THE HAVEN MUSICAL EXTRAVAGANZA MENAMPILKAN KARYA MUZIK ORKESTRA SIMFONI SELANGOR (SSO)


Pemenang Anugerah All Suite Resort, The Haven Resort Ipoh mempersembahkan The Haven Musical Extravaganza dengan kerjasama Orkestra Simfoni Selangor dan disokong oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian & Kebudayaan. Diadakan selama tiga malam; pada 27, 28 dan 29 Oktober 2022, tetamu dan peminat muzik boleh menikmati penginapan mewah bersama muzik dan makan malam sambil kelilingi persekitaran semulajadi.

Untuk merasai pengalaman ‘Sensurround’ yang pertama seumpamanya, para tetamu resort boleh memilih untuk menikmatinya sama ada di taman di tepi tasik, Amfiteater atau dari keselesaan balkoni di unit mereka melalui pakej muzik istimewa yang disediakan. Persembahan orkestra utama di tasik akan diiringi oleh pemuzik yang ditempatkan di sekitar resort, di pinggir hutan dan di ketiga-tiga bangunan resort.

Konduktor SSO Eugene Pook

Konsert tersebut akan dipersembahkan di bawah kendalian Eugene Pook, nyanyian mezzo-soprano Jiayao Sun, pemain biola antarabangsa Dr Hyungi Kim dan penyanyi Asyraf Farhan Adi Zairi dari Malaysia. Program ini akan merangkumi karya terkenal daripada The Sound of Music, Phantom of the Opera, dan Kitaro, serta karya Orkestra Simfoni Selangor. Semua persembahan akan bermula pada jam 8.00 malam.

Pemain Biola Dr. Hyungi Kim

Peter Chan, Ketua Pegawai Eksekutif, The Haven All Suite Resort, berkata, “Selepas berehat akibat pandemik, kami mahu memastikan industri pelancongan kembali aktif. Rasanya tiada cara yang lebih baik daripada menyediakan percutian hujung minggu untuk pengunjung ke The Haven Resort di Ipoh dengan persembahan muzikal yang indah. Dikelilingi hutan hijau yang indah, tetamu yang tinggal bersama kami dalam tempoh ini akan didendangkan dengan muzik yang dimainkan di pentas terapung di tengah tasik dan menjadikan satu pengalaman yang unik.”

Penyanyi Mezzo-Soprano Jiayao Sun

Beliau menambah, “Dengan idea yang diinspirasikan oleh Festival Muzik Hutan Hujan Sarawak tahunan; kami percaya The Haven Musical Extravaganza berpotensi untuk menjadi acara tahunan yang paling menarik dan tarikan penting untuk Perak. Kami berharap pertunjukan muzikal ini akan menjadi pemangkin kepada banyak lagi acara yang akan mempromosikan Ipoh sebagai Bandaraya Batu Kapur, Muzik dan Seni.”

Penyanyi Asyraf Farhan Adi Zairi

Dato' Rumaizi bin Baharin @ Md Daud, The Mayor of Ipoh, berkata, “Sudah tiba masanya untuk The Haven memperkenalkan Muzikal Ekstravaganza di Ipoh. Usaha memperkenalkan muzikal ekstravaganza ini sememangnya kreatif. Negeri Perak telah mempromosi Ipoh sebagai Bandar Batu Kapur, Muzik dan Kesenian Asia. Penganjuran Muzikal The Haven sememangnya tepat pada masanya. Sokongan sektor swasta, terutamanya dalam usaha mereka untuk mempromosikan Ipoh sebagai destinasi pelancongan utama amat dihargai khususnya untuk pelancong tempatan dan asing.

Setelah wabak ini beransur-ansur hilang, Ipoh dijadualkan terus menjadi perhatian serta menjadi pilihan percutian yang indah untuk para pelancong. Kesan pandemik selama 2 ½ tahun, tidak melemahkan semangat The Haven untuk memulih serta memastikan pertumbuhan Bandaraya Ipoh lebih hebat lagi.

“SSO amat teruja untuk bekerjasama dengan The Haven Resort Ipoh dalam menjayakan pengalaman baharu muzik ini. Siri ini mampu menghimpunkan orang ramai dari semua latar belakang untuk menikmati muzik bertaraf dunia di salah satu suasana paling indah di salah satu bandar bersejarah di Malaysia,” kata Eugene Pook, Pengasas Orkestra Simfoni Selangor.

L-R_ Tuan Haji Khairul Anuar bin Haji Lodin (Pengarah Kanan (Teknikal)), Dr. Richard Ng (Ipoh City Councillor),  Mr Peter Chan (CEO, The Haven), Dato' Rumaizi bin Baharin @ Md Daud (Datuk Bandar Ipoh),  Puan Nurmalis Musa (CO, Tourism Perak), Dato sri Steve Low (CEO Ab Life)

Sebagai penyokong inisiatif yang diketuai oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) dan Lembaga Pelancongan Malaysia dan Kerajaan Negeri Perak, The Haven Resort memahami berapa pentingnya industri pelancongan di Perak untuk meningkatkan ekonomi tempatan. Majlis Bandaraya Ipoh di bawah pimpinan Datuk Bandar Dato' Rumaizi bin Baharin @ Md Daud telah mula mempromosikan Ipoh sebagai Bandaraya Batu Kapur, Muzik & Seni di Asia..

Haven Music Extravaganza adalah acara pertama yang seumpamanya. Cik Nurmalis bt Musa, CEO, Tourism Perak turut hadir di majlis.

Pakej muzikal yang bermula dari RM390++/seorang*, boleh dibeli melalui laman web https://www.thehavenresorts.com/musical-extravaganza, WhatsApp di +6019-759-8285 atau Jabatan Acara, Cik Yee Lai Kuan melalui telefon bimbit/ WhatsApp +6012-570-5498

Pakej yang disediakan termasuk penginapan di suite yang serba lengkap, dan sarapan yang mewah yang disajikan pada pagi berikutnya. Para tetamu juga boleh memilih untuk menambah makan malam bufet antarabangsa untuk melengkapkan pengalaman mereka dengan harga RM75.00 nett.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.thehavenresorts.com/.

*Termasuk, penginapan, tiket ke konsert dan sarapan pagi.



Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI

PROGRAM BAHARU ‘THE HARDEST SINGING SHOW’ CABAR VOKAL DAN KREATIVITI PENYANYI HEBAT TEMPATAN DI ASTRO