Berita baik untuk pengemar hidangan bufet! Sempena dengan bulan Ramadan ini, hotel Best Western Petaling Jaya bakal menyajikan Bufet Makan Malam bertemakan `Selera d'Kembali' di restoran Kembali Kitchen, Tingkat 6. Lebih 100 juadah yang lazat menanti anda untuk berbuka puasa. Antara juadah kegemaran ramai yang bakal disajikan adalah Gulai Daging Kawah, Telur Itik Bersama Belimbing Masak Lemak Cili Padi, Ayam Percik Kelantan, Daging Rendang Tok, Paru Berlado, Pucuk Manis Masak Lemak, Sotong Masak Lemak Pucuk Ubi, Udang Mongolian, Ikan Masak Tikka, Daging Kambing Goreng Lada Hitam, Kambing Bakar, Ikan Bakar serta Sotong Masak Kalio. Istimewa tahun ini, Chef Amin bakal memperkenalkan menghidangkan sajian istimewa iaitu Daging Salai Bersama Mangga Muda Masak Lemak Cili Padi yang pastinya membuat pengunjung kecur liur. Kembali Kitchen Restoran Kembali Kitchen terletak di aras 6 Hotel Best Western PJ Kambing Panggang dihidangkan dengan Curly Fries S...