SEEN FESTIVAL BAWAKAN BARISAN BINTANG K-POP NCT DREAM, WAYV, KARD & ALICE KE MALAYSIA

CM Live bakal mempersembahkan SEEN FESTIVAL di Kuala Lumpur 2023, yang menampilkan barisan bintang popular seperti NCT DREAM, WayV, KARD dan ALICE untuk menghibur peminat tempatan di Arena Axiata, Bukit Jalil pada hari Sabtu, 28 Januari 2023 mulai 6:00 petang. Impian peminat NCT DREAM untuk menonton persembahan mereka pasti menjadi kenyataan. Kumpulan yang popular dengan lagu Chewing Gum dan My First and Last serta lagu-lagu hits yang lain itu memulakan kerjaya mereka pada 2016 di bawah pengurusan SM Entertainment. NCT DREAM mencipta sejarah K-pop apabila mereka menjadi kumpulan termuda yang mencapai status jutawan menerusi penjualan album penuh pertama mereka iaitu Hot Sauce. Menyertai barisan festival ialah WayV, yang bermaksud "We Are Your Vision", kumpulan lelaki yang ditubuhkan oleh SM Entertainment. Mereka memulakan kerjaya pada tahun 2019 dengan album single digital The Vision dan memenangi Anugerah Artis Asia Baharu Terbaik di Anugerah Muzik Asia Mnet pa...