Posts

Showing posts from April, 2024

NORYN AZIZ TAMPIL PERTAMA KALI BAWA LAGU DENGAN NUANSA POP BALADA MELAYU KERTAS

Image
Tidak ada yang lebih mengujakan buat Noryn Aziz saat membuka tahun 2024 dengan sebuah cetakan baharu dalam sejarah karier seninya. Setelah sangat sinonim dengan genre Jazz, R&B dan Soul, Noryn membuktikan selaku penyanyi beliau mempunya kredibiliti yang besar dalam ruang lingkup nyanyiannya.

MINISCAPE KEMBALI DENGAN PENGEMBARAAN HUJUNG MINGGU UNTUK LEBIH 200 MINIAC DI MALAYSIA.

Image
MINI Malaysia baru-baru ini menganjurkan MINIscape 2024, hujung minggu yang menerujakan untuk 200 pemilik dan peminat MINI. Pengembaraan bermula dengan kembara jalan raya eksklusif dari Bamboo Hills, Kuala Lumpur, disertai lebih 100 kenderaan MINI berkonvoi menuju utara ke Angsana Teluk Bahang di Pulau Pinang. Sepanjang perjalanan, para peserta melakukan pencarian harta karun istimewa yang menyaksikan mereka merakam serta memuat naik foto pemandangan unik, sekaligus mewujudkan persaingan yang meriah antara satu sama lain sepanjang kembara tersebut.

TIKTOK MALAYSIA DAN KOMUNITINYA MENYEMARAKKAN SAMBUTAN #KONGSIBERSAMA SEMPENA AIDILFITRI TAHUN INI

Image
TikTok, platform utama untuk video berdurasi pendek, meraikan ekspresi diri yang asli dan kreatif dengan Rumah Terbuka Raya, #KongsiBersama yang menyatukan para pencipta kandungan untuk bersama-sama menyemarakkan sambutan Aidilfitri.

MUAZ DAN BELLA BERCINTA? SAKSIKAN LAKONAN MANTAP MEREKA MENERUSI DRAMA TERBAHARU

Image
Terbaharu di Tonton, Leha, Leya Lawa mengisahkan tentang Leha (Bella Astillah), seorang gadis yang berusia 30an kekal teguh, berdikari dan kuat dalam meneruskan legasi bisnes arwah ibunya, butik pengantin di kampung. Leha sentiasa menitikberatkan sudut positif dalam setiap ujian yang melandanya, namun mampukah beliau menempuh segala badai ujian ketika ingin mengembangkan bisnes beliau? Berjayakah Leha membahagiakan dirinya dan keluarga?

ASTRO ORIGINALS PERSEMBAHKAN ‘FRAMED’ GANDINGAN MEERQEEN DAN MIMI LANA BERMULA 3 MEI DI ASTRO PREMIER

Image
Astro kembali mencabar norma naratif industri hiburan dengan mempersembahkan ‘Framed’, sebuah siri premium Astro Originals, terbitan Astro Shaw bersama rakan produksi Independent Pictures Sdn Bhd. Drama rantaian terbaharu ini mempaparkan misteri konspirasi jenayah yang melibatkan takdir dan beberapa kejadian di luar kawalan, bakal bersiaran pada 3 Mei 2024, 9 malam menerusi Astro Premier (Saluran 410) dan episod awal disediakan pada setiap minggu bermula 12 tengah malam melalui platform On Demand, Astro GO dan sooka.

IKAT 2.0: EDISI PULAU PINANG DIBUKA PADA 27 HINGGA 28 APRIL 2024 DI LOFT 29, GEORGETOWN

Image
IKAT 2.0 Edisi Pulau Pinang, sebuah platform yang melestarikan warisan seni tenunan dan tekstil Malaysia akan dibuka secara rasmi kepada orang ramai esok. Dengan berpaksikan tema 'Tradisi Tapestri', IKAT 2.0 Edisi Pulau Pinang memberi peluang unik kepada penduduk wilayah Utara untuk mengetahui lebih dekat tentang keindahan Batik Pantai Timur Malaysia yang kompleks. Bermula daripada motif sehingga teknik dan penciptaan tekstil secara artisan, semuanya bertempat di Loft 29, Georgetown pada 27 - 28 April 2024.

ALYA IMAN DAN NABIL AQIL BERGANDINGAN DALAM SIRI TERBARU ADAPTASI NOVEL ANGGUN MIKAYLA DI VIU

Image
Viu Malaysia, perkhidmatan penstriman video OTT pan-serantau terkemuka PCCW memperkenalkan siri Viu terbaru, Anggun Mikayla yang dibintangi pelakon muda Alya Iman dan Nabil Aqil. Drama bergenre cinta, persahabatan & kekeluargaan ini merupakan adaptasi novel karya penulis Liza Nur dan mendapat sentuhan pengarah drama I Love You, Stupid, Eyra Rahman.

KOLEKSI ANTA KAI 1 'PLAYOFFS' BUAT PENAMPILAN SULUNG DI MALAYSIA

Image
Playoff Away Detik yang sangat dinanti-nantikan oleh peminat dan pemain bola keranjang tempatan kini tiba dengan pengenalan pek ‘Playoffs’ terbaharu hasil kerjasama ANTA, jenama kasut dan pakaian sukan terkemuka, dan ikon NBA, Kyrie Irving. Pengeluaran terbaharu ini menandakan penampilan sulung siri ANTA KAI 1 di Malaysia. Dijadualkan untuk tersedia mulai 27 April 2024 di cawangan ANTA terpilih di seluruh negara, siri terbaharu dalam koleksi ANTA KAI 1 ini akan memperkenalkan dua warna baharu yang diinspirasikan daripada perjalanan istimewa Kyrie Irving dalam sukan bola keranjang.

PERADUAN HARI IBU TV9 - BETAPA HEBATNYA IBU SAYA

Image
Gelaran seorang Ibu adalah gelaran yang paling bermakna untuk setiap wanita di dunia. Tanpa Ibu, tiadalah kita di dunia dan Ibu-ibu yang hebat inilah yang akan melahirkan dan mendidik generasi masa depan di samping membentuk keluarga yang bahagia dan harmoni.

HABIB RAIKAN LEMBARAN BAHARU DENGAN PEMBUKAAN BILIK PAMERAN HABIB SEMUA HOUSE

Image
HABIB, salah satu jenama barangan kemas terkemuka, menandakan sebuah peristiwa bermakna hari ini dengan pembukaan HABIB Semua House, sebuah lokasi penuh nostalgia yang telah membawa HABIB daripada permulaan yang sederhana di Pulau Pinang, ke empayar barangan kemas yang besar di negara. Sejak pembukaan bilik pameran Semua House yang pertama pada tahun 1986, nama HABIB telah sinonim dengan daya ketukangan yang bermutu tinggi dan rekaan barangan kemas yang selari dengan peredaran zaman. 

BMW MALAYSIA MEMPERKENALKAN BMW IX3 EDISI AKHIR BAHARU

Image
BMW Malaysia hari ini melancarkan BMW iX3 Edisi Akhir Baharu, kini dengan kemasan tambahan M Performance yang melengkapkan pakej M Sport, sekaligus meningkatkan lagi penampilan atletik Kenderaan Aktiviti Sukan (SAV) elektrik penuh premium tersebut.

TINGKATKAN KEMAHIRAN BIDANG MUZIK ANDA MELALUI GRAMMY GO™ DI COURSERA

Image
Pernahkah anda bermimpi untuk mengubah cinta anda terhadap muzik menjadi kerjaya? GRAMMY GO™ kini bersedia merealisasikan impian anda! Ia merupakan satu inisiatif dalam talian yang baharu daripada Recording Academy® dengan kerjasama Coursera untuk menawarkan kursus-kursus muzik kepada bakal artis di seluruh dunia. Pengkhususan pertama GRAMMY GO, Building Your Audience for Music Professionals (Membina Peminat Anda untuk Profesional Muzik) akan tersedia mulai April 2024. Malah, GRAMMY GO akan mengembangkan katalognya dengan tawaran Music Production Specialization (Pengkhususan Penerbitan Muzik) yang kini terbuka untuk pra-pendaftaran.

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

Image
Syarikat Power Root Berhad akan terus menyumbangkan sejumlah RM397,787 kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima dengan kempen jualan Oligo yang berlangsung selama hampir satu setengah bulan. Pada bulan Februari yang lalu, Power Root telah menderma sebanyak RM250,000 kepada tabung ini untuk memberikan bantuan kewangan dan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang isu kemanusiaan di Gaza. 

NADEERA HARAP PEMINAT DAPAT MENERIMA LAGU BAHARU UDARA

Image
Perjalanan seninya bermula ketika menjadi juara program realiti popular dan dari situ, bintang bernama Nadeera mula bersinar.

PROGRAM BAHARU ‘THE HARDEST SINGING SHOW’ CABAR VOKAL DAN KREATIVITI PENYANYI HEBAT TEMPATAN DI ASTRO

Image
Astro mempersembahkan program realiti terbaharu, ‘The Hardest Singing Show’, sebuah program kompetitif yang buat pertama kalinya mempertaruhkan ‘showmanship’ sebagai kriteria utama penjurian diikuti dengan vokal barisan penyanyi-penyanyi hebat tempatan. Program ini bakal menemui pelanggan Astro bermula 12 Mei, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka.

FOODPANDA MALAYSIA MENYEMARAKKAN SAMBUTAN AIDILFITRI BAGI RAKAN PENGHANTARAN DI SELURUH NEGARA

Image
Bagi meneruskan semangat memberi sempena Aidilfitri lalu, foodpanda Malaysia, platform penghantaran makanan dan barangan runcit yang terkemuka, mengembangkan lagi inisiatif perayaannya sebagai penghargaan terhadap rakan penghantaran sepanjang musim penuh kemeriahan ini.

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

Image
Berikut adalah beberapa fakta serius tentang pradiabetes. Satu-dalam-10 orang yang mempunyai pradiabetes berkemungkinan besar menghidap diabetes dalam tempoh setahun, manakala tujuh-dalam-10 boleh menghidap penyakit yang sama dalam jangkamasa 10 tahun. Di samping itu, individu-individu ini juga berisiko untuk mengalami penyakit kardiovaskular, kehilangan penglihatan, kerosakan saraf dan penyakit buah pinggang kronik, bahkan sebelum menghidap diabetes.

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI

Image
Suasana Syawal masih lagi terasa dan untuk meneruskan lagi kemeriahan sambutan Aidilfitri tahun ini, platform penstriman terkemuka Asia, iQIYI (disebut ai-chi-yi) mempersembahkan sebuah drama bersiri terbaharu keluarannya yang berjudul ‘RESTU’ yang bakal ditayangkan bermula 26 April 2024 ini pada jam 9:00 malam. Drama bersiri 10 episod ini dibintangi oleh oleh barisan pelakon handalan seperti Remy Ishak, Wana Ali, Siti Elizad, Elizabeth Tan, Puteri Rafasya dan ramai lagi, hasil terbitan bersama syarikat produksi, Infinitus Production dan diarahkan oleh pengarah terkenal tanah air, Heykal Hanafiah.

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

Image
Majlis pecah tanah Combat Baze yang dinanti-nantikan bukan sahaja menjadi satu detik penting dalam evolusi sukan dan hiburan, ia juga sebagai pemangkin untuk peningkatan pelancongan di Malaysia. Terletak di latar langit ikonik Kuala Lumpur, Combat Baze merupakan sebuah tarikan yang pertama seumpamanya di negara dan rantau ini yang merevolusikan pengalaman rekreasi dan menarikan perhatian para pelancong dari seluruh dunia.

JELAJAH EMOSI DALAM 'SACCHARINE' DI KLPAC DENGAN YAYASAN THE ACTORS STUDIO

Image
Yayasan The Actors Studio dengan bangganya mempersembahkan musim pertamanya, Kembali Ke Pangkuan, yang bermula dengan persembahan perdana sebuah drama Malaysia kontemporari yang bertajuk Saccharine dari 16 hingga 19 Mei 2022 di indicine, Pentas Seni KL (klpac). 

FIRETALK 2024 BY NOURUL DEPP KEMBALI SUNTIK MOTIVASI, UBAH MENTALITI

Image
FIRETALK BY NOURUL, sebuah program yang dianjurkan oleh seorang pengasas/ artis/selebriti/ jurulatih kesihatan/ penceramah terkenal tanah air, Nourul Depp (Nourul) telah terbukti menjadi satu platform yang berkesan untuk memberi ruang dan peluang bagi para peserta program ini untuk menyelami potensi diri, bakat, mengubah nilai diri dan juga transformasi kendiri dan pembangunan peribadi yang positif.

PUMA LANCAR KOLEKSI MUSIM PANAS WAVEMULE BERSAMA DUTA KEMPEN ASIA PASIFIK IVE

Image
Jenama sukan antarabangsa PUMA memperkenalkan kempen ‘WAVEMULE’ bersama duta Asia Pasifik - IVE. WAVEMULE adalah satu koleksi francais musim panas WAVE dalam bentuk kasut 'mule' yang sesuai dipakai setiap hari dengan rekaan yang bergaya dan berprestasi.

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

Image
Para pelanggan Astro dijemput hadir untuk memeriahkan ‘HELLO Nu Sentral’, program eksklusif kesetiaan pelanggan yang dibawakan oleh Astro Rewards and NU Sentral, menampilkan pelbagai aktiviti menarik termasuk pra-tonton drama-drama terbaik, sesi beramah mesra bersama bintang-bintang tanah air serta persembahan daripada penyanyi tempatan, pada 27 April 2024, bermula 2 hingga 6.30 petang di Aras 2, MPH Bookstore, NU Sentral Shopping Mall, Kuala Lumpur.

DAPATKAN TANDATANGAN & SESI FOTO EKSKLUSIF ZIANA ZAIN DI SUNGEI WANG PLAZA 21 APRIL INI

Image
Menikmati persembahan atau nyanyian bintang pujaan tidak akan pernah lengkap tanpa tanda dagang seperti memiliki cakera padat, poster mahupun majalah sebagai koleksi peribadi.

ISTIMEWA HARI IBU & BAPA 2024

Image

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

Image
Westlife, salah satu kumpulan pop paling terkenal di dunia sepanjang zaman akan kembali ke Malaysia untuk mengadakan konsert satu malam di lokasi yang terletak kira-kira 1,800 meter dari aras laut. Westlife The Hits Tour 2024 anjuran MMIC Entertainment Group dengan JS Concert Productions sebagai Promoter, akan berlangsung pada 9 Jun, Ahad, 6 petang di Arena of Stars, Resorts World Genting itu pasti akan membuat peminat teruja. 

SITI NURHALIZA BAKAL GEGARKAN RESORTS WORLD GENTING DENGAN KONSERT CINTA DI AWAN OGOS INI!

Image
  Adakah anda peminat lagu-lagu seperti "Purnama Merindu", “Cindai” dan "Anta Permana"? Jangan lepaskan peluang keemasan untuk menikmati dan menghayati persembahan langsung dari Dato’ Sri Siti Nurhaliza pada 10 Ogos 2024, jam 8.30 petang di Arena of Stars, Resorts World Genting! 

MENAMBAT SELERA RAKYAT MALAYSIA DENGAN KEBAIKAN BERASASKAN TUMBUHAN TERBAHARU DARI NESTLÉ

Image
Lebih ramai rakyat Malaysia kini sedar bahawa mereka mempunyai pilihan untuk menikmati minuman berkhasiat yang tidak terhad kepada produk tenusu. Dalam usaha untuk memenuhi pilihan pemakanan yang kian berubah, Nestlé GOODNES menunjukkan bagaimana minuman berasaskan protein tumbuhan semakin mendapat perhatian dengan pilihan lazat yang ditawarkannya.

NESTLÉ HARVEST GOURMET TERUS MEMACU PENGGUNAAN ALTERNATIF PROTEIN TUMBUHAN DI KALANGAN RAKYAT MALAYSIA

Image
Tinjauan GlobalData 2023 baru-baru ini mendedahkan bahawa 59% rakyat Malaysia semakin cenderung untuk mencuba makanan berasaskan tumbuhan bagi manfaat kesihatannya, manakala hampir separuh didorong oleh manfaat alam sekitar daripada pilihan makanan yang lebih lestari ini. 

UJI BAKAT PROGRAM REALITI MEMASAK THE MAVERICK ACADEMY KINI DIBUKA

Image
Akademi Maverick adalah program yang memberi peluang kepada chef terkenal Alvin Leung untuk menginspirasi, membimbing, dan mendorong generasi baru menjadi chef dan pengusaha. Pemohon dari seluruh Asia akan dijemput ke beberapa pusat bandar di Asia, dan mereka harus bersedia untuk menghadapi perjuangan dalam perkembangan kerjaya kuliner mereka.

LAGU 'BEGHAOK RAYA' MEMERIAHKAN LAGI SUASANA HARI RAYA TAHUN INI

Image
  Beghaok Raya terhasil daripada gabungan empat individu Babah Nadeen, Balau, Aretoy & Kiki yang berasal dari negeri Melaka. Mereka terjumpa secara tidak sengaja dia laman aplikasi TikTok. Bermula nya perkenalan di TikTok dan juga mempunyai chemistry yang sangat kuat maka terjalin persahabatan diantara mereka berempat dimana mereka menamakan kumpulan mereka dengan nama “Team BEGHAOK”. Mengikut loghat Melaka, terma beghaok bermaksud membuat bising ataupun huru-hara. Perkara atau suasana berikut sering tercetus apabila hadirnya “Team Beghaok”.

LAGU 'JOGET HARI RAYA' GANDINGAN UNIK RYAN LIAN, REY CHEW DAN KELVIN HAO FENG

Image
Joget Hari Raya gandingan Ryan Lian, Rey Chew dan Kelvin Hao Feng merupakan lagu Hari Raya yang unik dan istimewa kerana lagu berikut dinyanyikan oleh penyanyi berbangsa Cina.

LG MELANCARKAN PUSAT PERKHIDMATAN DAN AKADEMI YANG PERTAMA DI MALAYSIA

Image
Jenama peralatan rumah terkemuka, LG Electronics (M) Sdn Bhd, dengan berbesar hatinya mengumumkan pelancaran Pusat Servis dan Akademi LG yang pertama di Malaysia, yang terletak di Sungai Besi. Pelancaran ini menggariskan komitmen LG untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kepuasan pelanggan di rantau ini.

KEE RAKAMKAN SAAT-SAAT MANIS MASA LALU DALAM LAGU BAHARU 'TAKE ME BACK'

Image
Kee, seorang artis baharu berbakat muncul dengan single terbarunya, 'Take Me Back', yang merangkumi intipati nostalgia dan kenangan yang mendalam. Lagu ini merakam saat-saat manis dan indah yang dikongsi bersama seseorang yang istimewa dan menjemput pendengar untuk memulakan perjalanan emosi menyusuri kenangan masa lalu.

KUMPULAN VOKAL WANITA MALAYSIA DOLLA MEWAKILI MALAYSIA DI RANCANGAN TV REALITI CHINA "SHOW IT ALL"!

Image
Kumpulan vokal wanita DOLLA bakal mewakili Malaysia di China untuk menyertai program realiti “Show It All”! “Show It All” ialah rancangan realiti ‘pertukaran pentas’ yang dicipta oleh Mango TV dengan kerjasama selebriti terkenal Lay Zhang. 

MENDAHULUI NEGARA JIRAN! VERSI SERAM WINNIE THE POOH 2 MENERJAH PAWAGAM MALAYSIA LEBIH AWAL

Image
Saat yang ditunggu-tunggu telah pun tiba! Menjadi fenomena global tahun lepas dengan memperkenalkan Winnie The Pooh versi menggerunkan, filem tersebut kini kembali dengan sekuel yang pasti membuatkan peminat Malaysia tidak senang duduk pada 10 April ini.

IKEA BANTU PERSIAPAN AIDILFITRI YANG MESRA DOMPET, IDEA HIASAN KURANG RM100!

Image
Pemegang lilin GRADVIS RM20* / 3 unit Aidilfitri merupakan sambutan yang sangat bermakna kepada rakyat Malaysia. Tidak kira bertemu dengan yang tersayang mahupun menikmati juadah yang enak, ruang rumah kita sentiasa menjadi tumpuan musim perayaan ini.

RASAI PENGALAMAN JALINAN AIDILFITRI DI MALAYSIA AIRPORTS MUSIM RAYA INI

Image
  Buat julung kalinya, Malaysia Airports bekerjasama dengan Kraftangan Malaysia untuk mempromosikan warisan budaya Malaysia yang berwarna-warni menerusi pameran tekstil. Bertemakan 'Jalinan Aidilfitri: Pesona Kraf Tekstil'. Kempen kolaboratif ini meraikan keindahan rekaan tekstil tempatan yang berwarna-warni dan malar segar seperti Batik, Songket, dan Tenun oleh artis-artis tempatan yang menggambarkan sebuah perjalanan mengenali nadi dan jiwa Malaysia yang memukau.

ALAMI KERIANGAN ‘RIMBA RAYA’ DI PAVILION BUKIT JALIL

Image
Terokai keindahan hutan rimba dengan sambutan ‘Rimba Raya’ di Pavilion Bukit Jalil. Dari 12 Mac hingga 21 April 2024, anda berpeluang menikmati sambutan mempesonakan di ruang legar ‘Centre Court’ Pavilion Bukit Jalil yang bermandi kehijauan. Alami keajaiban alam semula jadi dan keceriaan musim perayaan, tatkala anda bersiar-siar melalui hutan yang berhias cantik sambil menikmati melodi Raya yang berkumandang. ‘Centre Court’ pusat beli-belah itu telah diserikan dengan hiasan perayaan yang unik seperti pepohon gelembung, bunga animasi gergasi, dan rama-rama yang berterbangan bagi menceriakan suasana Raya.

NIKMATI SUASANA ‘HARMONI RAYA’ DI INTERMARK MALL

Image
Intermark Mall ingin menjemput semua ke sambutan ‘Harmoni Raya’ yang berlangsung antara 14 Mac dan 21 April 2024. Sambutan ini menekankan segala hal yang melambangkan keistimewaan Aidilfitri — makanan, muzik, rumah dan filem, selain mengukuhkan komitmen pusat beli-belah itu terhadap Prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG). Dengan peningkatan kesedaran tentang kesan perayaan terhadap alam sekitar, Intermark Mall berazam untuk mengimbangi tradisi dan kesedaran alam sekitar melalui pertunjukan fesyen Raya yang mesra alam oleh kumpulan pereka tempatan, KL6. Kumpulan itu berusaha meminimumkan kesan industri fesyen terhadap alam sekitar melalui ‘Kaedah RRU’– guna semula serta kitar semula (‘recycle’ dan ‘upcycle’), untuk menghasilkan produk yang bergaya dan bermutu tinggi sambil menekankan pengurangan sisa, penggunaan bahan mesra alam, dan etika kerja yang saksama. Singgah ke ‘Bazar Ramadan’ di Tingkat Atrium untuk membeli tudung, aksesori, hiasan rumah dan sebagainya daripada p

DOMINO’S PIZZA LANCARKAN PIZA CHEESE VOLCANO SATE UNTUK CERIAKAN RAMADAN-RAYA!

Image
Sempena Ramadan dan Hari Raya kali ini, Domino’s Pizza memeriahkan lagi suasana dengan melancarkan inovasi terbaharunya Piza Cheese Volcano Sate. Piza yang ditawarkan untuk tempoh terhad ini menjadi hidangan tumpuan yang menambat selera tetamu di Majlis Iftar Bersama Domino’s. Menyusuli kejayaan Cheese Volcano yang telah dilancarkan baru-baru ini, piza sate ini akan menjadi hidangan yang paling sesuai untuk menjamu sanak-saudara yang akan datang beraya kelak.

MAGGI AGIH LEBIH DARIPADA 200,000 PEK BUBUR LAMBUK DI SELURUH NEGARA SEMPENA RAMADAN

Image
Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, MAGGI Malaysia mengukuhkan lagi komitmen kemasyarakatannya melalui beberapa siri inisiatif yang bertujuan meringankan beban masyarakat.

JOEY & MOM UNGGULI TREND DENGAN REKAAN ESTETIK ANGGUN UNTUK IBUBAPA MODEN

Image
Joey & Mom, jenama gaya hidup bayi yang inovatif, sedang membuat kemajuan dalam industri fesyen bayi di Malaysia dengan memperagakan rekaan unik, bergaya dan berkualiti tinggi. Semakin mendapat populariti di kalangan keluarga moden yang mencari lebih sentuhan estetika, Joey & Mom menawarkan produk-produk terbaik yang bersesuaian dengan gaya hidup mereka.

PANGGUNG RTM KHAS RAMADAN “PERANG PANJUT TUJUH LIKUR” DI TV1

Image
Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerbitkan telefilem khas dalam mengimarahkan bulan Ramadan yang mulia ini. Diberi tajuk “Perang Panjut 7 Likur”, ia diarahkan oleh Epo Jenon, Unit Drama TV RTM.

KONSERT UNGU DI KUANTAN BERSAMA ARTIS TANAH AIR 2024 UMUM ARTIS UNDANGAN UTAMA – RATU ROCK MALAYSIA - ELLA

Image
Konsert Ungu di Kuantan Bersama Artis Tanah Air 2024 yang dinanti-nantikan ini akan lebih dihangatkan lagi dengan kemunculan artis undangan utama iaitu Ratu Rock Malaysia - Ella Aminuddin.

SUJUD AIDILFITRI - LAGU RAYA PERTAMA DARI KUMPULAN ROCK SEARCH

Image
Tidak pernah mengeluarkan karya khas sempena hari kebesaran seperti Aidilfitri bukan bermakna kugiran gergasi dan legenda tanah air, Search enggan ikut serta meramaikan pasaran dengan lagu sedemikian.

LEHA - ANGKAT KISAH PENGAWAL KESELAMATAN JADI HERO BANTERAS KES JENAYAH

Image
Kerja sebagai seorang pengawal keselamatan mungkin dilihat antara pekerjaan yang sering dipandang rendah oleh segelintir pihak. Bagaimanapun, kerjaya pengawal keselamatan ini sebenarnya sangat penting dalam mengawal keselamatan di sesebuah kawasan atau premis daripada sebarang kemungkinan.

“CINTA YANG PALING SEMPURNA” VERSI GELAP TAHUN 2024

Image
Lagu "Cinta Yang Paling Sempurna," (CYPS) yang dihasilkan oleh LoQue dan lirik yang ditulis Encik Farid, kini dilepaskan dengan versi gelap tahun 2024. Versi kali ini, MonoloQue berduet bersama vokalis kumpulan Margasatwa iaitu Kimal.