LAGU 'JOGET HARI RAYA' GANDINGAN UNIK RYAN LIAN, REY CHEW DAN KELVIN HAO FENG


Joget Hari Raya gandingan Ryan Lian, Rey Chew dan Kelvin Hao Feng merupakan lagu Hari Raya yang unik dan istimewa kerana lagu berikut dinyanyikan oleh penyanyi berbangsa Cina.

Sedikit mengenai Ryan Lian, beliau merupakan seorang pelakon, penyanyi dari Singapura dan juga Pengasas Longmao Studio Pte. Ltd. Ryan Lian sering memainkan watak sampingan dalam drama Mediacorp selama lebih daripada 15 tahun sebelum dia membuat debut filemnya dalam filem pengarah Jack Neo, “Long Long Time Ago” dan “Long Long Time Ago 2” sebagai Ah Long dimana ianya merupakan kali pertama beliau melakonkan watak utama. Pada tahun 2017, Ryan Lian tampil dalam “Take 2” dan “Ah Boys to Men 4”, di mana dia menjadi peneraju utama pertama dalam bekas filem itu dan mengulangi peranannya sebagai Ah Long. Pada tahun 2024, Ryan Lian juga muncul dalam “King of Hawker” dia adalah peneraju utama dalam filem itu dan peranannya sebagai Ah Dong.

Rey Chew merupakan warganegara Malaysia dan juga salah seorang artis di bawah naungan Longmao Studio Pte. Ltd pada 20 Jun 2023. Beliau sering terlibat dalam penggambaran kandungan yang disiarkan di Facebook, TikTok dan Instagram. Juga mengambil bahagian dalam penggambaran beberapa filem dan siri TV dalam tempoh ini.

Kelvin Hao Feng pula merupakan pengasas Mita Production Company. Beliau juga mempunyai bakat dan pernah menjadi perancang muzik, penerbit dan jurutera rakaman. Dengan pengalaman selama dua puluh lima tahun dalam persembahan pentas dan nyanyian, beliau pernah dijemput untuk membuat persembahan di pelbagai acara di Singapura, Thailand, Indonesia, dan Malaysia. Beliau juga pernah dianugerahkan Singapore Hit Awards kerana telah menjadi salah satu daripada sepuluh penyanyi paling popular.

Bermula daripada berlakon dalam filem yang sama dan juga merupakan penyanyi terkenal di Singapura, ketiga-tiga jejaka berbakat berbangsa Cina ini bergabung menghasilkan karya yang unik dan istimewa iaitu dengan menghasilkan lagu Hari Raya untuk semua. Lagu raya yang dihasilkan mempunyai alunan muzik klasik lagu raya namun di rancakan bagi memeriahkan sambutan hari raya.

Lagu ini boleh mula ditonton secara eksklusif di saluran YouTube MAPMUSIC. Selain itu, Joget Hari Raya ini boleh dimainkan dan didengari melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, iTunes, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer, TikTok dan juga YouTube Music.

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO ORIGINALS PERSEMBAHKAN ‘FRAMED’ GANDINGAN MEERQEEN DAN MIMI LANA BERMULA 3 MEI DI ASTRO PREMIER

MUAZ DAN BELLA BERCINTA? SAKSIKAN LAKONAN MANTAP MEREKA MENERUSI DRAMA TERBAHARU