Posts

Showing posts from September, 2026

EDISI KEEMPAT LOTUS'S CERIA CHARITY RUN 2026 BERJAYA MENGUMPUL REKOD RM500,000, MEMPERKUKUH USAHA MEMPERKASA 50,000 PELAJAR DI SELURUH NEGARA BERSAMA PINTAR

Image
Lotuss Stores (Malaysia) Sdn. Bhd. (Lotus's Malaysia) semalam berjaya menganjurkan Lotus's Ceria Charity Run (CCR'26) yang keempat, di Lotus's Ara Damansara, yang menghimpunkan 5,000 peserta larian bagi menyokong pendidikan. Acara tahun ini berjaya mengumpul dana sebanyak RM500,000 untuk Program Sekolah SMART Up Lotus’s – PINTAR, iaitu jumlah tertinggi yang pernah direkodkan sejak larian amal ini diperkenalkan pada tahun 2023.

KETAHUI PERSEDIAAN AWAL SEBELUM HAMIL: PHKL & PARENTHOOD MEDIA KUPAS ISU KESUBURAN DALAM FORUM ‘BEFORE WE BLOOM’

Image
Parenthood Media dengan kerjasama Pantai Hospital Kuala Lumpur (PHKL) baru-baru ini menganjurkan What Women Want Forum: Before We Bloom – A Couple’s Guide to Pre-Pregnancy. Sesi berinformasi ini memfokuskan kepada persediaan awal kehamilan, kesihatan reproduktif serta cabaran dalam perancangan zuriat (TTC).

MICHELIN GUIDE KUALA LUMPUR | PULAU PINANG 2027: SENARAI RESTORAN PILIHAN BAKAL DIUMUMKAN 4 NOVEMBER

Image
Pengumuman senarai restoran pilihan MICHELIN Guide Kuala Lumpur | Pulau Pinang 2027 bakal dibuat menerusi siaran media rasmi pada pagi Rabu, 4 November 2026. Senarai penuh yang merangkumi restoran penerima MICHELIN Star, Bib Gourmand dan Restoran Terpilih (Selected) turut bakal disediakan secara digital di laman web guide.michelin.com dan aplikasi MICHELIN Guide. Empat Anugerah Khas (Special Awards) juga bakal diumumkan: Opening of the Year Award, Service Award, Sommelier Award dan Young Chef Award. Memandangkan liputan MICHELIN Guide kini merangkumi lebih 60 destinasi di seluruh dunia, pengumuman senarai restoran pilihan tahunan boleh diperkenalkan menerusi format yang berbeza mengikut destinasi, sama ada melalui majlis fizikal MICHELIN Guide Restaurant Ceremony atau secara digital menerusi siaran media dan di seluruh platform digital rasmi MICHELIN Guide . Setiap format tetap menjadi platform rasmi bagi memperkenal dan meraikan barisan restoran pilihan baharu. Restoran yang terpilih...

BEAUTÉ LIBRARY PERKENAL ERA BAHARU KECANTIKAN DENGAN ION+GLOW™ BIO-RENEWAL

Image
Beauté Library memperkukuh reputasinya sebagai peneraju kecantikan moden dengan memperkenalkan ION+GLOW™ Bio-Renewal Facial Treatment, rawatan wajah tanpa invasif yang direka untuk memenuhi keperluan kulit berbeza. Rawatan ini menggunakan PlasmaFX™ Cold Wave Technology, peranti bertaraf perubatan yang kini dalam proses kelulusan oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

NIKMATI 'YEO’S ITADAKIMASU – TUNA WITH A TWIST' DI THE STARHILL, 2–4 OKTOBER INI!

Image
Bersedia untuk mengalami keunikan dan kehangatan suasana Jepun di Bukit Bintang bersama kempen Yeo’s Itadakimasu – Tuna with a Twist , sempena pelancaran Yeo’s Teriyaki Tuna yang julung kali diperkenalkan di Malaysia. 

HARVEY NORMAN COALFIELDS RETAIL PARK: DESTINASI UTAMA KELENGKAPAN RUMAH DAN TEKNOLOGI

Image
Harvey Norman meraikan pembukaan rasmi cawangan terbaharunya di Coalfields Retail Park. Pembukaan ini menandakan cawangan ke-41 syarikat berkenaan di seluruh negara, sekali gus memperkukuh kedudukannya di salah sebuah kawasan perumahan yang sedang pesat berkembang di Selangor.

EDISON CHEN KEMBALI KE LAYAR PERAK! BERGANDING DENGAN ANTHONY WONG DALAM FILEM RM10 JUTA 'TEMPLE OF WISHES'

Image
Filem blockbuster Tahun Baharu Cina bernilai RM10 juta, Temple of Wishes, sedia menggegarkan pawagam tempatan apabila dijadualkan menemui penonton pada hari pertama Tahun Baharu Cina 2027, bersamaan 6 Februari 2027. Sesi sidang media yang berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini menyaksikan gabungan mantap barisan pelakon terkemuka dari Hong Kong, Taiwan dan Malaysia, sekali gus mencetuskan fenomena serta keterujaan peminat filem tanah air.

KEMBALI ‘GEGAR’ KL 22 NOVEMBER INI, 3DIVA JANJI LAGU HIT BERNAFAS BAHARU DEMI PEMINAT MALAYSIA!

Image
Berita gembira buat pencinta muzik tanah air! Tiga gabungan suara emas dari Indonesia — Kris Dayanti, Ruth Sahanaya, dan Titi DJ — bakal mengubati kerinduan peminat tempatan menerusi konsert berskala besar, 3DIVA LIVE IN MALAYSIA 2026 [TIMELESS] yang dijadualkan berlangsung di Unifi Arena, Kuala Lumpur pada 22 November 2026, jam 5 petang.

HEALTH SUMMIT ASIA (HSA) 2027: MEMACU INOVASI, AKSES PASARAN DAN PERTUMBUHAN EKONOMI DI SELURUH EKONOMI KESIHATAN ASIA YANG BERNILAI RM20 TRILION

Image
Health Summit Asia (HSA) akan kembali berlangsung pada 5 hingga 7 Mei 2027 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, dengan tema “One Ecosystem. One Pulse. Shaping the Future of Health Economy”. Penganjuran ini bertepatan dengan perkembangan pasaran kesihatan Asia yang diunjurkan mencecah US$5 trilion (RM20 trilion) menjelang 2030, seiring dengan keperluan populasi yang semakin menua.

NABILA RAZALI LEBIH BERANI BERKARYA, TAMPIL SEBAGAI PENCIPTA LAGU DAN PENULIS LIRIK MENERUSI “CUKUP SAMPAI SINI”

Image
Selepas melalui pelbagai fasa dalam perjalanan seninya, Nabila Razali membuka lembaran baharu dengan pelancaran single Cukup Sampai Sini (CSS). Lagu ini mengangkat tema mengenali nilai diri, menetapkan batas dan keberanian untuk memilih diri sendiri. Lebih istimewa, CSS menandakan perkembangan penting apabila Nabila tampil sebagai pencipta lagu bersama Justin Seow Seng Tack, selain menulis keseluruhan lirik. Penglibatan langsung ini memberi ruang kepadanya menyampaikan emosi dan pandangan daripada idea awal hingga pembentukan melodi, muzik dan lirik.

'BISIKAN NAFSU' SARAT MESEJ KEMASYARAKATAN, ANGKAT ISU SENSITIF KE LAYAR PERAK

Image
Isu jenayah seksual membabitkan kes bapa tiri merogol anak sentiasa menjadi topik sensitif yang mendapat perhatian ramai. Walaupun undang-undang mengenakan hukuman berat, kes-kes membabitkan haruan makan anak ini masih lagi kerap berlaku dalam masyarakat. Keprihatinan terhadap fenomena sosial ini telah mendorong penerbit popular, Dato' A. Aida, untuk menterjemahkan realiti berkenaan menerusi naskhah layar lebar terbaharu berjudul Bisikan Nafsu.

CITRAWARNA SPEED FESTIVAL 2026 MERAIKAN SENI BUDAYA BERSAMA KEMERIAHAN SUKAN PERMOTORAN

Image
Citrawarna Speed Festival 2026 secara rasminya bermula pada hari ini, menampilkan kelainan dengan menggabungkan kekayaan seni budaya Malaysia bersama kemeriahan sukan permotoran. Berlangsung selama 12 hari bermula 23 September hingga 4 Oktober 2026, festival ini berpusat di tiga lokasi utama iaitu IOI City Mall Putrajaya, Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Hotel Sama-Sama KLIA.

PUTERI SANTUBONG: DARI LEGENDA SARAWAK KE PENTAS ISTANA BUDAYA

Image
Sebuah legenda yang telah lama terpahat dalam memori budaya Sarawak kini diberi nafas baharu di pentas nasional kebanggaan Malaysia.

EKSKLUSIF DI VIU: DIA PEREMPUAN SIALAN, SERAM PENUH DENDAM

Image
Viu, perkhidmatan penstriman video terkemuka PCCW, memperkenalkan siri seram original pertama mereka berjudul The Hidden Hand (Dia Perempuan Sialan). Siri ini akan ditayangkan secara eksklusif di Viu bermula 22 September 2026, setiap Selasa dan Rabu. Bersempena sambutan Hari Malaysia, episod pertama telah pun ditayangkan secara eksklusif pada 18 September lalu.

SOGO & BANK ISLAM UMUM PEMENANG ‘JOM BALIK KAMPUNG’: SALAMIYAH BINTI MOHAMAD PANDU PULANG PERODUA TRAZ

Image
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Begitulah kisah kejayaan Salamiyah Binti Mohamad yang muncul sebagai pemenang utama kempen peraduan “Jom Balik Kampung bersama SOGO & Bank Islam”, sekali gus memandu pulang sebuah kereta Perodua Traz 1.5H 2T (D-CVT) baharu.

STARBUCKS® DAN PEANUTS™ KEMBALI DENGAN KOLEKSI EDISI TERHAD "THE GREAT PUMPKIN"

Image
Ada kisah yang tidak pernah dimakan zaman. Selama bergenerasi, Snoopy dan geng Peanuts telah menceriakan para peminat menerusi kehangatan dan pesona mereka yang sentiasa segar di memori. Pada musim luruh ini, Starbucks dan Peanuts™ sekali lagi berganding bahu bagi meraikan keindahan musim berkenaan menerusi koleksi edisi terhad yang diilhamkan daripada ikonik Peanuts, The Great Pumpkin.

ASTRAZENECA MALAYSIA & MSN TINGKATKAN KESEDARAN SERTA SOKONGAN PENJAGAAN AHUS

Image
AstraZeneca Malaysia dan Persatuan Nefrologi Malaysia (MSN) hari ni telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) selama dua tahun untuk bekerjasama di atas inisiatif yang bertujuan meningkatkan kesedaran dan pemahaman mengenai aHUS, sejenis penyakit jarang jumpa yang boleh mengakibatkan kerosakan buah pinggang yang teruk serta komplikasi organ lain jika tidak dikesan dan diuruskan pada peringkat awal.  Dari kiri - Dr Nur Syimah Izzah Abdullah Thani, Pengarah Hal Ehwal Korporat AstraZeneca Malaysia; Profesor Dr Lim Soo Kun; Dr Rosnawati Yahya; Dr Izzuna Mudla binti Mohamed Ghazali, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia; Kshitij Varma; Fashli Aziz; serta Encik Choo Kok Ming, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia. Di bawah MoU tersebut, AstraZeneca Malaysia dan MSN akan meneroka inisiatif untuk memperkukuh kesedaran dan pendidikan mengenai penyakit dalam kalangan professional penjagaan kesihatan, menyokong ...

MENYINGKAP KECEMERLANGAN HOSPITALITI DI SERATA DUNIA: MICHELIN GUIDE UMUM SENARAI MICHELIN KEY 2026

Image
MICHELIN Guide baru-baru ini mengumumkan senarai hotel pilihan 2026, yang kini boleh diakses menerusi platform MICHELIN Guide ( MICHELIN Key Hotels 2026: Senarai Hotel Pilihan di Seluruh Dunia ). Pelancong boleh meneroka senarai hotel baharu, menyemak pengiktirafan MICHELIN Key bagi setiap hotel, serta mendapatkan inspirasi untuk penginapan mereka.

LUNCAI EMAS LANCAR “SERANGAN RADIKAL”, BUAH TANGAN HIP-HOP TERBAHARU EDDIE G & CHUBB-E

Image
Industri muzik hip-hop tempatan, kini dimeriahkan dengan pelancaran single terbaharu berjudul “Serangan Radikal”, yang menampilkan gabungan dua artis hiphop iaitu Eddie G dan Chubb-E.

HUAWEI WATCH GT 7: REVOLUSI JAM TANGAN PINTAR DENGAN PEMANTAUAN KESIHATAN PROAKTIF DAN PRESTASI SUKAN UNGGUL

Image
Huawei Malaysia bersiap sedia untuk memperkenalkan siri HUAWEI WATCH GT 7 terbaharu di Malaysia, memadankan reka bentuk berteraskan fesyen, pemahaman kesihatan yang lebih pintar serta pengalaman sukan canggih dalam generasi peranti boleh pakai terbaharunya. Direka khas buat pengguna yang mahukan lebih keupayaan daripada jam tangan pintar, siri baharu ini dibina untuk melengkapi rutin harian, gaya hidup aktif serta aktiviti kembara luar bangunan secara lancar.

CAHAYA, TANGLUNG & KEMESRAAN: PAVILION BUKIT JALIL RAIKAN MID-AUTUMN BERSAMA “MOONLIGHT GLOW”

Image
Pavilion Bukit Jalil menyambut musim perayaan ini dengan “Moonlight Glow – Together, Here”, sambutan Mid-Autumn yang berlangsung dari 10 hingga 27 September 2026. Sepanjang tempoh ini, pengunjung boleh menikmati pelbagai dekorasi menarik serta aktiviti interaktif yang direka untuk merapatkan hubungan keluarga dan sahabat handai.

MALIQUE, ZIZI KIRANA & YASIN SULAIMAN SATU PENTAS – “YANG TINGGAL” CETUS MOMENT BERSEJARAH

Image
Dunia muzik tempatan kembali digegarkan dengan kolaborasi luar biasa apabila Malique, Zizi Kirana dan Yasin Sulaiman bersatu dalam karya penuh jiwa berjudul “Yang Tinggal”. Sidang media rasmi yang berlangsung di Heritage Club, Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur pada 18 September lalu menjadi saksi kepada detik bersejarah ini.

“RIZKY FEBIAN KEMBALI! KONSERT EKSKLUSIF ‘MALAM RAWAN DIORAMA’ NOVEMBER DI ZEPP KL

Image
Selepas beberapa kali menemui peminat di Kuala Lumpur, penyanyi dan pencipta lagu popular Indonesia, Rizky Febian, bakal kembali menghangatkan pentas ibu negara pada “Malam Rawan, Diorama by Rizky Febian: Live in Kuala Lumpur”, yang akan berlangsung pada 29 November 2026 di Zepp KL.

IKON BUKIT BINTANG KEMBALI: THE FEDERAL KUALA LUMPUR TAMPIL LEBIH SEGAR DAN KONTEMPORARI

Image
Pada 28 Ogos 1957, iaitu beberapa hari sebelum sambutan Merdeka, The Federal Kuala Lumpur melakar sejarah apabila membuka pintunya sebagai cermin kemodenan tanah air yang baru merdeka. Hari ini, selepas proses transformasi yang menyeluruh, hotel ikonik ini kembali beroperasi di pusat Bukit Bintang, bersedia mengalu-alukan generasi baharu melalui warisan seni binanya yang segar.

FESTIVAL KESIHATAN & KECANTIKAN TERUNGGUL WATSONS 2026: LEBIH 200 JENAMA, GANJARAN & DISKAUN MEGA

Image
Watsons Malaysia terus memperkukuhkan kedudukannya sebagai peruncit kesihatan dan kecantikan terkemuka negara menerusi penganjuran “Watsons Biggest Health & Beauty Expo 2026”, sebuah acara pengguna berskala besar yang menghimpunkan lebih 200 jenama kesihatan dan kecantikan, inovasi produk terkini serta pengalaman eksklusif untuk ahli di bawah satu bumbung.

PERCUTIAN EROPAH MESRA KELUARGA: CARA SANTAI MELAWAT PELBAGAI DESTINASI IKONIK DALAM SATU PELAYARAN

Image
Percutian ke Eropah memang sentiasa menjadi impian ramai. Namun, membayangkan logistik mengemas beg, kerap menukar hotel, beratur panjang di pemeriksaan keselamatan lapangan terbang, serta risiko penerbangan tergendala sering kali merosakkan mood bercuti. Tinjauan terbaharu YouGov mendapati 7 daripada 10 rakyat Malaysia kini memilih percutian kapal persiaran sebagai cara terbaik untuk meneroka Eropah, sekali gus menawarkan kembara melawat pelbagai destinasi ikonik tanpa kerumitan logistik darat. Sebahagian besar pelancong tempatan mengakui perjalanan rentas bandar di Eropah mendedahkan mereka kepada pelbagai tekanan, terutamanya isu kelewatan penerbangan, pemeriksaan keselamatan yang ketat, pengurusan bagasi rentas negara, serta tempoh transit yang memenatkan. Disebabkan cabaran ini, pelancong Malaysia amat menghargai kelebihan kapal persiaran yang menawarkan pakej serba lengkap merangkumi sajian, hiburan, kelancaran melawat pelbagai bandar, serta pelbagai aktiviti mesra keluarga tanpa...

BONIA X NAMTAN TIPNAREE: BINTANG THAILAND TAMPIL ANGGUN RAIKAN KOLEKSI #LIVETOMYRHYTHM DI MALAYSIA

Image
BONIA baru-baru ini menyingkap tirai dunia #LiveToMyRhythm menerusi penampilan julung kali pelakon, penyanyi dan usahawan terkenal Thailand, Namtan Tipnaree, di Malaysia selaku Brand Muse BONIA bagi koleksi Musim Luruh/Dingin 2026.

ULTRA KALCER MALAYSIA 2026, GABUNG 19 ARTIS SERUMPUN

Image
Festival muzik, Ultra Kalcer Malaysia 2026 bakal menggabungkan sembilan belas penyanyi terkenal dari Indonesia dan Malaysia berkongsi pentas menggegarkan KL Festival Park pada 7 dan 8 November ini.

NIVEA ATASI KEBIMBANGAN PELUH DAN KESAN PADA PAKAIAN, TAMPIL YAKIN DENGAN HARUMAN SEGAR DI KERETAPI SARONG 2026

Image
Dalam kemeriahan musim perayaan, acara kebudayaan dan pelbagai aktiviti bersemuka, rakyat Malaysia sentiasa bergerak aktif sepanjang hari. Namun, kesibukan ini turut mendatangkan “kebimbangan harian yang tidak disedari” seperti peluh, bau badan dan kesan pada pakaian. Sempena Hari Malaysia, NIVEA menangani kebimbangan ini menerusi pengenalan NIVEA Black & White Invisible Deodorant yang serba baharu di Keretapi Sarong 2026, sekali gus menyampaikan mesej “United by One Confidence”.

PEMUJA SYAITAN: FILM SERAM TERBAHARU ARAHAN LIYANA JASMAY BAKAL MENGGEMPARKAN PAWAGAM 15 OKTOBER

Image
Sesuatu yang mengerikan bakal menanti penonton menerusi filem seram terbaharu, Pemuja Syaitan, arahan Liyana Jasmay yang diperkenalkan secara rasmi kepada umum beru-baru ini. Acara eksklusif tersebut menampilkan pendedahan barisan pelakon, pelancaran poster rasmi serta tayangan eksklusif teaser trailer, sekali gus memberikan gambaran awal mengenai kisah penuh misteri dan kegelapan yang bakal dibawakan ke layar perak.

"KHADAM” KINI MELEBAR KE ASIA SELEPAS KEJAYAAN BOX OFFICE DAN ULASAN POSITIF

Image
Khadam, filem seram dramatik arahan Shamyl Othman, muncul sebagai antara karya tempatan paling menonjol tahun ini dengan kejayaan komersial dan sambutan kritikal yang menggalakkan. Selepas tayangan di Malaysia, Brunei, Kemboja dan Singapura, filem ini kini bersiap untuk tayangan sulung di Indonesia pada 16 September serta di Hong Kong pada 8 Oktober, sekali gus membuka peluang pengedaran antarabangsa di luar Asia Tenggara.

IQIYI HIDANGKAN DRAMA BAHARU SARAT EMOSI: SEKALI LAGI, BAHAGIA

Image
Bagaimana jika lelaki yang pernah berjanji untuk melindungi kita akhirnya menjadi punca kehilangan diri sendiri? Dan bagaimana pula jika seseorang yang tidak pernah berjanji hadir hanya untuk memahami, menghargai serta memberi ruang untuk kita bangkit semula? Persoalan penuh emosi ini bakal diangkat dalam drama keluarga dan romantik terbaharu di iQIYI berjudul Sekali Lagi, Bahagia.

MEOWLOWEEN BAWA KEMERIAHAN HALLOWEEN BERTEMA KUCING KE RESORTS WORLD AWANA

Image
Resorts World Awana (RWA) bakal menghidupkan malam Halloween dengan acara unik bertemakan kucing, Under The Stars Meowloween , di Great Lawn pada 31 Oktober ini. Sambutan santai ini menawarkan pelbagai aktiviti untuk pencinta kucing, keluarga dan rakan-rakan, dengan kemasukan percuma serta suasana nyaman tanah tinggi. Acara kemuncak bermula jam 8.30 malam menerusi Catwalk & Fashion Show , menampilkan kucing-kucing RWA dalam kostum kreatif yang mencuit hati. Pengunjung juga boleh tampil dengan kostum sendiri atau mendapatkan lukisan wajah bertema Halloween pada harga RM15 dan RM30. Sepanjang malam, pelbagai permainan santai seperti Giant Jenga, Tic Tac Toe dan Cornhole menanti di Lawn Game Alley, di samping aktiviti buih untuk kanak-kanak. Hiburan turut diperkaya dengan persembahan muzik secara langsung pada jam 6.30 petang dan 9 malam. Bagi yang gemar aktiviti kreatif, bengkel seperti melukis plaster (RM20), kraftangan bulu biri-biri (RM40) dan tabung syiling (RM40) ditawarkan, sel...

ADAKAH RAKYAT MALAYSIA TERLEPAS PANDANG RISIKO SEBENAR DI SEBALIK PENYAKIT JANTUNG?

Image
Ramai rakyat Malaysia percaya bahawa senaman secara berkala dan pemakanan seimbang sudah memadai untuk melindungi mereka daripada penyakit jantung. Namun, pakar menjelaskan bahawa bagi individu yang berisiko tinggi mengalami penyakit kardiovaskular, amalan ini sahaja mungkin tidak cukup berkesan untuk mengawal paras kolesterol berketumpatan rendah (LDL-C), yang lebih dikenali sebagai “kolesterol jahat”, sekali gus mengurangkan risiko serangan jantung dan strok dalam jangka panjang.

PENGALAMAN AUDIO-VISUAL MANTAP! WAVE AV EXPERIENCE SHOW KEMBALI TEMUI PEMINAT HIBURAN SEPTEMBER INI

Image
Peminat muzik, gajet, dan teknologi hiburan rumah kini ada alasan untuk teruja! Selepas kejayaan luar biasa Northern International AV Show di Pulau Pinang, penganjur terkemuka Gryphon Production Sdn Bhd kembali menggegarkan Lembah Klang menerusi acara WAVE AV Experience Show 2026.

IZIPIZI MENYERLAH DENGAN GAYA DALAM KESIBUKAN PAGI MENERUSI KOLEKSI AW26 MORNING EXPRESS

Image
Kesibukan waktu pagi merupakan sesuatu yang begitu dekat dengan kehidupan seharian. Jam penggera berbunyi, kopi dicapai sebelum keluar, beg disiapkan, telefon diperiksa dan entah bagaimana, masa seolah-olah tidak pernah mencukupi. Sama ada menyiapkan anak-anak ke sekolah, menghadapi perjalanan harian ke tempat kerja atau sekadar cuba keluar dari rumah tepat pada waktunya, setiap pagi hadir dengan rentaknya yang tersendiri. Kesibukan mengejar masa inilah yang menjadi inspirasi kepada koleksi Musim Luruh Musim Sejuk 2026 daripada jenama kaca mata kelahiran Paris, IZIPIZI, iaitu Morning Express. Berteraskan idea “Rush with style”, koleksi ini mengangkat pergerakan, spontaniti dan detik-detik tidak dijangka yang menjadikan permulaan setiap hari penuh dengan kesibukan, namun tetap begitu biasa dan dekat dengan kehidupan seharian. Bagi ibu bapa, pagi mungkin bermula dengan menghantar anak ke sekolah dan memastikan si kecil bersiap untuk memulakan hari. Bagi golongan profesional muda pula, ia...

LUNAR HARVEST DI KWAI CHAI HONG: PESONA PESTA KUIH BULAN DAN KEINDAHAN TRADISI TUAIAN

Image
Menjelang Pesta Kuih Bulan ini, lorong warisan Kwai Chai Hong kembali memikat hati pengunjung menerusi instalasi seni terbaharu, Lunar Harvest (月满欢收). Berkolaborasi bersama jenama kopi tempatan terkenal, ZUS COFFEE, pengalaman artistik yang imersif ini mengajak rakyat Malaysia menghayati semula nilai murni seperti harapan, ketabahan dan rasa bersyukur di sebalik musim tuaian.

CHENG LEI CURI PERHATIAN DI MALAYSIA MENERUSI KEMUNCULAN SULUNG DI IQIYI STARSHIP 2026

Image
Peminat Malaysia disajikan dengan sebuah petang yang penuh keterujaan apabila Duta Global Antarabangsa iQIYI, Cheng Lei (丞磊) membuat kemunculan sulungnya di Malaysia bersama iQIYI menerusi iQIYI STARSHIP 2026, yang berlangsung baru-baru ini di Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur.

MI SEDAAP PERKENAL ‘KARI THAT H1TS’ VANESSA REYNAULD KONGSI RAHSIA MENIKMATI ORI ORI KARI

Image
Semangkuk kari yang sedap sentiasa membawa nikmat yang sukar ditandingi. Aromanya sahaja sudah cukup memancing selera. Menerusi Ori Ori Kari, Mi Sedaap meraikan kecintaan rakyat Malaysia terhadap kari dengan menggabungkan perisa yang lebih berani serta semangat bertenaga penyanyi tempatan, Vanessa Reynauld.

BINTANG FILEM TERBANG TAMPIL BERGAYA DALAM KOLEKSI DENIM UNIQLO PALING SELESA

Image
Jenama pakaian global popular, UNIQLO, hari ini melancarkan Koleksi Denim Musim Luruh/Sejuk 2026. Koleksi ini mengabadikan falsafah LifeWear menerusi rekaan inovatif yang disesuaikan khas dengan corak kehidupan masyarakat Malaysia hari ini.

JIWA MALAYSIA DI LAYAR PERAK: TERBANG SAJIKAN ADRENALIN PADU DAN EMOSI MENYENTUH HATI

Image
Dunia perfileman tanah air bakal menyaksikan satu tanda aras baharu menerusi kemunculan TERBANG, sebuah naskhah aksi permotoran sarat adrenalin yang akan menembusi pawagam seluruh negara bermula 17 September 2026. Menerima sentuhan pengarah berkaliber Chiu Keng Guan bersama pasukan WooHoo Pictures, karya terbitan Astro Shaw ini bukan sekadar menyajikan aksi perlumbaan yang mendebarkan, malah mengangkat kisah perjuangan dan semangat perpaduan anak bangsa.

HUAWEI KEKAL SEBAGAI JENAMA JAM TANGAN PINTAR NO.1 GLOBAL SERTA MENERAJU PASARAN MALAYSIA BAGI SEPARUH PERTAMA 2026

Image
Huawei terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran peranti boleh pakai global apabila meraih tempat pertama di peringkat dunia bagi penghantaran peranti boleh pakai pergelangan tangan untuk separuh pertama tahun 2026 (H1 2026). Berdasarkan laporan terbaharu IDC Quarterly Wearable Device Tracker, Huawei berjaya menguasai lebih daripada 20% pegangan pasaran global, sekali gus memantapkan momentum pertumbuhannya dalam industri ini.

NATURALS BY WATSONS MERAIKAN “RATU BUAH-BUAHAN” MALAYSIA DENGAN PELANCARAN RANGKAIAN MANGGIS

Image
Sempena bulan Merdeka ini, “Naturals by Watsons” meraikan salah satu khazanah tropika yang amat disayangi rakyat Malaysia menerusi pelancaran rangkaian Manggis baharu, yang diinspirasikan daripada buah ikonik negara yang dikenali sebagai “Ratu Buah-Buahan”.

JYNNS BUKA FLAGSHIP STORE DI PAVILION KUALA LUMPUR, PERKENAL SEMBURAN MULUT PROPOLIS MADU TRIGONA

Image
Jenama kesihatan tempatan JYY Group terus mengukuhkan kehadirannya dengan pembukaan rasmi JYNNS Wellness Treasure Flagship Store di Pavilion Kuala Lumpur, selepas kejayaan konsep MyTreasure di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2. Langkah ini membawa “Khazanah Alam Malaysia” ke pusat pelancongan dan membeli-belah utama negara, sekali gus memperkenalkan lebih banyak produk kesihatan semula jadi kepada pelancong antarabangsa.