CAHAYA, TANGLUNG & KEMESRAAN: PAVILION BUKIT JALIL RAIKAN MID-AUTUMN BERSAMA “MOONLIGHT GLOW”


Pavilion Bukit Jalil menyambut musim perayaan ini dengan “Moonlight Glow – Together, Here”, sambutan Mid-Autumn yang berlangsung dari 10 hingga 27 September 2026. Sepanjang tempoh ini, pengunjung boleh menikmati pelbagai dekorasi menarik serta aktiviti interaktif yang direka untuk merapatkan hubungan keluarga dan sahabat handai.


Menjadi tumpuan sambutan ini ialah Moonlight Pavilion di Centre Court, Tingkat 2, yang menghadirkan pengalaman Mid-Autumn menerusi instalasi seperti paparan 88 arnab LED, terowong tanglung serta pelbagai sudut menarik untuk pengunjung mengabadikan momen bersama. Melengkapkan suasana ini ialah Mid-Autumn Marketplace, yang menghimpunkan lebih daripada 30 jenama tempatan dan antarabangsa dengan pelbagai pilihan kuih bulan serta pembungkusan yang direka indah, sesuai dijadikan hadiah buat keluarga, rakan sekerja dan orang tersayang.


Selain kuih bulan, Mid-Autumn Marketplace turut menawarkan pelbagai juadah perayaan, minuman, fesyen serta pilihan gaya hidup. Pilihan kuih bulan daripada Grand Harbour, Hong Kong Bay, JYNNS, Baker's Cottage, CasaHana, Duria, Durian Baby, First Class Durian, Hoong Yuung Bakery, Huat Huat, JDX, Le Méridien Petaling Jaya, Lovely Key, Mizicor®, Tai Thong, Tong Ah, Yi Jia Pastry dan Yong Sheng menjadi pilihan hadiah yang sempurna. Pengunjung juga boleh menikmati minuman segar dari Mixue, fesyen dari Oriental Noble dan Gisselle Liu, teh dari Yu Yan Tea, permainan menangkap ikan dari Bear It, Dragon Beard Candy tradisional, tanglung perayaan dari Fine Star Lanterns, serta snek dari TeoChew Taste.


Dari Isnin hingga Jumaat, pengunjung boleh menikmati pengalaman tambahan menerusi Weekday Spend Rewards dengan perbelanjaan RM200 di Mid-Autumn Marketplace. Tunjukkan sahaja resit pembelian di Kaunter Penebusan, Centre Court, Tingkat 2 untuk mendapatkan Journey Card, yang membuka pintu kepada pelbagai aktiviti menarik daripada menghasilkan kipas tangan bergaya lakuer tradisional, merasai Dragon Beard Candy, menikmati ais krim lembut Mixue, hinggalah melepaskan bunga teratai di Make-A-Wish Pond. Journey Card ini terhad kepada 50 pengunjung pertama setiap hari, menjadikan pengalaman ini lebih bermakna untuk menghayati tradisi dan semangat Mid-Autumn.


Pavilion Privileges Members pula berpeluang mencuba seni membuat kuih bulan menerusi sesi Mooncake Making Fun pada 16 dan 17 September 2026, dari jam 3 hingga 5 petang, di Good Times DIY Baking Studio, Tingkat 5 (Pink Zone). Sesi ini membolehkan ahli menghasilkan kuih bulan sendiri sambil meluangkan masa bersama orang tersayang.

Selain di Centre Court, pengunjung turut boleh meneroka pilihan kuih bulan di premis para penyewa di seluruh Pavilion Bukit Jalil. Antara yang menonjol ialah Dragon-i, Grand Harbour, JYNNS, Verrona Hills Bread & Patisserie, Lavender, Oloiya, Signature Market, The Food Merchant, Moonlight Cake House & Café, Cha B, Famous Amos dan Oriental Kopi, di samping pilihan daripada Inside Scoop dan ROYCE'. Dengan pelbagai rasa dan gaya, pengunjung pasti menemui kuih bulan yang sesuai untuk dikongsi bersama keluarga dan sahabat handai sepanjang musim Mid-Autumn ini.


Kemuncak sambutan ini ialah Mid-Autumn Carnival selama tiga hari yang berlangsung di PIAZZA, Tingkat 3, dari 25 hingga 27 September, hasil kerjasama dengan Jianghu Market. Menghimpunkan citarasa perayaan, persembahan budaya dan pengalaman interaktif, karnival ini menawarkan pelbagai aktiviti untuk pengunjung daripada pelbagai peringkat usia, termasuk permainan tradisional seperti Pitch Pot serta lantern walk yang akan berlangsung pada 25 dan 27 September. 

Khusus pada 26 September, pengunjung boleh menikmati pelbagai aktiviti seperti merasai kuih bulan, DIY Lantern Making serta pengalaman Journey Card yang menawarkan pelbagai hadiah percuma untuk ditebus sepanjang perjalanan, di samping persembahan langsung yang memukau termasuk 24 Festive Drums dan persembahan orkestra, sebelum kemeriahan diteruskan dengan Tarian Singa LED dan penebusan beg hadiah sebagai penutup sambutan.


Dari 10 hingga 27 September 2026, pengunjung turut boleh menikmati Moonlight Gift Redemption di Kaunter Penebusan, Centre Court, Tingkat 2. Dengan perbelanjaan minimum RM300 dalam satu resit di seluruh pusat beli-belah, pengunjung boleh menebus satu Baucar Beli-Belah RM20, manakala mereka yang berbelanja RM500 ke atas boleh menebus Set Hadiah Krim Tangan MINISO.

Bagi Pavilion Privileges Members, ganjaran eksklusif turut disediakan. Ahli yang berbelanja RM800 ke atas dalam satu resit di seluruh pusat beli-belah boleh menebus Rumi Pineapple Treats Gift Box, manakala mereka yang berbelanja RM2,000 ke atas boleh menebus Baucar LILANZ bernilai RM300.


Sepanjang “Moonlight Glow – Together, Here” berlangsung dari 10 hingga 27 September, Pavilion Bukit Jalil menjemput pengunjung meraikan musim kemesraan ini dengan berkongsi momen Moonlight Glow bersama keluarga dan sahabat handai di media sosial. Tag Pavilion Bukit Jalil dan gunakan #PavilionBukitJalil #MoonlightGlow #PBJMidAutumn2026.

Untuk maklumat lanjut, layari www.pavilion-bukitjalil.com serta ikuti Pavilion Bukit Jalil di Facebook (PavilionBukitJalil.Mall), Instagram (@pavilionbukitjalil), TikTok (@pavilionbukitjalil), Xiaohongshu (Pavilion_BJ) dan YouTube (@PavilionBukitJalil).

**Sekiranya terdapat sebarang perubahan pada acara, pihak pusat beli-belah akan memaklumkan kepada pengunjung melalui laman web rasmi dan platform media sosial.

Comments

Popular posts from this blog

IKON BUKIT BINTANG KEMBALI: THE FEDERAL KUALA LUMPUR TAMPIL LEBIH SEGAR DAN KONTEMPORARI

CITRAWARNA SPEED FESTIVAL 2026 MERAIKAN SENI BUDAYA BERSAMA KEMERIAHAN SUKAN PERMOTORAN

HEALTH SUMMIT ASIA (HSA) 2027: MEMACU INOVASI, AKSES PASARAN DAN PERTUMBUHAN EKONOMI DI SELURUH EKONOMI KESIHATAN ASIA YANG BERNILAI RM20 TRILION

ASTRAZENECA MALAYSIA & MSN TINGKATKAN KESEDARAN SERTA SOKONGAN PENJAGAAN AHUS