UNCLE KENTANG & ARTIS PRODIGEE ASIA TALENTS TURUN PADANG

 

Ramai orang kehilangan sumber pendapatan mereka dan mengalami masalah kekurangan bekalan makanan disebabkan pandemik Covid-19 ditambah lagi dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlarutan. Susulan itu, Prodigee Asia Talents bersama artis naungan mereka, Hao Ren, Priscilla Abby, Thomas Kok dan Daniel Wong berganding baru dan memulakan acara Food Bank- Paving the way Together (PAT)

Perlaksanaan PAT Food Bank bertujuan untuk mengumpulkan dana bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan dan terjejas disebabkan pandemik ini, serta berfungsi sebagai platform kepada rakyat Malaysia untuk menderma ke yayasan yang telus dan sah di negara ini. Aktiviti PAT Food Bank telah berlangsung selama 4 hari bermula 20 Julai hingga 23 Julai lalu, serta melaksanakan strim secara langsung selama 2 jam sepanjang aktiviti tersebut.

Dalam masa empat hari, mereka berjaya untuk meraih lebih dari RM100,000 sumbangan (baik dalam bentuk wang atau lain-lain) berkat sokongan padu dari peminat, para sponsor dan content creator tempatan, 3P. Semua sumbangan yang diterima semasa strim siaran langsung terus dihantar ke yayasan yang berkelulusan seperti Kentang Fund, The Hope Branch, dan rumah kebajikan Orang Asli Malaysia di Sabah dan Sarawak.


Selain daripada empat artis Prodigee Asia Talent ini, penyanyi, Daniel Cheah, artis Wayne Phoo, Youtuber, Gladish dan Han Ke-Sin turut mengambil bahagian di dalam strim secara langsung. Bukan itu sahaja, selebriti tempatan seperti Fuying & Sam, Danny One, Miko Wong, Bell, Ivan Low, Jane Ng, Ernest Chong, Happy Gan, Jasmin Chong, Tomato Odd, Ryota Katayama, Ruby Yap, Mandy Chen, Leo Panda dan Xin Hong turut menyokong misi ini dengan berkongsi video-video mereka serta di platform media sosial mereka.

Sila layari laman Facebook Prodigee Asia Talent di https://www.facebook.com/ProdigeeAsiaTalent untuk mengetahui lebih lanjut dan perkara terbaru mengenai aktiviti tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

FITNESS @ SEA: STARCRUISES X UNDER ARMOUR BAWA KECERGASAN KE LAUT BIRU

SIPZZ BUKA KEDAI PERDANA PERTAMA DI MALAYSIA – TUMBLER WARNA-WARNI UNTUK GAYA HIDUP SIHAT

RANGKAIAN PENJAGAAN KULIT KEPALA SUU BALM DENGAN FORMULASI PAKAR DERMATOLOGI UNTUK KESIHATAN KULIT KEPALA & RAMBUT

ELDON, JENAMA PHARM-D HEALTH SCIENCE, METERAI KERJASAMA DUTA JENAMA DENGAN SELEBRITI CHAN FONG AND HENLEY HII, RAIH PENGIKTIRAFAN MALAYSIA BOOK OF RECORDS