BOONY & CO. PERKENAL TRIBIOTICS PERTAMA DI PASARAN UNTUK KULIT & BERAT BADAN
BoonY & Co. melangkah setapak ke hadapan dalam dunia kesihatan dan kecantikan dengan memperkenalkan inovasi Tribiotics pertama di pasaran. Dua produk baharu, Lumibiotics dan Fitobiotics, dicipta khusus untuk menyokong kesejahteraan dalaman yang memberi kesan nyata pada kulit dan kawalan berat badan.
Hubungan Usus & Kulit: Kecantikan Bermula Dari Dalam
Kajian tempatan menunjukkan hampir 7 daripada 10 pelajar universiti di Malaysia mengalami masalah jerawat. Diet tinggi gula ringkas dan pengambilan tenusu kerap dikaitkan dengan gangguan mikrobiom usus, sekali gus mencetuskan keradangan yang memberi kesan kepada kulit. Bukti antarabangsa turut mengesahkan bahawa pemakanan mesra usus – kaya serat, polifenol dan probiotik terpilih – mampu meningkatkan hidrasi kulit, fungsi penghalang semula jadi dan daya tahan terhadap tekanan persekitaran, faktor penting dalam mencegah penuaan pramatang.
Menurut NHMS 2019, hampir 1 daripada 5 orang dewasa di Malaysia hidup dengan obesiti, manakala separuh populasi dewasa tergolong dalam kategori berlebihan berat badan atau obes. Lebih membimbangkan, remaja berusia 13–17 tahun turut berdepan masalah berganda: 30.5% mengalami berat badan berlebihan atau obes, manakala 8.3% berdepan kekurusan dan 6.8% terbantut pertumbuhan.
Tribiotics: Gabungan Prebiotik, Probiotik & Postbiotik
BoonY & Co. memperkenalkan Tribiotics – formulasi unik yang menggabungkan prebiotik untuk menyuburkan bakteria baik, probiotik untuk menambah populasi bakteria tersebut, dan postbiotik yang merupakan bahan bermanfaat hasil tindak balas bakteria. Pendekatan ini menyokong keseimbangan usus, penyerapan nutrien dan kesihatan metabolik secara menyeluruh.
Lumibiotics – “Edible Sunblock & Serum” 2-dalam-1
Lumibiotics membawa penjagaan kulit ke tahap baharu dengan tiga manfaat utama: Rescue, Rejuvenate, Radiate.
- Melindungi kulit daripada tekanan harian seperti sinaran UV, cahaya biru dan pencemaran.
- Menyokong keseimbangan usus untuk mengurangkan keradangan dalaman yang menjadi punca jerawat.
- Merangsang penghasilan kolagen, meningkatkan keanjalan dan menyerlahkan seri semula jadi kulit.
Diperkaya dengan Liposomal Vitamin C, Komecera™ Rice Ceramide, serta ekstrak botanikal kaya antioksidan seperti delima, seabuckthorn dan astaxanthin, Lumibiotics bertindak sebagai perlindungan menyeluruh dari dalam, menjadikan kulit lebih sihat, anjal dan bersinar semula jadi.
Fitobiotics – Sokongan 5-dalam-1 untuk Berat Badan Sihat
Fitobiotics pula memberi tumpuan kepada keseimbangan berat badan dan tenaga dengan pendekatan Body Reshape 5-dalam-1:
- Mengawal selera makan
- Menyokong metabolisme lemak
- Mengawal penyerapan karbohidrat
- Meningkatkan tenaga
- Mengaktifkan sistem pembakaran lemak dalaman
Formulasi ini menggabungkan bahan klinikal seperti Bifidobacterium Breve B-3-EX, Morosil™ Red Orange Extract, ABG+® Black Garlic Extract, Garcinia Cambogia dan ekstrak teh hijau. Dipadukan dengan rasa botanikal lychee, rose, saffron dan seabuckthorn, ia bukan sahaja berkesan tetapi juga enak diminum.
“Dengan Lumibiotics dan Fitobiotics, matlamat kami adalah untuk menawarkan solusi kesejahteraan praktikal yang menyokong tubuh dari dalam ke luar,” kata Fam Swee Ying, Pengasas Bersama BoonY & Co. “Kedua-dua produk ini dibina atas asas Tribiotics, menggabungkan sains usus dengan bahan semula jadi untuk membantu orang ramai tampil lebih sihat, seimbang dan yakin.”
Produk ini diformulasi bersih tanpa gula tambahan, pemanis, hormon atau julap, sesuai untuk semua jenis kulit dan tubuh.
Lumibiotics dan Fitobiotics kini boleh didapati melalui laman rasmi BoonY & Co. serta farmasi rakan kongsi termasuk CARing Pharmacy, BIG Pharmacy, Threewoods Pharmacy, Wellings Pharmacy, Georgetown Pharmacy, Health Lane dan Watsons (cawangan terpilih) pada harga RM119.00 dan RM139.00.
.jpg)
%20(Custom).jpg)
%20(Custom).jpg)
Comments
Post a Comment