Posts

Showing posts from April, 2020

KEMPEN FANTASTIK RAYA BERSAMA HONOR TAWAR HARGA BAHARU

Image
Jenama telefon pintar global HONOR mengumumkan harga-harga baharu bagi telefon pintar HONOR, mulai 1 Mei. Dalam kempen Fantastik Raya Bersama Honor, pengguna boleh memiliki telefon pintar Honor dengan harga yang lebih mampu-milik seperti HONOR 20 untuk RM 1,099, HONOR 20 Lite untuk RM 699, HONOR 9X untuk RM 899 dan banyak lagi!

LEBIH BANYAK PILIHAN PRABAYAR NJOI SEPANJANG RAMADAN DAN RAYA

Image
Pelanggan NJOI boleh menikmati 16 saluran ala carte dan 3 pek baharu sepanjang Ramadan dan Raya tahun ini. Pek nilai tambah ini termasuklah Pek Senyuman (Astro Ria dan Astro Warna), Pek Filem (HBO dan Cinemax) dan Pek Gaya Hidup (Asia Food Network, Food Network HD dan TLC), hanya pada harga RM30 untuk 30 hari bagi setiap pek.

LIBRESSE® MEMPERKENALKAN KEMPEN “KNOW YOUR V”

Image
Libresse® melancarkan kempen “KNOW YOUR V” untuk memberi pengetahuan dan fakta kesihatan tentang Zon-V supaya lebih ramai wanita mendapat maklumat dan memperkasakan ilmu mengenai badan mereka sendiri, dan boleh menentukan aspek penting berkaitan kesihatan mereka.

“HEROKU” BAWA PENGHARGAAN BUAT PETUGAS BARISAN HADAPAN

Image
Sambutan Hari Pekerja pada 1 Mei 2020 kali ini sangat bermakna dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga perlu diberikan kepada petugas barisan hadapan iaitu pasukan kesihatan dan keselamatan yang telah banyak mengorbankan masa dan tenaga mereka dalam membendung pandemik Covid-19 ini. Pastinya sambutan kali ini memberi impak paling mendalam buat mereka yang telah mempertaruhkan nyawa mereka demi kesejahteraan dan keselamatan kita semua! 

KOLABORASI PRESTOMALL & HAPPY E-MART KINI DILANCARKAN

Image
PrestoMall – Sebuah rangkaian membeli-belah atas talian terbesar di Malaysia yang kini menjadi sebahagian daripada Presto iaitu aplikasi gaya hidup pelbagai perkhidmatan di Malaysia telah menjalinkan kerjasama dengan Happy E-Mart yang dikenali sebagai Happy Momentum, unit eBiz KK Group (KK Super Mart) yang merupakan rangkaian kedai serbenaka 24 jam yang semakin berkembang pesat di Malaysia.

SAJIAN RAMADAN TV ALHIJRAH BERTEMA 'RAMADAN MENYUCI JIWA'

Image
Menjalani ibadah puasa sewaktu diduga dengan ujian wabak Covid-19 bukanlah alasan untuk umat Islam seantero dunia bermurung durja, lemah serta kalah kepada ujian yang diturunkan oleh Allah SWT.

GO SHOP SOKONG PENIAGA TEMPATAN DENGAN #GOSHOPSAPOTLOKAL

Image
Bersempena dengan musim Ramadan dan Raya, Go Shop, cabang e-dagang Astro telah melancarkan Ramadan e-Bazaar untuk membantu perniagaan makanan dan minuman tempatan, dan saluran khas (Astro saluran 111) untuk para pelanggan. 

‘STREAM THE BEAT’, FESTIVAL MUZIK & KECERGASAN PERCUMA

Image
Fresh Events Asia, sebuah syarikat tempatan, buat julung kalinya telah mencipta festival muzik dan kecergasan yang bakal disiarkan secara langsung untuk memberi hiburan secara percuma sambil beramal. ‘Stream The Beat’ akan membawakan barisan selebriti hebat dari industri muzik, kecergasan dan kesihatan akan menampilkan hiburan penuh aksi sebanyak dua sesi selama 8 jam. Objektif utama penyediaan platform ini adalah mengumpul dana kecemasan bagi menghulurkan bantuan bekalan makanan menerusi The Lost Food Project, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dan bank makanan kepada badan-badan amal dan golongan-golongan yang memerlukan dan terkesan akibat pandemik Covid-19.

HANGATKAN RAMADAN ANDA DENGAN NASI KARI ATUK KFC

Image
 Nasi Kari Atuk Box Meal Pada bulan Ramadhan ini, KFC memperkenalkan menu baharu yang pastinya membangkitkan selera anda iaitu Nasi Kari Atuk KFC di mana rasa klasik tempatannya akan menimbulkan perasaan nostalgia. Diinspirasikan daripada kenangan-kenangan lazim yang kita kongsi bersama sebagai rakyat Malaysia termasuklah imej pengasas KFC sendiri iaitu Colonel Sanders atau lebih senang digelari sebagai ‘Atuk’, hidangan ini dicipta khas untuk menghilangkan keinginan mengidam anda ketika berbuka puasa.

BAND JOANNA AND CO. KEMBALI DENGAN SINGLE ‘KINI KU SEPI’

Image
Setelah membuat kemunculan semula pada tahun lalu dengan single ‘Go Ahead’, band Pop Indie Alternative ‘Joanna and Co.’ yang diwarnai oleh Joanna Renisa (vokal), Ijam (gitar), Kusha (Bass) dan Farid Hashimoto (drums) melancarkan single terbaharu mereka yang berjudul ‘Kini Ku Sepi’. 

FOODPANDA PERKENAL E-FTAR BERSAMA MEDIA PRIMA

Image
foodpanda, peneraju platform atas talian memperkenalkan E-ftar pada bulan yang mulia ini untuk memastikan penduduk Malaysia masih boleh menikmati juadah Ramadan kegemaran mereka sementara kekal dirumah dengan selamat. 

GUARDIAN MALAYSIA LANCAR SIRI THERMAL EKSKLUSIF TOKIDOKI

Image
Berikutan kejayaan Siri Kembara hasil kolaborasi dengan tokidoki, jenama gaya hidup antarabangsa yang terkenal dan ikonik pada Oktober lalu, Guardian Malaysia hari ini melancarkan promosi terbaru Siri Thermal Eksklusif tokidoki. 

COVID-19: NUTOX MENAWARKAN SESI VIRTUAL #BEWELLWITHNUTOX

Image
Sementara rakyat Malaysia meneruskan perjuangan memerangi wabak COVID-19 dengan terus duduk di rumah, petugas barisan hadapan negara masih bekerja tanpa mengenal erti penat untuk terus membantu komuniti di Malaysia menghadapi situasi getir ini. Bekerja dalam keadaan dan persekitaran yang sukar dengan waktu bekerja yang panjang bakal membebankan kesejahteraan mental dan emosi seseorang. Semakin hari, semakin ramai pejuang barisan hadapan yang melaporkan pengalaman yang sukar seterusnya mengundang kegelisahan dan kemurungan.

COVID-19: DŌTERRA PERUNTUKKAN RM40,000 UNTUK BANTU KOMUNITI

Image
Syarikat kesihatan dan kesejahteraan bersepadu serta peneraju dunia dalam pasaran Aromaterapi dan Minyak Esensial dunia, dōTERRA, telah berjanji akan menderma sebanyak RM40,000 sebagai sebahagian daripada sumbangan COVID-19 yang akan memberi manfaat kepada golongan tidak berkemampuan dan komuniti yang terjejas di Kuala Lumpur dan Lembah Klang. 

PARADIGMA MINDA: PETUA UNTUK MENANGANI STRES SEPANJANG PKP

Image
Penularan wabak COVID-19 menyaksikan bagaimana masyarakat dunia terkesan dengan banjiran berita yang merunsingkan, termasuk gangguan emosi, fizikal dan mental yang dialami, sambil masing-masing menyahut pendekatan untuk melindungi diri di dalam rumah dan mengamalkan penjarakan sosial. Kerajaan Malaysia telah menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 18 Mac, yang telah membatasi pergerakan warga Malaysia serta menggalakkan orang ramai bekerja dari rumah jika berkemampuan. Namun begitu, isolasi sosial yang diharungi mampu menyebabkan seseorang mengalami reaksi dalam bentuk stres secara berlebihan.

POTATOES USA LANCAR KEMPEN TIPS PEMAKANAN SIHAT DI BULAN PUASA

Image
Potatoes USA baru baru ini bekerjasama dengan 2 pakar diet mengenai kebaikan kentang A.S dengan tips pemakanan sihat di bulan puasa Ramadhan. Pewakilan Kentang A.S, Encik Eddie Saw berkata “Ketika bulan suci Ramadhan menjelang, inilah masanya untuk bersolat, renungan dan waktu yang berkualiti bersama keluarga. Selama bulan ini, badan kita mengalami banyak perubahaan and kita perlu menjaga kebiasaan makan kita untuk memastikan pemakanan dan faedah makanan yang betul.” 

QSR BRANDS UMUM KEMPEN KITA FIGHT COVID-19/ TERANGI RAMADAN

Image
QSR Brands (M) Holdings Bhd (QSR Brands), peneraju jenama rangkaian makanan yang mengendalikan KFC dan Pizza Hut Malaysia, meneruskan komitmen membantu kerajaan membendung penularan pandemik COVID-19 menerusi inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bagi meringankan beban rakyat Malaysia yang terjejas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) melibatkan golongan kurang berkemampuan yang memerlukan bantuan keperluan harian serta petugas barisan hadapan perubatan yang memerlukan peralatan perubatan khusus. 

BEN UTOMO MENGANGKAT TEMA KESETIAAN DALAM LAGU "ITU SELALU"

Image
Penyanyi rap yang semakin meningkat naik, Ben Utomo, sekali lagi memberikan karya yang terbaik menerusi single terbarunya, “Itu Selalu”. Single ini menjadi yang pertama bagi Ben Utomo di bawah naungan Def Jam Indonesia.

GRAB BANTU SAMBUTAN BULAN RAMADAN DALAM TEMPOH PKP

Image
Dengan bermulanya bulan Ramadan, Grab ingin menyokong rakyat Malaysia untuk terus patuh kepada PKP dan masih berpeluang untuk menyambut Ramadan yang penuh bermakna dengan cara penjarakan sosial dan berpatutan, sambil membantu perniagaan tempatan dan usahawan mikro bagi mengembangkan perniagaan mereka. 

GARDEN OF EID BERIKAN SUMBANGAN KEPERLUAN RUMAH

Image
Sempena bulan Ramadan yang mulia, dua buah Pertubuhan Bukan Kerajaan bekerjasama untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan barangan rumah. 

TOUCH ‘N GO EWALLET LANCAR KEMPEN RAMADAN 2.0.2.0

Image
Situasi “normal baru” yang dialami semua rakyat Malaysia dalam tempoh PKP telah membawa erti berbeza untuk Ramadan 2020 bagi umat Islam di negara ini yang sedang mengerjakan ibadah puasa di bulan yang mulia pada tahun ini. 

ASTRO PERLUAS PERKHIDMATAN JALUR LEBAR BERSAMA ALLO

Image
Astro Malaysia Holdings Berhad (“Astro”) dan Allo Technology Sdn. Bhd. (“Allo”) hari ini mengumumkan pemeteraian sebuah kerjasama strategik di antara kedua-dua pihak yang mana Astro akan menawarkan pakej perkhidmatan gabungan jalur lebar dan kandungan unik kepada pelanggan sedia ada dan baharu di kawasan-kawasan residensi, dihubungkan oleh Allo. 

KOLEKSI EDISI TERHAD STARBUCKS X HERSCHEL SUPPLY KINI DI PASARAN

Image
Starbucks® X Herschel Supply Classic XL Backpack (RM 335.00) Sempena Hari Bumi, Starbucks berkerjasama dengan jenama pereka aksesori  utama antarabangsa Herschel Supply Co. untuk melancarkan satu koleksi edisi terhad yang berkelestarian alam sekitar.

HUAWEI P40 SERIES SERENDAH RM48 SEBULAN DENGAN PROMOSI TELCO

Image
Inilah masanya untuk mendapatkan telefon pintar HUAWEI P40 Series yang terbaharu. Anda boleh menikmati promosi dengan harga mampu-milik apabila anda membuat pembelian melalui pelan telco utama di Malaysia.

SAKSIKAN "THE WORLD OF THE MARRIED" DENGAN PERCUMA DI IFLIX

Image
Sebuah drama siri terbaharu Korea berjudul The World Of The Married telah mencipta sejarah JTBC apabila berjaya merekodkan rating tertinggi sewaktu episod pertama bersiaran. Drama siri lakonan Kim Hee-ae, Park Hae Jun dan Park Sun-young  boleh ditonton dengan percuma di iflix secara percuma mulai 28 April 2020.

SENYUMAN RAMADHAN - BINGKISAN BUAT PEMINAT HAEL HUSAINI

Image
Tanpa disedari bulan Ramadhan al-Mubarak bakal tiba tidak lama lagi. Seluruh umat Islam sedunia bakal menyambutnya dalam keadaan yang agak berbeza tahun ini gara-gara pandemik global wabak Covid-19.

9 TIP MEMBERSIHKAN RUMAH ANDA SEMASA PKP

Image
Dengan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan, ramai yang akan meluangkan banyak masa di rumah. Mungkin menghabiskan masa dirumah sepanjang hari bukanlah rancangan hujung minggu yang paling menarik, namun ini adalah langkah yang sangat diperlukan untuk membendung wabak COVID-19. 

‘SETULUS IKHLAS’ MENYAMBUT RAMADAN SECARA SEDERHANA

Image
Mengekalkan Setulus Ikhlas sebagai kempen Ramadan dan Syawal tahun ini, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (MPTN) memaksimumkan program-program di kaca televisyen dan mengehadkan aktiviti-aktiviti keramaian bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19. 

#STAYHOMESG: 14 ANAK SENI SINGAPURA BERGABUNG SUARA

Image
Universal Music Group menghimpunkan 14 artis berbakat Singapura dari pelbagai etnik dan latar belakang untuk menghasilkan Stay Home, satu trek yang menyentuh kalbu mengenai mesej kekuatan dalam perpaduan, untuk memberikan sokongan terhadap usaha negara dalam memerangi wabak COVID-19 . Single ini menampilkan 14 artis terdiri daripada Charlie Lim, Yung Raja, Fariz Jabba, ShiGGa Shay, Alif, ABANGSAPAU, Tosh Rock, Iman, Aisyah Aziz, Shye, Zadon, YAØ, Hashy dan Dee Kosh.

BMW GROUP MALAYSIA PERKENAL BMW SHOP ONLINE & BMW ENGAGE

Image
BMW Group Malaysia telah memperkenalkan dua platform dalam talian yang terbaharu pada hari ini, iaitu BMW Shop Online dan BMW Engage untuk mendigitalkan pengalaman pemilikan premium yang ditawarkan buat pelanggan mereka di Malaysia. Dengan kewujudan saluran yang baharu dalam talian, pengeluar kenderaan premium ini juga menggiatkan kempen “Unplug & Play” mereka dengan lebih banyak tawaran dalam talian yang eksklusif bagi jentera BMW 530e Sport dan BMW 530e M Sport. 

MINI MALAYSIA MELANCARKAN KEMPEN MINIMISE UNTUK HARI RAYA

Image
MINI, jenama automotif premium kompak yang tercanggih di Malaysia telah memperkenalkan kempen MINIMISE pada hari ini untuk meraikan musim lebaran yang bakal tiba dengan pelbagai tawaran menarik melibatkan model-model MINI yang terpilih, termasuk platform tempahan digital yang pertama diperkenalkan oleh jenama ini bagi kesemua model kenderaannya – iaitu MINI eShop. 

NIKMATI PENGISIAN HIKMAH SEMPENA RAMADAN DI APLIKASI SYOK

Image
Sepanjang bulan Ramadan, muslimin dan muslimah boleh menghayati kisah-kisah Nabi dan Rasul dengan siri Hikmah, SYOKcast (podcast) terbaharu sepanjang Ramadan, eksklusif di aplikasi dan laman web SYOK. Hikmah menampilkan keindahan kisah-kisah Nabi dan para sahabatnya dalam menyusuri ranjau dan duri memperjuangkan dakwah Islam menerusi pengalaman audio.  Siri SYOKcast santai ini bertujuan menjadi ‘teman Ramadan’ kepada masyarakat Muslim dengan kisah-kisah teladan yang pastinya memberi pengajaran dan menggamit hati. Selain itu, siri bermanfaat ini dapat menanamkan keazaman untuk sentiasa memperbaiki diri, meluruskan niat serta menguatkan tekad agar menjadi Muslim yang diberkati di dunia dan di akhirat. Hikmah terdiri daripada sepuluh episod yang akan disediakan dari 24 April 2020. Ditulis oleh Rosie Haslinda Nasir, penulis buku dan Hakimi As'ari, pakar industri komunikasi dan video, Hikmah juga akan disuarakan oleh personaliti-personaliti AWANI dan Astro Radio.

COVID-19: TCRS HULUR BANTUAN KEPADA PETUGAS BARISAN HADAPAN

Image
Pada waktu ini, ramai antara kita yang sedang meneruskan perjuangan untuk perangi wabak Covid-19 dengan mengikuti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pada masa yang sama, petugas barisan hadapan yang terdiri daripada pekerja industri kesihatan dan banyak industri yang berkenaan tetap bekerja dan kekal berusaha untuk mengurangkan penularan wabak yang sedang mengancam seluruh dunia. 

SEBARKAN KASIH SAYANG DAN KEBAIKAN DENGAN VOLUNTOURISM

Image
Pada masa kini, melancong merupakan satu aktiviti yang seringkali menjadi pilihan kerana perkembangan medium pengangkutan yang memudahkan urusan percutian. Terdapat banyak sebab orang ramai melancong ke luar negara atau merentas negeri seperti untuk melawat saudara-mara dan rakan taulan, mendapatkan rawatan kesihatan ataupun sekadar menikmati percutian. Ahli akademik telah mengkaji tujuan perjalanan mereka ini dan telah mengemukakan pelbagai istilah pelancongan.

PUPUK KESEDARAN SEMPENA BULAN KESEDARAN AUTISME SEDUNIA

Image
Berikutan penularan Wabak Covid19 di seluruh dunia termasuk Malaysia secara khususnya telah mengundang kepada pemupukan rasa kasih sayang dan keprihatinan antara satu sama lain dalam kalangan rakyat Malaysia. 

ERA, SINAR, GEGAR & ZAYAN SAJI PROGRAM RAMADAN MENARIK

Image
Personaliti Radio Era   Bulan Ramadan bakal diserikan dengan pengisian menarik dari jenama-jenama Melayu Astro Radio: ERA, SINAR, GEGAR dan ZAYAN, bermula 24 April 2020. ERA menawarkan: •  E-Salam Ramadan: Para peminat berpeluang untuk menyampaikan dedikasi Ramadan kepada ahli keluarga mahupun saudara mara melalui WhatsApp ERA dan dedikasi anda akan ke udara, setiap Isnin hingga Jumaat bermula 27 April 2020. • Tips Sihat ERA: Perkongsian tips kesihatan dan senaman yang boleh dilakukan di rumah bersama jurulatih bertauliah agar para peminat ERA kekal cergas dan mengamalkan gaya hidup sihat. Bermula 27 April 2020 melalui media sosial ERA. SINAR menyajikan program-program: • 1 Hari 1 Doa: Para peminat boleh menghayati pilihan doa untuk diamalkan setiap hari bersama Ustaz Fauwaz, bermula 27 April, seperti yang akan dikongsi melalui siaran udara dan di media sosial SINAR. • Kisah Ramadan: Mulai 4 Mei, para peminat SINAR boleh berkongsi kisah-ki

PERSEMBAHAN EPIK DI PLAY ON FEST - MUSIC IS NOT CANCELLED

Image
Para artis dan penulis di bawah naungan WARNER MUSIC GROUP bakal berganding tenaga untuk menjayakan PLAYON FEST, sebuah festival muzik maya untuk mengumpul dana bagi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melawan COVID-19. 

TIP KESELAMATAN DALAM TALIAN BAGI KANAK-KANAK SEWAKTU PKP

Image
Penutupan sekolah yang dibuat rentetan daripada penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memperlihatkan kanak-kanak meluangkan lebih banyak masa dalam talian. Ia merupakan alat yang sempurna bagi mereka untuk belajar, bermain dan bersosial dengan rakan-rakan! Namun pada masa yang sama, ibu bapa juga perlu berwaspada dengan kewujudan risiko yang hadir bersama penggunaan internet. 

VIVO V19 KINI DI PASARAN MALAYSIA DENGAN HARGA RM1,699

Image
Pada hari ini, vivo telah melancarkan peranti terbaharu V19 di Malaysia. Menampilkan dwi-kamera di bahagian depan 32MP + 8MP kamera Super Wide-Angle, dan reka bentuk skrin super AMOLED FHD+ Ultra O, V19 menawarkan kemampuan swafoto yang luar biasa, dilengkapi teknologi yang canggih dalam reka bentuk peranti yang mewah untuk menghasilkan pengalaman mudah alih yang inovatif bagi para pengguna.