Posts

Showing posts from November, 2024

EKSPO PRODUK E-DAGANG TERPILIH MALAYSIA 2024 MENARIK DELEGASI ANTARABANGSA

Image
Ekspo Produk E-Dagang Terpilih Malaysia 2024 secara rasminya dilancarkan hari ini di MITEC, menandakan satu pencapaian penting bagi hubungan perdagangan Malaysia yang semakin meningkat dengan China. Dengan lebih daripada 200 jenama terkemuka dari China dan tempatan mempamerkan produk mereka, ekspo ini dijangka dapat mengukuhkan hubungan ekonomi dua hala dan memperluaskan peluang perniagaan di seluruh Asia Tenggara. Acara ini yang mengunjurkan transaksi bernilai RM60 juta, turut meraikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China pada tahun ini. Dari Kiri Ke Kanan: Im Yoke Foon, Ketua Pegawai Eksekutif JMM Holding; Ellison Yang Yi Ming, Pengasas JMM Holding; YB Tuan Ng Chin Tsai, ADUN Temiang, Negeri Sembilan; Albert Chan Yunn Horng, Pengarah Urusan JMM Holding; Dato' Tang Zhi Nian, Presiden  Malaysia Guangdong Chamber of Commerce; Ooi Yih Shann, Pengarah Bukan Eksekutif JMM Holding) “Seperti pepatah Cina yang mengatakan, ‘Orang dulu menanam pokok, generasi beri...

RED BULL MALAYSIA LANJUT KERJASAMA BERSAMA PASUKAN 31, MAJU MOTOR DAN CKJ RACING SUSULAN MUSIM PETRONAS MAM MALAYSIAN CUB PRIX YANG GEMILANG

Image
Red Bull Malaysia (Red Bull), jenama minuman tenaga No.1 negara, baru-baru ini menganjurkan majlis makan malam penghargaan eksklusif bagi meraikan kecemerlangan Pasukan 31 Racing, Pasukan Maju Motor Racing dan Pasukan CKJ Racing.

TEROKAI KILAUAN KOLEKSI BARANGAN KEMAS TERKINI DI JUALAN AKHIR TAHUN HABIB 2024

Image
Menjelang penghujung tahun 2024 ini, HABIB melancarkan Kempen Jualan Akhir Tahun 2024 yang menjanjikan pelbagai pilihan barangan kemas memukau dengan tawaran harga yang menarik. Daripada koleksi emas tempatan dan Oro Italia 916 kepada barangan kemas berlian dan batu permata yang eksklusif, mari terokai kilauannya dan luaskan koleksi bernilai anda, atau trade-in barangan kemas lama anda sebagai simbol permulaan baru. 

ANUGERAH KECEMERLANGAN PERNIAGAAN IMT-GT 2025 DILANCARKAN DEMI INOVASI DAN KESATUAN SERANTAU

Image
Anugerah Kecemerlangan Perniagaan IMT-GT 2025 yang dinanti-nantikan bakal dilancarkan! Anugerah ini meraikan syarikat-syarikat unggul yang terus mencipta kejayaan dan inovasi, memacu pertumbuhan ekonomi serta memperkukuh kerjasama serantau di antara Indonesia, Malaysia, dan Thailand. 

MERAIKAN #1YEARISNEVERENOUGH BERSAMA SKYLINE LUGE KUALA LUMPUR

Image
Skyline Luge Kuala Lumpur berbesar hati meraikan ulang tahun pertamanya, yang mencatatkan satu tahun dalam membawakan pengalaman unik, keterujaan menakjubkan, dan momen berharga buat pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat. Sejak pembukaannya, Skyline Luge Kuala Lumpur telah menjadi destinasi yang wajib dikunjungi, menggabungkan keseronokan perlumbaan bertenaga graviti dengan keindahan alam semulajadinya.

NESTLÉ MALAYSIA DAN BSMM BERGANDING BAHU MEMBANTU PENDUDUK TERJEJAS BANJIR : 5,000 KOTAK BARANGAN MAKANAN ASAS DISEDIAKAN BARISAN SUKARELAWAN

Image
Meneruskan kesinambungan kepada usaha bantuan banjir di Kedah baru-baru ini, Nestlé meneruskan kerjasama sedia terjalin dengan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) menyantuni komuniti terjejas semasa musim tengkujuh. Dengan matlamat untuk menghulurkan bantuan yang amat diperlukan mereka yang terjejas akibat banjir, inisiatif ini mencerminkan kerjasama utuh antara Nestlé Malaysia dan BSMM yang dibina atas matlamat bersama dan komitmen tidak berbelah-bahagi kedua-dua organisasi membantu komuniti yang dilanda musibah.

KEMPEN JUALAN AKHIR TAHUN MALAYSIA 2024: TAWAR PENGALAMAN BELI-BELAH & MELANCONG YANG TIADA TANDINGAN

Image
Tourism Malaysia hari ini mengumumkan pelancaran Kempen Jualan Akhir Tahun Malaysia 2024 (Malaysia Year End Sale – MYES 2024) dengan kerjasama Mastercard serta lebih 60 penggiat industri pelancongan yang terdiri daripada pusat beli-belah, peruncit, hotel dan syarikat penerbangan. 

RMHC MALAYSIA MENYUMBANG 10,000 PEK KEMBALI KE SEKOLAH UNTUK KANAK-KANAK DI SELURUH NEGARA

Image
Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia) melancarkan program terasnya, Program Pek Kembali ke Sekolah, menerusi satu majlis penyampaian sumbangan yang telah diadakan di Felda Pasir Besar, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

THE RE-COLLECTION PROJECT: JAMBATAN ANTARA ARTIS TERDAHULU DAN KONTEMPORARI

Image
Dalam projek kerjasama antara Sharmin Parameswaran dan Studio Sayang ini,  the re-collection project: an exercise in learning  bertujuan untuk melibatkan cara-cara baru pembelajaran daripada koleksi bapanya yang telah meninggal dunia, Dato' N. Parameswaran. Bermula dengan pilihan artis Malaysia yang telah meninggal dunia, projek dan pameran ini berharap dapat menjadi jambatan pemahaman antara generasi dengan melibatkan dan bekerjasama dengan komuniti seni kontemporari tempatan.

PELANCARAN ALBUM MARGASATWA "SERIBUDAYA" & GEMPITA ALAM SERIBUDAYA DIRENCANA BERLANGSUNG DI RGB STUDIO, SHAH ALAM PADA 30 NOVEMBER 2024

Image
Kumpulan Margasatwa, salah satu kumpulan muzik tempatan yang sedang meningkat naik, dengan penuh teruja mengumumkan pelancaran album terbaharu mereka, SERIBUDAYA. Album ini menjadi manifestasi perjalanan seni mereka selama hampir lima tahun, menampilkan gabungan elemen tradisional dan moden yang membawa nafas segar ke dalam dunia muzik Malaysia.

MARRYBROWN MENGUBAH DEFINISI AYAM RANGUP PEDAS DENGAN ‘AYAM EPIK’ YANG LAZAT

Image
Marrybrown®, Restoran Perkhidmatan Pantas Halal (QSR) tempatan yang terbesar di Malaysia, menyajikan Ayam Epik untuk cita rasa rakyat Malaysia. Ayam Epik, iaitu ayam rangup pedas diilhamkan dari hidangan mamak yang digemari dan diperap dengan adunan rempah ratus beraroma asli, antaranya lada, serbuk kari, jintan manis, ketumbar, bawang merah, bawang putih dan banyak lagi. Setiap suapan menyajikan kemewahan dan keaslian rasa tempatan yang lazat!

LEAD CHANGE HEART WAY: SEBUAH PERJALANAN TRANSFORMASI DIRI MELALUI SENI

Image
Koo Lily melebarkan lagi sayapnya dengan Lead Change Heart Way. Selain buku nukilannya yang baru diterbitkan ini, Lily mempunyai lebih 25 tahun kepakaran, memperkasakan lebih 500 badan korporat dan 15,000 peserta dari seluruh Asia sebagai Penceramah Motivasi, Pencetus Perubahan dan Jurulatih Kepimpinan. Buku ini telah dilancarkan pada acara yang diadakan di Temu House, Petaling Jaya, baru-baru ini. Majlis pagi tersebut dimulakan dengan sesi perkongsian yang menampilkan Lily dan penceramah jemputannya membincangkan tentang topik berkaitan perubahan. Tiga orang penceramah yang dijemput untuk sesi ini adalah Siva Seenivasan, rakan CMI dan behaviourist berpengalaman; Nikki Ong, seorang ahli terapi; dan Guadalupe Cernusco, aktivis alam sekitar dan juara sukan berbasikal, yang menyertai sesi itu melalui persidangan video dari Argentina Ketiga-tiga penceramah ini, masing-masing dari latar belakang dan bidang kepakaran yang berbeza, berkongsi kisah pembaikan diri dan pengalaman mereka melakuka...

FERRERO ROCHER ORIGINS: CITA RASA ELEGAN, SENTUHAN KEMEWAHAN KRISMAS INI

Image
Ferrero Rocher kembali menceriakan penghujung tahun dengan penuh magis menerusi pelancaran kempen Gift of Appreciation, yang menampilkan koleksi terbaharu – Ferrero Rocher Origins, bersama pelbagai pengalaman keemasan yang menyeronokkan, sekaligus menjadi sebuah hadiah istimewa yang berada dalam kelasnya yang tersendiri.

FUTURELAND: PERAYAAN MUZIK YANG MENGGONCANG STADIUM MERDEKA

Image
“Futureland” Festival anjuran Warner Music Malaysia dengan kerjasama Watsons Malaysia sudah menetapkan standard baharu untuk acara hiburan secara langsung melalui perayaan muzik Malaysia dan kreativiti sambil menghubungkan peminat melalui persembahan yang hebat dan pengalaman unik.

WANI KAYRIE UNGKAP RAHSIA DI BALIK LAGU 'AIMAN TINO' YANG VIRAL

Image
Selepas hampir setahun lebih berhiatus, kini, Wani Kayrie tampil dengan buah tangan terbaru dengan sebuah lagu berjudul Aiman Tino. Diterbitkan oleh Rocketfeulf Entertainment, lagu ini mendapat sentuhan daripada seorang penggubah lagu yang tidak asing lagi iaitu Ezra Kong. Sedutan 1 minil lagu ini telah dilancarkan di TikTok semenjak 27 September lalu dan telah menerima pelbagai reaksi daripada peminat Wan Kayrie. 

ADIDAS MELANCARKAN RANGKAIAN KASUT BERJALAN CLOUDFOAM TERBARU DENGAN JERAYAWARA EKSKLUSIF DI SETIA CITY MALL

Image
adidas teruja untuk melancarkan rangkaian kasut berjalan CLOUDFOAM, menggabungkan gaya dan keselesaan untuk pemakaian harian. Untuk meraikannya, adidas mengadakan jerayawara di Setia City Mall dari 27 November hingga 1 Disember 2024.

KONSERT FOR REVENGE “PERAYAAN PATAH HATI” BABAK 1. KUALA LUMPUR

Image
Miebird Projects bakal mempersembahkan konsert “Perayaan Patah Hati”Babak 1. Kuala Lumpur yang akan menampilkan band emo terkenal masa kini, asal Bandung, Indonesia for Revenge dari Indonesia pada 6 Disember 2024 bertempat di Zepp Kuala Lumpur, jam 8 malam. Grup lokal Insomniacks yang sedang meningkat naik pada masa kini akan menjadi artis jemputan istimewa pada malam tersebut.

HAFIZ HAMIDUN MEMPERKENALKAN ‘RAUDAH’, DARI MEKAH & MADINAH KE HATI PENDENGAR

Image
Masih tersenarai sebagai salah seorang penyanyi pop dakwah yang terus kekal relevan dalam industri seni muzik Malaysia, penyanyi, penerbit dan pencipta muzik berbakat Hafiz Hamidun muncul lagi dengan sebuah karya penuh bermakna yang berjudul ‘Raudah’.

CHELSIA NG LANCAR ALBUM SULUNG - BOOK ONE: SONGS FOR YOU & I

Image
Pelakon, penyanyi, dan pencipta lagu yang berbakat, Chelsia Ng, telah melancarkan album solo penuh pertamanya yang sangat dinanti-nantikan, Book One: Songs for You & I. Album ini diperkenalkan dalam format yang unik dan menarik– pemacu USB terenkripsi yang dibungkus dalam kotak cantik berkonsepkan buku. 

KRU KEMBALI MEMUKAU: "VOODOO" BAWA NOSTALGIA DAN INOVASI AI

Image
Kumpulan KRU, nama besar dalam industri muzik tempatan yang telah mengumumkan album terbaru mereka berjudul “Kaset” pada bulan lalu, kini melancarkan single pertama dan video muzik dari album tersebut berjudul “Voodoo” khas buat para peminat muzik serantau.

OKU FEST 2.0 BAKAL KETENGAHKAN BAKAT & KEUNIKAN DALAM KALANGAN GOLONGAN INSAN ISTIMEWA

Image
Festival Seni Insan Istimewa yang kini dikenali sebagai “OKU FEST 2.0” akan berlangsung pada 30 November dan 1 Disember 2024 bertempat di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur, Dataran Merdeka, dari jam 10 pagi hingga 8 malam. 

JANGAN LEPASKAN PELUANG TERAKHIR ANDA UNTUK MENDAPATKAN BYGGLEK, SEBELUM IA HILANG BUAT SELAMA-LAMANYA!

Image
Tawaran hebat sedang menanti anda sempena musim percutian ini! Alami keajaiban bermain dan mengemas ruang dengan koleksi IKEA BYGGLEK. Mulai 27 November hingga 31 Disember, dapatkan kotak BYGGLEK atau satu lagi set bata percuma dengan setiap pembelian set bata 201 keping LEGO® pada harga istimewa RM65. Namun, anda mesti cepat kerana rangkaian ini tidak lagi tersedia selepas ini!

JANGAN PANDANG BELAKANG 2: BAKAL CETUS SEMULA FENOMENA FILEM SERAM DI PAWAGAM MALAYSIA

Image
Malam gala filem seram terbaru MIG, "Jangan Pandang Belakang 2: Aku Tahu Asal Usulmu", telah berlangsung dengan meriah baru-baru ini. Acara ini menandakan kembalinya MIG ke industri perfileman selepas 7 tahun.

LINDUNGI MATA ANDA DARI BAHAYA CAHAYA BIRU

Image
Di era digital sekarang ini, kita semua menghabiskan banyak waktu di depan layar komputer, telefon pintar, dan tablet. Cahaya biru yang dipancarkan dari peranti elektronik ini boleh menyebabkan pelbagai masalah mata, seperti mata letih, mata kering, dan bahkan penyakit mata yang lebih serius.

VITAMIN C: RAHSIA KESIHATAN KULIT GLOWING DAN IMUNITI KUAT

Image
Siapa yang tidak mahu kulit yang cerah berseri dan tubuh yang sihat? Salah satu kunci untuk mencapai tujuan tersebut adalah dengan mencukupkan pengambilan vitamin C. Vitamin C, sering disebut sebagai "vitamin anti-selsema", telah lama dikenali sebagai nutrisi penting untuk menjaga kesihatan tubuh secara keseluruhan. 

KEMPEN MAKANAN HAIWAN PELIHARAAN PET LOVERS CENTRE KEMBALI UNTUK MEMBANTU HAIWAN TERBIAR

Image
Pet Lovers Centre (PLC) dengan sukacitanya mengumumkan kembalinya Kempen Makanan Haiwan Peliharaan Tahunan ke-6, “Pets Payung Pets.” Kempen tahun ini bertujuan untuk menyediakan makanan dan tempat perlindungan untuk haiwan terbiar dan yang diselamatkan.

MONSOON ESCAPADE 2024: PERCUTIAN UNIK DI PERHENTIAN MARRIOTT RESORT & SPA

Image
Monsoon Escapade 2024 di Perhentian Marriott Resort & Spa bukan sekadar sebuah perayaan muzik yang meriah, percutian di alam semula jadi, dan kesejahteraan holistik, tetapi juga satu langkah berani ke arah memberi definisi yang baharu kepada off-season untuk industri pelancongan Malaysia. Berlatarbelakangkan keindahan Pulau Perhentian, acara perintis ini disusun untuk mewujudkan mata pencarian yang mampan untuk  warga kerja tempatan, memperkasakan mereka dengan peluang mencari nafkah sepanjang bulan-bulan monsun yang biasanya lebih sepi.

JUALAN BUKU BIG BAD WOLF BAKAL DIANJURKAN 24 JAM SELAMA SEMINGGU DI SUNWAY PYRAMID CONVENTION CENTRE

Image
Jualan Buku Big Bad Wolf kembali - dibuka 24 jam sehari selama seminggu penuh! Dari 13 hingga 19 Disember 2024, pencinta buku boleh menikmati tawaran hebat tanpa mengira siang atau malam.

ANUGERAH SUPERBRANDS MALAYSIA 2024 MENCIPTA SEJARAH DENGAN MENGANUGERAHKAN 45 SYARIKAT MULTINASIONAL DAN FIRMA UTAMA TEMPATAN

Image
Superbrands Malaysia 2024 meraikan edisi ke-16nya dan telah memilih 45 jenama untuk memberi penghormatan kepada jenama terkuat dan paling berharga di pasaran untuk acara anugerah tahun ini.

MENANG BESAR DI FESTIVAL JOYOUS ULIKE DI SUNWAY PYRAMID, ALAMI INOVASI KECANTIKAN DAN KEMERIAHAN PERAYAAN

Image
Ulike secara rasminya melancarkan Festival Joyous di LG2 Orange Atrium, Sunway Pyramid, bagi meraikan dua bulan penuh kemeriahan dengan kecantikan, teknologi, sambutan akhir tahun dan juga perayaan Krismas. Festival ini mempamerkan inovasi terkini Ulike dan menjemput para pengunjung untuk menyertai aktiviti cabutan bertuah dan juga giveaway, di samping menikmati promosi istimewa sempena musim jualan 11.11.

MR MUSCLE LANTIK KIM SEON HO SEBAGAI DUTA PRODUK PEMBERSIH

Image
Jenama produk pembersih terkemuka, Mr. Muscle telah melantik pelakon Korea popular, Kim Seon Ho sebagai duta produknya. Dikenali dengan rangkaian produk pembersihan yang dipercayai, Mr. Muscle telah lama menjadi produk pilihan utama untuk suri rumah di Malaysia bagi memastikan ruang rumah sentiasa bersih dan rapi. Dengan adanya Kim Seon Ho sebagai duta jenama untuk Malaysia, Mr. Muscle bersedia untuk meningkatkan pengalaman pembersihan rumah ke tahap yang baru.

GINTELL PERKENAL DUA KERUSI URUT VERSI IRON MAN BAHARU

Image
GINTELL, rangkaian perniagaan penjagaan kesihatan dan kecergasan terbesar di Malaysia telah melancarkan dua buah kerusi urut baharu Siri Wellness Super Heroes iaitu Kerusi Urut Wellness Terhad Iron Man GINTELL dan Kerusi Urut Wellness Terhad Versi Iron Man Black Eksklusif di Level 2, Centre Court, Pavilion Bukit Jalil. 

RXZ TWIN BOSS V2 OLEH FNG WORKS AKAN DEBUT DI YOKOHAMA HOT ROD CUSTOM SHOW KE-32 PADA TAHUN 2024 DI JEPUN!

Image
Pada Art Of Speed 2024, motosikal RXZ Twin Boss V2 oleh FNG Works menjadi tumpuan utama apabila merangkul Anugerah Pilihan Juri dan Pilihan Awam dalam pertandingan Art of Speed Invitational Bike Build Off. Sebagai juara keseluruhan, motosikal binaan khas ini akan dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show ke-32 pada tahun 2024 di Jepun, bersama kenderaan kustom terbaik dari seluruh dunia.

KC GLOBAL MEDIA BERKOLABORASI DENGAN ASTRO ANJURKAN ONE ASTRO FAN FEST, DENGAN PENAMPILAN ISTIMEWA BINTANG KOREA YEO JIN GOO

Image
KC Global Media dengan kerjasama Astro membawakan ONE Astro Fest yang menjanjikan hiburan Korea terunggul dan aktiviti menyeronokkan dibarisi bintang ternama buat rakyat Malaysia.

BUKAN SEKADAR HIBURAN, FILEM "MEREKA YANG TERTEWAS' MENGAJAK PENONTON MERENUNG MAKNA KEHIDUPAN

Image
Diadaptasi dari novel terkenal karya Hasanuddin Md Isa, film 'Mereka Yang Tertewas' arahan Dato' Zulkeflie M. Osman menampilkan sebuah kisah yang kaya akan nilai-nilai keagamaan dan kemanusiaan. "Mereka Yang Tertewas" mungkin bukan filem yang akan membuat anda terpegun dengan efek visual meletup atau alur cerita yang penuh kejutan seperti filem-filem Hollywood. Namun, jangan salah sangka, filem ini hadir dengan misi yang jauh lebih dalam. Di era di mana filem-filem bergenre fantasi dan penuh aksi mendominasi layar lebar, "Mereka Yang Tertewas" hadir sebagai sebuah karya yang menyegarkan. Filem ini tidak hanya menghibur, tetapi juga mengajak penonton merenung makna kehidupan. Filem ini dibintangi oleh barisan pelakon ternama seperti Zaidi Omar, Fiza Halim, Fad Anuar, Sherie Merlis, Adam Shahz, Mubarak Majid dan turut dibantu oleh Dato’ Hilal Azman. “Mereka Yang Tertewas” mengetengahkan sebuah cerita yang lebih berlatarbelakangkan penerapan Islam dalam hid...

SYARIKAT MOBILITI TERKEMUKA DI EROPAH, BOLT, MELANCARKAN PERKHIDMATAN E-HAILING DI LEMBAH KLANG

Image
Penduduk Lembah Klang kini boleh menggunakan penyelesaian mobiliti baharu untuk bergerak di sekitar bandar dengan cepat, selesa, dan efisien dengan pelancaran perkhidmatan e-hailing Bolt.

SHOPEE SUPERSTAR AWARDS 2024: MERAIKAN PENCAPAIAN TERUNGGUL E-DAGANG DI MALAYSIA

Image
Shopee Superstar Awards 2024, yang berlangsung di The Agam Kuala Lumpur, meraikan pencapaian bakat cemerlang Malaysia dalam menyokong pertumbuhan e-dagang negara. Lebih daripada 500 hadirin, termasuk afiliasi utama Shopee dan peneraju industri, berkumpul untuk menghargai kreativiti dan semangat keusahawanan yang diserlahkan oleh para pemenang dalam memajukan pasaran digital Malaysia. Selebriti tempatan dan Duta Jenama Shopee, Dato Seri Vida dan Izzue Islam, turut mempersembahkan tarian Shopee 11.11 Jualan Hebat di pentas.

TIKTOK SHOP SOKONG PMKS TEMPATAN DAN EKONOMI DIGITAL MENERUSI BAUCAR RM11 JUTA SEMPENA 11.11 MEGA SALE

Image
Platform e-dagang berlandaskan kandungan yang terkemuka, TikTok Shop, hari ini mengumumkan suntikan baucar bernilai RM11 juta sempena 11.11 Mega Sale yang akan berlangsung dari 7 sehingga 11 November 2024. Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) tempatan serta ekonomi digital Malaysia dijangka menerima manfaat daripada jualan dalam talian terbesar tahun ini, yang memperlihatkan TikTok Shop menyokong pertumbuhan usahawan dengan memperkenalkan pelbagai tawaran istimewa. Usaha ini termasuk pemberian kereta sebagai hadiah eksklusif siaran langsung dan tawaran buat pertama kalinya baucar Penghantaran Percuma untuk semua platform sempena jualan 11.11, yang boleh digabungkan bersama baucar diskaun lain*.

NIKMATI CITA RASA MALAYSIA SETIAP HARI BERSAMA PES TEMPATAN AYAM BRAND

Image
Fakta: Setiap kali rakyat Malaysia mengembara ke luar negara, ia tidak mengambil masa yang lama untuk merasai kerinduan hidangan tanah air. Anda tidak perlu berasa rindu untuk merasai masakan Malaysia yang kaya dengan rasa asli di rumah sendiri hanya dengan menggunakan pes masakan Ayam Brand.

FESTIVAL WALK THE DOC KE-3 KEMBALI KE KUALA LUMPUR, MERAYAKAN PESONA LAMA BANDAR RAYA MELALUI LENSA GLOBAL

Image
Festival Walk The Doc, program film dokumentari antarabangsa yang sangat dinantikan, kembali untuk edisi ke-3, bakal berlangsung dari 19 – 21 November di Stadium Merdeka yang ikonik di Kuala Lumpur. Festival tahun ini akan menampilkan tema yang memikat, "Kuala Lumpur: Old Charm," meraikan warisan budaya yang kaya dari ibu kota Malaysia dan kemunculannya sebagai hub kreatif yang dinamik.

DARI DUBLIN KE RESORTS WORLD GENTING: RONAN KEATING BERSEDIA UNTUK PERSEMBAHAN YANG MENAKJUBKAN DI ARENA OF STARS PADA 15 FEBRUARI!

Image
Resorts World Genting, resort bersepadu terkemuka di Malaysia membawa anda menghayati perjalanan nostalgia penuh kecintaan dan alunan irama balada yang menyentuh jiwa di mana penyanyi-penulis lagu ternama serta pemegang anugerah dari Ireland. Ronan Keating, akan kembali dengan persembahan yang amat dinanti-nantikan di Arena of Stars pada 15 Februari 2025, jam 6 petang! 

BUNKFACE BAWAKAN SINGLE TERBAHARU YANG LEBIH KERAS DENGAN "MEMBERONTAK"

Image
Kumpulan punk rock Malaysia, Bunkface, kembali dengan penerbitan single terbaru mereka, "MEMBERONTAK", yang telah dilancarkan pada 18 Oktober 2024 di pla orm rasmi digital mereka (Spotify , Youtube etc).

TOMOK X SITI NORDIANA PERTAMA KALI BERGABUNG UNTUK KONSERT MEMORI MUNGKIN BERULANG

Image
Konsert Memori Mungkin Berulang menampilkan Tomok dan SiƟ Nordiana berkongsi pentas menyanyikan lagu popular mereka sepanjang lebih 20 tahun dalam indusri muzik tanah air. Konsert ini berlangsung pada 1 Februari 2025 bertempat di Zepp Kuala Lumpur. Tomok yang juga penganjur konsert di bawah syarikatnya POPSICLE RECORDS amat berbesar haƟ kerana ini kali pertama bergabung dengan SiƟ Nordiana untuk mengimbau memori lama mereka yang mulakan karier nyanyian sejak di bangku sekolah. “Pelbagai kejutan akan dipersembahkan sepanjang konsert ini berlangsung terutama lagu-lagu hits kami akan dinyanyikan sama ada saya mahupun Nana. Sepanjang kami bergelar penyanyi ini kali pertama kami berkolobarasi untuk demi penyokong dan peminat. “Konsert ini juga akan kami mengimbau kenangan lagu Nana duet bersama dengan Allahyarham Achik yang akan dinyanyi oleh saya. Saya yakin lagu-lagu hits seperƟ Memori Berkasih, Resipi Berkasih dan Gurauan Berkasih akan ditunggu-tunggu oleh semua peminat. “Harga Ɵk...

HARVEY NORMAN LANCAR CAWANGAN UTAMA DI MID VALLEY MEGAMALL, PERKUKUH STRATEGI PERNIAGAAN DAN PENGEMBANGAN DI SELURUH MALAYSIA

Image
Harvey Norman, pembekal produk kelengkapan rumah terkemuka dari Australia pilhan rakyat Malaysia, mencatatkan pencapaian signifikan menerusi pembukaan cawangan utamanya di Mid Valley Megamall. Cawangan istimewa ini dirasmikan oleh Patricia Lee, Pengarah Pelaburan Kanan Suruhanjaya Perdagangan dan Pelaburan Australia. Pengembangan terbaharu oleh Harvey Norman Malaysia ini menggabungkan inovasi dengan kemudahan pelanggan, sekaligus memberikan nafas baharu dalam penjualan kelengkapan rumah dan gaya hidup di Malaysia.