Posts

Showing posts from June, 2021

‘PRETTY LITTLE LIARS’ VERSI INDONESIA KINI DI ASTRO CITRA

Image
  Drama siri adaptasi daripada drama popular Amerika Syarikat, Pretty Little Liars bakal menemui penonton Astro buat pertama kalinya di kaca televisyen! Drama bersiri versi Indonesia tersebut bakal ditayangkan di Astro Citra, saluran 108 (HD) / 128 (SD) bermula 5 Julai, setiap hari Isnin, jam 9 malam.

KERJASAMA IQIYI DAN CITF MEMPERCEPAT USAHA IMUNISASI

Image
Peneraju penstriman hiburan Asia, iQiyi berganding bahu dengan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) bagi memperkasakan usaha imunisasi dalam menyokong agenda Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) iaitu mensasarkan pencapaian 70-80% imuniti kelompok pada penghujung 2021.

ASTRO DAN NETFLIX UMUM KERJASAMA STRATEGIK

Image
  Astro dan Netflix hari ini mengumumkan telah memeterai penjanjian strategik yang akan membawakan perkhidmatan penstriman terkenal Netflix ke platform Astro, sekaligus bakal memberikan pengalaman hiburan yang luar biasa kepada para pelanggan Astro.

SINOPSIS: DRAMA BERSIRI ROMANTIK ‘HATIMU SEDINGIN SALJU’

Image
Dua hati bakal bersatu dengan ikatan yang sah tetapi mereka mempunyai perasaan yang berlainan untuk berhadapan dengan fasa baharu ini. Rania hanya menganggap ia sebagai perkahwinan aturan keluarga tetapi Arman pula bersyukur kerana dipertemukan dengan insan yang dia cintai selama ini. Berjayakah Arman membuka pintu hati Rania untuk menerima dan mencintainya?

9 DARIPADA 10 PENGARAH FILEM IKLAN LUX ADALAH WANITA

Image
  Jenama kecantikan Global Unilever, Lux, berbangga mengumumkan pada hari ini bahawa sembilan daripada 10 pengarah filem mereka adalah wanita atau mereka yang mengidentifikasikan diri mereka sebagai wanita. Pencapaian ini, seiring dengan agenda Unstereotype Unilever, menyerlahkan lagi komitmen Lux memperkasakan kepelbagaian dan hubungan di hadapan dan di sebalik kaca kamera, memacu hala tuju dalam industri yang didominasi lelaki untuk mengetengahkan lebih ramai bakat wanita.

PIALA SUPER MUSIM PANAS SIRI IKON WILD RIFT JADI REBUTAN

Image
  Siri Ikon 2021 Asia Tenggara (SEA) anjuran Riot Games, bakal berakhir dengan kejuaraan serantau pertamanya bagi tahun ini, iaitu Piala Super Musim Panas. Sepanjang litar kejohanan ini, pasukan-pasukan telah bertarung dalam League of Legends: Wild Rift, iaitu versi mudah alih permainan arena pertempuran dalam talian berbilang pemain (MOBA) yang mencatat lebih 660,000 muat turun di Malaysia, serta lebih 12 juta muat turun di seluruh SEA dan Hong Kong.

ACCA & 17 INSTITUSI PENGAJIAN TAWAR DERMASISWA RM1,000,000

Image
ACCA (Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun) melancarkan Kursus Asasi Perakaunan (FIA) dengan Kempen ACCA “FIA-1-Million” iaitu program dermasiswa yang dianjurkan oleh 17 institusi pengajian tinggi terkemuka di Malaysia untuk menyediakan bantuan kewangan bagi membantu seramai 1,000 pelajar Malaysia mencapai impian memiliki kerjaya dalam sektor perakaunan dan kewangan.

DISNEY+ HOTSTAR BAKAL BAWAKAN CLUB MICKEY MOUSE MUSIM 4

Image
  Disney+ Hotstar hari ini mengumumkan, Musim 4 Club Mickey Mouse Malaysia merupakan terbitan aksi langsung Original pertama yang akan disiarkan di Malaysia dan Asia Tenggara. 

COVID-19: SARANAN FARMASI ALPRO TENTANG UBAT ‘IVERMECTIN’

Image
  Kumpulan Farmasi Alpro sedia maklum tentang laporan media dan perbincangan yang tular di media sosial mengenai penggunaan ubat parasit, Ivermectin dalam rawatan Covid-19 di Malaysia. 

EMART24, KEDAI SERBANEKA KOREA LEBARKAN SAYAP KE MALAYSIA

Image
‘Terkini’, ‘bergaya’ dan ‘artisan’ merupakan antara istilah yang boleh dikaitkan dengan kedai serbaneka Korea yang baru dibuka di Malaysia. Melancarkan kedai “Reserve” pertamanya di Bangsar Selatan, emart24 berazam untik menyuntik nafas baharu kepada stereotaip kedai serbaneka berdinding putih. Dengan konsep gaya hidup, ia menawarkan makanan jalanan Korea yang segar, kopi yang harum, makanan ringan Korea eksklusif daripada labelnya tersendiri, ‘I’m e’ dan ‘No Brand’, serta rangkaian kecantikan K-beauty yang luas.

IMUNISASI MATERNAL MELINDUNGI BAYI DARIPADA BATUK KOKOL

Image
Di kala peningkatan pandemik Covid-19, kita diingatkan bahawa kita mesti, lebih-lebih lagi pada masa ini, menangani penyakit cegahan vaksin (VPD) lain yang mengancam nyawa seperti pertussis (batuk kokol), yang mudah untuk kita berikan perlindungan kepada kumpulan paling berisiko iaitu bayi daripada penyakit ini. Imunisasi Maternal (MI) - telah disebut oleh pakar-pakar perubatan sebagai kaedah pencegahan paling selamat dan berkesan untuk melindungi bayi daripada VPD yang mudah berjangkit, sekaligus menyelamatkan nyawa.

NASKHAH ADAPTASI ‘LOVE, ELSA’ TARUHAN TERBAHARU ASTRO RIA

Image
Drama bersiri ‘Love, Elsa’ ialah sebuah karya adaptasi novel dengan judul yang sama nukilan Acik Lana yang mengangkat genre fantasi cinta terbitan syarikat produksi Juita Viden Sdn Bhd. Drama 24 episod ini diarahkan oleh pengarah prolifik Michael Ang serta turut menampilkan Nadia Khan dan Mamu Vies selaku penulis skrip.

DRAMA PENUH MISTERI ‘BLACK’ KEMBALI UNTUK MUSIM KEDUA DI VIU

Image
Viu, penyedia perkhidmatan streaming OTT (over-the-top) PCCW terkemuka di Malaysia, mempersembahkan musim kedua drama Viu Original Melayu yang berkisar tentang alam bunian, Black. Diadaptasi daripada drama Korea fantasi-seram karya CJ ENM dari Korea dengan judul yang sama, Black musim kedua versi Malaysia ini mula ditayangkan pada 10 Jun, secara eksklusif di Viu. 

SERIGALA JAHAT, SI GALA MENGAMBIL ALIH BIG BAD WOLF BOOKS

Image
Mulai hari Jumaat, 11 Jun 2021, laman web e-dagang BIG BAD WOLF Books [ https://online.shopbigbadwolfbooks.com/ ] akan diambil alih oleh Si gala, seekor serigala bibliophile yang licik dan pandai memujuk. Tawaran potongan harga sebanyak 95% dari harga asal yang ditawarkan di Jualan Buku Online SERIGALA JAHAT akan memaparkan beribu-ribu buku berbahasa Malaysia yang pasti akan menyeronokkan pencinta buku bagi semua peringkat umur di negara Malaysia.

MAFARIKHA CURAHKAN EMOSI DALAM KABUT SERANGKAI MAWAR

Image
Buat kolaborasi pertama antara Luncai Emas dan Mafarikha, lagu Kabut Serangkai Mawar, sebuah lagu klasik nyanyian Zaiton Sameon dan ciptaan Datoʼ M. Nasir, telah dipilih untuk digubah semula dan dijadikan sebagai sebuah ʻremakeʼ. 

SATWO MENGHANTUI PENDENGAR DENGAN SINGLE TERBAHARU ‘GELAP’

Image
Satwo telah memperkenalkan diri mereka kepada dunia dengan single debut mereka Untok Kita, sebuah lagu yang mengangkat genre folk rock/psych pop yang menjadi sebahagian daripada brand kumpulan mereka. 

FILEM KOMEDI ‘ARWAH PAK MAT, LIF & AJK’ BERNILAI SATIRA

Image
Pelakon, pelawak, penyanyi, penulis skrip dan pengarah berkaliber Khir Rahman bukan nama asing di persada seni tanah air. Bakatnya dalam arena komedi juga semakin terserlah dan lebih membanggakan apabila berjaya dinobatkan sebagai juara menerusi kumpulan JBORN di Muzikal Lawak Superstar (2019). 

ATOME KITTENS WAJAH KEMPEN "GET IT WEEK" ATOME

Image
  Sebuah kumpulan muzik yang dianggotai oleh tiga ekor kucing Atome Kittens, Sassy, Zesty dan Savvy telah dilantik sebagai jurucakap bagi kempen ‘Get It Week’ anjuran Atome. Sempena ‘Get It Week’, lagu single pertama mereka yang bertajuk ‘Let’s get it, get it’ turut dilancarkan.

PERKHIDMATAN PENSTRIMAN BAHARU, SOOKA KINI DILANCARKAN

Image
  sooka, perkhidmatan penstriman terbaru yang menawarkan kedua-dua kandungan percuma dan berbayar dilancarkan hari ini. Diinspirasikan oleh perkataan ‘suka’, sooka memberi tumpuan kepada pengumpulan dan penyusunan kandungan seperti siaran langsung aksi sukan global, drama dan program hiburan Malaysia, dan siri-siri ekslusif dan original sooka yang sesuai dengan selera golongan milenial menerusi platform ‘Over-The-Top’ (OTT) berasaskan mudah alih.

ALAN WALKER TAMPILKAN NAIM DANIEL DALAM REMIX "BELIEVERS"

Image
Bak kata pepatah popular, muzik adalah bahasa sejagat. JOOX, platform penstriman muzik dan hiburan yang paling berdedikasi di Asia, membuktikan bahawa muzik memang boleh melangkaui semua sempadan dengan melancarkan inisiatif kolaborasi muzik global. Kolaborasi hebat ini menyaksikan rakaman semula dan remix eksklusif "Believers" di JOOX, iaitu single terbaharu oleh Alan Walker, menampilkan artis-artis dan penerbit muzik tempatan dari Malaysia, Indonesia, Thailand dan juga Hong Kong!

GO SHOP TAWAR DISKAUN SEHINGGA 60% UNTUK MID-YEAR SALE

Image
  Susulan sekatan pergerakan penuh yang sedang berkuatkuasa di seluruh negara, Go Shop, selaku platform membeli-belah dan e-dagang utama di Malaysia sentiasa memastikan rakyat di negara ini dapat berbelanja dengan selamat di rumah dengan diskaun khas untuk pelbagai pilihan produk yang ada. Para pelanggan boleh terus membeli barang keperluan di laman web dan aplikasi mudah alih Go Shop dari keselesaan rumah mereka sendiri.

RAIKAN HARI KEJU SEDUNIA DENGAN TOM DAN JERRY!

Image
Tahukah anda bahawa produk tenusu kegemaran ramai ini mempunyai hari perayaannya yang tersendiri? Ya – Hari Keju Sedunia jatuh pada 4 Jun, dan Cartoon Network menjemput semua peminatnya untuk turut serta dalam keseronokan bersama Tom and Jerry - dengan tema resipi kek keju tanpa dibakar yang boleh dinikmati seisi keluarga sebagai sebahagian daripada aktiviti pengerat hubungan sewaktu percutian.

‘RUMAH NO. 107’ KINI KEMBALI DENGAN MUSIM YANG KEDUA

Image
Selepas berjaya memenangi hati penonton dengan pengisian menarik dan penuh berinformasi sepanjang bersiaran di musim yang pertama Jun tahun lalu, program sketsa dan bual bicara komedi terbitan Astro Warna, ‘Rumah No. 107’ bakal kembali menemui peminat pada setiap hari Jumaat, mulai 4 Jun, jam 9.00 malam di Astro Warna saluran 107 HD dan 127 SD. Untuk pilihan yang lebih fleksibel, ‘Rumah No. 107’ juga boleh distrim secara eksklusif melalui aplikasi Astro GO dan platform On Demand.

NESCAFÉ LANCAR VARIAN KOPITIAM BAHARU: KOPI-C & KOPI CHAM

Image
Kepada semua penggemar kopi di Malaysia, adakah anda bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu? NESCAFÉ® Sedia-Untuk-Diminum telah menjenamakan semula rangkaian minuman kopi tempatannya kepada Edisi NESCAFÉ® Kopitiam, dan bersempena dengan ini, dua variasi baharu juga telah diperkenalkan iaitu NESCAFÉ® Kopi-C dan NESCAFÉ® Kopi Cham. 

SIARAN ‘HATI YANG DIKHIANATI’ DIREHATKAN KERANA PKP 3.0

Image
  Susulan perlaksanaan PKP 3.0 melibatkan sekatan pergerakan skala penuh bagi sektor sosial dan ekonomi yang dikeluarkan oleh kerajaan atas faktor keselamatan, pihak Astro Prima dan syarikat produksi Global Station Sdn. Bhd. mengambil keputusan untuk menghentikan sebarang aktiviti penggambaran drama adaptasi ‘Hati Yang Dikhianati’ atau ‘HYD’ yang kini masih lagi ditayangkan menerusi slot Tiara pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang berkuatkuasa serta merta.

KEKALKAN KESIHATAN MULUT BERSAMA LISTERINE®

Image
Warga Malaysia amat mencintai makanan mereka dan senarainya tidak berkesudahan dalam soal pemilihan juadah lazat tempatan, di mana sesetengahnya mungkin agak berbau atau kuat rasanya. Salah satu makanan tempatan yang paling ikonik ialah durian, juga dikenali sebagai “Raja buah-buahan”. Buah tropika unik ini mempunyai aroma dan rasa yang tersendiri yang digemari ramai. Namun, di sebalik cinta kami terhadap durian, raja buah ini mendatangkan beberapa masalah kepada mulut kita – yang paling biasa adalah nafas berbau, yang susah untuk hilang selepas menjamu durian, walaupun anda memberus gigi!