SAMSUNG PERKENAL GALAXY A52 & A72 DENGAN HARGA MAMPU-MILIK


Samsung Electronics Co., Ltd telah melancarkan Samsung Galaxy A52 dan Galaxy A72, memberi peluang inovasi tersedia untuk khalayak ramai. Siri terbaru Samsung Galaxy A membolehkan anda untuk berkomunikasi dan ekspresi diri dengan kamera yang hebat, paparan skrin jelas dan pengskrolan yang mudah, juga terdapat ciri-ciri Galaxy inovatif baharu seperti bateri hayat lama dan kalis air untuk kesenangan anda. 

Siri Galaxy A juga akan mempertingkatkan pengalaman anda menggunakan telefon sekarang dengan menyediakan akses menyeluruh ekosistem Galaxy tersambung peranti lain seperti Galaxy Buds Pro, Galaxy SmartTag, dan Galaxy Tab.

Bina, komunikasi dan ekspresi diri anda dengan kamera hebat

Samsung telah meningkatkan tahap kualiti kamera, dan Galaxy A52 dan A72 adalah buktinya. Dengan memberikan ciri inovasi kamera serba guna untuk siri Galaxy A baharu, anda kini boleh merakam lebih banyak foto dan video yang menarik.
  • Pengalaman Kamera Serba Guna – Rakam gambar dan video dengan mudah, menggunakan kamera kuad resolusi tinggi 64MP. Gunakan 4K Video Snap untuk mengambil imej resolusi tinggi 8MP daripada rakaman video 4K. Scene Optimizer menggunakan AI untuk mengambil gambar dengan pengeset optimum untuk 30 kategori imej dan latar belakang seperti makanan, landskap dan haiwan peliharaan.
  • Stabil siang atau malam – Sama ada sedang merakam trend tarian terbaru atau aksi menggunakan papan selaju, OIS (optical image stabilization) memastikan hasil gambar dan video kelihatan jelas dan mantap. Usah risau jika lampu malap. Night mode menggunakan pemprosesan multibingkai yang boleh memberikan hasil imej yang terang walaupun di dalam gelap.
  • Gambar yang mengembirakan – Tambahkan gaya dan kreativiti unik anda dengan menggunakan AR Emoji dan My Filter. Ditambah lagi, sekarang anda boleh menggunakan AR Lenses daripada Snapchat dengan Fun Mode apabila menangkap gambar menggunakan aplikasi telefon sedia ada.
Paparan hebat dan reka bentuk anggun

Samsung mempertingkatkan pengalaman anda dengan paparan dan reka bentuk canggih supaya ia sepadan dan mencerminkan kehidupan anda.
  • Lebih cerah dan lancar– Tontoni rancangan kegemaran anda melalui paparan Super AMOLED Samsung. Dengan kadar segar semula 90 Hz pada Galaxy A52 dan Galaxy A72, pengskrolan juga kini makin mudah. Teruskan tontonan dan mengimbas media sosial apabila berada di luar dengan tambahan luminans 800 nits.
  • Pengalaman tontonan selesa – Paparan juga diiktiraf ‘Eye Care’, dan mengubah suhu warna paparan secara automatik berdasarkan corak penggunaan telefon pintar untuk mengurangkan keletihan mata dengan ‘Eye Comfort Shield’.
  • Reka bentuk moden – Siri Galaxy A baharu memaparkan reka bentuk yang sederhana namun sangat bermakna serta dilengkapi rangka kamera minimalis.
Tingkatkan pengalaman anda dengan ekosistem awesome Galaxy

Pengalaman siri Galaxy A baharu dipertingkatkan dengan sambungan tanpa kelim dan peluang baharu yang ditawarkan melalui ekosistem Samsung Galaxy.
  • Sentiasa teratur dan tersambung – SmartThings menyambung dan mengawal ribuan peranti dalam suasana rumah pintar daripada siri Galaxy A – termasuk alat tahan lasak, tablet, komputer dan televisyen. Ditambah lagi, SmartThings Find menghubungkan pasangan peranti anda dengan arah jalan yang lebih teliti dan intuitif, dan pelokasi Bluetooth Galaxy SmartTag boleh mencari peranti yang tidak dihubungkan atau barang peribadi dengan melampirkannya pada yang paling mustahak supaya anda senang berhubung dan mengawal ribuan peranti daripada siri Galaxy A anda.
  • Nikmati muzik bersama tanpa gangguan – Sama ada sedang berolahraga bersama di rumah atau sedang berbicara dalam talian dengan kawan, anda boleh berhubung dan mendengar muzik bersama. Music Share akan selaraskan telefon anda dengan peranti kawan untuk berkongsi muzik tanpa menggunakan gabungan pembesar suara. Anda juga boleh menggandingkan telefon dengan dua set peranti Galaxy Buds dan dengar bersama dengan Buds Together.
  • Berhubung dan kongsi dengan mudah – Quick Share membenarkan anda untuk menghantar gambar dan video tanpa had saiz ke peranti Galaxy yang berdekatan supaya anda boleh muat naik swafoto bersama dengan mudah. Dengan Private Share, anda ada pilihan sama ada untuk berkongsi atau membatalkan perkongsian foto dan video dengan satu klik.
Keperluan asas yang dipertingkatkan 

Siri Galaxy A baharu tersedia dengan keperluan asas Galaxy yang patut dinikmati oleh pengguna Galaxy.
  • Ketenangan minda – Usah risau kerana Galaxy A52 dan A72 adalah kalis air dan debu dengan nilai IP67. Lindungi apa yang penting dengan Samsung Knox— sistem sekuriti gred pertahanan Samsung yang melindungi maklumat peribadi dan data dalam pada setiap saat.
  • Bateri tahan dua hari – Kapasiti bateri besar yang mampu bertahan selama dua hari dengan tahap kapasiti bateri 4,500mAH untuk A52 dan 5,000mAH untuk A72.
  • Nikmati keperluan asas premium – Galaxy A52 dan A72 dilengkapi dengan keperluan asas Galaxy termasuk pembesar suara stereo dan stor memori luaran sebesar 1TB. Tingkatkan pengalaman pembesar suara stereo dengan Dolby Atmos untuk suasana bunyi yang kaya dengan kedalaman dan perincian yang lebih tinggi. Juga, One UI 3 yang telah diubah suai membantu mempertingkatkan pengalaman intuitif dan interaksi secara konsisten dengan meninggikan kelajuan, mengurangkan kekacauan dan mengetengahkan maklumat penting.
  • Mengelak pembaziran – Samsung senantiasa mengevaluasi produk, pembungkusan dan operasi untuk mencari jalan bagaimana untuk mengelakkan pembaziran. Galaxy A52 dan A72 menggunakan acuan pulpa dan kertas untuk mengurangkan pembaziran ruang yang tidak digunakan dan bahan-bahan yang digunakan untuk pembungkusan.
  • Kemas kini perisian – Samsung selalu memberikan OS telefon terkini kepada pemilik Galaxy, dan sekarang ianya sudah berkembang ke siri A. Galaxy A52 dan A72 akan menyokong peningkatan perisian selama tiga generasi, dan kemas kini sekuriti biasa minimum empat tahun.


Ketersediaan

Siri Galaxy A baharu akan tersedia dalam Awesome Violet, Awesome Blue, Awesome Black, dan Awesome White.


Mulai 26 Mac sehingga 30 April 2021, pembelian Galaxy A52 pada RM1,499 dan Galaxy A72 pada RM1,899 akan menerima Clear Standing Cover dengan percuma. 

Untuk maklumat lanjut berkenaan Samsung Galaxy A52 dan A72, sila layari www.samsungmobilepress.com, news.samsung.com/my/ atau www.samsung.com/my/smartphones/.

Comments

Popular Posts