GO SHOP SOKONG PENIAGA TEMPATAN DENGAN #GOSHOPSAPOTLOKAL



Bersempena dengan musim Ramadan dan Raya, Go Shop, cabang e-dagang Astro telah melancarkan Ramadan e-Bazaar untuk membantu perniagaan makanan dan minuman tempatan, dan saluran khas (Astro saluran 111) untuk para pelanggan. 

Dr Grace Lee, Ketua Pegawai Eksekutif, Astro Go Shop berkata, “Secara tradisi, Ramadan dan Raya amatlah penting untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Kami sedar bahawa beberapa perniagaan di Malaysia mungkin terjejas akibat pandemik ini dan kami komited untuk memberi sokongan kepada perniagaan tempatan khususnya yang berada di dalam golongan PKS dan Mikro-PKS. 

Ia tepat pada masanya, kami melancarkan ‘Go Shop Ramadan Bazaar’ untuk perniagaan kecil makanan dan minuman menyenaraikan produk mereka di pasaran kami secara percuma, dan sejurus itu mendapat pendedahan luas kepada 2.2 juta pelanggan Go Shop. Kami berharap agar para pelanggan akan terus menyokong PKS tempatan melalui inisiatif ini dan menyebarkan maklumat ini kepada PKS lain untuk mendaftar dan menjadi sebahagian dari bazar Ramadan kami.” 

Sehingga kini, terdapat kira-kira 100 perniagaan makanan dan minuman seperti De. Wan 1958 by Chef Wan, Brownies Bar by The Accidental Bakers, LaksaNA, Pihapi, BurgerBros, Warna Pops, Tut's Egyptian Eatery dan banyak lagi yang sudah berdaftar. Semua perniagaan makanan dan minuman tempatan yang memenuhi kriteria minimum boleh mendaftar di https://www.goshop.com.my/offers/202004174861. Pelanggan yang berminat untuk membeli dari bazar Ramadan boleh menghubungi penjual secara langsung melalui e-mel atau WhatsApp yang terdapat dalam senarai. 


Saluran baharu, Go Shop Ramadan & Raya Edisi Khas (saluran 111) menampilkan Diari Rumah, Stail TV, Go Shop Express dan Dapur Selebriti yang memfokuskan kepada tip-tip penambahbaikan rumah, fesyen muslimah dan idea memasak daripada chef selebriti seperti Chef Wan, Chef Florence Tan dan Chef Kamarulin. 

Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), para pelanggan dapat menikmati kemudahan membeli makanan segar atau sejuk-beku termasuk buah-buahan dan sayur-sayuran segar, makanan laut beku dan kering serta makanan yang siap untuk dimakan. Dari 1-31 Mei 2020, para pelanggan boleh menggunakan kod promo DUIT30 atau DUIT60 untuk menikmati potongan segera RM30 atau RM60 apabila mereka berbelanja amaun minimum RM300 atau RM500 untuk produk yang dipamerkan di program TV Go Shop. 

Go Shop boleh didapati di Astro saluran 118, saluran 120, saluran 111 dan saluran 303, www.goshop.com.my dan melalui aplikasi Go Shop dari Google Play dan App Store.

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

LOSYEN DAILY MOISTURIZING ENERGIZING AVEENO® – STANDARD BAHARU DALAM PENGHIDRATAN KULIT DAN PENYEGARAN DERIA!