Posts

Showing posts from March, 2021

PUTRAJAYA HOLDINGS LANCAR KEMPEN IWD 2021

Image
Bersempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa (IWD), Putrajaya Holdings telah menganjurkan sidang webinar percuma bertajuk "Wanita Dalam Kepimpinan: Mencapai Kesamaan Masa Hadapan Dalam Dunia Covid-19" dengan tema `Matlamat, Perikemanusian dan Inovasi.' Sidang webinar tersebut membariskan lima ahli panel terkemuka dalam pelbagai industri dan latar belakang, yang berkongsi kejayaan mereka di sebalik kepelbagaian.

KUMPULAN K-POP BTS DILANTIK SEBAGAI DUTA GLOBAL COWAY

Image
Dua jenama Korea Selatan yang terkenal di dunia berpadu tenaga untuk menyempurnakan kehidupan pengguna di seluruh dunia. Sebagai Life Care Company terkemuka, Coway telah secara rasmi memilih fenomena K-pop antarabangsa, BTS (artis kumpulan popular Korea Selatan) sebagai duta jenamanya!

PRISMA TERUSKAN USAHA MEMBANTU INDUSTRI KREATIF

Image
MyCreative Ventures Sdn. Bhd. (MyCreative) telah mengumumkan pelancaran beberapa program dalam inisiatif untuk terus merancakkan semula industri kreatif di bawah Pakej Rangsangan Industri Kreatif Malaysia (PRISMA).

PANDUAN AGODA UNTUK SAKSIKAN KEINDAHAN MUSIM BUNGA 2021

Image
  Musim bunga kini telah tiba dan bermakna bunga-bunga sakura akan mekar tidak lama lagi. Selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang berlanjutan, pastinya keinginan anda membuak-buak untuk menyaksikan keindahan bunga sakura yang mekar. Walaupun negara Jepun biasanya merupakan destinasi paling hebat untuk “Sakura Zensen”, platform percutian digital Agoda berkongsi idea di mana untuk menyaksikan keindahan bunga merah jambu ini di lokasi berhampiran dengan kediaman anda.

DISKAUN 10% UNTUK PETUGAS KESIHATAN DI THE FOOD PURVEYOR

Image
The Food Purveyor (TFP), salah satu kumpulan pasar raya premium yang berkembang pesat di Malaysia, menawarkan potongan 10 peratus barangan runcit kepada petugas kesihatan dari setiap hari Ahad kepada setiap hari bermula 26 Mac 2021. Diskaun ini diberikan kepada petugas kesihatan yang bertungkus lumus menangani pengesanan dan rawatan terhadap COVID-19 serta melaksanakan program rawatan vaksinasi untuk negara.

DAPATKAN PENJIMATAN HEBAT DI MID VALLEY MEGAMALL BERSAMA SHOPEE

Image
Rakyat Malaysia kini kembali mengunjungi pusat membeli-belah untuk mendapatkan barangan yang diidami sambil berjalan-jalan dan berhibur setelah kian lama duduk di rumah untuk mengekang penularan Covid-19.

PENUNGGANG AGAMA BERMAHARAJA DI ASTRO FIRST BULAN MAC INI

Image
Dua penerbit gergasi tanah air, Astro Shaw dan Skop Productions yang yang sering mencetus fenomena tersendiri menerusi pelbagai kejayaan dalam industri filem tempatan, kini kembali bergabung menerbitkan filem terbaru, Penunggang Agama. 

MENANGI MINUM PETANG BERSAMA NAZIM OTHMAN DI BIGO LIVE

Image
Bigo Live, sebuah pelantar atau aplikasi yang terkemuka dan terkenal di peringkat antarabangsa, mempersembahkan pelakon-penyanyi popular di Malaysia, Nazim Othman (BIGO ID: nazimothman) dalam interaksi bersama peminat secara eksklusif selama dua malam pada hari Khamis, 25 Mac dan Selasa, 30 Mac pada jam 9.30 malam MYT (Waktu MY). Bufet minum petang pada hari bekerja untuk dua orang di Atmosphere 360, KL Tower serta sepasang tiket masuk ke Blue Coral Aquarium merupakan hadiah yang bakal dimenangi peminat dan penonton selain daripada peluang berinteraksi secara eksklusif bersama Nazim Othman. 

AO LIFE - EKSTRAK ANTIOKSIDAN UNTUK MELAMBATKAN PENUAAN

Image
Produk yang sebelum ini hanya tersedia bagi membantu gaya hidup selebriti A-list dan atlet bertaraf dunia yang terlalu sibuk, AO Life - ekstrak antioksidan premium pertama di dunia dengan pengambilan secara oral yang diperkaya Kapasiti Penyerapan Radikal Oksigen (Oxygen Radical Absorbance Capacity – ORAC) sebanyak 68,576 unit – nilai terbaik dunia dalam melawan penyakit, kini tersedia buat penduduk Asia dan seluruh dunia untuk menyahtoksin badan dan meningkatkan tahap kesihatan serta memanjangkan usia tanpa mengira umur. Dihasilkan di sebuah fasiliti 100% karbon-neutral dengan antioksidan semulajadi pertama di dunia, produk daripada Itali ini mengandungi ransangan antioksidan yang paling kuat untuk melawan molekul bebas berbahaya di dalam tubuh yang menyebabkan sebahagian besar penyakit serius di dunia moden hari ini.

NASI LEMAK MCD KINI LEBIH ENAK DENGAN HARUMAN DAUN PANDAN

Image
McDonald's Malaysia memperkenalkan Nasi Lemak McD yang diperbaharui. Lazat berperisa, hidangan kegemaran pelanggan ini kini disajikan dengan nasi yang ditanak bersama santan dan daun pandan, ikan bilis rangup, timun segar, telur goreng dan sambal manis pedas yang mewujudkan keseimbangan rasa manis dan savuri yang sempurna.

JACK ‘N JILL CREAM-O LANCAR ‘PROJEK KOMUNITI O-SOME’

Image
JACK 'n JILL Cream-O, sebuah jenama biskut sandwic, akan melancarkan satu inisiatif murni dan menceriakan masyarakat dengan rasa ‘O-some’ melalui kempen 'JACK ‘n JILL Cream-O Sama-Sama O-some’. Untuk kempen ini, Cream-O akan bergabung tenaga bersama institut pengajian awam, Universiti Teknologi MARA (UiTM) bagi melaksanakan satu program jangkauan masyarakat mengujakan yang dinamakan ‘Projek Komuniti O-some’.

IMAMCONNECT MUDAHKAN CARIAN KHIDMAT PROFESIONAL ISLAMIK

Image
  Situasi pandemik memaksa masyarakat sedunia untuk melakukan penjarakan sosial justeru, tahun 2020 menyaksikan peralihan yang pantas secara dalam talian membabitkan semua aspek kehidupan daripada bidang pekerjaan, pendidikan dan komunikasi dengan orang tersayang sehinggalah kepada pergantungan untuk membeli-belah hampir apa saja secara dalam talian. Lantaran situasi inilah lahirnya www.imamconnect.com , platform dalam talian pertama yang menyediakan perkhidmatan untuk umat Islam sedunia.

JONETZ BY DON DON DONKI @ LOT 10 TAWARKAN PRODUK JEPUN HALAL

Image
YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (tengah) bersama Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Haji Ahmad, Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan Satoshi Machida, Presiden, Pan Pacific Retail Management  (Malaysia) Sdn Bhd di JONETZ by DON DON DONKI  Pan Pacific Retail Management (Malaysia) Sdn. Bhd., subsidiari luar negara Pan Pacific International Holdings Corporation telah membuka gedung pertamanya di Malaysia pada 19 Mac 2021 (Jumaat), yang dikenali sebagai "JONETZ by DON DON DONKI" di Lot 10 Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

PROGRAM 5G CITYU TINGKATKAN KEYAKINAN PELAJAR SPM 2020

Image
Sebagai salah sebuah perintis di dalam sektor Pengajian Tinggi Swasta di Malaysia, City University Malaysia (CITYU) telah memperkenalkan program 5G yang bertujuan memberi peluang kepada pelajar SPM 2020 yang terjejas dengan wabak pandemic Covid-19 untuk tidak sekadar mengembalikan rancangan pendidikan mereka ke rancangan asal malahan membolehkan mereka menjadi graduan yang bolehpasar dalam tempoh yang lebih awal dari rakan sebaya.

TRUECALLER BANTU TANGANI ISU GANGGUAN SEKSUAL

Image
Lebih satu pertiga wanita di Malaysia pernah mengalami gangguan seksual dan ia kini lebih membimbangkan berikutan kenaikan kes sedemikian semasa wabak ini. 

SAMSUNG PERKENAL GALAXY A52 & A72 DENGAN HARGA MAMPU-MILIK

Image
Samsung Electronics Co., Ltd telah melancarkan Samsung Galaxy A52 dan Galaxy A72, memberi peluang inovasi tersedia untuk khalayak ramai. Siri terbaru Samsung Galaxy A membolehkan anda untuk berkomunikasi dan ekspresi diri dengan kamera yang hebat, paparan skrin jelas dan pengskrolan yang mudah, juga terdapat ciri-ciri Galaxy inovatif baharu seperti bateri hayat lama dan kalis air untuk kesenangan anda. 

SK-II PERKENAL PITERA™ ESSENCE EDISI TERHAD

Image
Musim bunga ini, jenama kecantikan berprestige SK-II memperkenalkan produk terlaris dan paling banyak meraih anugerah PITERA™ Essence dalam bungkusan baharu edisi terhad.

CENDANA & GRAB BERKOLABORASI UNTUK INISIATIF #LIVEKATRUMAH

Image
Sebagai usaha bersepadu untuk menyokong industri seni dan muzik kreatif, Agensi Pembangunan Ekonomi Budaya Malaysia (CENDANA), telah mengumumkan kerjasamanya dalam inisiatif #LiveKatRumah Grab untuk memberi peluang kepada seniman dan pekerja seni budaya bagi menjana pendapatan. Oleh kerana kawalan pergerakan, banyak acara seni dan muzik secara fizikal dibatalkan dan ini telah memberi impak ke atas pendapatan mereka.

OXWHITE LANCAR KOLEKSI “MAKANLAH” EKSKLUSIF DI LAZADA

Image
Oxwhite bekerjasama dengan Salang Design untuk menghasilkan koleksi t-shirt MakanLah eksklusif Lazada yang menampilkan grafik sarapan kegemaran rakyat Malaysia seperti Nasi Lemak, Roti Canai dan Siu Mai.

KEMPEN #GETBACKONTRACK NANDO’S UNTUK GAYA HIDUP SIHAT

Image
Veggie Carnival Bowl Nando’s sering dikenali dengan hidangan yang sihat dan sedap. Sekarang, mereka menumpukan kepada gaya hidup yang lebih sihat dengan kempen #GetBackOnTrack. Mulai 15 Mac, rangkaian makanan sihat bakal diperkenalkan di dalam menu baru mereka. 

LEXIS HOTEL GROUP PERKENALKAN PROMOSI HEBAT "MY NEXT VACATION"

Image
Setelah lama menangguh rancangan percutían idaman dan penggembaraan ke luar negara, tiada masa seperti sekarang untuk menerokai keindahan kampung halaman dan menyalakan khayalan pengembaraan dengan promosi baucar terbaru dari Lexis Hotel Group, MY Next Vacation. Promosi istimewa ini memberikan peluang kepada pelancong untuk menyemarakkan semula saat-saat romantis dengan kolam renang persendirian atau percutían yang santai bersama keluarga dan sahabat handai.

ADVENTURE WATERPARK DIBUKA SEMULA DENGAN PENJIMATAN HEBAT

Image
Berikutan pelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan di negeri Johor, Adventure Waterpark Desaru Coast telah membuka pintunya semula untuk orang ramai mulai 11 Mac 2021. 

AMZAR SABRI GERAK SOLO DENGAN LAGU BAHARU, KENANGAN

Image
  Pasti ada yang masih ingat akan kepada sebuah kumpulan duo bernama Viral yang pernah memeriahkan industri hiburan sekitar tahun 2016. Dianggotai oleh pasangan kembar bernama Amzar & Amsyar. Mereka juga banyak berkolaborasi bersama artis –artis ternama.

DHC DEDAHKAN RAHSIA WAJAH BERSERI DENGAN “LIQUID GOLD”

Image
  Khasiat-khasiat minyak zaitun telah lama dipuji dan didokumentasikan sejak berabad lamanya! Orang Yunani kuno menganggap pokok zaitun adalah sesuatu yang suci. Hippocrates, seorang tabib Yunani kuno yang dikenali sebagai “Bapa Perubatan” memberi gelaran “penyembuh yang hebat” kepada minyak zaitun. Sementara itu, Homer, seorang penyair Yunani kuno pula telah memberi jolokan “liquid gold” kepada tonik yang berharga ini. Minyak zaitun juga dikenali sebagai sumber kekayaan dan kuasa yang hebat.

AGELOC® BOOST™ NU SKIN UNTUK WAJAH TAMPAK MUDA LEBIH BERSERI

Image
  Produk kecantikan berinovasi kini boleh berada di dalam genggaman anda! Nu Skin Malaysia telah mengumumkan pelancaran sistem peranti ageLOC ® Boost ™ baru-baru ini.

IKEA BERGANDING DENGAN LEGO® UNTUK HASILKAN KOLEKSI BYGGLEK

Image
Koleksi BYGGLEK, sebuah gabungan kotak penyimpanan permainan IKEA dan set LEGO® yang unik bakal menemui anda pada 12 Mac 2021! Menampilkan kotak LEGO® dalam saiz yang berbeza dan set bata yang mengandungi 200 ketul LEGO® dan alat pemasangan yang praktikal, koleksi ini direkacipta untuk mendorong kanak-kanak (dan orang dewasa) untuk bermain sambil memeriahkan lagi kotak simpanan di rumah!

KOTEX RAI HARI WANITA SEDUNIA DENGAN ONLINE SLUMBER PARTY

Image
Terus setia menjadi penyokong kemajuan wanita dan bersempena dengan Hari Wanita Antarabangsa, Kotex® telah menjadi tuan rumah online slumber party pertama dan terbesar di Instagram dan Facebook. 

TRIUMPH PERKENAL RONA-RONA BAHARU UNTUK FIT SMART

Image
  Rangkaian Fit Smart 2.0 ini cukup inovatif selain tampak feminin. Dengan rekaan signatur teknologi 4D memudahkan pencarian untuk padanan yang sempurna, dilengkapi mangkuk boleh regang 4D yang membolehkan sokongan lebih sentral, tolakan yang selesa, pada masa sama, renda cantiknya direka khusus untuk menawarkan fleksibiliti pada pergerakan anda sepanjang hari.

TIKTOK DEDAH TABIAT PENGGUNA MENJELANG RAMADAN 2021

Image
  TikTok , aplikasi video pendek dengan misi untuk mengilhamkan kreativiti dan membawa kegembiraan, mendedahkan buat pertama kalinya, hasil kajian perubahan landskap kepenggunaan, dan bagaimana aplikasi ini memberi kesan kepada jenama menjelang musim Ramadan. 

SERTAILAH PASUKAN "ADVENTURE MAKERS" GENTING SKYWORLDS

Image
Panggilan untuk seniman-seniman kreatif dan artistik! Adakah anda bersedia untuk membawa bakat artistik anda ke tahap yang lebih tinggi? Setinggi 6,000 kaki atas aras laut di Taman Tema Genting SkyWorlds!

SONOS PERKENAL PEMBESAR SUARA MUDAH ALIH BAHARU, ROAM™

Image
  Sonos kini memperkenalkan Sonos Roam™, pembesar suara pintar ultra mudah alih yang dibina untuk menghasilkan audio yang hebat di kediaman anda dan juga di mana sahaja anda berada.

CALAQISYA LANCAR KOLEKSI KHAS DISNEY RAYA & THE LAST DRAGON

Image
CalaQisya, jenama busana santun pilihan telah berkolaborasi dengan Kumpulan Walt Disney menerusi pelancaran rangkaian fesyen berlatar belakangkan filem terbaru, Raya And The Last Dragon.

KOLABORASI CANON & AWAM PERJUANG KESAMARATAAN JANTINA

Image
  Sempena Hari Wanita Sedunia 2021 (“IWD”) dengan tema “#ChooseToChallenge”, Canon Marketing Malaysia (“Canon”) berbesar hati untuk bekerjasama dengan Persatuan All Women’s Action (AWAM) untuk melancarkan kempen #CanonChoosetoChallenge dari 1 Mac hingga 20 Mac 2021 bagi meningkatkan kesedaran mengenai kesamarataan jantina di tempat kerja. Sebuah forum akan diadakan pada 20 Mac 2021 pada jam 2.30 petang melalui Facebook Live di mana orang ramai boleh berkongsi tentang isu-isu ketaksamaan jantina di Malaysia dan bagaimana kita boleh bersatu untuk mencapai keinklusifan di tempat kerja. Dapatkan pautan ke forum tersebut melalui laman Facebook Canon dan AWAM. 

YAYASAN SIME DARBY PERUNTUK RM2 JUTA BAGI MENYOKONG USAHA WOA

Image
Bagi memperingati Hari Wanita Antarabangsa 2021, Yayasan Sime Darby (YSD) telah mengutuhkan kerjasama strategik jangka panjangnya dengan Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) dengan komitmen sebanyak RM2 juta sehingga 2022. Dalam tempoh tiga tahun akan datang, pembiayaan YSD akan membantu WAO dalam usaha mengangkat agenda kesaksamaan jantina dan menyokong enakmen undang-undang bagi membendung gangguan seksual serta diskriminasi jantina di tempat kerja.

DISTRICT RACE MALAYSIA ANJURAN AIA VITALITY TAMPILKAN KELAINAN

Image
District Race Malaysia anjuran AIA Vitality kembali lagi dan bersiap sedia untuk memperkasa rakyat Malaysia melalui acara digital augmentasi realiti baharu dengan penyertaan percuma. 

MALAYSIA WOMEN MARATHON KEMBALI SECARA MAYA TAHUN INI

Image
  Sambutan Hari Wanita Sedunia baru-baru ini memberi motivasi yang anda perlukan untuk kekal aktif di kala pandemik COVID-19 sedang melanda dunia. MCIS LIFE Malaysia Women Marathon (MWM) kekal dengan acara tahunan mereka dengan sedikit pendekatan yang berbeza di mana acara ini dilaksanakan secara maya atau “virtual” tahun ini.

REBUT PELUANG MENANGI BAUCAR BERNILAI RM1,000 DI ALAMANDA

Image
Pelanggan di Pusat Membeli Belah Alamanda (Alamanda) berpeluang untuk memperoleh ganjaran apabila berbelanja sekurang kurangnya RM100 dari sekarang hingga 21 Mac 2021. 

ALCOSM BERI UPAH RM3000 UNTUK LAP TANGAN DALAM 30 HARI

Image
Alcosm™, satu jenama global untuk produk pembersihan dan pembasmian kuman yang hangat dipasarkan di pasaraya serbaneka, ingin mengupah Duta Tisu Basah untuk satu tugasan yang cukup mudah -- makan dan lap tangan menggunakan tisu basah beralkohol Alcosm™ untuk 30 hari dan akan dibayar RM3,000 sebagai upah. 

CIIF & LEADWOMEN BERKOLABORASI UNTUK KETENGAH ISU-ISU WANITA

Image
Chartered Institute of Islamic Finance Professionals (CIIF), telah berkolaborasi bersama LeadWomen Sdn Bhd (LeadWomen), untuk mewujudkan platform mencetuskan inspirasi dan perubahan di dalam corak pemikiran masyarakat sambil mengenalpasti kelemahan yang perlu diatasi untuk menghasilkan persekitaran bekerja yang selamat dan inklusif. 

HAWAYA RAIKAN KEKUATAN WANITA MELALUI KEMPEN SISTERS-IN-HEARTS

Image
Pada setiap tahun, 8 Mac adalah tarikh keramat di mana pencapaian dan kebolehan kaum wanita disambut dengan meriah. Sama ada dari segi mewujudkan pelbagai peluang baharu untuk kaum wanita mahupun memperjuangkan hak sama rata, wanita di seluruh dunia terus memecahkan stereotaip dan memberi definisi baru tentang keteguhan semangat yang dimiliki oleh seseorang wanita di zaman moden ini.

SHERRY ALHADAD & SYOMIRIZWA GUPTA LANCAR KOLEKSI HARI RAYA

Image
Dua nama besar di dalam industri hiburan dan fesyen tanahair telah bergabung tenaga bulan ini untuk melancarkan koleksi fesyen Aidilfiri untuk tahun 2021. Hadir dengan estetika gaya individual dan kekuatan jumlah peminat dan pengikut di media sosial, Sherry Alhadad dan Syomirizwa Gupta hari ini mengumumkan kolaborasi mereka yang pertama dinamakan Sherry Alhadad X Syomirizwa Gupta yang juga merupakan koleksi Sherry yang pertama bersesuaian dengan sambutan Hari Raya yang bakal menjelma.

MISSION FOODS MEMPERKENALKAN MINI WRAPS BAHARU

Image
Caterpillar Chicken Wrap Mission Foods kini menawarkan rangkaian Mini Wraps yang bersaiz comel untuk si kecil anda! Walaupun kecil saiznya, Mini Wraps ini tetap hebat dan lazat! 

SYOMIRIZWA GUPTA LANCAR KOLEKSI ‘THE AMPANG GIRLS’ UNTUK RAYA

Image
  Dibintangi oleh sepuluh personaliti dari Ampang yang penuh bergaya, Syomirizwa Gupta tahun ini mempersembahkan koleksi Aidilfitri dengan tema ‘The Ampang Girls’. 

THE ARTISAN HAVEN BANTU MEMPROMOSI PENIAGA KECIL

Image
Wabak Covid-19 telah mengakibatkan banyak sektor perniagaan terkesan, terutamanya artisan tempatan dan perniagaan kecil. Memahami cabaran dan kekangan yang dihadapi oleh perniagaan kecil, The Artisans Haven berbesar hati dapat bekerjasama dengan rakan niaga dari PLUSMiles, Petron dan RHB Bank yang mempunyai objektif yang sama untuk menyokong artisan tempatan dan perniagaan kecil dengan menghubungkan pelanggan mereka ke pusat membeli-belah digital The Artisans Haven . 

AGODA BERI TAWARAN HEBAT UNTUK TEMPAHAN SAAT-SAAT AKHIR

Image
Menurut platform percutian digital Agoda.com, permintaan untuk carian perjalanan pada saat akhir untuk penginapan hotel pada hari sama dan keesokan hari telah meningkat berbanding tahun lepas. Ini telah diumumkan sempena pelancaran produk GoLocal Tonight di rantau Asia Pasifik. Mulai hari ini, pelancong yang mencari tempat penginapan untuk percutian spontan saat akhir boleh jimat lebih banyak dengan tawaran GoLocal Tonight Agoda apabila mereka membuat tempahan pada hari yang sama.

‘PROJEK: ANCHOR SPM’ IMBAU ZAMAN PERSEKOLAHAN

Image
  Astro menampilkan sebuah lagi drama bersiri premium terbaru menerusi jenama Astro Originals, bertajuk Projek: Anchor SPM yang menggantikan Kampong Pisang Bersiri-Siri. Ia memaparkan kisah fiksyen yang diinspirasikan daripada kisah yang pernah berlaku dalam pengalaman kehidupan pelajar dan gelagat mereka menghadapi SPM. 

DATO' SRI SITI NURHALIZA PERKENAL 'VANTAGE SITI SERIES 2021'

Image
Menyusuli kejayaan koleksi produk eksklusif Vantage bersama Dato’ Sri Siti Nurhaliza pada tahun-tahun yang lalu, kini penghibur kesayangan ramai kembali dengan ‘Vantage Siti Series 2021’. Koleksi ini menawarkan set peralatan memasak, set pinggan mangkuk, kuali bersaiz jumbo dan alat mesin penggorengan udara atau ‘air fryer’ beserta periuk bertekanan tinggi 2 dalam 1 yang pertama di Malaysia.

‘AKU YANG KAU GELAR ISTERI’ EKSKLUSIF DI iQIYI

Image
  Meluaskan lagi koleksi drama tempatan, peneraju perkhidmatan hiburan inovatif iQIYI, turut menayangkan drama terbaru yang sedang bersiaran di slot Samarinda TV3 berjudul Aku Yang Kau Gelar Isteri untuk penonton di Malaysia, Singapura dan Brunei. 

DISKUSI BERANI & SENSASI ISU LARANGAN DALAM BORAK KELAMIN

Image
  Program ‘Borak Kelamin’ ialah sebuah program bual bicara terbitan Astro Ria dengan kerjasama Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. khusus tentang alam perkahwinan berkaitan isu-isu rumah tangga yang sering dianggap tabu atau sensitif untuk dibincangkan secara terbuka.