MERAIKAN #1YEARISNEVERENOUGH BERSAMA SKYLINE LUGE KUALA LUMPUR


Skyline Luge Kuala Lumpur berbesar hati meraikan ulang tahun pertamanya, yang mencatatkan satu tahun dalam membawakan pengalaman unik, keterujaan menakjubkan, dan momen berharga buat pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat. Sejak pembukaannya, Skyline Luge Kuala Lumpur telah menjadi destinasi yang wajib dikunjungi, menggabungkan keseronokan perlumbaan bertenaga graviti dengan keindahan alam semulajadinya.

Mengulas mengenai pencapaian tersebut, Gavin Barnes, Pengurus Besar Skyline Luge Kuala Lumpur, berkongsi, "Sambutan ulang tahun ini bukan sekadar meraikan kejayaan kami. Namun, sambutan ini juga merupakan tanda penghargaan terhadap sokongan luar biasa yang diterima daripada komuniti, pengunjung, dan rakan kongsi kami. Sepanjang tahun lalu, kami telah menerima kunjungan yang begitu ramai daripada penggemar aktiviti luar dan seisi keluarga yang menjadikan Skyline Luge sebahagian daripada kenangan berharga mereka. Sambutan ini juga menzahirkan rasa terima kasih dan memperlihatkan komitmen kami untuk menawarkan lebih banyak pengalaman menakjubkan pada masa hadapan."

Disokong oleh legasi 60 tahun inovasi dan kecemerlangan Skyline Enterprises, Skyline Luge Kuala Lumpur meletakkan dirinya dengan begitu pantas sebagai penanda aras dalam aktiviti hiburan serta aktiviti mendebarkan di rantau ini. Sambutan ulang tahun pertama ini membuktikan sokongan berterusan daripada komuniti tempatan serta dedikasi Skyline untuk terus melangkaui batasan.

SAMBUTAN SEPANJANG BULAN

Bagi meraikan sambutan istimewa ini, Skyline Luge Kuala Lumpur akan menganjurkan siri acara hujung minggu sepanjang bulan yang menggalakkan penglibatan komuniti di samping menawarkan pengalaman menarik buat pengunjung daripada semua peringkat umur. Sambutan ini akan berlangsung setiap hari Sabtu dan Ahad, dengan menampilkan pelbagai aktiviti menarik.

Senarai Aktivit Utama:
  • Persembahan Muzik Secara Langsung: Kumpulan muzik tempatan akan memeriahkan suasana menerusi persembahan hiburan yang rancak.
  • Bazar Komuniti: Pengunjung berpeluang mengunjungi pelbagai gerai yang unik menerusi barisan vendor tempatan yang berbeza setiap hujung minggu. Daripada snek buatan tangan sehingga ke kraftangan, sentiasa ada sesuatu yang baharu untuk dialami.
  • Aktiviti Mesra Keluarga: Permainan dan cabaran interaktif membawakan keceriaan kepada kanak-kanak dan orang dewasa. Selain itu, pengunjung juga berpeluang membeli tiket untuk merasai debaran menaiki Skyride dan perlumbaan mendebarkan menuruni trek Luge!
Promosi Istimewa Luge:
  1. Pin Enamel Ulang Tahun Pertama. Pengunjung yang membeli mana-mana lima tiket kombo Luge + Skyride secara dalam talian atau di kaunter akan memperoleh pin enamel eksklusif #1YearIsNeverEnough sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun. Tempoh Tawaran: 1 sehingga 31 Disember atau selagi stok masih ada.
  2. RM1 untuk Satu Skop Aiskrim Dengan setiap pembelian empat atau lima tiket kombo Luge + Skyride secara dalam talian, tambah RM1 untuk mendapatkan satu skop aiskrim di Luge View Café. Tempoh Tawaran: 1 sehingga 20 Disember (Hanya ditawarkan pada hari Isnin sehingga Jumaat)
  3. Adakah Anda Teruja Dengan Luge? Nikmati minuman istimewa sempena sambutan ini, secara eksklusif di Luge View Café dengan harga RM20. Hidangan sempurna untuk melengkapkan pengalaman anda! Tempoh Tawaran: 26 November 2024 sehingga 1 Januari 2025
  4. Jika anda telah mendaftar untuk Mel Elektronik Langsung (EDM) kami, nantikan beberapa promosi eksklusif yang akan datang! Pelanggan EDM Skyline Luge Kuala Lumpur berpeluang menikmati diskaun 50 peratus untuk tiket seterusnya apabila membeli dua set tiket kombo lima Luge + Skyride! Tempoh Tawaran: 1 sehingga 20 Disember (boleh ditebus dengan kod promosi khas yang dihantar melalui e-mel)

SERTAI SAMBUTAN

Skyline Luge Kuala Lumpur mengalu-alukan kehadiran semua untuk menjadi sebahagian daripada sambutan istimewa ini. Untuk pembelian tiket dan mendapatkan maklumat terkini mengenai jadual acara, promosi eksklusif, dan hadiah menarik, layari laman web atau ikuti media sosial:

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

NESTLÉ MALAYSIA DAN BSMM BERGANDING BAHU MEMBANTU PENDUDUK TERJEJAS BANJIR : 5,000 KOTAK BARANGAN MAKANAN ASAS DISEDIAKAN BARISAN SUKARELAWAN

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?