Posts

Showing posts from April, 2022

HOTEL CROCKFORDS MENERIMA ANUGERAH 5 BINTANG FORBES TRAVEL GUIDE SELAMA EMPAT TAHUN BERTURUT-TURUT

Image
Pada tahun ini, Hotel Crockfords di Resorts World Genting (RWG) sekali lagi telah dianugerahkan dengan Anugerah 5 Bintang Forbes Travel Guide dan telah menjadikan ia sebuah hotel yang yang memperolehi anugerah berprestij ini selama empat tahun berturut–turut. 

PLATFORM MEMBELI-BELAH PRODUK KECANTIKAN DALAM TALIAN, INSIDER MALL MELEBARKAN SAYAP KE MALAYSIA

Image
Platform membeli-belah rangkaian produk kecantikan dan kesejahteraan yang beribu pejabat di Singapura, Insider Mall, kini melebarkan sayapnya ke Malaysia. Ditubuhkan oleh syarikat yang sama dari Beauty Insider, media kecantikan Singapura yang terbesar – platform ini merupakan lanjutan daripada kandungan kecantikan yang dibawakan oleh Beauty Insider kepada para pembacanya. Insider Mall menawarkan pengalaman membeli-belah dengan kurasi dan juga ganjaran dengan setiap pembelian. Ia seperti mempunyai personal shopper anda sendiri – dengan ribuan produk kecantikan dan kesejahteraan daripda jenama global dipilih khas buat anda mengikut profil, kecenderungan dan perihal yang dekat di hati anda. Membeli-belah dan mendapat ganjaran merupakan ciri utama di Insider Mall. Semkain banyak anda berbelanja, semakin banyak mata ganjaran yang diperolehi yang boleh ditebus untuk mendapatkan produk-produk kecantikan percuma, rawatan spa, rawatan kecantikandan juga cuti inap. Dengan lebih penjual di dalam ...

ASTRO BAWAKAN KELAINAN MENERUSI IKLAN RAYA TERBAHARU

Image
  Astro membawakan kelainan menerusi penceritaan iklan Raya terkini, Tujuh Hari Di Bawah Matahari yang mencabar tanggapan dan jangkaan masyarakat. Naratif kali ini berkenaan dengan seorang pemuda yang kehilangan pekerjaan yang ingin kembali ke pangkuan keluarganya sempena Aidilfitri.

LEBIH K-DRAMA DAN K-FILEM TERHANGAT DI ASTRO PADA MEI INI

Image
Para peminat program Korea boleh menikmati lebih banyak K-drama dan K-filem terhangat termasuk drama misteri, aksi yang mendebarkan, kekeluargaan dan lagi pada Mei ini di Astro melalui tvN (Saluran 395 HD), KBS World (Saluran 392 HD) dan tvN Movies (Saluran 416 HD). Peminat juga boleh strim episod-episod yang disediakan di On Demand dan Astro GO, pada bila-bila masa, di mana sahaja.

FOODPANDA MEMBUKA JALAN DENGAN PELBAGAI USAHA KELESTARIAN

Image
Kelestarian adalah agenda tertinggi untuk foodpanda Malaysia dan ini terbukti dengan pengumuman baru-baru ini mengenai usaha mereka mencari cara paling mampan untuk membeli-belah, makan, dan hidup selesa. Melalui semua yang telah dilakukan, platform penghantaran terkemuka di Asia Pasifik tetap komited dan sentiasa berusaha untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada masyarakat yang menuju ke arah alam sekitar rendah karbon pada masa depan.

SAKSIKAN PEMAIN PRO DAN INFLUENCER KEGEMARAN ANDA MENAKLUK MOBILE LEGENDS: BANG BANG 515 ALL STAR SHOWDOWN 2022

Image
Samsung Malaysia baru-baru ini mengumumkan kerjasama mereka dengan Mobile Legends: Bang Bang 515 ALL STAR Showdown 2022. Acara undian All Star dalam permainan akan menampilkan influencer di seluruh rantau Asia Tenggara dengan 200 penyertaan dari Malaysia, Singapura, Indonesia, Myanmar, Kemboja dan Filipina. Mewakili Malaysia ialah sepuluh pemain pro seperti Soloz dan XK Penjahat serta 30 influencer seperti deejay Jaa Suzuran dan pemain futsal negara, Intan Serah.

IKEA PERKENALKAN INISIATIF ‘KEHIDUPAN LESTARI BERMULA DI SINI’

Image
ISTAD resealable bags Mengamalkan gaya hidup lestari mungkin sungguh mencabar bagi sesetengah orang, apatah lagi jika mereka tidak tahu bagaimana untuk bermula. Sebenarnya, langkah paling mudah ialah dengan membuat perubahan yang kecil namun berimpak besar bermula di rumah kita. Sesungguhnya, setiap tindakan dalam kehidupan harian kita mempunyai kesan negatif ke atas bumi ini, tidak kira makanan yang kita makan, mahupun kesan karbon daripada kenderaan serta tenaga untuk menjana rumah kita. Maka, sekecil manapun setiap tindakan, sama-sama kita mampu mencetuskan perubahan yang bermakna.

SIRI NFT ‘KUIH RAYA KITA’ DILANCARKAN SEIRING DENGAN KEMPAN RAMADAN-RAYA AEON

Image
Majlis Pelancaran Siri NFT 'Kuih Raya Kita' Sempena kempen ‘Raya Penuh Makna’, AEON CO. (M) BHD. (AEON) memperkenalkan siri NFT pertama yang berinspirasikan Raya dengan memfokus kepada asal usul lapan jenis kuih utama atau manisan tradisional iaitu Tart Nenas, Biskut Mazola, Biskut Coklat Almond London, Biskut Makmur Daun, Biskut Comflakes, Biskut Dahlia, Biskut Bebola Suji dan Biskut Mentega Semperit.

NETFLIX SAJIKAN TIGA FILEM TEMPATAN YANG MENYENTUH PERASAAN HARI RAYA INI

Image
Sempena Hari Raya Aidilfitri ini, Netflix bakal membawakan tiga filem yang dinanti-nantikan oleh penggemar filem, distrimkan khas untuk bagi ahli keluarga dan rakan-rakan untuk kembali bersama musim perayaan ini.

AINZ & TULPE BAWAKAN PRODUK KOSMETIK TERBAIK JEPUN KE PASARAN MALAYSIA

Image
Manjakan diri anda dengan rawatan kecantikan dan terpesona dengan kecantikan dalaman yang diserlahkan di Ainz & Tulpe (A&T), gedung pertamanya di Asia Tenggara yang akan dibuka di Pavilion Bukit Jalil. Dibuka secara rasminya pada 20 Mei, gedung kosmetik Jepun yang digemari ramai bakal memberikan para pengunjung “A Time to Discover” atau masa untuk menemui kecantikan diri dari luar dan dalam.

BERSIAP SEDIA UNTUK MERANGSANG LIDAH ANDA DENGAN PERISA BAHARU DARI MIAOW MIAOW

Image
Anda kini dalam mood untuk penerokaan deria rasa lebih ‘berapi’ yang akan membuatkan anda inginkan lebih? Miaow Miaow memperkenalkan empat pek perisa baharu yang menyelerakan di bawah siri Flame, yang merangkumi perisa Sambal Balado dan Keropok Udang Berperisa Kari BBQ, serta Keropok Udang dan Sotong Berperisa Pedas Korea.

SEMARAKKAN SEMANGAT PERAYAAN DENGAN PELBAGAI TAWARAN HEBAT DARIPADA FOODPANDA

Image
Sempena Hari Raya Aidilfitri yang semakin hampir, foodpanda Malaysia bersedia menyemarakkan suasana perayaan dengan pelbagai tawaran hebat dan penjimatan untuk dinikmati bersama rakan-rakan dan keluarga. Platform penghantaran makanan terkemuka ini bersedia untuk sentiasa memberi perkhidmatan kepada rakyat Malaysia dengan cara yang lebih mudah dan kos efektif untuk menghantar makanan dan barangan keperluan harian mereka terus ke depan pintu rumah sambil menikmati masa berkualiti bersama orang tersayang.

ALAMANDA PUTRAJAYA RAIKAN ANAK ANAK YATIM RUMAH BAKTI AL-KAUSAR MENJELANG HARI RAYA AIDILFITRI

Image
Untuk menyemarakkan keceriaan Hari Raya, Pusat Beli Belah Alamanda menjemput beberapa anak yatim dan kanak-kanak kurang bernasib baik dari Rumah Bakti Al-Kausar, Bangi untuk membeli-belah persiapan Hari Raya pada 21 April 2022 sebagai sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

BERSEDIA UNTUK MENYAMBUT RAYA BERSAMA MECHAMATO DAN CARTOON NETWORK

Image
Cartoon Network dan Monsta, studio animasi yang terkenal dengan siri BoBoiBoy dan animasi terbaharu Mechamato, muncul dengan projek “Craft Your World” menarik untuk para peminat sempena Hari Raya. Dalam pada itu, nikmati blok program “Redraw Your Summer”, koleksi rancangan mingguan bertema animasi kegemaran para peminat yang bermula dengan Minggu Maraton Mechamato dari Isnin, 2 hingga 8 Mei, 11 pagi hingga 1 petang, hanya di saluran Cartoon Network (Astro Ch 615 HD). Episod baharu Mechamato disiarkan setiap hujung minggu, 3 petang. Salah satu siri animasi yang mendapat rating tinggi di Cartoon Network, Mechamato telah berjaya menarik perhatian ramai peminat sejak diperkenalkan pada Disember 2021. Berlatar tempat Kota Hilir yang diinspirasikan dari Bandar Hilir di Melaka, animasi tersebut memperkenalkan ramai kepada budaya dan tradisi unik Malaysia dan kisah pengembaraan seorang kanak-kanak lelaki bernama Amato dan rakan mekanikalnya, Mechabot. Robot tersebut mempunyai kemampuan untuk m...

GUARDIAN LANCAR KAJI SELIDIK KESIHATAN KEBANGSAAN ‘HEALTH OF THE NATION’

Image
Selaras dengan reputasinya selaku peneraju pakar kesihatan komuniti di Malaysia, Guardian sedang menjalankan satu kaji selidik dalam talian ‘Health of the Nation’ selama sebulan yang akan bermula pada 28 April 2022 dengan sebuah acara khas ‘Health of the Nation’ yang diadakan di Blue Atrium Sunway Pyramid, Bandar Sunway, Petaling Jaya.

DISNEY+ HOTSTAR PERSEMBAH ‘CERITA KITA BERSAMA’ BERSAMA BUNGA SEMPENA AIDILFITRI INI

Image
Disney+ Hotstar berganding tangan dengan penyanyi rap tempatan, Bunga yang sedang melonjak naik menerusi rap “Cerita Kita Bersama”. Hasil karya yang diilhamkan dan dipersembahkan artis itu sendiri menzahirkan tema sambutan Aidilfitri yang bermakna dan menyentuh hati.

ABADIKAN MEMORI HARI RAYA DI DINDING RUMAH ANDA DENGAN 3M COMMAND™ PICTURE HANGING STRIPS

Image
Memori indah yang tercipta semasa musim perayaan adalah hadiah tidak ternilai dan kekal sepanjang hayat. Dapat mengimbau kembali memori indah ini yang sememangnya sangat berharga. Tambahan pula tahun ini akan menjadi tahun pertama di mana rakyat Malaysia dapat menyambut Hari Raya bersama orang yang tersayang selepas dua tahun perintah kawalan pergerakan dilaksanakan. Ianya bakal menjadi sambutan yang paling dinanti-nantikan oleh semua umat Islam dan pastinya potret kenangan Raya kali ini akan menjadi lebih istimewa.

JOM #SAMASAMASAPOT & DERMA BARANGAN TERPAKAI UNTUK MEMBANTU GOLONGAN KURANG MAMPU

Image
Sekiranya anda adalah salah seorang rakyat Malaysia yang mengambil berat tentang golongan kurang berkemampuan yang telah terjejas akibat pandemik COVID-19, marilah #SamaSamaSapot dengan menderma pakaian atau barangan kerja yang terpakai bagi membantu mereka dalam usaha mencari peluang pekerjaan. Carousell Malaysia, sebahagian daripada Carousell Group , kumpulan jual beli dalam talian terkemuka di Asia Tenggara, Hong Kong dan Taiwan, berganding bahu dengan organisasi masyarakat tempatan Yellow House KL, melancarkan kempen #SamaSamaSapot, suatu usaha untuk merapatkan jurang antara mereka yang kurang mampu dengan golongan yang boleh menawarkan bantuan.

7 PENGINAPAN AIRBNB MENAKJUBKAN UNTUK BERCUTI DI HARI RAYA

Image
Alamanda Markisa Villa Kemeriahan balik kampung sudah mula terasa dengan persiapan Raya yang sedang giat dibuat! Rakyat Malaysia di seluruh negara begitu teruja untuk beraya pada tahun ini bersama sanak saudara yang akhirnya boleh bersatu semula selepas terpisah selama dua tahun.

HAYATI SENTUHAN WARISAN LEBARAN INI DENGAN KOLEKSI THE HERITAGE DUCK

Bersedialah untuk beraya dengan keanggunan koleksi terbesar pakaian dan aksesori yang telah diperkenalkan oleh dUCk - The Heritage dUCk , yang diilhamkan oleh kecantikan dan kehalusan motif seni ukiran Melayu. Koleksi ini menampilkan tudung, beg, aksesori, wangian dan juga baju raya untuk wanita dewasa dan si manja! Selepas koleksi pertama diperkenalkan pada 9 April, dUCk mempamerkan koleksi penuh pada 16 April, tepat pada masanya untuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri dengan serba bergaya.

‘KAU ILHAMKU DI HARI RAYA’ SENTUHAN MAN BAI DAN AMYLEA AZIZAN

Image
Aurelius Healthcare telah bergabung dengan penyanyi tempatan, Man Bai dan menghasilkan sebuah lagu Raya eksklusif berjudul ‘Kau Ilhamku di Hari Raya’. Gabungan lagu unik ini dihasilkan oleh penerbit berbakat dan penyanyi-penulis lagu, Amylea Azizan.

RAMADAN KALI INI, BERI KEGEMBIRAAN BERGANDA BUAT DR SOO WINCCI

Image
  Dr Soo Wincci membantu salah seorang ahli keluarga penerima manfaat dari Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam (PERTIS) membawa kotak pek makanan Rezeki Ramadan yang diterima pulang ke rumahnya. Seperti yang diketahui umum, Dr Soo Wincci pasti tidak akan terlepas untuk turut serta berpuasa setiap kali tiba bulan Ramadan sejak 12 tahun yang lalu.

MUSLIM PRO & UNICEF BEKERJASAMA UNTUK BANTU KANAK-KANAK KURANG BERNASIB BAIK DI YAMAN & AFGHANISTAN

Image
Bitsmedia, syarikat teknologi yang berpangkalan di Singapura yang juga merupakan satu badan yang bertanggungjawab terhadap kewujudan aplikasi gaya hidup Muslim terbesar di dunia, iaitu Muslim Pro, menandatangani perkongsian usahasama satu tahun dengan Tabung Kanak-kanak oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) bagi mengaktifkan aktiviti pengumpulan dana bagi program organisasi, yang telah memberikan bekalan dan perkhidmatan kritikal dalam menyelamatkan dan melindungi nyawa di seluruh dunia. Kempen pengumpulan dana pertama telah dilancarkan pada bulan Ramadan ini yang memberi tumpuan kepada tindakan kemanusiaan bagi kanak-kanak di Yaman, Syria, dan Afghanistan.

SEARCH UMUMKAN KONSERT BERSEJARAH ‘ENDEMIK’ YANG BAKAL BERLANGSUNG DI ZEPP KUALA LUMPUR

Image
SEARCH yang dianggotai oleh Amy, Nasir, Hillary Ang dan Man Kidal hari ini mengumumkan bahawa ia akan menganjurkan konsert bersejarah yang dinamakan KONSERT ENDEMIK pada 4 dan 5 Jun 2022. Kumpulan rock nombor satu di Malaysia tersebut telah memilih Zepp Kuala Lumpur – sebuah venue terbaru bertaraf antarabangsa di ibu kota sebagai lokasi konsert yang sememangnya amat dinanti-nantikan oleh semua peminat SEARCH di Malaysia dan rantau Asia.

GANDINGAN ROMANTIK MK K-CLIQUE & AZIRA SHAFINAZ DALAM ‘BUNGA DAN KAYU’ SYAWAL INI

Image
Penyanyi rap terkenal tanah air, MK K-Clique yang sebelum ini sentiasa tampil dengan imej ‘swag’, kini terus mencipta nama dalam industri seni dengan tampil berbeza menerusi watak romantis buat pertama kali menerusi filem romantik komedi kekeluargaan, Bunga Dan Kayu. Tambah menarik, MK telah bergandingan dengan pelakon filem Penunggang Agama dan juga merangkap penyanyi kumpulan De Fam, pengacara serta model, iaitu Azira Shafinaz. Keserasian mereka dalam menggerakkan watak Noah dan Bunga menjadi tarikan utama filem ini.

AWESOME TV HIMPUN LEBIH 150 PROGRAM HEBAT SEPANJANG SYAWAL

Image
Bagi menyemarakkan sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi, saluran stesen televisyen swasta percuma (free-to-air) Awesome TV dengan berbesar hati meneruskan kesinambungan sajian kandungan menarik sepanjang bulan Ramadan Al Mubarak dengan menghimpunkan lebih 150 buah pengisian istimewa menerusi kempen ‘Ikhlaskan Jiwa, Dekat DenganNya’ sempena musim perayaan secara eksklusif di platform Astro (Saluran 123) dan MyTV (Saluran 112) mulai 2 Mei ini.

MERIAHKAN AIDILFITRI DENGAN SUSUNAN PROGRAM MENARIK DI TV3 & TV9

Image
  Sampaikan Raya Di kala negara kita sedang beralih ke fasa endemik, umat Islam menyambut ketibaan bulan Ramadan serta menjalani ibadah berpuasa dalam keadaan lebih selamat dan selesa. Tidak lama lagi, bulan Syawal bakal tiba dan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang meriah pasti didambakan oleh rakyat Malaysia setelah dua tahun kita terpaksa berjauhan dengan ahli keluarga dan sanak saudara susulan ancaman pandemik Covid -19. 

STRIM 190 PROGRAM ISTIMEWA SEPANJANG SYAWAL DI ASTRO

Image
Seperti yang telah dikongsikan sebelum ini, tema ‘Semangat Lebaran Kita’ telah diangkat untuk menerajui Kempen Ramadan Raya Astro 2022 bersesuaian dengan transisi kita ke fasa endemik dan pembukaan semula negara secara selamat, yang membolehkan kita kembali semula kepada rutin yang hampir normal setelah dua tahun berperang dengan pandemik Covid 19.

MOLFIX PILIH AWAL ASHAARI DAN SCHA ALYAHYA SEBAGAI DUTA JENAMA LAMPIN BAHARU

Image
Pemain industri FMCG terkemuka global, Hayat, pengeluar lampin berjenama kelima terbesar dunia, dalam misinya untuk memenuhi keperluan ibu dan bayi serta memberi sinar dalam perjalanan menempuh dunia keibuan. Hayat telah mengumumkan pasangan selebriti popular Scha Alyahya dan Awal Ashaari sebagai duta jenama yang pertama bagi jenama lampin Molfix di Malaysia.

NORANIZA IDRIS RAIKAN 100 ANAK-ANAK ASNAF & USAHAWAN IKS DI MAJLIS IFTAR AMAL IHYA’ RAMADAN 2022

Image
Dalam kesibukan kerjaya sebagai artis, Ratu Etnik Irama Malaysia , Noraniza Idris masih sempat memikirkan aktiviti tanggung jawab sosial bersama masyarakat. Noraniza Idris berkata ‘’Setahun sekali kita menyambut bulan Ramadan yang mulia dan setelah 2 tahun menghadapi pandemik global dan berakhir pada 1 April lalu, tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk meraikan Ramadan yang mulia bersama golongan kurang bernasib baik’’.

ACHIK UKAYS RAKAM SEMULA LAGU RAYA TAHUN 1995 - 'BERMAAFAN DI HARI RAYA'

Image
Apabila tiba saja musim perayaan, lagu – lagu hari raya Aidilfitri pasti sudah berkumandang di corong – corong radio, di siaran televisyen, mahupun di pusat membeli belah . Pelbagai jenis lagu raya yang akan diputarkan dari yang lama hingga kini .

YOODO MEMERIAHKAN SAMBUTAN RAYA DENGAN KEMPEN ‘RAYA PUAKA’

Image
Yoodo – perkhidmatan mudah alih pertama di Malaysia yang boleh diubahsuai sepenuhnya dan 100% digital - meraikan ketibaan Raya yang pastinya bakal disambut dengan meriah, dengan menwarkan pelbagai hadiah menarik disepanjang bulan Ramadan sehingga Syawal. Pengguna berpeluang untuk memenangi memenangi ganjaran hebat melalui peraduan di mana peserta perlu mengumpul markah tertinggi.

'KUNTILANAK 3' BAKAL MENGGANAS DI PAWAGAM HARI RAYA INI

Image
Berikutan sambutan yang memberangsangkan untuk filem-filem sebelum ini, Kuntilanak 1 dan 2, MVP Pictures dan Rizal Mantovani telah bekerjasama dalam Kuntilanak 3, yang menjanjikan sesuatu yang lebih hebat dan unik bagi para penggemar filem seram.

JOM RAYA PENUH AKSI BERSAMA EJEN ALI DI RESORTS WORLD GENTING

Image
Mari raikan Hari Raya Aidilfitri di Resorts World Genting (RWG) bersama keluarga dan rakan-rakan anda. Pelbagai aktiviti menarik dan tawaran makanan yang lazat tersedia semasa musim perayaan ini dari 21 April hingga 8 Mei 2022. Ini termasuk penampilan istimewa oleh super ejen animasi tempatan popular – Ejen Ali.

JANNA NICK BER-‘GATAL RAYA’ PULA DAN KEMBALI DENGAN SINGLE RAYA YANG RANCAK

Image
Bukannya 1, bukannya 2, tetapi 3! Begitulah rancaknya penangan single ‘Gatal’ nyanyian bintang popular tanah air, Janna Nick yang tular di media sosial sehingga mendapat perhatian penduduk global, single tersebut kemudiannya diadun semula oleh seorang DJ antarabangsa terkenal dari Denmark dengan ‘Gatal (SMYLES Remix)’ dan yang terbaharu, ‘Gatal Raya’ pula diilhamkan bagi memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri yang bakal tiba, terbitan label terkenal negara, Warner Music Malaysia. Gatal (SMYLES Remix) Terdahulu, pada 25 Mac lalu, single Gatal (SMYLES Remix) telah pun dilancarkan, kata Janna: “Pihak Warner ada menyatakan idea bernas mereka untuk menghasilkan Gatal versi remix kerana sambutan yang sungguh luar biasa daripada pendengar muzik global, dan kebetulan SMYLES juga adalah artis di bawah naungan label yang sama. Single rancak berentak pop moden yang sensual dalam tempo perlahan ini diberikan ‘nyawa’ baharu oleh SMYLES yang sememangnya pakar dalam penciptaan muzik berentak EDM. Pemuz...

CALLIE MEMPERAGAKAN RANGKAIAN PELITUP MUKA TERBAHARU UNTUK MUSIM PERAYAAN

Image
CALLIE, jenama pelitup muka premium terus menerajui pasaran dalam pelbagai cara, termasuk menjadi jenama pelitup muka pertama yang mencuri perhatian di lokasi paling meriah, iaitu Pavilion Mall, Bukit Bintang – dengan papan iklan 3D untuk mengingatkan kita supaya tidak lupa memakai pelitup muka demi keselamatan sambil tampil dengan lebih bergaya pada musim Raya ini.

RIUH RAYA SOUK BAKAL RANCAKKAN KEMBALI SENI KREATIF

Image
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) menerusi MyCreative Ventures Sdn. Bhd. (MyCV) tampil dengan program RIUH Raya Souk bersempena dengan bulan Ramadan, yang akan berlangsung pada 23 hingga 24 April 2022 di Sentul Depot, mulai pukul 4.00 petang sehingga 12.00 tengah malam.

JULIE'S BISCUITS KETENGAHKAN KESAKSAMAAN GENDER DALAM SEKUEL FILEM PENDEK HARI RAYA

Image
Julie's Biscuits sekali lagi menangani isu peranan stereotaip dalam filem pendek Hari Raya terbaru berjudul 'Ini Iklan Raya Baru, Tau?'. Filem yang disiarkan hari ini membalikkan skrip iklan yang disiarkan pada 2021 dan membincangkan stereotaip tipikal yang dilihat dalam masyarakat hari ini. 

HOKA MEMPERKENALKAN ST/ART PACK DENGAN GABUNGAN SEMPURNA GAYA DAN PRESTASI

Image
  Berita baik khas buat mereka yang minat bersukan dan bersenam! Menjelang Hari Raya ini, anda boleh menambah seri pada pakaian dan aksesori senaman anda dengan menggayakan koleksi ST/ART Pack daripada HOKA. Koleksi yang baru dilancarkan ini menempilkan pilihan warna yang baharu dan menarik bagi empat model kasut HOKA yang paling digemari, lengkapi dengan pilihan pakaian sukan baharu supaya anda boleh bersenam dengan bergaya! Diinspirasikan oleh seni jalanan, warna-warna cerah dalam koleksi ST/ART Pack melahirkan rasa berani dalam diri untuk mengharungi perjalanan ke arah kecergasan.

"GLITCH" PADA APLIKASI MARRYBROWN TERNYATA MENJADI GANJARAN UNTUK RAKYAT MALAYSIA!

Image
Rangkaian restoran pantas Halal tempatan terbesar, Marrybrown telah diumumkan oleh influencer, NEYRA bahawa "glitch" yang telah viral baru-baru ini sebenarnya bukanlah satu kesilapan sebaliknya merupakan satu gimik buat penggemar Memang Best mereka! Baru-baru ini, Marrybrown melancarkan Aplikasi MB yang telah menerima sambutan yang baik untuk peminat mereka menikmati ganjaran dan tawaran terkini. Sempena pelancaran itu, Marrybrown menyediakan tawaran istimewa MB Crispy ChickenTM dan makanan lain serendah RM1* di cawangan Marrybrown yang terpilih.

EJEN ALI & BOOST REKRUT ‘10 BUDAK MERAH’ UNTUK MISI MEMBANGKITKAN SAMBUTAN HARI RAYA

Image
Setelah dua tahun rakyat Malaysia menyambut Hari Raya secara bersederhana akibat pandemik COVID-19, pengumuman kerajaan tentang negara memasuki Fasa ‘Peralihan Ke Endemik’ semestinya berita baik kepada rakyat yang ingin meraikan perayaan seperti dahulu kala. Oleh itu, Ejen Ali dan Boost, syarikat teknologi kewangan (fintech) Axiata , telah mengumumkan kolaborasi mereka menerusi video Hari Raya “KebangkiTEN Raya 10 Budak Merah dan Ejen Ali” yang disiarkan pada hari ini.

BAKE WITH YEN LANCAR KEMPEN ‘RAYA PENUH-PENUH’ TAHUN INI

Image
Selepas melalui pelbagai kawalan dan sekatan pergerakan selama dua tahun, rakyat Malaysia kini boleh meraikan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri yang lebih meriah, seperti tahun-tahun sebelum - dengan berbuka puasa bersama, kembara merentasi sempadan untuk pulang ke kampung halaman dan paling utama, memasak dan menyediakan pelbagai juadah serta kuih-muih untuk keluarga dan rakan-rakan tersayang.

ABIGAIL RUNGKAI ISU PERHUBUNGAN CINTA DENGAN SINGLE BAHARU ‘TRAPS’

Image
Namanya mungkin jarang-jarang kedengaran di media massa, namun bagi si cantik molek, prodigi muzik kelahiran Kuala Lumpur, Abigail Chew atau lebih dikenali dengan panggilan Abigail, musibah pandemik COVID-19 yang melanda dunia bukanlah penghalang bagi diri dan cita-citanya.

WANI KAYRIE & YONNYBOII MERIAHKAN HARI RAYA DENGAN MENYANYIKAN ‘SEMANGAT LEBARAN KITA’

Image
Bagi memeriahkan sambutan Hari Raya yang bakal tiba tidak lama lagi, dua label hiburan popular negara, Rocketfuel Entertainment dan Def Jam Recordings Malaysia, tidak putus-putus mempersembahkan sebuah lagi single Raya istimewa berjudul SEMANGAT LEBARAN KITA, gabungan mantap di antara penyanyi muda wanita berbakat dan pintar tanah air, Wani Kayrie, dengan penyanyi rap-penggubah lagu sedang meledak, Yonnyboii.

HOOLAH-LAH IT'S RAYA! DAPATKAN PENJIMATAN HEBAT DARIPADA HOOLAH HARI RAYA INI

Image
Alhumaira Sempena sambutan Raya, hoolah Malaysia melancarkan kempen #hoolahlahitsraya yang menawarkan diskaun 30% di seluruh laman di samping hadiah eksklusif untuk dimenangi!

ZIZI KIRANA HOS “MPV RAMADAN”, BERSAMA 13 SELEBRITI DI TV OKEY

Image
  Kebiasaannya umat Islam membuat pelbagai persiapan sejak dari awal bulan Ramadan lagi. Ini bukan sahaja tanda kesyukuran di bulan yang mulia ini malah sepanjang Ramadan sudah dirancang dengan pelbagai aktiviti bakal di lakukan seperti bebuka puasa bersama anak yatim, majlis tadarus dan majlis khatam al-Quran.

PHILIPS AVENT MERAIKAN PARA IBU MENERUSI KEMPEN “YOU ARE ENOUGH”

Image
Peneraju global dalam teknologi kesihatan, hari ini telah melancarkan kempen You Are Enough di bawah jenama solusi penjagaan bayinya, Philips Avent, untuk meraikan para ibu dan pengalaman menyusu mereka yang unik. Tugas seorang ibu baharu bukanlah mudah dan setiap ibu pasti ingin melakukan yang terbaik untuk anak mereka. 

DRAMA VIU ORIGINAL PRETTY LITTLE LIARS KEMBALI DENGAN MUSIM KEDUA

Image
Viu, perkhidmatan penstriman video OTT pan-serantau terkemuka PCCW, mengumumkan musim kedua siri Viu Original, Pretty Little Liars mula ditayangkan bermula 14 April 2022 di semua 16 pasaran Viu.

PAMERAN P. RAMLEE DAN SALOMA DI PUSAT BELI-BELAH FAHRENHEIT88 SEMPENA HARI RAYA

Image
Arkib Negara Malaysia dengan kerjasama Pusat Beli-belah Fahrenheit88, Bukit Bintang, Kuala Lumpur menganjurkan pameran khas P. Ramlee dan Saloma di Tingkat 2 pusat beli-belah tersebut mulai 14 April 2022 hingga 16 Mei 2022.