BERSEDIA UNTUK MENYAMBUT RAYA BERSAMA MECHAMATO DAN CARTOON NETWORK


Cartoon Network dan Monsta, studio animasi yang terkenal dengan siri BoBoiBoy dan animasi terbaharu Mechamato, muncul dengan projek “Craft Your World” menarik untuk para peminat sempena Hari Raya. Dalam pada itu, nikmati blok program “Redraw Your Summer”, koleksi rancangan mingguan bertema animasi kegemaran para peminat yang bermula dengan Minggu Maraton Mechamato dari Isnin, 2 hingga 8 Mei, 11 pagi hingga 1 petang, hanya di saluran Cartoon Network (Astro Ch 615 HD). Episod baharu Mechamato disiarkan setiap hujung minggu, 3 petang.

Salah satu siri animasi yang mendapat rating tinggi di Cartoon Network, Mechamato telah berjaya menarik perhatian ramai peminat sejak diperkenalkan pada Disember 2021.

Berlatar tempat Kota Hilir yang diinspirasikan dari Bandar Hilir di Melaka, animasi tersebut memperkenalkan ramai kepada budaya dan tradisi unik Malaysia dan kisah pengembaraan seorang kanak-kanak lelaki bernama Amato dan rakan mekanikalnya, Mechabot. Robot tersebut mempunyai kemampuan untuk menukar objek-objek harian kepada peranti berteknologi tinggi. Amato dan Mechabot bertanggungjawab untuk memastikan rakan-rakan dan bandar mereka selamat daripada muslihat jahat robot-robot lain.

Dalam minggu pertama program “Redraw Your Summer”, yang turut menampilkan Teen Titans Go!, Looney Tunes Cartoons, Krypto the Superdog dan We Bare Bears, audiens boleh menonton sejumlah 13 episod menerusi Minggu Maraton Mechamato. Daripada pembuli siber dan penculik kepada robot berbahaya yang mengancam untuk menukar bandar menjadi ais atau membakarnya dengan api, setiap episod menyuntik nilai keberanian, persabahatan dan inovasi sepertimana mereka mengharungi setiap cabaran dengan semangat berpasukan.

Group Photo_Craft Your World x Mechamato Raya DIYs.JPG

Untuk menyambut hari Raya bergaya Mechamato, Amato dan Mechabot menjemput para peminat untuk mengasah nilai kreativiti dan inovasi mengikut pilihan mereka dengan casing ketupat, sampul duit Raya dan kad ucapan Raya Craft Your World x Mechamato yang menarik ini. Video kraf akan dilancarkan di laman media sosial Cartoon Network @cartoonnetworkasia pada hari Isnin, 2 Mei.

Tingkatkan kreativiti bersama Mechamato pada musim perayaan istimewa ini dan jangan lupa saksikan Minggu Maraton Mechamato bermula 2 hingga 8 Mei, pukul 11 pagi hingga 1 petang setiap hari hanya di Cartoon Network (Astro Ch 615 HD).

Comments

Popular posts from this blog

PUBG MOBILE CAMPUS CHAMPIONSHIP 2022 KINI KEMBALI! PELUANG TERAKHIR KE PMNC 2022!

KEHADIRAN WATAK-WATAK BAHARU MENCERIAKAN ASTRO SMK MUSIM 3