Posts

Showing posts from August, 2022

SAKSIKAN SUSUN SUAI GAMBAR PETA MALAYSIA TERBESAR NEGARA DI INTERMARK MALL

Image
Bagi meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-65, Puzzle Planet bersama-sama dengan Taylor’s International School Kuala Lumpur dan Intermark Mall telah mencipta rekod kebangsaan menerusi penghasilan peta Malaysia yang terbesar menggunakan susun suai gambar atau jigsaw puzzle .

RAIKAN KEBANGGAAN NEGARAKU DI PAVILION BUKIT JALIL BULAN MERDEKA INI

Image
Sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia, marilah kita sama-sama ke pusat membeli-belah Pavilion Bukit Jalil untuk menikmati pelbagai promosi dan aktiviti yang telah disediakan.

ASTRO LANCAR ASTRO EXPERIENCE STORE BAHARU DI PULAU PINANG

Image
Astro telah melancarkan Astro Experience Store baharu pada hari ini di Pulau Pinang untuk memberikan pengalaman yang menarik dan unik di kalangan pelanggan Astro. Warga Pulau Pinang boleh melihat pelbagai produk dan perkhidmatan terkini daripada Astro di kedai tersebut. Kumpulan COO dan CEO TV, Astro, Euan Smith berkata “Kami teruja untuk membuka Astro Experience Store yang pertama di Pulau Pinang. Kedai baharu kami ini adalah cara yang terbaik untuk kami pamerkan produk, perkhidmatan dan kelebihan yang menakjubkan untuk pelanggan baharu dan yang sedia ada. Kami berbesar hati kerana dapat menyediakan ruang fizikal ini di mana ramai orang boleh menemui dan mengalami ciri-ciri dan faedah produk dan perkhidmatan terkini kami dengan sepenuhnya, memberikan mereka pengalaman secara langsung di kedai sambil memberi mereka gambaran tentang kandungan-kandungan terbaik yang mereka boleh menikmati dengan Astro.” Di Astro Experience Store, para pelanggan boleh menemui kandungan-kandungan terhebat

SEMARAKKAN BULAN KEMERDEKAAN DENGAN KEMPEN #BEBASBERSAMA

Image
Tanggal 31 Ogos 1957, negara kita telah mencapai kemerdekaan dan seterusnya menubuhkan Malaysia pada 16 September 1963. Selepas beberapa dekad, Malaysia telah mengharungi pelbagai cabaran dan kini ia telah menjadi sebuah Keluarga Malaysia yang ingin bebas dari penjajahan, bebas dari penindasan, bebas untuk percaya, bebas untuk bersuara dan juga bebas daripada ancaman wabak merbahaya.

PENYEMBUR MULUT HERBA EUGICA YANG MENYEGARKAN DAN MELEGAKAN

Image
Jika mulut anda terasa kering dan melekit dengan air liur yang kelihatan pekat, anda mungkin mempunyai mulut yang kering! Lebih teruk lagi sekiranya anda mengalami kesukaran mengunyah, bercakap dan menelan, nafas yang berbau dan ulser mulut, yang semuanya merupakan tanda-tanda mulut yang rengsa dan tidak selesa!

MERIAHKAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN DENGAN HIBURAN CARA MALAYSIA IQIYI

Image
Dengan sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia yang semakin hampir, iQIYI mempelawa semua pelanggannya untuk sama-sama meraikan dengan cara ‘paling’ Malaysia menerusi kempen Hiburan Cara Malaysia. Bermula 31 Ogos hingga 16 September 2022, iQIYI akan mengubah paparan antara muka aplikasinya bagi menyerlahkan lagi semangat patriotik. Bukan itu sahaja, terdapat juga ganjaran hadiah eksklusif untuk penggemar drama yang menghantar penyertaan di laman sosial rasmi iQIYI!

SEMARAKKAN HARI KEMERDEKAAN DENGAN SIARAN LANGSUNG KONSERT MERDEKA 65’ DI TV2

Image
Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengajak seluruh Keluarga Malaysia bersama-sama menyaksikan konsert ambang merdeka diberi tajuk Konsert Merdeka 65’ bersiaran secara langsung dari Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur pada 30 Ogos ini, pukul 11.00 malam menerusi saluran TV2.

NIKMATI MASA RIANG AKTIVITI BERSAMA KELUARGA DENGAN PEK BISKUT LEXUS EDISI TERHAD!

Image
  Sebagai sebuah negara yang menggemari makanan, snek sentiasa menjadi sebahagian daripada budaya Malaysia. Snek melangkaui umur dan generasi dengan menyatukan orang ramai menerusi kegemaran bersama terhadap makanan dan snek. Pada bulan-bulan yang menandakan kemerdekaan negara kita yang tercinta, LEXUS meraikan kepelbagaian Malaysia dengan Pek Keceriaan edisi terhad yang menawarkan pelbagai perisa yang sesuai untuk anak-anak dan orang dewasa untuk menikmati bersama!

JOM STRIM HASIL KARYA ANAK-ANAK MALAYSIA KITA DI DISNEY+ HOTSTAR SEMPENA MERDEKA INI

Image
Sempena Merdeka ini, Disney+ Hotstar mengambil kesempatan untuk memperkenalkan enam anak malaysia berbakat kita yang telah mencetuskan impak dalam industri animasi global dan tempatan. Daripada siri yang memenangi anugerah sehinggalah filem yang menyentuh sanubari, anak-anak Malaysia ini telah mengharumkan nama negara kita di persada global. Tatkala meraikan sambutan penuh bermakna ini, anda boleh menstrim hasil-hasil karya mereka secara eksklusif di Disney+ Hotstar.

ZAYAN MENGUMUMKAN PERSONALITI BAHARU FAIZAL ISMAIL UNTUK BERSAMA MAWI DAN ANAS DI ‘ZAYAN PAGI’

Image
enama radio ZAYAN mengumumkan kemasukan Faizal Ismail, personaliti radio tempatan, bergandingan bersama Mawi dan Anas, menerusi segmen ‘ZAYAN Pagi’, menceriakan waktu pagi para peminat bermula hari ini, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 hingga 10 pagi di ZAYAN. Peminat juga boleh strim ZAYAN dan mendengarkan ZAYAN Pagi bersama Mawi, Anas dan Faizal Ismail menerusi aplikasi SYOK.

KUMPULAN SYARIKAT SURIA KLCC RAI HARI KEBANGSAAN DENGAN KEPELBAGAIAN AKTIVITI YANG MENARIK UNTUK PARA PENGUNJUNG

Image
Bersempena dengan sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia, Kumpulan Syarikat Suria KLCC menganjurkan tawaran eksklusif dan aktiviti menarik terutamanya untuk kanak-kanak bagi menzahirkan semangat patriotik dan persekutuan yang simbolik dengan kempen Hari Merdeka. 

FESTIVAL FILEM JEPUN 2022 EDISI KE-18 SEDIA MEMBAWAKAN FILEM-FILEM TERBAIK JEPUN UNTUK DINIKMATI SEMUA

Image
Festival Filem Jepun yang dinanti-nantikan kembali lagi untuk kali kedua pada 2022 bermula dari 8 September hingga 9 Oktober di pawagam GSC yang mengambil bahagian dengan membawakan filem-filem terbaik Jepun untuk dinikmati semua di layar perak!

GIANT MALAYSIA MELANCARKAN PROGRAM CSR “SUDAH MAKAN?” BAGI MEMBANTU RAKYAT MALAYSIA YANG MEMERLUKAN

Image
Giant Malaysia hari ini mengumumkan bahawa ia menyasarkan untuk menyediakan 500,000 sumbangan makanan dengan kerjasama The Lost Food Project (TLFP) menjelang akhir tahun depan. Ini dijangka akan tercapai dengan pelancaran Kempen "Have You Eaten?" atau ‘Sudah Makan?’, di mana peratusan daripada semua produk beras jenama Meadows yang dibeli, akan disalurkan untuk membeli beras bagi golongan yang memerlukan. 

REVIEW: 'ANAK RIMAU THE MOVIE' - MENGHIBURKAN DAN SARAT DENGAN MESEJ BERGUNA

Image
Anak Rimau The Movie terbitan Keeklr Films Sdn Bhd bukan sekadar sebuah filem yang berlatarkan sukan bola sepak, malah, ia mengangkat semangat dan perjuangan generasi baharu dalam mengejar impian sebagai pemain bola sepak. Filem ini memaparkan kisah sekumpulan anak muda berbakat tinggi dalam dunia bola sepak yang terdiri daripada pelbagai kaum ketika menyertai Akademi Bola Sepak Malaysia (Anak Rimau Academy). Mereka terpaksa mengharungi pelbagai cabaran sebagai individu dan berpasukan ketika menghadapi fasa baru dalam dunia bola sepak. Di bawah pimpinan Coach Zainal Abidin (lakonan Beto Kusyairy), yang tegas tetapi prihatin, semua pemain perlu menghadapi isu-isu peribadi dan cabaran pasukan untuk memperolehi kemenangan yang dicitakan. Kecekalan dan ketabahan pemain diuji menerusi kerjasama, isu keluarga, halangan hidup dan perlumbaan untuk menjadi yang terbaik demi memenangi Piala Jemputan Bola Sepak Belia ASEAN. REVIEW Tema filem ini bukanlah sesuatu yang baharu. Filem dengan latar be

KEBANGKITAN ANGKATAN PELAWAK BAHARU DI ‘AWESOME RAJA LAWAK’

Image
Program ‘Awesome Raja Lawak’ terbitan saluran stesen televisyen swasta percuma (free-to-air) Awesome TV ialah sebuah pertandingan pencarian bakat bagi mengenal pasti pelapis pelawak versatil angkatan baharu sekaligus mengangkat martabat genre komedi ke peringkat yang lebih tinggi.

AEON KETENGAHKAN 8 JENAMA KECANTIKAN TEMPATAN DALAM PROGRAM REAL BEAUTY

Image
Dengan menjelangnya Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia, AEON telah melancarkan sebuah program REAL BEAUTY untuk menyokong dan mengetengahkan jenama-jenama kecantikan Malaysia. Lapan jenama tempatan dan pengasas yang terpilih adalah: Alluskin (Dr Nurul Ain Sa’ari), Alnefre by Rana Cosmetics (Rana), Claire Organics (Louise Chu), Null Factory | Hillton (Roger Beh), IL Fragrance (Tang Han Tiong), Reneuf (Nicholas Hys), Sugarbelle (Sheila Samsudin) dan Zagara (Jasmel Singh). Dalam program ini, syarikat-syarikat yang terpilih akan diberi pendedahan tentang dunia peruncitan, berinteraksi dengan pakar-pakar dalam bidang ini dan peluang untuk menjual produk-produk mereka di rangkaian gedung AEON. Perjalanan mereka bakal didokumentasikan di dalam sebuah program realiti yang bakal disiarkan di laman YouTube AEON tidak lama lagi. Jom kita kenali jenama-jenama yang bakal bersaing untuk mendapatkan gelaran REAL BEAUTY daripada AEON. Alluskin Diasaskan oleh Dr Nurul A’in Sa’ari, Alluskin merupakan se

PANDAMART BAWAKAN KUIH BULAN PAU-PAU EKSKLUSIF DARIPADA TAI THONG SEMPENA FESTIVAL KUIH BULAN INI

Image
Perayaan Pertengahan Musim Luruh semakin hampir dan menikmati kuih bulan yang comel, padat dengan inti manis atau enak semestinya satu kewajipan. Sempena sambutan perayaan ini, foodpanda Malaysia memperkenalkan kuih bulan Pau Pau tersendiri, yang disediakan secara eksklusif oleh Tai Thong dengan harga permulaan hanya RM14.90.

POH KONG DAN MINGGU FESYEN KL: SATU GANDINGAN DALAM KILAUAN EMAS

Image
Poh Kong, jenama barang kemas perintis fesyen dan terbesar di Malaysia, mencapai mercu jaya penting dengan menjalin kerjasama dengan Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW), acara fesyen yang paling berprestij dan paling dinanti-nantikan setiap tahun.

ENCORIUM MELANCARKAN PRODUK PERTAMANYA CE3 BRIGHTENING BUFFET

Image
Hiperpigmentasi (noda-noda hitam di kulit) adalah masalah utama di kalangan pengguna penjagaan kulit Malaysia. Menurut encoriumⓇ jenama penjagaan kulit tempatan baharu, tokotrienol, vitamin E yang diperoleh daripada sawit merah dari Malaysia lebih berkesan daripada vitamin E konvensional, tokoferol sebagai bahan penggalak asid L-askorbik (vitamin C) dalam merawat masalah hiperpigmentasi. 

ANDA MEMASAK DENGAN THERMOMIX? SILA AMBIL PERHATIAN TENTANG AMARAN PENGGUNAAN INI

Image
TM6 with Simmering Basket Kualiti produk dan kepuasan pelanggan sentiasa menjadi keutamaan tertinggi bagi Vorwerk. Vorwerk Thermomix® telah menikmati popularity hebat selama bertahun-tahun dan merupakan daya pemacu dalam bidang mesin memproses makanan dan peralatan dapur, dengan jualan melebihi 8 juta unit di serata dunia (Thermomix® TM5/TM6).

GALDERMA DAN CETAPHIL MEMPERBAHARUI KOMITMEN TERHADAP KELESTARIAN ALAM SEKITAR MENERUSI INISIATIF CLEAR SKIES

Image
Galderma dan CETAPHIL®, jenama no. 1 penjagaan kulit dermatologi di Malaysia telah memperkuatkan lagi komitmen mereka terhadap penjagaan kulit sensitif berasaskan kajian klinikal dengan pelancaran formula baharu yang telah ditambah baik menerusi sains penjagaan kulit.

BETO KUSYAIRY SERLAHKAN TARING LAKONANNYA DALAM 'ANAK RIMAU THE MOVIE'

Image
Lakonan aktor handalan, Beto Kusyairy tidak perlu dipertikaikan, malah, namanya sekali lagi menjadi sebutan apabila menunjukkan kehebatan dalam filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan, baru-baru ini.

PESERTA BERTUAH BAKAL MENCURI HATI SELEBRITI MISTERI DALAM PROGRAM REALITI TERBARU KELUARAN SOOKA DAN ASTRO

Image
Diinspirasikan oleh rancangan-rancangan program realiti mencari cinta yang kian popular pada masa kini, sooka, aplikasi penstriman hiburan tempatan, bakal memperkenalkan siri Originals berformat program realiti mencari cinta melibatkan selebriti yang pertama di Malaysia, pada Disember ini. Rancangan realiti tersebut akan dihasilkan atas kerjasama sooka bersama Astro dan bakal menampilkan seorang selebriti misteri popular, yang sering menjadi tumpuan ramai.

HAVOC MIDNIGHT CONCERT BAKAL DIGEGARKAN OLEH KUGIRAN MASDO, KCLIQUE, NOH SALLEH, YONNYBOI, FLOOR 88 & ZYNNAKAL

Image
Havoc Event & Management Sdn Bhd (HAVOC) atau lebih popular sebagai Havoc Food Festival bakal menggegarkan Festival Makanan HAVOC kegemaran ramai dengan acara hiburan yang pastinya ‘havoc’. 

'ANAK RIMAU THE MOVIE' ANGKAT SEMANGAT PERJUANGAN GENERASI BAHARU

Image
Sarat mesej positif, filem Anak Rimau The Movie mampu memberi inspirasi kepada ibu bapa menggilap bakat serta potensi golongan anak muda dalam dunia sukan bola sepak.

VIU MELANCARKAN AI.5YA, SITKOM SCI-FI DAN KELUARGA MENAMPILKAN ZIZAN RIZAK, DATO' AFDLIN SHAUKI AND MIA SARA SHAUKI

Image
Viu, perkhidmatan penstriman video OTT pan serantau terkemuka diterajui oleh PCCW, hari ini mengumumkan pelancaran drama Viu Original AI.5YA menampilkan Zizan Razak, bersama gandingan anak beranak Dato’ Afdlin Shauki dan Mia Sara Shauki serta Ozlynn Waty dan Elly Arifin. Dua episod pertama drama ini akan mula ditayang di platform Viu bermula 18 Ogos, dengan dua episod baharu ditayang setiap Khamis untuk semua penonton Viu di 16 pasaran di rantau ini.

SARINGAN AWAL BANTU TUMBESARAN DAN PERKEMBANGAN ANAK ANDA

Image
Tahun-tahun awal sangat penting untuk tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak. Ramai tersalah tafsir bahawa tumbesaran kanak-kanak membabitkan perubahan fizikal, tetapi hakikatnya terdapat banyak lagi perkara lain. Ia meliputi pertuturan, emosi, pemikiran, tingkah laku dan aspek lain melibatkan kanak-kanak. 

SIDEC MENGUMUMKAN 16 SYARIKAT TERPILIH UNTUK MENJALANI PROGRAM SELANGOR FASHION ACCELERATOR YANG PERTAMA

Image
Yong Kai Ping, CEO Sidec (empat dari kiri), Datin Seri Masdiana Muhamad, Presiden Pekawanis (lima dari kiri) bersama panel juri dan pelatih Selangor Fashion Accelerator 2022.    Menyedari keperluan untuk menerima industri fesyen sebagai sebahagian daripada pendigitalan PKS dan syarikat pemula tempatan, Selangor Information Technology and Digital Economy Corporation (Sidec) mengumumkan 16 syarikat terpilih untuk menjalani program Selangor Fashion Accelerator 2022 yang pertama dalam majlis perasmian yang disempurnakan oleh Datin Seri Masdiana Muhamad, isteri kepada Dato’ Menteri Besar Selangor merangkap Presiden Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis).

KIREI KIREI MEMUPUK AMALAN MENCUCI TANGAN YANG BAIK DI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH SEKITAR KAWASAN LEMBAH KLANG

Image
Dengan tujuan untuk memupuk amalan mencuci tangan yang baik dalam kalangan kanak-kanak, jenama pencuci tangan No. 1 Jepun, Kirei Kirei telah menjalankan program mencuci tangan untuk murid-murid sekolah rendah di Lembah Klang sepanjang beberapa bulan yang lalu. Lebih 4,000 orang murid-murid mendapat manfaat daripada program ini dan produk bernilai RM50,000 telah disumbangkan kepada sekolah-sekolah yang terlibat dalam kempen tersebut.

SHARP TINGKATKAN TARAF KEHIDUPAN DENGAN RANGKAIAN PRODUK UNTUK KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN

Image
(Dari kiri: Masahiro Okitsu, Robert Wu, Mr Ting Yang Chung di majlis Sharp Health & Wellness Solutions 2022) Berikutan pandemik yang melanda, terdapat peningkatan minat terhadap kesihatan dan kesejahteraan di seluruh dunia. Pengguna kini lebih suka berada di rumah atau bekerja dari rumah.

FILEM DENGAN GELAGAT KOMEDI LATAH KEMBALI DENGAN SEKUEL, ‘KAMPUNG LATAH…THE MUMMY’

Image
Filem dengan gelagat komedi latah kembali dengan sekuel terbaru, KAMPUNG LATAH...THE MUMMY dan akan menemui penonton Di Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480 bermula 25 Ogos ini. 

POP BALADA 'DAHLIA' - PELUANG KEDUA BUAT NASHRAIN

Image
Betullah kata orang tuah itu tidak pernah salah alamat, mungkin sedikit lewat, namun bagi penyanyi lelaki berpengalaman bersuara lunak, Nashrain, peluang kedua yang diberikan oleh label rakaman terbaharu tanah air yang kian terkenal, Armani Entertainment Group (AEG) tidak harus dipersiakan.

MENINGKATKAN KESEDARAN KONSERVASI AIR DENGAN 'WATER: A MUSICAL'

Image
WATER: A MUSICAL Sang Harimau memanggil beberapa ekor haiwan belantara lain untuk bersidang tentang pencemaran sungai yang diakibatkan oleh penebangan hutan oleh manusia. Kesemua tujuh haiwan bersetuju untuk mengambil tindakan bagi mengembalikan keadaan asal hutan yang mereka diami. 

KRISTIN ESS HAIRCARE KINI BOLEH DIDAPATI SECARA EKSLUSIF DI WATSONS MALAYSIA

Image
Tohtonku dan Watsons bersatu untuk membawa koleksi mampu milik jenama berkualiti salon 'Kristin Ess Hair', memberi peluang kepada setiap wanita Malaysia di seluruh negara untuk mencipta rambut ‘perfectly imperfect’.

PAKAR NFT DAN RAKAN KONGSI TERKEMUKA BAKAL MENGEGARKAN PENTAS M1NTED

Image
  Dua belas minda cemerlang dunia dijangka akan menghadiri persidangan dan festival NFT ( Non-Fungible Token ) yang pertama di Malaysia . Turut dikenali sebagai M1NTED, acara ini akan berlangsung dari 22 hingga 28 Ogos. Animoca, Decentraland, dan Sandbox merupakan antara nama-nama terbesar dalam dunia Web3 yang akan mengetuai barisan penuh penceramah tempatan dan antarabangsa. Mereka akan menyertai sesi bual bicara secara langsung, perbincangan panel, dan penyampaian ucaptama.

BERANI TERUS MELANGKAH BERSAMA DATUK RASHID SIDEK DENGAN TENAGA MILO® HI-FIBRE BAHARU!

Image
Datuk Rashid Sidek bergabung tenaga dengan MILO® atas misi menyemarakkan tenaga rakyat Malaysia untuk berani terus melangkah dengan MILO® HI-FIBRE baharu. Setelah berdekad lamanya mengharumkan nama Malaysia dengan pencapaian yang membanggakan sebagai pemain badminton legenda negara, Datuk Rashid Sidek kini mengambil langkah berani untuk terus menerajui gaya hidup aktif dengan nutrisi serta tenaga MILO® HI-FIBRE baharu sebagai MILO® pilihannya untuk memacu peringkat kehidupan seterusnya.

ROCHE CHILDREN’S WALK DI MALAYSIA TELAH BERJAYA MENGUMPUL RM63,200 UNTUK MEMBANTU KANAK-KANAK KURANG BERNASIB BAIK

Image
Warga kerja Roche di Malaysia berjalan kaki untuk menghimpun dana bagi membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Bersatu dalam minda dan jiwa, setiap tahun ribuan warga kerja syarikat farmaseutikal dari Switzerland, Roche, mengenakan kasut sukan mereka untuk satu tujuan yang mulia - demi kanak-kanak yang memerlukan menerima sokongan untuk melangkah ke arah masa depan yang lebih cerah.

TONTONAN KOMPLIMENTARI GEMILANG SALURAN 100 UNTUK SEMUA PELANGGAN ASTRO, 21 OGOS- 18 SEPT

Image
Astro meraikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia ini dengan memaparkan kisah dan hiburan Malaysia terhebat dengan lebih 150 program kegemaran yang terdiri daripada genre hiburan, variasi, drama, fakta, filem, telefilem, filem pendek dan kanak-kanak di Gemilang Saluran 100 menerusi TV, On Demand dan Astro GO. 

MICHAEL LEARNS TO ROCK KEMBALI BERAKSI MENGHIBURKAN PEMINAT DI MALAYSIA – DAPATKAN TIKET ANDA SEKARANG!

Image
Sudahkah anda bersedia untuk menyanyi dan menari bersama kumpulan muzik legenda dunia iaitu Michael Learns To Rock (MLTR)? Kumpulan dari Denmark itu kembali mengadakan persembahan satu malam di Malaysia dalam jelajah konsert mereka.