Posts

PENGALAMAN 2 HARI 1 MALAM DI BANDAR YILAN, TAIWAN: KOTA KESENIAN TRADISIONAL DENGAN WARISAN BUDAYA YANG INDAH

Image
Pusat Seni Tradisional Kebangsaan Yilan Daerah Yilan (宜蘭), yang terletak di timur laut Taiwan, adalah sebuah destinasi percutian yang hebat untuk beberapa sebab. Ia terkenal dengan keindahan alam semula jadi, tarikan budaya yang kaya, dan pelbagai aktiviti yang sesuai untuk percutian keluarga. Masa perjalanan ke bandar Yilan dari Taipei mengambil masa kira-kira satu jam, menerusi Terowong Xueshan, menjadikannya sebuah destinasi lencongan hujung minggu yang ideal bagi mereka yang ingin sesuatu yang berbeza dari kesibukan bandar Taipei.

JOM JUMPA PIKACHU DI UNIQLO THE EXCHANGE TRX PADA 13 & 14 NOVEMBER!

Image
Peminat Pokémon di Malaysia, bersedia untuk beramah mesra dengan Pikachu! Jangan lepaskan peluang untuk menemui maskot kegemaran ramai ini, menerokai rekaan eksklusif UTme! Pokémon RUN 30, serta memenangi slot larian khas sempena Pokémon RUN 30.

TAYANGAN KHAS AKSI DAN KUNG FU TEMPATAN & LUAR NEGARA 2026 BERLANGSUNG PADA 14 DAN 15 NOVEMBER

Image
Tayangan Khas Aksi dan Kung Fu Tempatan & Luar Negara 2026 anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Southern Film Culture Foundation akan berlangsung pada 14 dan 15 November 2026 di GSC Mid Valley.

CERRUTI 1881 MEMBUKA LEMBARAN BAHARU DENGAN KIOS BERWAJAH BAHARU DI IOI CITY MALL DAN KOLEKSI JAM TANGAN FW26

Image
Jenama fesyen antarabangsa CERRUTI 1881 membuka lembaran baharu dalam perkembangan jenamanya di Malaysia menerusi pelancaran semula kios berwajah baharu di IOI City Mall, Putrajaya, sekali gus menjadikan Malaysia sebagai pasaran pertama di dunia yang memperkenalkan konsep reka bentuk kios baharu ini. Majlis tersebut turut menyaksikan pengenalan koleksi jam tangan Musim Luruh/Sejuk 2026 (FW26) serta kehadiran istimewa pelakon tanah air, Aedy Ashraf. Dari kiri ke kanan: Billy Lim, Pengarah Jenama A.D. Time Sdn. Bhd.; Kwan Junyi, Pengarah Pembangunan Perniagaan A.D. Time Sdn. Bhd.; M.B. Lim, Pengarah Eksekutif Perniagaan A.D. Time Sdn. Bhd.; pelakon tanah air, Aedy Ashraf; Y.Y. Kwan, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas A.D. Time Sdn. Bhd.; serta Kenny Lim, Pengarah Pembangunan Produk A.D. Time Sdn. Bhd., pada majlis pelancaran semula kios CERRUTI 1881 bertemakan ‘A New Chapter’ di IOI City Mall, Putrajaya.

MOSCOW PELAWA PEMBEKAL MALAYSIA KE MEET GLOBAL MICE CONGRESS (MGMC) 2026

Image
Pengusaha hotel, syarikat pengurusan destinasi (DMC), syarikat penerbangan serta pembekal perkhidmatan acara dari Malaysia dijemput untuk bersemuka secara langsung dengan pembeli antarabangsa di Meet Global MICE Congress (MGMC), yang bakal berlangsung pada 16 hingga 17 Disember 2026 di World Trade Center, Moscow.

BIG BAD WOLF BOOKS BUKA PINTU 'WOLF DEN' BAGI JUALAN KHAS 2026

Image
Buat julung kalinya dalam sejarah, penganjur jualan buku terkemuka, Big Bad Wolf Books, membuka pintu markas utamanya iaitu Wolf Den yang terletak di Wolf House, Shah Alam kepada orang ramai menerusi jualan khas THE WOLF DEN SALE 2026.

EKSPEDISI BAKAU HIJAU: PENGEMBARAAN KAYAK & KHAZANAH ALAM SUNGAI MERBOK

Image
Setiap destinasi mempunyai kisah tersendiri, dan di Kedah, kisah itu mengalir tenang di sepanjang Sungai Merbok. Terletak dalam kawasan Jerai Geopark, sungai yang dikelilingi hutan paya bakau ini bukan sekadar sebuah khazanah alam semula jadi, malah merupakan saksi kepada perkembangan antara tamadun terawal di Asia Tenggara. 

BUKAN HANYA UNTUK GOLFER: ALAMI PESONA PERMAIPURA & THE AAM GLASS CHALET

Image
Di sebalik kehijauan landskap Bedong yang berlatarbelakangkan Gunung Jerai, tersembunyi sebuah destinasi yang menawarkan lebih daripada sekadar permainan golf. Permaipura Golf & Country Club bukan sahaja dikenali sebagai salah satu padang golf terkemuka di Kedah, malah turut berkembang menjadi sebuah hab rekreasi keluarga yang menggabungkan alam semula jadi, aktiviti santai dan pengalaman penginapan yang unik dalam satu lokasi.

MENYUSURI KEINDAHAN GUNUNG JERAI: DARI JEJAK SEJARAH KE PUNCAK AWAN

Image
Menjulang setinggi 1,217 meter dari aras laut, Gunung Jerai bukan sekadar puncak tertinggi di Kedah, tetapi sebuah mercu tanda yang telah menjadi panduan pelayar dan pedagang sejak berabad-abad lamanya. Berdiri megah menghadap Selat Melaka, gunung yang kaya dengan sejarah, legenda dan keindahan alam ini menawarkan pengalaman yang jauh berbeza daripada destinasi tanah tinggi lain di Malaysia. Di sini, pengunjung bukan sahaja dapat menikmati udara yang nyaman dan panorama menakjubkan, tetapi juga menyelami kisah awal perkembangan tamadun serta penyebaran Islam di negeri Kedah.

ROYALE SIGNATURE HOTEL ALOR SETAR: PENGINAPAN STRATEGIK DI KOTA DIRAJA KEDAH

Image
Apabila mengunjungi Alor Setar, memilih penginapan yang strategik mampu menjadikan pengalaman kembara lebih lancar dan bermakna. Terletak di tengah-tengah ibu negeri Kedah, Royale Signature Hotel Alor Setar menawarkan gabungan keselesaan moden, layanan mesra dan lokasi yang ideal untuk meneroka pelbagai tarikan warisan, budaya serta kulinari yang terkenal di bandar diraja ini.

MENYINGKAP KHAZANAH ALOR SETAR, PERMATA BERSEJARAH NEGERI KEDAH

Image
Sebagai ibu negeri Kedah, Alor Setar bukan sekadar pusat pentadbiran, malah sebuah kota diraja yang kaya dengan sejarah, budaya dan warisan yang menjadi kebanggaan negeri Jelapang Padi ini. Di tengah-tengah bandar, bangunan bersejarah berdiri megah bersebelahan pusat perdagangan moden, menggambarkan perjalanan panjang sebuah kota yang pernah menjadi nadi Kesultanan Kedah. Dari istana lama dan masjid ikonik hingga pasar tradisional yang masih meriah, Alor Setar menawarkan pengalaman yang membolehkan pengunjung menyelami sejarah sambil menikmati denyut kehidupan masyarakat setempat. 1. Istana Pelamin (Muzium Diraja Kedah) Tempat yang wajid dikunjungi untuk mengenali sejarah Kesultanan Kedah bermula di Istana Pelamin, sebuah bangunan kayu berusia hampir tiga abad yang kini berfungsi sebagai Muzium Diraja Kedah. Istana yang dibina pada tahun 1735 ini pernah menjadi kediaman rasmi keluarga diraja serta lokasi pelbagai istiadat penting negeri.  Nama "Istana Pelamin" mula terkenal s...

DUSUN RIFFAA: NIKMATI CITA RASA THAI AUTENTIK DI TENGAH KEHIJAUAN DUSUN BUAH-BUAHAN

Image
Bagi kebanyakan pengembara, perjalanan yang hebat selalunya bermula dengan makanan yang hebat. Jika anda berkunjung ke Changlun, Kedah, Dusun Riffaa merupakan destinasi kulinari yang wajar dimasukkan ke dalam itinerari anda. Dikelilingi suasana dusun yang menghijau dan jauh daripada hiruk-pikuk bandar, restoran ini menawarkan pengalaman menjamu selera yang begitu menenangkan. 

JELAJAH SELERA PERLIS: 3 DESTINASI GASTRONOMI YANG HARUS ANDA SINGGAH

Image
Kembara ke negeri Perlis tidak akan lengkap tanpa meneroka kepelbagaian makanan tempatannya. Daripada hidangan makanan laut segar tepi pantai hingga masakan autentik sempadan Thailand, berikut adalah kompilasi destinasi makan menarik yang wajib anda singgah apabila berkunjung ke bumi Perlis: 1. Ghatah Siput Bakaq Bagi pencinta makanan laut dan hidangan shell out tempatan yang unik, ini adalah lokasi yang tidak boleh dilepaskan. Menyajikan pelbagai pilihan hasil laut bercengkerang yang sukar ditemui di tempat lain—seperti siput bakar segar, kerabu kerang-kerangan, hingga sajian belangkas. Menu Utama: Set siput bakar pelbagai variasi, shell out bercili, sotong goreng tepung rangup, dan ikan siakap bakar. Keistimewaan: Menikmati hidangan makanan laut yang masih panas sambil menyaksikan panorama matahari terbenam yang memukau di tepi persisiran laut. Tips: Tiba seawal jam 4:30 petang hingga 6:30 petang untuk mendapatkan meja terbaik di tepi tebing serta mengelakkan barisan panjang pada wa...