BERANI TERUS MELANGKAH BERSAMA DATUK RASHID SIDEK DENGAN TENAGA MILO® HI-FIBRE BAHARU!


Datuk Rashid Sidek bergabung tenaga dengan MILO® atas misi menyemarakkan tenaga rakyat Malaysia untuk berani terus melangkah dengan MILO® HI-FIBRE baharu. Setelah berdekad lamanya mengharumkan nama Malaysia dengan pencapaian yang membanggakan sebagai pemain badminton legenda negara, Datuk Rashid Sidek kini mengambil langkah berani untuk terus menerajui gaya hidup aktif dengan nutrisi serta tenaga MILO® HI-FIBRE baharu sebagai MILO® pilihannya untuk memacu peringkat kehidupan seterusnya.

Satu lagi variasi baharu dalam rangkaian produk MILO® yang semakin berkembang, MILO® HI-FIBRE mengandungi kebaikan kandungan serat yang lebih tinggi namun mengekalkan campuran barli malt, susu dan koko dengan 6 vitamin dan 3 mineral penting kegemaran rakyat Malaysia. Setiap hidangan (30g) MILO® HI-FIBRE mengandungi 3.7g serat yang memenuhi 12% keperluan serat harian. Serat pemakanan adalah komponen penting dalam pemakanan yang sihat dan seimbang untuk memelihara kesihatan sistem pencernaan. Selain itu, produk baharu ini mengandungi hanya lebih kurang setengah sudu kecil gula (sukrosa) dalam setiap hidangan, sesuai untuk mereka yang mengamalkan pilihan kurang gula dalam diet. Sungguhpun dengan gabungan baharu ini, rakyat Malaysia tetap dapat menikmati rasa ikonik MILO® kegemaran mereka.


“Membesar dengan MILO® di sisi, saya teruja kerana MILO® turut berkembang bersama saya untuk memenuhi keperluan saya sebagai orang dewasa hari ini. MILO® HI-FIBRE membekalkan tenaga untuk saya menjalankan aktiviti harian. Selain kekal aktif bersama keluarga, saya juga sibuk melatih pemain-pemain badminton muda dan mendidik mereka dengan kemahiran serta menyampaikan nilai-nilai yang saya pelajari dahulu sewaktu bertanding mewakili negara. MILO® HI-FIBRE amat serasi dengan gaya hidup saya, lebih-lebih lagi kandungan seratnya yang tinggi dapat membantu saya mengekalkan pemakanan yang baik, serta rasa coklat MILO® yang hebat dan kurang manis juga menepati cita rasa saya,” kata Datuk Rashid Sidek.

Berkongsi kegembiraan atas pelantikan Datuk Rashid Sidek sebagai duta MILO® HI-FIBRE, Ng Su Yen, Pegawai Eksekutif Perniagaan – Unit Perniagaan MILO®, Nestlé (Malaysia) Berhad berkata, “Sebagai seorang legenda badminton dan juga wira rakyat, Datuk Rashid Sidek menonjolkan nilai-nilai seorang juara MILO®, dengan semangat takkan gentar untuk terus melangkah jauh walau apa jua rintangan, serta keberanian yang mendorong pencapaian tertinggi. Kami berbangga mengalu-alukan Datuk Rashid Sidek ke pasukan MILO® dan bersama-sama beliau, kami ingin memberi seluruh rakyat Malaysia inspirasi untuk berani terus melangkah dengan tenaga MILO® HI-FIBRE serta mengatasi cabaran dengan penuh keyakinan.”

Tambah Ng lagi, “MILO® HI-FIBRE selari dengan komitmen berterusan kami untuk menjana inovasi produk yang berkhasiat bagi memenuhi keperluan, cita rasa dan pilihan pengguna yang sentiasa berubah. Gaya hidup aktif dengan amalan pemakanan yang baik adalah penting, terutamanya bagi orang dewasa. Dengan MILO® HI-FIBRE, kami ingin membantu memenuhi keperluan pemakanan harian mereka dengan rasa MILO® hebat kegemaran mereka supaya dapat menghadapi kesibukan hari dan gaya hidup aktif dengan lebih bertenaga.”

MILO® HI-FIBRE juga memenuhi kriteria Logo Pilihan Lebih Sihat yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini bermakna kandungan gula dan lemaknya adalah lebih rendah, manakala kandungan seratnya lebih tinggi berbanding dengan produk tanpa Logo Pilihan Lebih Sihat yang lain dalam kategori minuman malt serbuk yang sama.

Didatangkan dalam dalam dua format – pek lembut 900g dan stik pek 30g (12 stik pek setiap bungkusan) – MILO® HI-FIBRE boleh didapati di kedai-keadi berhampiran atau secara atas talian melalui laman e-dagang pilihan anda. Untuk maklumat lanjut tentang kebaikan MILO® HI-FIBRE, layari https://www.milo.com.my/milo-hi-fibre.

Comments

Popular posts from this blog

ANTA MALAYSIA MELANCARKAN KEMPEN SUMBANGAN KASUT SEMPENA RAMADAN

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA