Posts

Showing posts from October, 2022

KETAMAKAN MENANTU, DENDAM MENTUA DALANG DRAMA TERKINI ASTRO PRIMA, ‘JESNITA’

Image
Mampukah seorang antagonis wanita berubah menjadi heroin? Penonton-penonton Astro Prima bakal disajikan dengan sebuah drama yang memaparkan kisah seorang wanita muda yang dahagakan kemewahan dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mengekalkannya menerusi ‘Jesnita’. Jesnita yang merupakan heroin antagonis drama terkini Astro Prima untuk slot Tiara pasti akan memukau peminat-peminat drama tempatan dengan penceritaan yang penuh helah dan saspens.

METAVERSE : MELANGKAH KE DALAM RUANG BERNILAI $800 BILLION

Image
Metaverse, yang kini semakin menambat hati orang ramai sebagai salah satu teknologi yang paling pesat berkembang di Malaysia merupakan konsep yang menyatukan dunia realiti dengan alam maya. Namun demikian, ramai pihak yang masih tidak sedar sejauh mana metaverse bakal meninggalkan kesan terhadap kehidupan mereka.

KONSERT PERCUMA 'ABSOLUT MUSIC FESTIVAL' BAKAL GEGARKAN BANDAR MALAYSIA

Image
Syarikat Absolut Events & Management Sdn Bhd dengan kerjasama bersama jenama ELFBAR bakal menganjurkan sebuah konsert PERCUMA pada awal November depan. Festival gaya hidup yang berkonsepkan sebuah konsert secara terbuka ini juga akan membawa festival makanan Absolut Food Festival di bawah satu acara, bertempat di Bandar Malaysia, Sungai Besi, Kuala Lumpur. 

PAMERAN LUKISAN MAKANAN RINGAN NOSTALGIA HIPER-REALISTIK OLEH MARGARET LAU DI AVENUE K

Image
Jom kita imbau kenangan di zaman kanak-kanak dengan lukisan makanan ringan yang hiper-realistik di Avenue K. Walaupun nampaknya seperti foto, sebenarnya gambar-gambar yang dipamerkan adalah dihasilkan dengan lukisan tangan oleh pelukis Margaret Lau.

SARANG-K DENGAN MENU K-CRUNCH MARRYBROWN!

Image
  Khas buat pencinta makanan, jom mulakan pengembaraan Around the World sambil berSarang-K bersama Marrybrown, Rangkaian Restoran Perkhidmatan Pantas (QSR) Halal tempatan terbesar dan paling popular di Malaysia. Tersedia di semua cawangan Marrybrown di seluruh negara, rakyat Malaysia kini boleh mengucapkan annyeong dengan menu K-Crunch Marrybrown - hidangan berinspirasikan Korea yang akan menggamit selera dengan keenakan gabungan rasa pedas dan manis.

CHEF DATO’ FAZLEY YAACOB MEMPERKENALKAN MENU AKHIR TAHUN TONY ROMA’S

Image
Tony Roma’s menjemput semua pelanggannya untuk meraikan setiap detik manis bersama yang tersayang dengan tawaran hidangan tulang rusuk istimewa, stik lembut dan makanan laut yang lazat. Restoran mesra keluarga itu berhasrat untuk menjadikan saat-saat istimewa – tidak kira besar atau kecil - Masa untuk Tony Roma's, tempat yang sempurna untuk menikmati pengalaman menjamu selera yang asli, dalam meraikan detik manis bersama.

SUNWAY HEALTHCARE LANCAR RESIDENSI BERFOKUSKAN KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN WARGA EMAS

Image
Sunway Healthcare Group (Sunway Healthcare) akan melancarkan sebuah projek residensi khas untuk warga emas. Projek sulung Sunway Healthcare yang memfokuskan kepada kebajikan, kesihatan dan kesejahtraan warga emas ini dijangka siap pada suku kedua 2023. Projek ini adalah sebahagian daripada usaha Sunway Healthcare dalam memenuhi permintaan tinggi terhadap kediaman warga emas bertaraf eksklusif dan mewah di kawasan sekitar Lembah Kelang.

LEE JAE WOOK BAKAL MERIAHKAN 'KOREA FEST 2022 – EXPERIENCE THE BEST OF KOREA' DI 1 UTAMA

Image
  Anda bersedia untuk menemui aktor kacak dari Korea Selatan, Lee Jae Wook? Jom kita ke Korea Fest 2022 yang bakal berlangsung dari 4 hingga 6 November 2022 di LG Oval, 1 Utama Shopping Centre.

ISTIMEWA MUSIM PERCUTIAN HUJUNG TAHUN 2022 & TAHUN BAHARU 2023

Image
Artikel-artikel menarik bagi meraikan musim percutian hujung tahun, termasuk Hari Krismas dan juga Tahun Baharu 2023.

CYCLE & CARRIAGE & UNDER ARMOUR BEKERJASAMA UNTUK MENGINSPIRASIKAN GAYA HIDUP AKTIF DAN PENGEMBARAAN LUAR RUMAH

Image
Pengedar kereta Mercedes-Benz dan jenama pakaian sukan berprestasi telah menganjurkan bengkel yoga yang dipimpin oleh penyanyi, pelakon dan yogi Malaysia Atilia Haron baru-baru ini. Acara ini adalah selaras dengan komitmen Mercedes-Benz untuk membina kehidupan yang lebih baik dan sihat dengan membawa pengalaman luar rumah dan aktiviti bersenam lebih dekat kepada ke orang ramai di persekitaran dalaman.

MENEROKAI WARNA-WARNI BUDAYA KOREA MELALUI MOKKOJI KOREA 2022 DI MALAYSIA

Image
Selepas Uzbekistan, Malaysia pula akan menjadi lokasi seterusnya untuk “MOKKOJI KOREA 2022” (MOKKOJI KOREA). Acara ini bertujuan untuk mempamerkan gaya hidup serta budaya masyarakat di Korea dan menggalakkan pemahaman antara negara-negara melalui pertukaran budaya dua hala.

PELATAH, PELAWAK DAN SELEBRITI BERGABUNG DEMI KEBAIKAN DALAM ‘OPOCOT NEXT LEVEL’

Image
Astro Warna pasti akan menggamatkan malam Khamis setiap penonton dengan rancangan ‘game show’ popular, Opocot Next Level yang menggabungkan pelatah, pelawak dan selebriti-selebriti terkemuka dalam pelbagai permainan yang menyeronokkan demi kebajikan.

SLOT LESTARY TV3: SINOPSIS 'SENTUHAN NAJWA' LAKONAN AFIFAH NASIR

Image
Satu penyakit itu bukanlah satu asbab untuk berputus asa kerana ia juga boleh dijadikan sebagai kunci pelonjak dalam kehidupan. Najwa seorang gadis remaja yang mengidap HIV meneruskan kehidupannya tanpa pernah meratap atau merungut tentang kisah hidupnya yang selalu menjadi bahan buli di sekolah. Dapatkah Najwa tempuh segala dugaan yang bakal dihadapinya?

SAH MALAYSIA! MENAMPILKAN MASAKAN MI MAGGI® PALING VIRAL

Image
Mi MAGGI® meraikan 51 tahun detik bersejarah bersama rakyat Malaysia menerusi kempen MAGGI® SAH Malaysia! Acara tahunan ini dianjurkan bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan ke-65 dan juga Hari Malaysia ke-59 baru-baru ini. Kempen ini mencapai kemuncaknya di pertandingan akhir dan pesta terbuka bagi meraikan acara terbesar MAGGI® pada tahun ini, bertempat di Malaysia Tourism Centre (MaTiC) yang juga merupakan sebuah mercu tanda seni bina yang bersejarah.

PERTEMPURAN HEBAT DI PROGRAM REALITI MASAKAN TERBAHARU DI TV9!

Image
Kehangatan di dapur kian terasa kerana kini tiba masanya untuk kemahiran para jaguh memasak diuji di medan Dapur Tempur! Program realiti masakan terbaharu di TV9 ini membawakan 8 pasangan keluarga yang unik, dinamik dan mempunyai minat memasak untuk bertanding di Dapur Tempur.

TREVO MENJEMPUT PEMINAT TEGAR BOLA SEPAK MENGUJI KEPAKARAN UNTUK MEMENANGI GANJARAN MENARIK

Image
Di mana ada padang hijau, di situ ada peminat bola sepak. Semua orang ingin menjadi sebahagian daripada aksi, sama ada generasi muda mahupun yang berusia, memberikan sokongan kepada pasukan kegemaran mereka. Pada tahun ini, salah satu acara bola sepak yang menjadi tumpuan dunia kembali dengan membawa bersama keterujaan dan kegembiraan kepada para peminat.

MENGAJAK RAKYAT MALAYSIA AMAL CARA HIDUP LEBIH SIHAT MELALUI CABARAN KECERGASAN

Image
KL Wellness City Sdn Bhd, pembangun berwawasan hab kesihatan bersepadu 360 darjah, meneruskan usaha untuk mentakrifkan semula pengalaman masyarakat terhadap aktiviti sihat dan meningkatkan mutu kehidupan menerusi acara Cabaran Kecergasan Fizikal yang akan diadakan buat julung kalinya pada Disember 2022.

JANJI UNTUK MELUANGKAN DETIK BERMAKNA BERSAMA-SAMA DI PELANCARAN #RIBENABONDINGPLEDGE

Image
Sempena pelancaran kempen Kebaikan Sepanjang Masa, (Timeless Goodness, Timeless Bonds Campaign) Ribena memperkenalkan #RibenaBondingPledge untuk menggalakkan rakyat Malaysia meluangkan lebih banyak masa mencipta kenangan bermakna bersama teman dan keluarga.

NATIONAL THRIVE WEEK MENGETENGAHKAN PESAKIT KANSER TAHAP LANJUT DAN METASTATIK DI MALAYSIA

Image
Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia (BCWA), Rangkaian Kanser Paru-paru Malaysia (LCNM), dan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), bersama-sama dengan Pfizer Malaysia melancarkan “National Thrive Week” yang julung kali diadakan, lantas menghidupkan platform yang memberikan fokus terhadap komuniti kanser tahap lanjut dan metastatik supaya semua orang yang menghidap kanser - biar tahap awal, lanjut, mahupun metastatik - dapat menerima sokongan sama rata sepanjang kehidupan mereka.

NESTLÉ EVERYDAY MENJANA KHASIAT 10,000 KELUARGA PPR DENGAN PEK ‘BEKALAN NUTRISI’

Image
Penduduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) kini boleh menikmati pemakanan lebih sihat menerusi kempen #HariHariEveryday anjuran Nestlé EVERYDAY.  Menerusi kempen tersebut, Nestlé EVERYDAY telah mendorong rakyat Malaysia untuk menjana khasiat 10,000 keluarga yang kurang berkemampuan di seluruh Semenanjung Malaysia menerusi sumbangan pek ‘Bekalan Nutrisi’.

KEMPEN ‘BEYOND #MISSINGJAPAN DILANCAR ’ SEMPENA PEMBUKAAN SEMULA NEGARA JEPUN

Image
Japan National Tourism Organization (JNTO) dan All Nippon Airways (ANA), syarikat penerbangan terbesar di Jepun, telah melancarkan kempen “Beyond #MissingJapan” berikutan berita bahawa Jepun bercadang untuk membuka semula sempadan negara kepada pelancong antarabangsa. 

“ADUHH!!!” LAGU SATIRA MALAYSIA GANDINGAN DOUGLAS LIM & SONAONE KINI MULA MENCURI PERHATIAN

Image
Sebuah kolaborasi di antara Def Jam Malaysia bersama Alternate Records telah melahirkan projek kerjasama Douglas Lim dan SonaOne melalui karya-bersama pertama mereka berjudul “ADUHH!!!”. Lagu yang agak nakal dengan melodi rancak serta ‘hook’ yang hebat ini pasti akan meninggalkan kesan dalam ingatan semua yang mendengar.

ROYAL CANIN DI EKSPO KUCING 2022 TINGKATKAN KESEDARAN TERHADAP KEPENTINGAN PENJAGAAN VETERINAR

Image
Dari 30 September sehingga 2 Oktober 2022, para penggemar haiwan peliharaan dan pemilik kucing telah membanjiri Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE untuk mengunjungi edisi kelima Ekspo Kucing. Hadir kembali sebagai salah sebuah syarikat utama yang mengambil bahagian dalam pameran haiwan peliharaan terbesar Malaysia, Royal Canin telah bertemu dengan lebih 250 pemilik kucing untuk meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan penjagaan veterinar yang tepat pada masanya dan sempurna.

THE HAVEN MUSICAL EXTRAVAGANZA MENAMPILKAN KARYA MUZIK ORKESTRA SIMFONI SELANGOR (SSO)

Image
Pemenang Anugerah All Suite Resort, The Haven Resort Ipoh mempersembahkan The Haven Musical Extravaganza dengan kerjasama Orkestra Simfoni Selangor dan disokong oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian & Kebudayaan. Diadakan selama tiga malam; pada 27, 28 dan 29 Oktober 2022, tetamu dan peminat muzik boleh menikmati penginapan mewah bersama muzik dan makan malam sambil kelilingi persekitaran semulajadi.

IMANTOOFAITH TAMPILKAN ASYA DALAM SINGLE TERBAHARU DENGUNGAN KASIH

Image
Imantoofaith, atau nama penuhnya Mohd Nur Iman Bin Mohd Nor merupakan salah seorang penyanyi muda yang baru sahaja menceburi bidang industri muzik Malaysia. Penyanyi muda berbakat ini bakal mengeluarkan single terbaharunya, berjudul “Dengungan Kasih” bersama salah seorang penyanyi wanita Asya yang juga seorang pelajar jurusan seni tari kebudayaan dan tradisional. 

MICHELIN GUIDE RAI PENAMPILAN SULUNGNYA DI MALAYSIA

Image
MICHELIN Guide mengumumkan kemunculannya di Malaysia hari ini, meliputi dua hab kulinari utama iaitu Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, di mana ia akan mengumumkan restoran dan hotel pilihannya pada Disember 2022. MICHELIN Guide yang menjadi idaman ramai mengiktiraf bakat-bakat kulinari terbaik dan pengalaman gastronomi terkini yang ditawarkan oleh destinasi berkenaan, berdasarkan kepada pemeriksaan bebas dan kriteria pemilihan syarikat tersebut.

MERIAHKAN PERAYAAN DEE-PAU-VALI INI BERSAMA FOODPANDA

Image
Sempena perayaan Deepavali yang kian menjelang, foodpanda Malaysia bakal membawakan senyuman kepada semua rakyat Malaysia dengan promosi dan tawaran Deepavali yang hebat seperti berikut: Penghantaran & Pengambilan Makanan Gunakan kod promosi PESTAPANDA untuk diskaun 50% (had RM13.50) untuk pesanan makanan dengan nilai pesanan minimum RM25.00. Juga, anda boleh mendapat potongan RM10 dengan kod promo SEPULUH, dengan nilai pesanan minimum RM35.00. Sementara stok masih ada. Selain itu, anda boleh menerima potongan 40% (terhad pada RM8.00) dengan nilai pesanan minimum RM20.00 di restoran terpilih dari jam 2.00-5.00 petang setiap hari dengan kod promo ORDERNOW. Sementara stok masih ada. Masukkan kod promo FREEDEL untuk penghantaran percuma dengan nilai pesanan minimum RM25.00. Sementara stok masih ada. Nikmati pizza dengan taburan cheddar yang lebih rangup dan menyelerakan di Pizza Hut. Nikmati diskaun 75% dari 1 Oktober hingga Disember dengan kod promosi, PESTAPANDA. Sementara stok masi

REVIEW: SIKU 12: LANGKAH DERHAKA - LAKONAN SYAFIQ KYLE MEMBERI IMPAK

Image
Apakah itu Siku 12? Sebelum kita mulakan review, marilah kita ketahui apakah itu Siku 12. Siku 12 ini adalah ilmu persilatan seni silat tua Melayu yang dikatakan berasal dari Pulau Pinang dan tercipta semasa zaman penjajahan Jepun. Di zaman Jepun dahulu, penduduk Malaya telah dilarang untuk mengadakan perjumpaan atau latihan seni bela diri. Seorang lelaki bernama Sheikh Mohamad Ghulam Merah, juga dikenali sebagai Dada Meah menyedari bahawa komuniti di Malaya perlukan cara untuk membela diri daripada penjajah Jepun. Dada Meah yang juga pengamal pelbagai seni bela diri, dia telah mencipta Siku Dua Belas yang merupakan campuran banyak jenis silat. Antaranya, silat, tomoi (Muay Thai), judo, jiu-jitsu, silambam, yoga, kenjutsu dan juga taichi. Walaupun Siku 12 tidak sepopular seni bela diri yang lain, ia mungkin akan berubah dengan adanya filem Siku 12: Langkah Derhaka. Berbalik kepada review filem Siku 12: Langkah Derhaka. Filem arahan Azhari Zain memiliki kekuatan tersendiri kerana menonj

10 PENGHIBUR JAZZ BERPENGARUH BERHIMPUN DI KUCHING JAZZ, NANTIKAN AFGAN, PHUM VIPHURIT & NORYN AZIZ!

Image
Setelah sempat tertunda dua tahun kerana pandemik yang melanda dunia, Kuching Jazz kembali! Kuching Jazz atau Kuching Waterfront Jazz Festival yang merupakan sebuah ‘acara muzik wajib’ di Sarawak ini akan kembali menghangatkan dan memenuhi dahaga pendengar genre tersebut pada 28 dan 29 Oktober 2022 ini.

KONSERT PERSAHABATAN JEPUN X MALAYSIA & ACARA JACE (JAPAN ARTS, CULTURE, ENTERTAINMENT)

Image
BACK-ON Toybox Projects telah mengumumkan dua acara utama; Konsert Persahabatan Jepun x Malaysia 2022 pada 30 Oktober dan acara JACE (Seni, Budaya, Hiburan Jepun) 2022 yang berlangsung dari 28 Oktober hingga 13 November 2022.

MONKI BAKAL BUKA GEDUNG KE-7 BERKONSEP SERBA BAHARU DI PAVILION KUALA LUMPUR

Image
Sejak Januari 2022, Monki telah membuka stor pop-up di Pavilion KL. Ruang sementara ini bakal memberi laluan kepada sebuah gedung berkonsep serba baharu yang mana pelanggan boleh mendapatkan segala keperluan berfesyen - daripada pakaian harian kepada pakaian untuk hari atau majlis istimewa dengan  harga yang kompetitif -  semuanya diilhamkan daripada gabungan gaya jalanan Asia dengan estetika Scandinavia yang cool. 

KENANGAN COFFEE MELEBARKAN SAYAP KE MALAYSIA DENGAN KEDAI SULUNG DI SURIA KLCC

Image
Kopi Kenangan, rangkaian kedai kopi terkemuka dari di Indonesia secara rasmi telah melebarkan sayapnya ke Malaysia dengan pembukaan kedai sulungnya di Suria KLCC. Majlis pelancaran itu disempurnakan oleh pengasas bersama Kopi Kenangan iaitu Edward Tirtanata, Ketua Pegawai Eksekutif dan James Prananto, Ketua Pegawai Pembangunan Perniagaan.

SURIA KLCC PACU KESEDARAN KESIHATAN MENTAL DENGAN PELANCARAN KEMPEN KESEDARAN MENTAL SELAMA SEBULAN

Image
Isu kesihatan mental tidak lagi asing di kalangan masyarakat dan wajar diberikan perhatian sepenuhnya. Topik kesihatan mental telah menjadi satu isu umum yang melanda rakyat Malaysia sebelum kewujudan COVID-19, dan kini semakin berleluasa semakin kita menginjak ke fasa endemik. Tanggapan masyarakat dan stigma negatif adalah cabaran utama bagi mendepani isu kesihatan mental di Malaysia pada hari ini.

HOSPITAL PANTAI AMPANG MENYOKONG PENDIDIKAN KESEJAHTERAAN WANITA DAN SARINGAN PENGESANAN AWAL

Image
Hospital Pantai Ampang (PHA) akan menganjurkan acara untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pemeriksaan kesihatan secara berkala bagi penjagaan pencegahan untuk semua wanita. Sepanjang bulan Oktober, secara tradisinya bulan untuk kesedaran kanser payudara, PHA akan mengadakan tawaran istimewa di hospital serta gerai "PINK" di lobi hospital untuk meningkatkan kesejahteraan wanita. 

PERADUAN DON PANI PURI TAWAR HADIAH LUMAYAN – KERETA PROTON X50 & PERCUTIAN KE EROPAH

Image
  Don Pani Puri yang merupakan food truck yang menjual pani puri pertama di Malaysia sedang menganjurkan peraduan sempena Pesta Deepavali Brickfields 2022 di tapak meletak kereta terbuka di sebelah Nu Sentral. Peraduan ini telah diumumkan di majlis sidang media pada 14 Oktober 2022.

MALAYSIA LANCAR LOKASI PROGRAM DE RANTAU KEDUA DI LANGKAWI

Image
Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Annuar Haji Musa hari ini melancarkan lokasi kedua program DE Rantau di Pulau Langkawi, Kedah bagi memperluaskan lagi destinasi pilihan nomad digital untuk melancong sambil bekerja di Malaysia, di samping memacu pendapatan komuniti setempat dan mendorong pertumbuhan ekonomi digital negara.

AEON LANCAR DRAMA BERSIRI YOUTUBE “SAYAP BAGIMU” LAKONAN ALIF SATAR & SITI NURDIANA

Image
Sempena sambutan ulang-tahunnya yang ke-38, AEON CO. (M) BHD. (AEON) terus melebarkan sayapnya untuk mendekatkan diri dan menggiatkan lagi penglibatan bersama pelanggan dengan melancarkan drama bersiri Sayap Bagimu di majlis “Tayangan Gala dan Sidang Akhbar Sayap Bagimu” yang diadakan TGV, AEON Mall AU2, Kuala Lumpur baru-baru ini.

LEONA CHIN DAN MORAC GO KART 1 UTAMA MEMPERKENALKAN THE PINK STUFF SODI LADIES CUP!

Image
Sukan permotoran adalah sesuatu yang harus dinikmati oleh semua lapisan masyarakat, tanpa mengira faktor umur atau jantina. Dalam usaha untuk menggalakkan dan memotivasikan lebih ramai wanita untuk mengambil bahagian dalam sukan permotoran, Morac Go Kart Track 1 Utama bersama Cik Leona Chin telah bergabung tenaga dalam menganjurkan ‘The Pink Stuff SODI Ladies Cup’ buat julung kalinya. Pertandingan istimewa ini adalah yang pertama seumpamanya di mana ia terbuka secara eksklusif untuk wanita supaya mereka boleh bersaing dan menyerlahkan bakat terpendam mereka dalam sukan permotoran.

LEE CHONG WEI BUAT PENAMPILAN SULUNG DI MADAME TUSSAUDS SINGAPURA

Image
Sekian lama ditunggu-tunggu sejak pengumuman rasmi pada 2020, Madame Tussauds Singapura akhirnya melancarkan patung lilin bekas pemain badminton No.1 dunia, Lee Chong Wei baru-baru ini.

SUPLEMEN C’YOUNG GLOWING: CARA MUDAH UNTUK BEBAS JERAWAT

Image
C’Young Glowing adalah suplemen yang direka khas untuk merawat masalah kulit berjerawat dan membantu kulit kelihatan lebih cerah dan berseri. Penjagaan kulit yang sensitif tidak mudah. Amalan diet sihat, minum air yang mencukupi, dan pengambilan suplemen dapat membantu proses rawatan pembaikan kulit yang berjerawat.

SUPLEMEN JELLILABS DEEPSLEEP GUMMIES UNTUK MENANGANI MASALAH KECELARUAN DAN KERESAHAN

Image
Kepesatan dunia kini membuatkan ramai dari kita yang mengalami masalah tidur yang tidak berkualiti. Lingkungan rakyat Malaysia hanya memperolehi 6.3 jam waktu tidur berbanding dengan waktu tidur yang disyorkan 7 ke 9 jam untuk memperoleh hari yang lebih baik dan produktif. Jellilabs Deepsleep memahami masalah anda! Dengan dos yang mencukupi dari bahan-bahan semulajadi terbaik seperti Melatonin, L-Theanine, Vitamin B6 dan B12, anda akan mendapatkan tidur yang berkualiti dengan lebih mudah dan tenang. "Kami amat memahami dengan pergerakan dunia yang lebih pantas, waktu tidur kita akan menjadi agak terjejas. Kadang-kala, minda kita dipenuhi dengan permasalahan ditempat kerja dan aktiviti harian. Kerana itulah, terhasilnya Jellilabs Deepsleep untuk membantu anda," kata Tinie, yang merupakan rakan kongsi di Jellilabs Deepsleep. "Kami juga amat memahami bahawa rakyat Malaysia sangat mengambil berat berkenaan bahan-bahan yang terkandung didalam setiap suplemen, kerana itu Jelli

GUARDIAN PERKENAL JENAMA BAHARU DAN EKSKLUSIF DI SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-55

Image
Guardian Malaysia baru-baru ini memperkenalkan barisan jenama baharu dan eksklusif sempena ulang tahunnya yang ke-55 pada Oktober 2022.

YOLO MALAYSIA MEMPERSEMBAHKAN 'NOAH LIVE IN KUALA LUMPUR'

Image
Syarikat penganjur acara kian berpengaruh tempatan iaitu YOLO Malaysia dengan bangganya mempersembahkan band rock paling unggul dari negara seberang, NOAH yang bakal beraksi dalam sebuah konsert paling ditunggu-tunggu di ibu negara ‘YOLO Malaysia - NOAH Live In KL’ pada jam 8:30 malam, 12 November 2022 nanti bertempat di dewan serba canggih, Zepp Kuala Lumpur dengan menawarkan pengalaman berbeza dan luar biasa, belum pernah dirasai di mana-mana lokasi konsert sebelum ini.

ANUTHRA SIRISENA DARI SMJK CHUNG HWA, TENOM MERAIH MALAYSIA TEACHER PRIZE

Image
Anuthra Sirisena telah dinobatkan sebagai pemenang Malaysia Teacher Prize yang pertama. Anugerah yang merupakan Global Teacher Prize versi tempatan ini telah dianjurkan oleh PEMIMPIN GSL dengan sokongan YTL Foundation, mengiktiraf sumbangan cemerlang guru di seluruh negara dan merupakan sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-25 YTL Foundation tahun ini.

GABUNGAN KRIS DAYANTI DAN NORYN AZIZ DALAM KONSERT DUO DIVA

Image
ACO MEDIA dan Asia Momentum Media (AMM) dengan berbesar hati mempersembahkan KRIS DAYANTI & NORYN AZIZ: DUO DIVA LIVE IN MALAYSIA, menampilkan bintang serba boleh Indonesia, Kris Dayanti dan penyanyi jazz dan R&B terkenal Malaysia, Noryn Aziz.