Posts

Showing posts with the label RADIO & TV

IQIYI HIDANGKAN DRAMA BAHARU SARAT EMOSI: SEKALI LAGI, BAHAGIA

Image
Bagaimana jika lelaki yang pernah berjanji untuk melindungi kita akhirnya menjadi punca kehilangan diri sendiri? Dan bagaimana pula jika seseorang yang tidak pernah berjanji hadir hanya untuk memahami, menghargai serta memberi ruang untuk kita bangkit semula? Persoalan penuh emosi ini bakal diangkat dalam drama keluarga dan romantik terbaharu di iQIYI berjudul Sekali Lagi, Bahagia.

CHENG LEI CURI PERHATIAN DI MALAYSIA MENERUSI KEMUNCULAN SULUNG DI IQIYI STARSHIP 2026

Image
Peminat Malaysia disajikan dengan sebuah petang yang penuh keterujaan apabila Duta Global Antarabangsa iQIYI, Cheng Lei (丞磊) membuat kemunculan sulungnya di Malaysia bersama iQIYI menerusi iQIYI STARSHIP 2026, yang berlangsung baru-baru ini di Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur.

HANYA UNTUK DIA: GANDINGAN BAHARU AMYLIA AIDURA & ANIQ SUHAIR

Image
Apabila takdir memaksa sebuah perkahwinan dibina atas dasar dendam dan rasa terpaksa, mampukah rahsia silam dan luka yang mendalam disembuhkan oleh cinta yang terlambat difahami? Slot Akasia TV3 kembali membawakan sebuah naskhah terbaharu yang sarat dengan emosi, Hanya Untuk Dia, bermula 21 Ogos hingga 29 September 2026, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.

ASTRO MERAIKAN 30 TAHUN DENGAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA MASYARAKAT MALAYSIA

Image
Astro, selaku peneraju kandungan di Malaysia hari ini melancarkan sambutan ulang tahun ke 30 tahun dengan pelbagai tawaran dan pengalaman untuk pelanggan. Sebagai tanda ucapan terima kasih atas sokongan berterusan masyarakat Malaysia, sambutan ini akan membawakan akses percuma kepada semua saluran Astro, dua saluran khas, akses percuma untuk Astro X3 di TV Pintar, saluran tambahan di NJOI, ganjaran eksklusif kempen dan aktiviti lapangan.

GENGGAM: RTM TONJOL SUKAN TINJU ANTARA DRAMA MERIAHKAN SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2026

Image
Penyiaran drama bertemakan Hari Kebangsaan bukan sekadar hiburan kosong, malah menggalas tanggungjawab besar dalam pembinaan negara bangsa seperti menyemai semangat patriotisme dan jati diri terutama dalam kalangan generasi muda. Ia turut menjadi wadah penyatuan bangsa dan integrasi nasional, selain bertujuan memelihara dan mendokumentasikan sejarah negara juga menyediakan akses hiburan nilai tinggi secara percuma kepada penonton.

RTM RAKAM PENGHORMATAN BUAT MAK MAH MENERUSI DOKUMENTARI ‘DIA: SENIWATI RUMINAH SIDEK’

Image
Melalui pendekatan santai namun mendalam, dokumentari biografi Dia, terbitan Unit Majalah dan Dokumentari TV RTM (UMDTV RTM) minggu ini menyingkap transisi hidup Seniwati Ruminah Sidek atau Mak Mah. Daripada permulaannya sebagai anak kampung yang aktif menari seawal usia 10 tahun sehinggalah diiktiraf sebagai permata seni negara dengan sumbangan merentasi pelbagai zaman perfileman.

KILAUAN EMAS TAMPIL DENGAN KONSEP BAHARU, HIMPUN SELEBRITI OTAI MALAYSIA DALAM PERTANDINGAN NYANYIAN

Image
Astro, selaku peneraju hiburan di Malaysia, kembali membawakan Kilauan Emas, kali ini dengan format lebih segar menerusi edisi terbaharunya, Kilauan Emas Selebriti, membawakan barisan selebriti otai terkenal Malaysia bermula 22 Ogos, setiap Sabtu, jam 9 malam di Astro Prima (saluran 105), serta boleh distrim menerusi On Demand, Astro GO dan Sooka.

VIU ORIGINAL CINTA DALAM SEKAM RAIH KEDUDUKAN DRAMA NO.1 DI VIU MALAYSIA HANYA DALAM MINGGU PERTAMA

Image
Viu, perkhidmatan penstriman video OTT pan-serantau terkemuka milik PCCW, hari ini mengumumkan bahawa Viu Original Cinta Dalam Sekam berjaya menduduki kedudukan No.1 di Viu Malaysia hanya dalam tempoh seminggu sejak tayangan perdananya. Pencapaian tersebut sekaligus membuktikan sambutan luar biasa penonton terhadap naskhah arahan Feroz Kader yang mengangkat kisah cinta, pengorbanan dan rahsia silam berlatarbelakangkan era 1980-an.

KARYA AGUNG JEPUN RANGKUL 10 ANUGERAH, "KOKUHO" BAKAL MENGGEGARKAN PAWAGAM MALAYSIA MULAI 23 JULAI INI!

Image
  Susulan kejayaan fenomenalnya di Jepun, filem Kokuho yang mendapat pujian hebat daripada pengkritik akhirnya bakal menemui penonton di pawagam Malaysia pada 23 Julai 2026 . Diarah oleh pengarah filem terkenal, Lee Sang-il, dan diadaptasi daripada novel terlaris dengan nama yang sama karya Shuichi Yoshida, Kokuho menampilkan Ryo Yoshizawa dan Ryusei Yokohama sebagai peneraju utama. Filem ini turut dibintangi oleh barisan pelakon hebat lain termasuk Mitsuki Takahata, Shinobu Terajima, Nana Mori, Takahiro Miura, Ai Mikami, Soya Kurokawa, Keitatsu Koshiyama, Masatoshi Nagase, Kyusaku Shimada, Emma Miyazawa, Ganjiro Nakamura, Min Tanaka dan Ken Watanabe.

TONTON BAWA BLEACH: THOUSAND-YEAR BLOOD WAR – THE CALAMITY KE MALAYSIA!

Image
Tonton bakal menghadiahkan peminat anime di Malaysia dengan tayangan BLEACH: Thousand-Year Blood War – The Calamity , babak penutup epik bagi salah satu francais anime paling ikonik. Sebelum tayangan rasmi di platform penstriman, Tonton membawa keterujaan ini ke layar besar melalui tayangan perdana eksklusif, membolehkan peminat menonton tiga episod pertama lebih awal daripada orang lain.

BRU: MASIN & MANIS, SAJIKAN KISAH BAHARU DAN CITA RASA BAHARU

Image
Kejayaan luar biasa Tonton Original Series: BRU yang meraih lebih 244 juta capaian dan 14 juta tontonan membuktikan sambutan hangat penonton terhadap kisah yang mengangkat dunia kopi. Siri ini turut diiktiraf sebagai National Winner bagi kategori Best Original Production by a Streamer (Fiction) di Asian Academy Creative Awards (AACA) 2025, sekali gus mengukuhkan kejayaannya. Pencapaian ini membuka ruang untuk dunia BRU terus berkembang ke fasa seterusnya.

ANOM SURAYA: ADAPTASI NOVEL LARIS KINI DI SLOT LESTARY TV3

Image
Lahir daripada minda dan ilham dua generasi, Anom Suraya mengangkat sebuah karya istimewa yang mempertemukan sentuhan novelis popular Dr. Samsiah Mohd. Nor bersama anaknya, Daiyan Trisha. Diadaptasi daripada novel yang pernah mencuri perhatian pembaca, drama ini membawa kisah cinta, pengorbanan dan pilihan hidup yang mampu mengubah takdir, sekali gus menghidupkan semula sebuah naskah malar segar yang kekal diingati sejak era 1990-an.

TVS PERKENAL "GERAK KHAS 2.0" NAFAS BAHARU BUAT FRANCAIS DRAMA POLIS IKONIK MALAYSIA

Image
Selepas lebih dua dekad mencipta sejarah dalam landskap drama tempatan dan lima tahun meninggalkan kerinduan dalam kalangan peminat, sebuah nama yang telah menjadi sebahagian daripada identiti televisyen Malaysia kini kembali menggegarkan layar. Francais drama kepolisan yang sinonim dengan aksi, keberanian dan integriti, Gerak Khas, membuka lembaran baharu menerusi “Gerak Khas 2.0”, yang diraikan menerusi tayangan perdana eksklusif di TGV Suria KLCC baru-baru ini.

SENTUHAN KASIH “SUPER MUMMY” WANY HASRITA: SELAMI REALITI INDAH DUNIA KEIBUAN MENERUSI OH MUMMY!+ MULAI 5 JULAI INI

Image
Selepas mencuri perhatian penonton menerusi Oh Mummy sepanjang bulan Ramadan, program realiti kekeluargaan ini kembali dengan nafas baharu menerusi Oh Mummy!+, sebuah siri spin-off yang tampil dengan pengisian lebih segar, mendalam dan menyentuh hati. Bakal bersiaran mulai 5 Julai 2026, setiap hari Ahad, jam 7.50 malam di TV3, program ini mengajak penonton menyaksikan sisi peribadi kehidupan penyanyi popular Wany Hasrita dalam mengharungi fasa baharu sebagai seorang Super Mummy kepada anak perempuannya, Aishah Al Iman.

GURU MATEMATIK DINOBAT PEMENANG KUIZ UTAMA SALAM BAITULLAH 2026

Image
Seorang guru mata pelajaran Matematik dari Perak, Mohd Fadhlurrahman bin Othman dinobatkan pemenang utama Kuiz Salam Baitullah 2026. Menerima pakej menunaikan umrah untuk dua orang, hadiah disampaikan oleh Encik Ashwad Ismail, Ketua Pengarah Penyiaran pada majlis yang berlangsung di Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam, baru-baru ini.

ASTRO MEMACU PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL YANG SELAMAT DAN BERETIKA DALAM KALANGAN REMAJA MENERUSI SIRI TEKNOTHRILLER ‘MAARA’

Image
Astro, syarikat kandungan dan hiburan terkemuka Malaysia dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berganding bahu dalam mempromosikan amalan internet yang selamat dalam kalangan remaja, termasuk penggunaan beretika media sosial dan kecerdasan buatan (AI), melalui Vinmeen Exclusive Series (VES), Maara. Siri techno-thriller, Maara, akan ditayangkan pada 6 Julai, 9.30pm di Astro Vinmeen (Saluran 202) melalui TV, Astro GO, On Demand dan Sooka.

TV ALHIJRAH LANCAR BINCANG NIAGA 2026 BAGI MEMPERKASA USAHAWAN DAN SME TEMPATAN

Image
TV AlHijrah terus memperluaskan peranannya sebagai platform pembangunan ummah apabila melancarkan Bincang Niaga 2026, sebuah inisiatif khas yang membuka peluang kepada usahawan dan perusahaan kecil serta sederhana (SME) tempatan memanfaatkan kekuatan ekosistem media bagi memperkukuh jenama, meningkatkan keterlihatan produk serta mengembangkan potensi perniagaan dalam pasaran yang semakin kompetitif.

IKATAN TERLARANG PANASKAN SLOT MEGADRAMA – HISYAM HAMID TEGAS TOLAK BUDAYA CURANG

Image
Ikatan Terlarang terus mencuri perhatian penonton apabila episod terkininya menampilkan sisi red flag Lukman lakonan Hisyam Hamid. Babak Lukman selamba curang dengan isterinya, Azura (Erysha Emira) bersama Bella (Mawar Rashid), kakak ipar dan sahabat baiknya, membuat ramai berang.

ASTRO MENGHIDUPKAN REXKL DENGAN MALAM PENUH MISTERI BERSAMA KISAH BAWAH TANAH

Image
Astro mengubah lokasi ikonik REXKL menjadi sebuah pengalaman dunia bawah tanah yang penuh misteri dan imersif selama satu malam istimewa apabila Kisah Bawah Tanah (KBT) menghimpunkan rakan media, peminat, rakan selebriti, pempengaruh dan para kolaborator dalam sebuah sambutan bagi meraikan salah satu francais animasi tempatan paling digemari di Malaysia.

DRAMA ‘CAMAR POELANG’, INDAHNYA KASIH SAYANG PENGORBANAN BAPA

Image
Jika ibu dikatakan insan paling banyak berkorban dalam membesarkan anak-anak. Namun jangan dilupakan jasa seorang lelaki bergelar ayah. Biar tak terucap setiap hari, namun nilai kasih sayang seorang ayah tak pernah hilang dari ingatan seorang anak. Ayah, figura hebat dalam mengajarkan nilai kehidupan buat anak-anak. Di sebalik tenang wajah seorang ayah, tersimpan seribu pengorbanan yang tak pernah diminta balasan.