Posts

Showing posts with the label EKSKLUSIF

EKSKLUSIF: 10 PERKARA TENTANG TAIWAN YANG PALING DIGEMARI OLEH NABILA RAZALI

Image
Nabila Razali, penyanyi serta pelakon popular Malaysia dengan lebih daripada 3.5 juta pengikut media sosial, telah dilantik sebagai Duta Pelancongan Muslim Malaysia untuk Taiwan 2024. Majlis pengumuman perlantikan telah diadakan di sebuah hotel ternama di Taipei pada 22 Ogos lalu dan team Femag Online berpeluang untuk menghadiri acara tersebut serta menyaksikan pelancaran video promosi pelancongan baharu “Jom Taiwan!”, yang dibintangi oleh yang tidak lain, tidak bukan – Nabila Razali!

EKSKLUSIF: GERAI CIK NORLIA - DARI GERAI KE PERNIAGAAN ONLINE

Image
Gerai Cik Norlia di Medan Selera di Seksyen 14, Petaling  Boleh ceritakan serba sedikit mengenai diri anda dan apakah yang menyebabkan anda mengambil alih perniagaan keluarga? Nama saya Norziana Binti Ahmad dan berumur 46 tahun. Saya berasal dari Petaling Jaya, Selangor dan mempunyai enam orang cahaya mata. Saya mengambil alih perniagaan keluarga daripada ibu saya, Semelia Binti Mohd Isa selepas dia bersara. Salah satu sebab utama saya mengambil keputusan untuk mengambil alih perniagaan keluarga adalah kerana ia merupakan sumber pendapatan utama saya. Pada masa itu, kami telah pun mempunyai pelanggan setia dan kami melihat perniagaan ini berpotensi besar untuk terus berkembang. Saya juga melihat ini sebagai satu peluang terbaik untuk mendalami dengan lebih lanjut mengenai perniagaan F&B dan menjadikan diri saya sebagai seorang usahawan wanita. Siapakah yang memulakan perniagaan ini dan bila (tahun)? Boleh anda ceritakan lebih lanjut bagaimana ia bermula? Perniagaan ini bermula ...

REVIEW: 10 SEBAB ANDA HARUS MILIKI SK MAGIC JIK.SOO RICH

Image
Tahukah anda yang JIK dalam bahasa Korea bermaksud sentiasa mengalir, manakala SOO membawa erti air lebih bersih, tulen dan penuh mineral? JIK>SOO RICH oleh SK magic merupakan penulen air semua dalam satu dengan sistem penapisan nanoteknologi yang inovatif yang menapis virus, mikroorganisma, logam berat dan bahan pencemar, sambil membenarkan zat-zat galian keperluan melaluinya.

IRFAN HARIS PILIH BALADA POP DENGAN LAGU 'PATUNG'

Image
Penyanyi muda bersuara lunak dan berbakat besar yang merupakan artis terbaharu Rocketfuel Entertainment yang berasal dari Johor Bahru, dan merupakan pemenang tempat keempat Big Stage 2019, Irfan Haris Othman atau lebih mesra dengan panggilan Irfan Haris kembali menghangatkan industri muzik tanah air dengan single terbaharu berjudul ‘Patung’ yang ditulis oleh beliau sendiri bersama saudara beliau, Ubaidillah, dan digubah oleh komposer muda yang merupakan abang kandungnya, Haiqal Iskandar.  Penuntut jurusan diploma dalam bidang Entertainment Arts di KDU University Colllege ini berkata, “Lagu ini mengisarkan tentang perhubungan cinta seorang lelaki yang merasakan dirinya dilayan seperti patung oleh teman wanitanya. Ibarat sebuah patung yang tidak mampu bergerak dan tidak mempunyai perasaan, lelaki tersebut merasakan dirinya diperlakukan sebegitu teruk kerana dipergunakan sesuka hati sesuai kehendak teman wanitanya.”  Memilih untuk kembali kepada genre balada, Irfan Haris menerang...

EKSKLUSIF: YANNICK BOVY KEMBALI DENGAN LAGU HITS NAT KING COLE

Image
Photo credits to Freya Goossens Malaysia adalah satu-satunya negara di Asia Tenggara untuk jelajah dunia  Yannick Bovy Celebrates 100 Years of Nat King Cole . Yannick Bovy menjanjikan satu malam yang tidak mudah dilupakan dengan dendangan lagu-lagu hits klasik Nat King Cole termasuk “Unforgettable”, “L-O-V-E”, “Let There Be Love”, “Mona Lisa” dan “The Very Thought of You”. Jom kita baca wawancara eksklusif FemagOnline bersama penyanyi berbakat ini. 1) Bagaimanakah tercetusnya idea untuk konsert tribute kepada penyanyi jazz bertaraf legenda, Nat King Cole? Saya diberi peluang oleh Belgium VRT untuk membuat persembahan dengan artis-artis lain dalam program ‘Nat King Cole 100’ pada Disember 2018, beberapa bulan sebelum tarikh hari jadinya yang ke-100.  Persembahan tersebut telah dirakamkan oleh VRT dan lagu-lagu tersebut telah dimuatkan di dalam satu album tribute. Memandangkan Hari Jadi Nat King Cole yang ke-100 jatuh pada tahun ini, saya rasa ia adalah masa y...

EKSKLUSIF: TRINA JOHNSON FINN - REMEMBERING WHITNEY

Image
REMEMBERING WHITNEY - THE GREATEST LOVE OF ALL merupakan persembahan konsert selama 90 minit bagi meraikan kegemilangan dan kehebatan lagu-lagu hit mendiang Whitney Houston. 

TERBAIK UNTUK SAMBUTAN BULAN PUASA & HARI RAYA AIDILFITRI 2019

Image
Setiap kali menjelangnya bulan Puasa dan Hari Raya, masing-masing pasti akan sibuk dengan pelbagai kerja dan bermacam-macam persiapan. Untuk kemudahan para pembaca sekalian, kami senaraikan hotel-hotel dan tempat menarik untuk berbuka puasa, lokasi membeli-belah yang sensasi dan juga promosi-promosi yang hebat sempena Hari Raya tahun ini sebagai panduan kepada semua.  Team @FEMAGONLINE mengucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri.