi akan berganding bahu dengan Kementerian Kewangan (MOF) dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan produk tempatan sepanjang inisiatif ‘Shop Malaysia Online’ (Beli-Belah Malaysia Dalam Talian) dan ‘Go-eCommerce’ (Manfaatkan eDagang), yang akan diadakan secara serentak dari 1 Julai – 31 Disember di Lazada.

ASTRO RADIO AKTIFKAN ‘KAMI CARE HELPLINE’

Image
  Astro Radio melancarkan Kami Care Helpline, yang disediakan sekarang kepada rakyat Malaysia yang terjejas, untuk permohonan bantuan menerusi talian WhatsApp dari kesemua jenama Astro Radio. 

WALL'S DAN GRABFOOD LANCAR KEMPEN 'WALL'S BERSAMA RIDERS'

Image
Sejajar dengan komitmennya untuk menjadikan dunia sebagai tempat yang lebih gembira, kini Wall's Malaysia bersama GrabFood menyebarkan kegembiraan menerusi kempen “Wall’s Bersama Riders”.