BRU: MASIN & MANIS, SAJIKAN KISAH BAHARU DAN CITA RASA BAHARU
Kejayaan luar biasa Tonton Original Series: BRU yang meraih lebih 244 juta capaian dan 14 juta tontonan membuktikan sambutan hangat penonton terhadap kisah yang mengangkat dunia kopi. Siri ini turut diiktiraf sebagai National Winner bagi kategori Best Original Production by a Streamer (Fiction) di Asian Academy Creative Awards (AACA) 2025, sekali gus mengukuhkan kejayaannya. Pencapaian ini membuka ruang untuk dunia BRU terus berkembang ke fasa seterusnya.
Meneruskan legasi tersebut, BRU: Masin & Manis hadir sebagai kesinambungan baharu yang membawakan perjalanan Mohsin (Imranul Effendy), seorang barista berbakat yang berdepan cabaran terbesar dalam hidupnya apabila gangguan keresahan mengubah sepenuhnya impiannya untuk menjuarai pertandingan barista berprestij.
Dalam usaha mencari semula keyakinan diri, Mohsin berhijrah ke sebuah kampung, di mana pertemuannya dengan Manis (Ellyza Azizi) bukan sahaja membuka lembaran baharu dalam kehidupannya, malah menghidupkan kembali semangatnya terhadap kopi dan cara dia berhubung dengan orang lain. Daripada pengalaman itulah lahirnya Salted Series, yang menjadi antara elemen penting dalam perkembangan jalan cerita BRU: Masin & Manis.
Menggabungkan elemen drama ringan, komedi dan kisah kehidupan seharian, BRU: Masin & Manis diterbitkan dalam format drama vertikal sebanyak 45 episod berdurasi dua hingga tiga minit setiap satu episod bermula pada 22 Julai 2026, menampilkan episod baharu setiap hari Rabu, hanya di Tonton. Siri ini diterajui oleh Imranul Effendy dan Ellyza Azizi, dengan penampilan istimewa Siti Hariesa yang kembali membawa wataknya daripada musim pertama BRU sebagai cameo, memegang peranan sebagai majikan kepada Mohsin. Gabungan ini bukan sahaja menghubungkan kesinambungan dunia BRU, malah mengekalkan identiti siri yang dekat dengan pencinta kopi.
Bersempena pelancaran siri vertikal ini, Tonton turut bekerjasama dengan HWC COFFEE bagi membawa pengalaman BRU: Masin & Manis ke dunia nyata. Bermula 6 Julai 2026 ini, para peminat berpeluang menikmati tiga menu eksklusif yang diinspirasikan daripada siri tersebut, iaitu Salted Spanish Latte, Salted Hazelnut Cocoa Latte dan Salted Matcha Latte. Ketiga-tiga minuman edisi terhad ini boleh didapati di cawangan HWC COFFEE.
Berkongsi mengenai idea di sebalik kolaborasi ini, penerbit BRU: Masin & Manis, Nik Amir Mustapha berkata, “Sejak awal lagi, kopi bukan sekadar prop dalam BRU, tetapi ia menjadi medium yang menyatukan setiap watak dan perjalanan mereka. Menerusi kolaborasi bersama HWC COFFEE, kami mahu membawa pengalaman itu keluar daripada skrin supaya penonton bukan sahaja dapat mengikuti kisahnya, malah turut merasai sendiri inspirasi di sebalik Salted Series yang menjadi sebahagian daripada penceritaan BRU: Masin & Manis.”
“Saya turut berharap kolaborasi ini dapat membuka ruang yang lebih luas antara dunia penceritaan dan pengalaman sebenar penonton, sekali gus menjadikan setiap elemen dalam drama ini lebih dekat, hidup dan boleh dirasai di luar skrin.” tambah beliau.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mengikuti kisah baharu BRU: Masin & Manis yang bakal menemui penonton bermula 22 Julai 2026 dengan episod baharu setiap hari Rabu, eksklusif di Tonton. Pada masa yang sama, rasai sendiri inspirasi di sebalik siri ini menerusi Salted Spanish Latte, Salted Hazelnut Cocoa Latte dan Salted Matcha Latte, boleh didapati di semua cawangan HWC COFFEE yang mengambil bahagian bermula 6 Julai 2026.
Untuk maklumat terkini mengenai program kegemaran anda serta kandungan eksklusif, ikuti Facebook, X, TikTok dan Instagram di @tontonmy.
.jpg)
Comments
Post a Comment