CETAPHIL LANTIK LISA SURIHANI SEBAGAI DUTA JENAMA
Cetaphil® dan pelakon terkenal Malaysia, Lisa Surihani telah berbesar hati mengumumkan kerjasama mereka sepanjang tahun ini dalam usaha membimbing rakyat Malaysia ke arah penjagaan kulit yang lebih sihat. Di pentas media sosial serta melalui penampilan khas di beberapa acara, Lisa akan berinteraktif dengan pengguna untuk berkongsi tip dan maklumat tentang bagaimana hendak mendapatkan kulit yang sihat menggunakan Cetaphil® termasuklah berkenaan rangkaian penjagaan bayi, Cetaphil® Baby.
Pelakon kesayangan Malaysia itu memang terkenal dengan sifatnya yang berkeyakinan tinggi, pemurah, jujur dan amat mengambil berat di samping memiliki kulit sihat yang cantik. Sebagai seorang yang lincah dan mudah didekati, Lisa gemarkan sesuatu yang ringkas terutama sekali berkaitan dengan rutin penjagaan kulit. Atas sebab ini jugalah, Lisa hanya memilih produk penjagaan kulit yang mudah didapati, pragmatik dan dipercayai oleh pakar dermatologi, seperti Cetaphil®.
“Sebagai sebuah jenama yang mempunyai latar belakang dermatologi yang kukuh, kami berbangga mengatakan bahawa produk kami terbukti secara klinikal dapat melindungi dan menyihatkan semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif. Mendengar keinginan ramai pengguna yang mahu memiliki kulit yang lebih sihat telah mendorong kami untuk tampil ke hadapan dan berkongsi cara-cara mudah tetapi berkesan untuk penjagaan kulit yang lembut. Dengan kolaborasi bersama Lisa, kami percaya bahawa misi untuk penjagaan kulit yang sihat akan terlaksana,” kata Cindy Tiu, Pengarah Komersil Galderma Malaysia.
Beliau turut menambah, “Pertama kali kami mendengar Lisa menceritakan pengalamannya menggunakan Cetaphil®, kami rasa sungguh gembira apabila beliau juga turut sama ingin berkongsi pengetahuannya terhadap penjagaan kulit dengan orang ramai. Kerjasama ini adalah bersesuaian pada masa ini dimana Lisa bersedia untuk berkongsi ilmu, manakala kami pula mempunyai kepakaran dalam bidang penjagaan kulit selama 72 tahun. Kini telah sampai waktunya untuk mendedahkan tentang kepentingan memilih produk penjagaan kulit serta rutin yang betul.”
Bagi Lisa pula, kulit yang benar-benar sihat boleh dimiliki dengan menggunakan pembersih yang betul iaitu yang lembut terhadap kulit, bebas sabun, melembapkan, bebas pewangi dan terbukti secara dermatologi tidak menyebabkan iritasi tanpa mengira jenis kulit. Bertentangan dengan kepercayaan popular, pembersih muka seharusnya tidak membuatkan kulit terasa tegang selepas mencuci muka malah ia seharusnya membuat kulit berasa lembut dan lembap. Berdasarkan kaji selidik yang dijalankan oleh Home Tester Club Malaysia di antara bulan Mei hingga Ogos 2018, 99% wanita yang menerima dan mencuba Pembersih Kulit Lembut Cetaphil®, bersetuju yang ia membersih dan melembap secara lembut tanpa mengikis pelindung kulit semula jadi; malah Lisa Surihani merupakan salah seorang yang turut bersetuju.
“Lisa rasa bertuah dapat bergandingan dengan jenama produk penjagaan kulit yang telah menjadi sebahagian daripada hidup Lisa sejak sekian lama. Pembersih Kulit Lembut Cetaphil® selamat untuk semua jenis kulit, termasuk kulit Lisa. Ia membuatkan kulit Lisa lebih sihat tidak kira berapa banyak perubahan yang telah ia lalui. Di samping kebaikan-kebaikannya, kami turut berkongsi kepercayaan yang sama iaitu ‘utamakan kulit yang sihat daripada kecantikan’ yang sememangnya menjadi amalan Lisa sekeluarga. Sepanjang tahun ini, Lisa rasa tidak sabar nak bertemu dengan peminat Lisa serta ramai lagi di luar sana secara lebih peribadi dan berkongsi tip untuk mendapatkan kulit yang lebih sihat dengan Cetaphil®,” kata Lisa Surihani, pelakon.
Sejajar dengan pengumuman tersebut, Cetaphil® dan Lisa akan terus komited dalam menyokong penjagaan kulit sihat dengan cara didikan dan melalui pendekatan yang lebih peribadi.
Comments
Post a Comment