ADAKAH RAKYAT MALAYSIA TERLEPAS PANDANG RISIKO SEBENAR DI SEBALIK PENYAKIT JANTUNG?
Ramai rakyat Malaysia percaya bahawa senaman secara berkala dan pemakanan seimbang sudah memadai untuk melindungi mereka daripada penyakit jantung. Namun, pakar menjelaskan bahawa bagi individu yang berisiko tinggi mengalami penyakit kardiovaskular, amalan ini sahaja mungkin tidak cukup berkesan untuk mengawal paras kolesterol berketumpatan rendah (LDL-C), yang lebih dikenali sebagai “kolesterol jahat”, sekali gus mengurangkan risiko serangan jantung dan strok dalam jangka panjang.