SEEN FESTIVAL BAWAKAN BARISAN BINTANG K-POP NCT DREAM, WAYV, KARD & ALICE KE MALAYSIA

 

CM Live bakal mempersembahkan SEEN FESTIVAL di Kuala Lumpur 2023,  yang menampilkan barisan bintang popular seperti NCT DREAM, WayV, KARD dan ALICE untuk menghibur peminat tempatan di Arena Axiata, Bukit Jalil pada hari Sabtu, 28 Januari 2023 mulai 6:00 petang. 

Impian peminat NCT DREAM untuk menonton persembahan mereka pasti menjadi kenyataan. Kumpulan yang popular dengan lagu Chewing Gum dan My First and Last serta lagu-lagu hits yang lain itu memulakan kerjaya mereka pada 2016 di bawah pengurusan SM Entertainment. NCT DREAM mencipta sejarah K-pop apabila mereka menjadi kumpulan termuda yang mencapai status jutawan menerusi penjualan album penuh pertama mereka iaitu Hot Sauce. 

Menyertai barisan festival ialah WayV, yang bermaksud "We Are Your Vision", kumpulan lelaki yang ditubuhkan oleh SM Entertainment. Mereka memulakan kerjaya pada tahun 2019 dengan album single digital The Vision dan memenangi Anugerah Artis Asia Baharu Terbaik di Anugerah Muzik Asia Mnet pada tahun yang sama. Berikutan penampilan mereka di SMTOWN Live 2022 pada Ogos tahun ini, mereka membuat kemunculan semula dengan album mini keempat mereka Phantom pada bulan Disember. 

Turut memeriahkan SEEEN FESTIVAL ialah kumpulan KARD bersama empat ahli iaitu BM, J.seph, Somin dan Jiwoo. Mereka memulakan kerjaya pada penghujung 2016 dengan single Oh NaNa dan kemudiannya mencipta fenomena dengan Don't Recall yang mendapat perhatian besar bukan sahaja di seluruh Asia tetapi juga dunia Barat, menandakan kuasa bintang mereka merentasi sempadan. 

Turut membuat persembahan pada festival itu ialah kumpulan gadis 7 ahli ALICE yang terdiri daripada Do-A, Yeonje, Yukyung, Sohee, Karin, EJ dan Chaejeong yang masing-masing melambangkan hati, angin, air, langit, hutan, bintang dan bulan. ALICE membuat penampilan sulung mereka pada tahun 2017 dengan keluaran mini album pertama mereka WE, dan terkenal dengan rangkaian hits mereka termasuk Pow Pow, Summer Dream, JACKPOT, Power Of Love dan DANCE ON. 

Tiket untuk SEEN FESTIVAL di Kuala Lumpur 2023 mula dijual pada hari Jumaat, 13 Januari, pukul
11.00 pagi dengan harga:
 RM788 (SEEN ZONE L & R - Berdiri)
 RM688 (CAT1)
 RM588 (CAT2)
 RM488 (CAT3)
 RM388 (CAT4)

Harga tiket tidak termasuk yuran tempahan RM4. Tiket boleh dibeli di https://my.bookmyshow.com atau hubungi hotline tiket di talian +603 9212 4202.

Untuk info terkini mengenai SEEN FESTIVAL, sila ikuti TikTok @seenfestival,
Facebook @seenfestival, Instagram @seenfestival_official dan YouTube @seenfestival.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM